dexa posted on 25-5-2009 03:24 AM

Sejarah Singer: Menawan Keluarga Bahagia -

Nostalgia mesin jahit antik

Oleh SUBASHINI RAJANDRA


DALAM banyak-banyak koleksi barangan antik yang dimiliki oleh Lim Cheng Hoe, mesin jahit Singer adalah barangan yang paling disayanginya. Mengapa?

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0525/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg


SINGER, satu jenama yang sudah lama dekat di hati ramai suri rumah sejak tahun 1906. Seteguh batu di lautan, Singer tetap menonjol dalam kelas tersendiri sejak berdekad lamanya, biarpun pada zaman milenium ini muncul pelbagai jenama baru di pasaran.

Menyebut jenama Singer kepada nenek atau ibu-ibu kita, gambaran pertama yang menjenguk di fikiran adalah sebuah mesin jahit tua yang berfungsi dengan menggunakan pedal.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0525/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg
MESIN jahit antik berusia 132 tahun ini masih berfungsi dengan baik.

Ramai daripada kita mungkin pernah mengenakan sehelai pakaian yang dijahit oleh ibu menggunakan mesin jahit Singer. Ingat lagi pada lagu korporatnya yang berbunyi '...Singer, Menawan Keluarga Bahagia.'.

Cukup nostalgik, bukan? Bagi Lim Cheng Hoe, 50, apresiasinya terhadap mesin jahit Singer melampaui kata-kata. Dia merupakan pemilik kepada lima buah mesin jahit antik Singer dengan tiga daripadanya dihasilkan sekitar tahun 1870-an.

Antara tiga mesin jahit tersebut, salah satu daripadanya telah mengharumkan nama beliau pada tahun 2006 apabila dipilih sebagai mesin jahit antik Singer yang tertua dan masih berfungsi di Malaysia. Diperbuat pada tahun 1877, mesin jahit antik Singer yang cukup bernilai ini berwarna hitam dengan kemasan hiasan emas yang signifikan pada ketika itu.

Berusia 132 tahun pada tahun ini, mesin jahit antik Singer itu tidak mempunyai nombor siri tetapi memiliki kod yang berhuruf ringkas. Keunikan itu hanya ada pada mesin jahit Singer yang dikeluarkan lama dahulu termasuk mesin kelas 15 seperti yang dimiliki oleh Cheng Hoe.

Menurutnya, beliau memperoleh mesin jahit itu dari sebuah kedai antik di Pulau Pinang kira-kira 15 tahun lalu. Dibeli dalam lingkungan harga RM2,000, Cheng Hoe dengan serta-merta mampu menghargai nilainya sebaik sahaja matanya 'melekat' pada objek kecil itu.

"Manakan tidak, Singer adalah jenama mesin jahit yang terawal bertapak di negara ini. Malah, kemungkinan besar mesin jahit yang berusia lebih seabad ini dibawa masuk oleh orang British.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0525/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg
PENGURUS Besar Singer (M) Sdn. Bhd., Ng John Kit
menunjukkan potret kegemilangan mesin jahit Singer.

"Jika terlepas, pasti menyesal kemudian hari," ujarnya yang menambah ia datang dengan bekas membulat yang diperbuat daripada kayu dan merupakan satu lagi ciri utama yang menjadi kebanggaan sulung di seluruh dunia.

Dahulu, mesin jahit Singer juga adalah satu-satunya jenama pengeluar yang dijual dengan bekas membulat yang mempunyai logo tertera di ruang hadapan. Hari ini, aspek-aspek itu dianggap sebagai penambah nilai kepada kualiti dan mutunya yang tiada tandingan.

Percaya atau tidak, kesemua mesin jahit antik Singer yang dimiliki oleh Cheng Hoe masih berfungsi dengan baik. Tidak kira sama ada untuk memperbaiki seluar yang terlucut benangnya atau menjahit sehelai langsir. Isteri Cheng Hoe, Wong Yin masih menggemari mesin jahit tersebut.

Bagaimanapun, setelah memenangi mesin jahit Quantum Futura daripada unit rangkaian terbaru Singer bersempena dengan kemenangan suaminya dalam pertandingan yang disertai pada tahun 2006, Wong Yin buat pertama kali 'berpindah' tangan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0525/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.6.jpg
DAHULU, roda ini dipusing dengan tangan untuk menjahit.

