salwani911 Publish time 29-4-2009 05:20 PM

Syurga isteri di bawah tapak kaki suami??

Syurga di bawah tapak kaki suami?

aku baca pendapat ni di satu website. nak share ngan korang. sorry kalu ni bukan current issue. tapi board ni ramai org lepas so ramai yg baca.


credit to: www.e-bacaan.com/emailc33.htm


4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebabAllah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan keranamereka menafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialahyang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yangkamu takut akan menjadi derhaka, tegurkanlah mereka, dan asingkanlah merekadaripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannyamentaati kamu, maka janganlah mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka;sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi, Besar.
e-bacaan


Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yangbertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkanorang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuandan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialahyang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinyadan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, denganpemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbangmelakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jikamereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga merekamasih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuanmengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamumencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi,lagi Maha Besar.
Quran.al-islam.com (Malay)


Men are the protectors and maintainers of women,because Allah has given the one more (strength) than the other, and becausethey support them from their means. Therefore the righteous women are devoutlyobedient, and guard in (the husband's) absence what Allah would have themguard. As to those women on whose part ye fear disloyalty and ill-conduct,admonish them (first), (next), refuse to share their beds, (and last) beat them(lightly); but if they return to obedience, seek not against them means (ofannoyance): for Allah is Most High, Great (above you all).
Quran.al-islam.com (English)


Assalamualaikum

Kali ini saya nak bawa isu lain pula.

Pada pendapat saya, ayat 4:34 ini telah disalahgunakan oleh ramai lelaki untukmenganiaya wanita dan juga oleh ramai wanita untuk merelakan diri merekadianiaya. Mula-mula sekali saya akui bahawa saya tak pandai berbahasa Arab.Malahan saya juga agak jahil tentang adat-resam, budaya dan cara hidup orang-orangArab. Olehkerana itu, kebanyakan ilmu Allah dalam Al-Quran saya pelajari dalambahasa yang lain dari bahasa Arab. Makna pun banyak yang saya pelajari dariterjemahan-terjemahan. (Terjemahan ini kadangkala banyak dipengaruhi olehpengalaman penterjemah sendiri. Lihat sahajalah contoh-contoh di atas. Oleh itukenalah hati-hati.) Ini kelemahan saya yang paling ketara dan saya dalam prosesmemperbaikkinya, Insyallah

juwaini Publish time 29-4-2009 05:23 PM

OK la tu. Lepas ni tak perlu la taat pada suami...

salwani911 Publish time 29-4-2009 05:24 PM

18:44 pula 揚ada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

salwani911 Publish time 29-4-2009 05:28 PM

Secara tidak langsung, pendustaan itu melahirkan anggapan iaitu kaum perempuan adalah bengkok pada sifat, tidak sesempurna kaum lelaki. Ketidaksempurnaan digambarkan lagi, oleh Imam Bukhari, apabila dia menyamakan taraf perempuan dengan haiwan, anjing dan keledai. Hadis sahihnya tentang itu dicatat di bawah:

    Sahih Bukhari, Jilid 1, Hadis No. 490, Riwayat Aisha:
    Perkara-perkara yang membatalkan sembahyang telah disebut di hadapan saya. Mereka berkata, "Sembahyang dibatalkan oleh anjing, keledai dan perempuan (jika mereka lalu di hadapan orang-orang yang sembahyang)." Saya berkata, "Kamu telah membuat kami (iaitu kaum perempuan) serupa anjing. Saya lihat Nabi sembahyang sedang saya baring di atas katil di antara dia dan Qiblat. Setiap kali saya memerlukan sesuatu saya akan beredar sebab tidak suka menghadapnya."

Selain menyamakan dengan anjing dan keledai, Bukhari selanjutnya menyuratkan berita iaitu pada kaum perempuan tersemat petanda atau alamat buruk atau jahat. Sila lihat suratannya:

    Sahih Bukhari, Jilid 4, Hadis No.111, Riwayat Sahl bin Sad Saidi:
    Rasul Allah bersabda, "Jika terdapat sebarang alamat buruk, maka ia adalah pada perempuan, rumah dan kuda."

Penganiayaan ditambah lagi (oleh Bukhari) dengan kenyataan bahawa kebanyakan daripada orang-orang yang masuk neraka terdiri daripada kaum perempuan. Petikan hadisnya dihulur di bawah:

    Sahih Bukhari, Jilid 8, Hadis no.456, Riwayat 'Imran bin Husain:
    Nabi bersabda, "Aku memandang ke dalam Syurga dan mendapati kebanyakan daripada penghuninya adalah orang-orang miskin, dan aku memandang ke dalam Api (neraka) dan mendapati kebanyakan daripada penghuninya adalah orang-orang perempuan."

