Syd posted on 20-2-2009 10:05 AM

Bayi kembung perut

Bayi kembung perutBagaimana menangani gejala yang lazimnya berlaku di kalangan bayi?


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0220/Kosmo/Pesona/ps_03.1.jpg
SATU perlima daripada bayi akan mengalami kembung perut.

SI manja yang asyik meragam dan menangis sepanjang hari pastinyamenimbulkan kebimbangan si ibu. Walaupun cuba dipujuk berkali-kalidengan memberi susu, namun tangisannya masih berterusan.

Keadaan itu mungkin disebabkan si manja berasa tidak selesa sama adalapar, membuang air besar, lampin yang basah atau ingin dibelai.

"Tetapi, jika tangisannya berbeza daripada biasa seperti menjeritdengan wajahnya berubah menjadi merah, perut kembung dan kakinyaditarik ke bahagian perut sehingga tangisannya tidak reda selepasdibelai serta kerap mengeluarkan angin, kemungkinan besar dia mengalamikembung perut atau colic.

Begitulah penjelasan Profesor Pediatrik, Kolej Universiti SainsPerubatan Cyberjaya (CUCMS ), Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Musa, seperti kebanyakan penyakit lain punca sebenar kembung tersebut masih belum diketahui.

"Tiada satu rawatan yang mutlak. Mungkin disebabkan terdapat udaraberlebihan di dalam usus, kecutan otot-otot usus ataupunketidakmatangan urat saraf di bahagian usus.

"Malah, bagi bayi yang minum susu ibu, ia mungkin disebabkansensitiviti atau alahan terhadap apa yang dimakan si ibu," jelasbeliau. Kata Musa, bayi akan berhadapan dengan situasi kembung perut diantara pukul 6 petang hingga 12 malam.

Bagaimana dengan gejalanya? "Ia terjadi sewaktu bayi berusia tigaminggu selepas kelahiran dan mungkin berlanjutan sehingga bayi berumurtiga bulan.


"Kebiasaannya, satu perlima daripada bayi akan mengalami kembung perut antara dua hingga empat minggu.

"Kembung perut akan hilang apabila bayi berumur tiga bulan," jelas Musa.

Bagi mengatasi simptom kembung perut agar tidak berlarutan sehinggalewat pagi, ibu seharusnya mengelakkan produk-produk yang bolehmerangsang kembung perut.

"Jika ibu memberi susu badan, cuba elakkan produk yang mengandungikafein. Seeloknya, berilah bayi minum susu ibu kerana ia merangsangtumbesaran otak bayi.

"Jika ibu memberi bayinya susu formula, mereka seharusnya menukarnyakepada produk tanpa susu lembu seperti susu soya atau formula HAhypoalergenic.

Katanya, ibu bapa masa kini tidak didedahkan secara terperincimengenai kaedah terbaik sekiranya berdepan dengan gejala tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0220/Kosmo/Pesona/ps_03.2.jpg
KEMBUNG perut mungkin disebabkan  udara berlebihan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0220/Kosmo/Pesona/ps_03.3.jpg
MUSA MOHD.  NORDIN

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0220/Kosmo/Pesona/ps_03.4.jpg
BAWA bayi anda berjalan seperti kanggaru bagi melegakan keadaan dirinya.

joe_sniper posted on 20-2-2009 11:24 AM

gambo pertama tu bukan bayi kembong perot, tu gambar bayi mati ... tengok la mukanya tu .... lidah pun dah nak terjelir

mimi76 posted on 23-2-2009 10:59 AM

Balas #2 joe_sniper\ catat

:L :L :L :funk: :funk: :funk:

Dayangku_Azie posted on 23-2-2009 03:31 PM

klu pas susukan baby, gosok perlahan2 belakang baby bg dia buang angin

emirsza posted on 28-2-2009 10:59 AM

Ada petua org tua kata angkat baju baby dr jemuran sblm senja. sbb klu baju tu berembun, baby akan kembung.

Letak minya angin di perut, betis n tapak kaki. Dan sedikit di ubun2.