Namun, menurut Cheng Hoe, isterinya mendapati mesin jahit tua itu lebih mudah dikawal, tidak mengelirukan dengan butang dan teknologi yang canggih dan yang paling penting, ia mengimbau kembali seribu satu kenangan manis buat seisi keluarga.

"Bagi saya, mesin jahit antik Singer adalah sebuah model yang sangat cantik. Ramai yang cuba tawar-menawar dengan nilai yang dianggap berpatutan tetapi saya menolak dengan baik.

"Bayangkan, jika saya setuju dan sebaik sahaja terima bayaran, model berusia 132 tahun ini akan lenyap dari pandangan saya untuk selama-lamanya. Saya tidak sanggup kehilangannya!" ujar Cheng Hoe dengan penuh sentimental.

Mesin jahit antik Singer ini begitu utuh sehinggakan ia tidak pernah mengalami kerosakan atau baik pulih yang menelan belanja besar. Jika adapun, hanya jarum penjahit yang patah.

Bagi memastikan keluarganya mengetahui nilai sebenar mesin-mesin jahit antik Singer, Cheng Hoe tidak pernah menyembunyikan harga yang dibayar ketika membelinya dan harga pasaran semasa. Malah, beliau tidak keberatan memberinya kepada anak-anak jika mereka berkongsi keghairahan yang sama.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0525/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.7.jpg
WALAUPUN telah berusia, namun mesin jahit ini masih
tahan lasak dan berfungsi seperti biasa.

Selain itu, minat Cheng Hoe mengumpul barangan antik sejak 20 tahun lalu, membolehkan beliau memiliki pelbagai jenis barangan mekanikal yang disimpan di rumah abang dan bapanya, selain di rumahnya sendiri di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Mesin taip, telefon, jam dinding, radio, dan pemain piring hitam adalah sebahagian daripada koleksi berharga yang disamakannya dengan nilai sebuah banglo.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0525/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.8.jpg
ANTARA hasil yang diperoleh daripada mesin jahit Singer.

"Biasanya, saya suka mengunjungi kedai antik semasa bercuti di dalam atau luar negara. Setiap kunjungan menemukan saya dengan barangan antik yang baru berbeza dengan tempat-tempat pelancongan yang serupa selepas beberapa tahun.

"Secara peribadi, saya cepat tertarik kepada sesuatu barangan yang masih bergerak atau berfungsi walaupun telah berusia ratusan tahun. Sudah tentu bahan dan alat ganti yang diguna pakai ketika itu sangat lasak dan tahan lama," ujarnya yang sanggup menabung sekiranya tertarik pada sesuatu barangan antik.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0525/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg
STRUKTUR mesin jahit Singer yang terawal.

Lagipun, apa sahaja yang berkaitan dengan antik akan mengungkapkan aktiviti pelaburan yang berbaloi.

Cheng Hoe yang telah bersara sebagai pengurus dalam sektor kargo dan pengangkutan enam tahun lalu, berkata, beliau akan meneruskan hobi itu.

"Ramai yang mengumpul mesin jahit antik Singer kerana ia ringan, mudah diangkut dan disimpan dengan selamat."

Satu lagi mesin jahit antik Singer yang dibawa bersama pada sesi fotografi adalah mesin jahit yang bertatahkan Mother of Pearl atau mutiara mewah. Mesin jahit ini dibeli dari Munich, Jerman.

Ditanya apakah nasihatnya kepada pengumpul yang berpotensi mencari barangan antik seperti mesin jahit, Cheng Hoe berkata: "Baca sejarah pembuatan dan selok-belok keunikannya dan bandingkannya dengan unit atau jenama lain."


***************************************************************************************

...teringat mesin jahit singer yang jenis lama kat rumah my mom -
nak jahit tu kena tekan dengan kaki, pastu kena pusingkan yang
benda alah bulat tu dengan tangan -
..banyak baju2 masa kecil dulu jahit guna mesin tu -
tapi sekarang dah tak guna dah.. not sure where my mom
put it -   teringat iklan2 singer kat TV - bukan mesin jahit aje
(though tu yang terpopular) tapi TV ada, kipas angin pun ada... -

dexa posted on 25-5-2009 03:27 AM

Jenama paling laris

Jenama Singer dan mesin jahit tidak boleh dipisahkan. Kerana itulah walaupun terdapat pelbagai jenama lain di pasaran, sebanyak 51 peratus pasaran mesin jahit di negara ini dikuasai oleh Singer.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0525/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.1.jpg