Kononnya, apabila Nabi ditanya oleh sekumpulan perempuan mengenai tragedi tersebut, Bukhari, dalam hadis lain - Hadis No.301, Jilid1, Riwayat Abu Said Al-Khudri - menyenaraikan sebab-sebabnya seperti berikut (hadis dipendekkan dengan bahagian pertama dipadam):

    Baginda menjawab, "Kamu selalu ucap kata makian dan tidak berterima kasih kepada suami-suami kamu.
    Aku tidak pernah melihat sesiapa jua yang lebih berkurangan dalam kecerdasan (otak) dan agama daripada kamu.
    Seorang lelaki yang hati-hati serta bijak boleh disesatkan oleh sesetengah daripada kamu."
    Perempuan-perempuan itu bertanya, "Wahai Rasul Allah! Apakah yang berkurangan pada otak dan agama kami?"
    Baginda bersabda, "Tidakkah keterangan dua orang perempuan sama dengan seorang lelaki?"
    Mereka mengiakan.
    Baginda bersabda, "Ini adalah kekurangan pada otaknya. Tidakkah benar bahawa seseorang perempuan tidak boleh sama ada sembahyang atau puasa semasa haidnya?"
    Perempuan-perempuan itu mengiakan.
    Baginda bersabda, "Ini adalah kekurangan dalam agamanya."

Perempuan dikatakan selalu memaki, tidak berterima kasih kepada suami, tidak pandai, boleh menyesatkan lelaki yang baik dan pandai, dan tidak banyak dapat pahala! Demikian mesej hadis di atas.

Kalau begitu rupa kedudukan kaum perempuan, dalam ajaran agama, maka tidak hairanlah mengapa mereka dipandang rendah, lalu dibuli atau dianiaya oleh suami-suami mereka.

Melencong sejenak untuk mencuit, pertama, hal keterangan dua orang perempuan yang sama dengan seorang lelaki, dan kedua, haid, yang dirakamkan di dalam hadis tadi.

Mengenai hal pertama, adalah disyaki ia dipinjam daripada sebuah firman Tuhan mengenai perdagangan. Saksi-saksi yang disebut adalah untuk sesuatu perjanjian yang dibuat antara penghutang dan orang yang memberi hutang. Firman berbunyi,

    ".... Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) mengimlakkan dengan adil, dan panggillah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya..." (2:282)

Allah memberi sebab mengapa diperlukan dua orang perempuan, iaitu "jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya". Perkataan sesat di situ telah menerbitkan pelbagai pendapat. Apapun, ia tidak bermaksud kekurangan pada kecerdasan, sebagaimana ditafsirkan oleh Imam Bukhari. Dan sayugia diingatkan, itu adalah satu-satunya penyaksian yang memerlukan dua orang perempuan dan seorang lelaki dalam ajaran al-Qur'an.

Mengenai haid pula, Allah hanya melarang daripada melakukan hubungan jenis. Larangan lain tidak disebut. Sila lihat ayat 2:222. Terima kasih.

Demikian pembohongan yang disebar oleh Bukhari, atas nama Nabi, untuk merendahkan martabat kaum wanita.

Telah disebut tadi mengenai isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada suami-suami mereka. Tentang suami-suami yang tidak berterima kasih kepada isteri-isteri mereka pula tidak langsung disebut dalam mana-mana hadis Bukhari.

salwani911 Publish time 29-4-2009 05:28 PM

Darjat suami, menurut Imam Besar itu, amat tinggi. Dia membuat beberapa lakaran mengenainya. Yang pertama dipamerkan adalah:

    Sahih Bukhari, Jilid 7, Hadis no.122, Riwayat Abu Huraira:
    Nabi bersabda, "Jika seorang perempuan melalui waktu malam dengan meninggalkan katil suaminya (tidak tidur bersamanya), maka malaikat-malaikat akan melontar sumpahan mereka ke atasnya hingga dia kembali (kepada suaminya)."

Bagaimana kalau si suami pula yang meninggalkan tempat tidur sedang si isteri terbaring seorang diri kesunyian? Itu tidak penting baginya. Yang penting ialah memuaskan hati suami. Seperti Nabi dipuaskan, menurut Bukhari, melalui salah satu daripada karya agungnya:

    Sahih Bukhari, Jilid 7, Hadis no.6, Riwayat Anas:
    Nabi selalu melawat (untuk mengadakan hubungan kelamin dengan) semua isteri-isterinya pada satu malam, dan dia mempunyai sembilan isteri.

Bukhari berjaya mengukir sang isteri sebagai objek seks.

