EAStudent Publish time 4-4-2009 09:23 AM

April Fool

Selain Valentine’s Day, terdapat satu lagi budaya barat yang meresap dalam
diri umat Islam khusunya golongan muda iaitu Fool?s Day atau April Fool.

Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool
pula berlaku pada 1 April setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini
merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa
itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus
berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak
bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya
dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas
syarak atau sebaliknya.

Menurut sejarah, Fool’s Day atau April Fool mula diraikan sewaktu
kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada ,
Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam
terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang
Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam
bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang
keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di
pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian
lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah
meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada
keesokannya hari(1 April).

Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke
pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk
menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal
kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar
telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang
kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam
merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun
pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul
April Fool’s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru
gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi.
Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik,
humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang
lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima
akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau
tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang
bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi
tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri
hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi
pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya
kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.
Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain.
Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang
lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang
budaya April Fool’s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan
halus ke atas umat Islam.

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud:
Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang
biawak sekalipun, pasti kamu tetap mengikuti mereka?. Kami bertanya?Wahai
Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab?Lalu siapa lagi(kalau
bukan mereka)

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Disediakan Oleh:
Ust. Nordin bin Bayadi
Bahagian Penerangan dan Penerbitan
Jabatan Agama Islam Selangor

Maideen jangan marah yer..
bukan nak halang sambut...
just share jer asal usul April Fool ni..
;P;P;P;P

[ Last edited byEAStudent at 5-4-2009 07:31 ]

hammer Publish time 4-4-2009 09:25 AM

Originally posted by EAStudent at 4-4-2009 09:23 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


Maideen jangan marah yer..
bukan nak halang sambut...
just share jer asal usul April Fool ni..
;P;P;P;P

april fool atau orang yang merayanya fool?

EAStudent Publish time 4-4-2009 09:28 AM

Balas #2 hammer\ catat

April xbersalah paper pun..
cuma orang yang meraikan nya..
:lol: :lol: :lol:

zyarunzurro Publish time 4-4-2009 11:20 AM

Originally posted by EAStudent at 4-4-2009 09:23 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


Maideen jangan marah yer..
bukan nak halang sambut...
just share jer asal usul April Fool ni..
;P;P;P;P

tak payah la mintak "restu" dari maideen setitik tu....kelakor bunyinya....;P

harisbee Publish time 4-4-2009 11:35 AM

maideen tak der...tgh celebrate april fool sambil pakai spender sahaja ;P ;P ;P

redz85 Publish time 4-4-2009 11:43 AM

berbeza benar dgn cerita yg aku baca dulu..:lol:

lady_nF Publish time 4-4-2009 02:03 PM

maideen tameel .....

Marsyal Yau Publish time 4-4-2009 02:42 PM

wahahaha...mende camni current issue ke?

iza_yuss Publish time 4-4-2009 02:50 PM

x penah aku nak celebrate

budusss je aku rase

same gak ngan valentine

lagi nyampah aku nengok2 kapel2 muda duk celebrate valentine:I

budussss laaa......

sadiq_segaraga Publish time 4-4-2009 03:13 PM

April Fool's Day History

The history of April Fool's Day or All Fool's Day is uncertain, but the current thinking is that it began around 1582 in France with the reform of the calendar under Charles IX. The Gregorian Calendar was introduced, and New Year's Day was moved from March 25 - April 1 (new year's week) to January 1.

Communication traveled slowly in those days and some people were only informed of the change several years later. Still others, who were more rebellious refused to acknowledge the change and continued to celebrate on the last day of the former celebration, April 1. These people were labeled "fools" by the general populace, were subject to ridicule and sent on "fool errands," sent invitations to nonexistent parties and had other practical jokes played upon them. The butts of these pranks became known as a "poisson d'avril" or "April fish" because a young naive fish is easily caught. In addition, one common practice was to hook a paper fish on the back of someone as a joke.

