melia_star posted on 18-2-2009 03:37 PM

Bedak Talkum Undang Maut?

amek dr Otosan Malaysia....:D ;P



Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.

Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.
Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.

Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.
"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak tau dah pernah heboh ke tidak sblm nih bende nih....tp aku baru aje tau nih....serem plak...selamber derk jer tonyoh bedak kt anak aku....aku kdg guna gak kt tmpt2 tertentu...
Nauzubillahminzalik....:funk:

[ Last edited by  melia_star at 18-2-2009 03:39 PM ]

melia_star posted on 18-2-2009 03:40 PM

;P :$ First time bukak benang kt CI...hoyeyyyy....

afzanieza posted on 18-2-2009 03:51 PM

uikk ye ke.... tetiap ari anak aku dok main bedak baby ni.. anak aku ni selagi tak gebu muka dia.. selagi tu la dok tonyoh bedak ni.... risau plak....

kawasakininja posted on 18-2-2009 03:55 PM

talkum sejenis mineral..CAP lagi..

kalalah007 posted on 18-2-2009 03:57 PM

biar betul

sal_cute posted on 18-2-2009 03:57 PM

:( ada jugak dgr member ckp..coz abg dia dr.....x elok guna bedak talc..lagi2 anak pompuan jgn pakai dekat tut tu..bahaya...:L :L :L ..
kalau ibu x cegah sapa lagi ekk:L ....

melia_star posted on 18-2-2009 04:04 PM

Originally posted by afzanieza at 18-2-2009 03:51 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
uikk ye ke.... tetiap ari anak aku dok main bedak baby ni.. anak aku ni selagi tak gebu muka dia.. selagi tu la dok tonyoh bedak ni.... risau plak....


anak aku suka main debu2 bedak..:funk:

meya posted on 18-2-2009 04:04 PM

Nasib baiklah memang susah nak guna bedak sebab Meya lebey suka guna baby oil.

Kena bagitau kat sume orang nih...:)

melia_star posted on 18-2-2009 04:06 PM

Originally posted by kawasakininja at 18-2-2009 03:55 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
talkum sejenis mineral..CAP lagi..


kenapa? bukan ker? :o

altimi posted on 18-2-2009 04:08 PM

Anak aku suka pakai bedak...........:L :L :L

meya posted on 18-2-2009 04:10 PM

Terus belek2 bedak Enchanteur dengan Johnson&Johnson tuh ..takde tulis kandungannya ler.

Kalau bedak Agnesia tuh ada ler ..kandungannya Zinc Oxide,Chlorhexidine HCL.

So camner tuh?  :o

norzyy posted on 18-2-2009 04:14 PM

salam perkenalan

Ada baca paper pasal bab ni.  Sebenarnya sebagai ibu yg ada anak pengidap kanser saya mmg tau pasal benda2 ni.  Masa anak saya dirawat kat hospital saya byk beli dan baca buku2 dan majalah keluaran Persatuan Pengguna P Pinang.

Kalau nak ikutkan semua benda yg ada kat sekeliling kita merbahaya.  ada jer bahan kimia yg boleh menyebabkan kanser. makanan bayi, bedak, syampu, sabun, ubat gigi dan mcm2 lagi. Semuanya jenama terkenal spt pantene, rejoice, barangan baby johnson, makanan bayi gerber dan ubat gigi berflorida.

kalau nak ikutkan tak de satu pun yg benar2 bebas bhn kimia.  jadi saya pun mula keliru.... kalau semuanya tak boleh.... apa yg kita nak pakai... syampu tak boleh...sabun tak boleh...ubat gigi pun tak boleh

jadi saya amik pendekatan yg mana saya boleh elak saya akn elak. cthnya ubat gigi berflorida boleh menyebabkan kanser so saya pilih yg tak ada florida.  saya mmg tak pakaikan bedak kat anak2 saya dr dulu lagi.  pakai minyak masak je kat private part dia.

Bab syampu plak jgn syampu rambut kerap sgt sbb saya tak jumpa lagi syampu yg bebas bhn kimia.  kalau nak info pasal benda2 ni bolehlah langgan utusan pengguna.  yg mana boleh ikut.... ikut lah.

melia_star posted on 18-2-2009 04:15 PM

Originally posted by sal_cute at 18-2-2009 03:57 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
:( ada jugak dgr member ckp..coz abg dia dr.....x elok guna bedak talc..lagi2 anak pompuan jgn pakai dekat tut tu..bahaya...:L :L :L ..
kalau ibu x cegah sapa lagi ekk:L ....


duktur? aiyooo...mcm harus percaya jer....:)

errr....tak paham la, kalu pakai kt *tut* tuh mcm mana ek leh merebak smpai ovari nih...kan luaran jer...:$

nk kene tanya duktur2 kompomkan nih...

ibnur posted on 18-2-2009 04:20 PM

Originally posted by kawasakininja at 18-2-2009 03:55 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
talkum sejenis mineral..CAP lagi..

asbestos pun mineral jugak.

aku rasa ada silap quote agaknya.  mungkin dia maksudkan ialah asbestoz-size talc grain.

ataupun, serbuk talkum bersaiz seperti asbestos (dalam industri).  bukan maksud dia talc=asbestos.