Apa yang berlaku sekiranya suami tidak dipuaskan? Ceritanya begini:

    Sahih Bukhari, Jilid 4, Hadis No. 460, Riwayat Abu Huraira:
    Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan dia (suami) tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan menyumpahnya hingga waktu pagi.

Timbul soalan yang sama. Bagaimana kalau si isteri pula yang memanggil dan suaminya menolak? Itu tidak penting bagi Bukhari. Yang penting ialah kepuasan hati suami.

Sebutan hadis daripada Bukhari diberhentikan untuk memetik hadis-hadis daripada sebuah kitab lain yang turut tergolong dalam kumpulan lima kitab hadis terbesar di dunia Islam. Kitab ini menambah lagi pembohongan terhadap Nabi atas hal kaum perempuan atau isteri. Petikan pertama, sebuah hadis mengenai ciri-ciri perempuan yang paling baik:

    Riwayat: AbuHurayrah, Rujukan: MISHKAT AL-MASABIH, Hadis No.3272:
    Apabila Rasul Allah (saw) ditanya perempuan manakah yang paling baik baginda menjawab, "Yang menggembirakan (suaminya) apabila dia melihatnya,
    ikut apabila dia memberi sesuatu arahan,
    dan tidak membantah kehendaknya terhadap dirinya (isteri) atau harta dengan melakukan sesuatu yang dia tidak setuju."
    Sumber: Nasa'i dan Bayhaqi, di Shu'ab al-Iman yang menyampaikannya.

Kelihatan tiada langsung amalan merunding dan persetujuan bersama antara suami dan isteri. Walhal al-Qur'an, iaitu hadis Nabi sebenar, menyuruhnya. Dua ayat berikut menyebut mengenai persetujuan tersebut:

    "Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan perundingan, untuk tidak menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka." (2:233)

    "Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, berilah mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidaklah bersalah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling mempersetujukan dengannya daripada apa yang sudah ditentukan." (4:24)

Ayat-ayat Allah dibelakangkan! Terlintas pula di kepala penulis hadis untuk menyuruh isteri bersujud di hadapan suami. Walaupun tidak menjadi kenyataan namun ia ditulis dan disemadikan untuk menjadi iktibar bahawa suami berkedudukan dekat dengan Tuhan. Tulisan tersebut dirakam seperti berikut:

    Riwayat: AbuHurayrah, Rujukan: MISHKAT AL-MASABIH, Hadis No. 0285(R):
    Nabi (saw) bersabda: Sekiranya dibenarkan seseorang untuk bersujud di hadapan yang lain, tentu aku akan perintah seorang isteri bersujud di hadapan suaminya.
    Sumber: Disampaikan oleh Tirmidhi.

Tidak habis di situ. Akhirnya penulis hadis berjaya juga mahkotakan suami macam Tuhan (dan isteri, hambanya) apabila terdapat pengisytiharan berbunyi,

    Riwayat: Umm Salamah, Rujukan: MISHKAT AL-MASABIH, Hadis no. 3256:
    Rasul Allah (saw) bersabda, "Mana-mana perempuan yang meninggal dunia sedang suaminya berpuas hati dengannya akan masuk syurga."
    Sumber: Tirmidhi menyampaikannya.

Begitu senang masuk syurga! Puaskan hati suami. Lalu suami menjadi umpama Tuhan. Benar, menjadi umpama Tuhan, kerana jika hamba-Nya ingin masuk ke dalam syurga-Nya hamba itu harus memuaskan hati-Nya. Firman Allah,

    "Dia memasukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat berpuas hati terhadap mereka," (58:22)

Lantaran itu, tidak menghairankan bila timbul ungkapan syurga terletak di bawah tapak kaki suami di kalangan masyarakat Melayu di sini. Walau apapun pengertian diberi terhadap ungkapan tersebut, atau ungkapan lain, misalan di bawah tapak kaki ibu, pada hemat kami, ia menghina Tuhan dan Nabi-Nya. Kerana syurga adalah hak-Nya semata-mata. Dan Dia telah menentukan siapa yang akan masuk.

Pun begitu, kalau hendak guna jugak frasa di bawah tapak kaki, maka kami syorkan berkata syurga atau neraka terletak di bawah tapak kaki masing-masing. Ia sejajar dengan firman Tuhan bererti,

    "Dan, orang-orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya." (2:39)

Oleh itu, syurga terletak di bawah tapak kaki orang-orang yang percaya lagi tidak mendustakan ayat-ayat Allah (al-Qur'an), sementara neraka pula di bawah tapak kaki orang-orang yang tidak percaya dan mendustakannya.

totokreturn Publish time 29-4-2009 05:29 PM

uihhh... panjangnyer... kalau balaci humno mmg tak baca punya sebab dorang autoreply....:lol: :lol: :lol:

salwani911 Publish time 29-4-2009 05:29 PM

Originally posted by juwaini at 29-4-2009 04:23 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
OK la tu. Lepas ni tak perlu la taat pada suami...

awak baca sampai abis dulu bley tak? :$

Cakkkk....aaaa Publish time 29-4-2009 05:31 PM

Lagi bagus kalau salwani just paste link....