Ini yg saya amalkan masa anak me baby dulu. Alhamdulillah anak me jarang kembung perut.

azs~leen posted on 12-3-2009 08:12 AM

Balas #2 joe_sniper\ catat

sempat lagi nak wat lawak ;P  ;P  ;P

azs~leen posted on 12-3-2009 08:16 AM

nie petua saya lak ambik minyak angin gosok kat perut bayi sekitar pusat tu then sapukan baby powder kat area perut tu insyaallah baik le kembung perut tu nanti.kalau anak2 saya 2 org dah n yg baru 2 bln nie pun saya amalkan macam tu mmg mujarab.

s2m3r posted on 18-3-2009 05:09 PM

petua dari emak dan abah....sapukan minyak di betis bayi..dah urut2kan selepas mandi..insyaaLLah..takkan kembong

zahliahani posted on 19-3-2009 07:51 AM

letak minyak yuyi kat tapak kaki,punggung cikit,betis n perut...n mummies elakkan makan makanan yg sejuk,dr tumbuhan yg menjalar or berminyak..elakkan tea nih..buat kembung..

afzanieza posted on 19-3-2009 11:24 AM

betul tu letak minyak yuyi kat tapak kaki, perut, punggung, betis, and belakang sket....
tiarapkan bayi.... gosok-gosok belakang.....

ummiammar posted on 20-3-2009 01:51 PM

anak ummi dh setahun..masih alami colic yg agak teruk..dh hbs idea dibuatnya...dh pg urut .n tukar susu..masih kembung lg..lately nie rasanya dia kembung sbb nk tumbuh gigi....kesian si ammar

jo_je posted on 28-3-2009 06:00 PM

saya anak pertama hari2 kembung tak kira masa petang, malam, tengah malam sampai ke pagi pun ada. memang penat sgt. masa tu saya tak tahu apa2.
anak kedua saya jadikan yg pertama sebagai pengajaran selalu berdoa supaya anak tak kembung masa lahir
nanti.. fobia laa.. takut tau..

syukur anak kedua tak kembung langsung dlm pantang.. senang sgt jaga tak mcm yg pertama..
cara saya setiap kali bagi susu pastikan jgn sampai kering takut dia hisap angin yg last2 tu. kedua
mesti sendawakan setiap kali lepas menyusu. yg ni mesti wajib kalau tidak kembunglah perut dia.

lepas mandi sapu minyak baby oil amway.. minyak ni wajib pada saya.. pada perut, belakang, betis dan
lepas pakai baju kayuhkan kaki mcm bawa basikal tu dlm 5-6kali berkayuh masa dia berbaring.
bukan apa nak bagi usus dia bergerak supaya angin lancar nak keluar.. itu jerlah cara saya. mcm2kan
idea supaya anak tak kembung.. hehe

ni skrg mengandong lagi.. mengenangkan anak pertama kembong hari2 takutlah rasanya nak
jaga anak yg ke-3 ni plak.. apala ragam lepas..

rose_adik7 posted on 13-4-2009 04:53 PM

Salam sumer... Kesian tau kalau bb kembung nih, biase yg saye buat/amalkan :

1. Kalau ibu menyusukan anak, pemakanan haruslah dijaga. contoh : air sejuk takle minum, makanang yg berangin tak leh main bedal jerk.
2. Baju, lampin, kain2 kepunyaan bb jangan dibiarkan tersidai / berembun di luar (lau tak kering bawak masuk dlm rumah yer)
3. Orang yg hendak memegang/menjaga bayi haruslah tidak terkena hujan, apatah lagi si ibu.
3. Tuam kan bb selepas mandi dibahagian perut, pinggang, tapak tangan & kaki. Kalau bb boy tuam sekali bahagian kemaluan utk megelakkan angin pasang.
4. Sapukan minyak yu yi atau telon dibahagian perut, pinggang, betis/pelipat kaki, tepi dan bahagian tapak kaki setiap kali menukar pampers atau lampin.
5. Kalau bagi bb menyusu dalam botol, make sure jgn biar dia hisap bila susu dah habis.. angin/udara leh masuk dalam badan dia.. susu juga salah satu penyebab kembung perut ni, biasenya pakai susu soya utk elakkan kalau bb selalu kembung.
6. Sendawakan bayi setiap kali selepas minum susu, urutan lembut bahagian belakang bb bagi susu tu lalu dan angin keluar.
7. Kalau rase susah/lambat baik, bagi dia minum ubat dentinox.. sejenis sirap utk rawatan bb yg kembung, boleh campur dgn susu atau bg camtu jer.. ade dijual di farmasi

Takat ni tu lah yg diamalkan... alhamdulillah bb susah dapat kembung ni...:)

[ Last edited by  rose_adik7 at 13-4-2009 16:56 ]

norulle posted on 20-4-2009 03:54 PM

anak ku pun selalu kembong..memang kesian..kata org guna daun sirih letak kat pusat baby...agak mujarab la..doktor pulak suh beli gripe water..tu lagi mujarab..