sal_cute posted on 18-2-2009 04:26 PM

Originally posted by melia_star at 18-2-2009 04:15 PM http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif



duktur? aiyooo...mcm harus percaya jer....:)

errr....tak paham la, kalu pakai kt *tut* tuh mcm mana ek leh merebak smpai ovari nih...kan luaran jer...:$

nk kene tanya duktur2 kompom ...


alaaa bedak tu kan debu2 halussssss gitu....kot2 terrrmasuk mana la kita nampak kan...baik cegah seblum menyesal.:( ..pepun baik tanya dgn yg lebih arif....(doktor)

tekken posted on 18-2-2009 04:30 PM

lenkali bgtau la brand dia..senang org nk pilih kan...

melia_star posted on 18-2-2009 04:33 PM

Originally posted by meya at 18-2-2009 04:10 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Terus belek2 bedak Enchanteur dengan Johnson&Johnson tuh ..takde tulis kandungannya ler.

Kalau bedak Agnesia tuh ada ler ..kandungannya Zinc Oxide,Chlorhexidine HCL.

So camner tuh?  :o


bedak Agnesia tu lagi tinggi mineralnya kot....tp dah lama kan bedak ni ada sejak aku kecik2 lagirasanya tp kenapa skrg baru nk heboh2 slps berzaman dipasaran....:o

melia_star posted on 18-2-2009 04:44 PM

Originally posted by norzyy at 18-2-2009 04:14 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
salam perkenalan

Ada baca paper pasal bab ni.  Sebenarnya sebagai ibu yg ada anak pengidap kanser saya mmg tau pasal benda2 ni.  Masa anak saya dirawat kat hospital saya byk beli dan baca buku ...


:funk: kesiannya awak...anak awk kanser apa? disbbkan bedak gak ker?

kita ni sbg pengguna dah jadi serba salah kan sbb hampir semua produk ada kimia...saya dengar Colgate yg paling tinggi florida...saya dah tak pakai dah....tp mmg syampu hampir semua ada sulfate...mcm takdak choice dah...takkan nk guna limau nipis hari2 nk sental ketombey...payah hidup....back to zaman batu la plak...;P

btw, mcm mana anak awk skrg?:o

melia_star posted on 18-2-2009 04:46 PM

Originally posted by ibnur at 18-2-2009 04:20 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


asbestos pun mineral jugak.

aku rasa ada silap quote agaknya.  mungkin dia maksudkan ialah asbestoz-size talc grain.

ataupun, serbuk talkum bersaiz seperti asbestos (dalam industri).  b ...


takkan depa silap...kan depa ada kaji jugak....takkan depa suka suki jer nk 'haram'kan sesuatu produk....

melia_star posted on 18-2-2009 04:50 PM

Originally posted by tekken at 18-2-2009 04:30 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
lenkali bgtau la brand dia..senang org nk pilih kan...


tula  pasai...selalu nk selindung dlm bab nih...umum je kan senang....tak paham la aku...ker ada akta2 tak kasi umum kt soratkabar....:mad:

norzyy posted on 18-2-2009 05:04 PM

Balas #18 melia_star\ catat

anak saya dah tak der. dah setahun dah. dia hidap luekimia. dia pegi masa umur 2 1/2 tahun.  ikut kata doktor luekimia ni tak ada punca. masih dlm kajian kenapa org hidap luekimia. tp ramai ramai pakar percaya ia disebabkan faktor persekitaran. air yg kita minum, udara yg kita hidu, apa yg kita makan dan sebagainya.

Sedih mmg sedih tp saya ada 2 anak lagi.  sebab tu sekarang ni saya suka share bab2 ni dgn ibu2 yg lain. ubat gigi sekarang saya pakai MUSLIM. tak ada florida.  

Kajian CAP tu betul... tp masalahnya mereka tak bagi cadangan barang apa yg boleh kita pakai. Diorang cuma keluarkan list yg tak boleh pakai. bila kita tgk list mereka.... kesudahannya mmg kita kena hidup mcm zaman batu. semua tak boleh

CAP penah buat pameran kat hospital P Pinang. saya pegi sbb masa tu mmg saya mmg ada kat hospital.  saya yanya diorang kenapa tak kuarkan list yg boleh kita pakai.  diorang kata mmg susah sbb kalau nak ikutkan semuanya tak boleh......

jadi saya ambik pendekatan yg mana boleh elak... saya elak... mcm kes bedak talcum ni... mmg saya dah tak pakaikan bedak kat anak2

norzyy posted on 18-2-2009 05:08 PM

saya kat opis lagi ni. nanti saya cari balik buku2 yg saya beli dulu dr CAP and saya paste kat sini brand dan produk yg kalau boleh elak...kita elak

esok saya paste kat sini ye...

foxnike posted on 18-2-2009 05:09 PM

skang ni pakaikan losyen aje...
tapi, kalau tak pakai bedak, berminyak la muka... :L

kazaraf posted on 18-2-2009 05:16 PM

jap aku konfius.. bedak ni ada mcm2 jenis ke..

sbb tajuk die Bedak Talkum... so bedak jenis lain ape lak? n bahaya x

hehe

noor2 posted on 18-2-2009 05:18 PM

Reply #21 norzyy's post

takziah buat norzy...........


mcm2 benda merbahaya sebenarnya yang kita dok guna hari2....
Page: [1] 2
View full: Bedak Talkum Undang Maut?