This harassment evolved over time and a custom of prank-playing continue on the first day of April. This tradition eventually spread elsewhere like to Britain and Scotland in the 18th century and was introduced to the American colonies by the English and the French. Because of this spread to other countries, April Fool's Day has taken on an international flavor with each country celebrating the holiday in its own way.

In Scotland, for instance, April Fool's Day is devoted to spoofs involving the buttocks and as such is called Taily Day. The butts of these jokes are known as April 'Gowk', another name for cuckoo bird. The origins of the "Kick Me" sign can be traced back to the Scottish observance.

In England, jokes are played only in the morning. Fools are called 'gobs' or 'gobby' and the victim of a joke is called a 'noodle.' It was considered back luck to play a practical joke on someone after noon.

In Rome, the holiday is known as Festival of Hilaria, celebrating the resurrection of the god Attis, is on March 25 and is also referred to as "Roman Laughing Day."

In Portugal, April Fool's Day falls on the Sunday and Monday before lent. In this celebration, many people throw flour at their friends.

The Huli Festival is celebrated on March 31 in India. People play jokes on one another and smear colors on one another celebrating the arrival of Spring.

So, no matter where you happen to be in the world on April 1, don't be surprised if April fools fall playfully upon you.

Sumber:http://www.april-fools.us/history-april-fools.htm

sadiq_segaraga Publish time 4-4-2009 03:18 PM

Satu lagi.

http://www.museumofhoaxes.com/ho ... Fools_Day_-_Origin/

fashasipan Publish time 4-4-2009 03:20 PM

banyaknya asal usul april fool. tapi nak percaya source mane satu yek supaya nampak lebih islamic sket :$

ting Publish time 4-4-2009 04:00 PM

Aku suka jg April Fool ni...tak dak niat apa pun...Petang br teringat tp aku pekena abg aku saja...Tak teruk pun...lawak jenaka biasa...He..he..kwn2 jgn marah ye...

rossa Publish time 4-4-2009 04:40 PM

Tak penting asal usul April Fool tu, sebab secara logiknya kita patut sedar meng"fool"kan sahabat/rakan/member kita teramatlah tak sesuai dengan budaya dan agama Islam. Tak kiralah apa sejarahnya, April Fool tetap haram diraikan.

Pada pandangan aku laaaaa...

jingga007 Publish time 4-4-2009 04:51 PM

hurm.
aku tak pernah nak mengapril fool kan orang..
tp orang jer yg selalu april fool kan aku!!
uwaaaaaaaaaaaaaaaa.:'( :'( :'( :@ :@ :@
geram tol aku!
huh.

:tembak: :tembak: :tembak: :tembak: :tembak:

mahathirGX Publish time 4-4-2009 05:34 PM

Originally posted by EAStudent at 4-4-2009 08:23 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


Maideen jangan marah yer..
bukan nak halang sambut...
just share jer asal usul April Fool ni..
;P;P;P;P
Jgn2 artikelnipunApril   Fool   gak...naktipu   orgislam:lol:

fashasipan Publish time 4-4-2009 05:38 PM

gua pun slalu gak buat kat orang. seronot2 jek :D

EAStudent Publish time 5-4-2009 07:28 AM

Originally posted by zyarunzurro at 4-4-2009 11:20 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif


tak payah la mintak "restu" dari maideen setitik tu....kelakor bunyinya....;P

xleh..
Maideen Ulamak besar CI..
kalau xminta restu kena marah nanti..
;P;P;P

EAStudent Publish time 5-4-2009 07:28 AM

Originally posted by redz85 at 4-4-2009 11:43 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
berbeza benar dgn cerita yg aku baca dulu..:lol:

cerita kau dengar macam mana??

EAStudent Publish time 5-4-2009 07:29 AM

Originally posted by mahathirGX at 4-4-2009 17:34 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

Jgn2 artikelnipunApril   Fool   gak...naktipu   orgislam:lol:

kemungkinan besar gak tu..
tapi bukan sebab nak tipu kot..
may be xnak orang islam terikut ikut ngan sambutan masyarakat barat..
:lol::lol::lol:
Pages: [1] 2
View full version: April Fool


ADVERTISEMENT