hanie1881 posted on 11-6-2009 10:06 AM

anak sy jarang jgk kembung...(agaknye la..sbb x nangis..nangis nk susu jer..).. tp dia mmg kuat & slalu kentut.. pantang menggeliat atau angkat kaki mesti ader bunyi boom..:loveliness: kuat lak tu... semua org gelak...;P  tp kdg2 risau jgk...mcm banyak angin jer bdn dia..sbb asyik kentut.. :o

adikbun posted on 23-6-2009 04:17 AM

selalu nya aku buat

tuam perut kaki dan belakang lepas mandi kemudian sapu minyak telon. bagi dia gripe water.
urut perut dia sambi seawat 3 kali doa jgn dia kembung. kalau dia kembung sapu minyak dan urut kat betis dan belakang aku tak tahu kenapa tapi it always works dan tak nangis lagi.

rosa81 posted on 23-6-2009 08:42 AM

Anak aku pun selepas mandi aku tuamkan perut, kaki,belakang badan then letak minyak telon. Alhamdulliah kedua-dua anak aku x pernah kena kembong sampai diorng besar.

Aku juga x bagi diorang isap puting kopek since dari baby. Mak aku ckp x elok. Ntahlah aku ikut cakap mak aku je.

tinta_balqis posted on 25-8-2009 02:44 AM

anak aku dua2 sejak lahir, aku sapu minyak kayu putih (petua mak aku)... tiap kali tukar lampin tau lepas mandi, sapu ckit... memg dia akan selalu kentut... itu baik sebab kluarkan angin dlm badan dia, so dia x kena kembung perut
alhamdulillah, anak2 aku x de la msalah kembung2 perut ni...

leotazz818 posted on 1-9-2009 12:16 PM

selalu akak tuam perut bb, belakang, ari2 bb, betis, tapak kaki & celah2 lipatan.. lepas tu sapu minyak (tak kira la minyak apa yg u all guna.. yg penting utk bb).. kalau bg susu badan, maknya x leh makan sebarangan yg angin.. kalau isap botol, jgn biar bb isap botol kosong.. berenti isap bila susu tinggal sikit dlm puting.. jgn sampai abis semua. sendawakan bb selepas menyusu... mcm ni la selalu akak buat sampai hari ni.. skg umar dah 3 bulan lebih.. jarang dia kembung, kalau npk dia kembung sikit walau pun x nangis.. cepat2 bg gripe water...:)

LADYZIANA78 posted on 24-12-2009 09:26 AM

aku pernah gi berubat ngan bidan kg...katanya...jgn sesekali bagi baby kita tu minyak YUYI tu..buatan cina satu hal..lagi satu katanya ada satu akar kayu yg tak SERASI ngan baby buat lagi perot baby makin kembong + kuat nangis=lagilah kembung2...:P

hadi1978 posted on 24-12-2009 11:55 AM

Baby kembung sebab apa yang ibu makan, jagalah makan... jangan belasah je... kesian baby :(

madura posted on 31-12-2009 10:13 AM

masa anak aku baru lahir sampai 3 bulan..memang kembung teruk..sampai xtdo malam..perut bunyi macam drum bila kita ketuk2..
petua saya parut bawang merah..cmpur dengan minyak yang slalu kita pakai untuk sapu kat anak...then sapu kat perut, betis,tapak kaki n blakang..
InsyaAllah dia akan kentut je..
Penah saya xbuat seminggu sbb tgk anak dh sihat, then dtg balik kembung dia..
SO far ni la petua terbaik saya penah buat untuk anak kembung..
pastu jangan lupa bagi woodwards gripwater.. InsyaAllah berkesan..

mikasa posted on 21-11-2010 01:12 AM

baby aku jenis severe cholic...dah bermacam cara aku cuba...siap jumpa Harun Din kat Darul Syifa lagi...woodwards gripewater dah tak jalan...

cari kat internet...ramai org rekemen colic calm..kena beli dari US (harga dekat rm90 )sebab takda jual kat mesia...seminggu lebih baru sampai...setakat nie alhamdullilah..baby tak menangis lagi..

LiliSam posted on 22-11-2010 06:01 PM

anak aku yg 1st dlu ms bb mmg kena colic je sllu..dia ilang sndiri bila dh pandai niarap..sian je tgk.nk kata x tuam..tuam je..minyak sntiasa buh..lps tukar pempers..perut mmg tak kuat..agaknya..

yg adik alhamdulillah..spjg ni x penah lg..dh sethun 1 bln..

SSCarjunk posted on 24-11-2010 05:53 AM

Ada petua org tua kata angkat baju baby dr jemuran sblm senja. sbb klu baju tu berembun, baby akan k ...
emirsza Post at 28-2-2009 02:59
Sy pun lakukan perkara yg same
..Alhamdulillah...anak2 sy tidak ade masalah....


(posted by mobile)
Page: [1]
View full: Bayi kembung perut