Yang kita lagi minat baca adalah isu yg nak salwani timbulkan..

SO... apa isu nya??

juwaini Publish time 29-4-2009 05:31 PM

Originally posted by salwani911 at 29-4-2009 17:29 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


awak baca sampai abis dulu bley tak? :$

Ni thread nak kecam Abu Hurairah kan? :lol:

Cakkkk....aaaa Publish time 29-4-2009 05:37 PM

Reply #9 juwaini's post

Hehehe..... aku baca tulisan tu pun penin...

Tak boleh taat pada mak sebab mak tak sempurna...

Tak boleh taat pada suami sebab suami tak sempurna...

;P

Memang la tak boleh nak taat membabi buta....ada syarat taatnya...

:)

Cakkkk....aaaa Publish time 29-4-2009 05:38 PM

Saja nak cakap....


Nak taat membabi buta kat pemimpin pun tak bleh gak kan??... kena pakai otak... :D

bubpallo Publish time 29-4-2009 05:38 PM

Originally posted by salwani911 at 29-4-2009 17:29 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


awak baca sampai abis dulu bley tak? :$



:lol: :lol: :lol: :lol: .......................

Maideen. Publish time 29-4-2009 05:43 PM

Maideen rasa thread kewajipan isteri melayan nafsu suami walaupon diatas belakang unta ka, rupa payung emas hadiah Allah Ta'ala kepada bini yang bagi laki dia tambah bini ka, hukum kulom kulom ka elok lah di pindahkan ke board lain.

Wallahualam.:)

noor2 Publish time 29-4-2009 05:49 PM

Adusssssss malasnya nak baca panjang2......




apa pun wajib taat yang membawa kebaikan saja....isteri patut taat pada suami....tapi kalau membawa kepada keburukan nak taat buat apa...

NIXAR Publish time 29-4-2009 06:22 PM

syurga penyo di bawah tapak kaki Maideen. :loveliness: ;P

hzln Publish time 29-4-2009 06:25 PM

isu ni lebih sesuai kat FD sana nun...MOD sila-sila lah....:$

juwaini Publish time 29-4-2009 06:26 PM

Originally posted by Cakkkk....aaaa at 29-4-2009 17:31 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Lagi bagus kalau salwani just paste link....

Yang kita lagi minat baca adalah isu yg nak salwani timbulkan..

SO... apa isu nya??


Demikian pembohongan yang disebar oleh Bukhari, atas nama Nabi, untuk merendahkan martabat kaum wanita.


Mission accomplished... ;P :lol: ;P :lol:

Errr.. Aku rasa isu ni lebih sesuai kat bod MM kot...

syaiful Publish time 29-4-2009 06:26 PM

yup... bcoz islam itu rasional
n konsep taat setia dlm islam juga menerangkan kte berhak untuk bertanya/ meminta penjelasan mengenai sesuatu perkara...
n kte gak blh mberi pndgn serta pndpt kte sendiri
ruang perbincangan juge diberi, spt ijma' ulama dan hukum fiqh
namun hendaklah oleh mereka yg berilmu pgtahuan luas
teringat gak hadis nabi/ayat al quran : "peringatan bg mereka yg mahu berfikir"
& "apakah sama org yg berilmu & x berilmu"

AinFarisya Publish time 29-4-2009 06:34 PM

alahhh

susah2 tok sah kawin laa

yg laki kata pompuan tak betul

yg pompuan lak kata laki tak betul

memasing rasa teraniaya

memasing rasa keperluannya tak difahami

memasing rasa haknya terabai



aloooo

lagi senang tak payah kawin la

cak! Publish time 29-4-2009 06:40 PM

bukan taat membabi buta jer..tgk la perkara2 yg nak taat tu..kalo melanggar landasan Islam xyah la taat..:D



~pemahaman sesuatu hadis tu bergantung pada situasi ketika hadis itu disampaikan...:D

..org2 yg ada ilmu hadis spt Dr. Asri tu mesti lebih paham makna sebenar hadis tersebut..:)
Pages: [1] 2 3
View full version: Syurga isteri di bawah tapak kaki suami??


ADVERTISEMENT