“KETIKA anda melangkah keluar dari rumah, pernahkah anda terfikir tentang pakaian yang dijahit yang menutupi tubuh anda. Pernahkah juga anda terfikir betapa pentingnya ciptaan mesin jahit,

nazurah posted on 25-5-2009 08:09 AM

arwah nenek saya ada mesin jahit pusing pakai tangan tu... dah 100 tahun umurnya dan masih elok. skang ni adik emak saya yang simpan dan masih boleh digunakan...

arwah emak saya kata banyak-banyak benda yang laku dipajak gadai selain emas satu masa dulu ialah mesin jahit singer!

kat rumah abah sy ada lagi mesin jahit yang ada meja... itupun dah ramai ngendeng tapi sayang wooo....

HangPC2 posted on 25-5-2009 10:41 AM

Jenama nih Popular kat negara membangun macam Malaysia, Bangladesh...........


http://www.singerco.com/

[ Last edited by  HangPC2 at 25-5-2009 10:44 ]

tutankhamun! posted on 25-5-2009 11:09 AM

RIYADH 16 April

HangPC2 posted on 25-5-2009 12:32 PM

radiasi tuh kalau ada raksa merah....

Risma posted on 25-5-2009 12:41 PM

ris suka barangan singer nihh................. barang elektrik dia tahan lama walaupun harga dia mahal skit........... contohnya mesin basuh ris dah dekat 15 tahun dah elok lagi cuma pernah rosak getah yang masuk air tu jeee................ begitu juga peti ais dah lebih sepuluh tahun gak tak pernah rosak lagi, tv pun begitu dan dekat 15 tahun gak (cuma sekali je rosak, then orang singer datang umah bawa kedai dia repair, cuma kena 95 ringgit, ok sampai sekarang), mesin jahit ris pung dan dekat 15 tahun gak (cuma rosak tempat tekan kaki tu hari tuh, boleh beli kat kedai singer), mesin jahit tepi pung dah 5 tahun lebih tak pernah rosak lagi..... puas hati la barang dia

matjab posted on 25-5-2009 02:11 PM

aku ada kipas brand KDK dah dekat 50 tahun dah.masih berfungsi dengan baik lagi.

Pygmalion posted on 26-5-2009 12:32 AM

peti ais jenama singer, parents aku beli 27 tahun yang lalu, masih elok, masih sejuk cuma pintu je tercabut, sebb kerap sgt bukak tutup...dah tak boleh baiki pintu tu, baru beli yang baru...memang singer manawan keluarga bahagia..beli satu je peti ais like using it for ever.

faiz_ampang posted on 26-5-2009 01:46 AM

brand singer mmg tahan...
kat umah aku ade mesin basuh ngan mesin jahit lama singer
lama tu..sejak aku kecik lg dh ada..
kira dh 26 or 27 thn
:lol: :lol:

WonBin posted on 26-5-2009 02:52 AM

Skarang brand ni Cina yang pegang bagi pasaran Malaysa, under Berjaya Group. Sama payung dengan 7 Eleven, 018,

amazed posted on 31-8-2009 07:01 PM

Semakin tua, semakin tinggi nilai antiknyaOleh Bennie Zie Fauzi



http://www.bharian.com.my/Sunday/Bmdua/20081207084520/mainpix1.jpg


Kehalusan seni pembuatan tangan menjadikan seterika dan mesin jahit antik sentiasa hidup dan bernilai nostalgia

HOBI mengumpul barang antik bukan sekadar memerlukan wang yang banyak malah menuntut tanggungjawab, pengetahuan mendalam mengenai barangan itu selain harus berkorban masa dan tenaga.

Pengumpul seterika dan mesin jahit lama, Lim Cheng Hoe menepati kriteria yang digambarkan menerusi dua himpunan barang antiknya itu yang kini mencecah jumlah ratusan.


ˇ°Selama 15 tahun bergelar pengumpul barang antik, mesin jahit lama dalam simpanan saya kini hampir mencecah 70 manakala berpuluh-puluh seterika lama disimpan di rumah dan diperagakan di kedai antik saya di Amcorp Mall,ˇ± katanya.

Kebanyakan mesin jahit Lim dicipta pada abad ke 19 dan awal abad 20 dengan jenama Singer mengungguli koleksi.

Menyifatkan jenama itu perintis kewujudan mesin jahit di Malaysia, Lim layak berbangga kerana sebuah mesin jahit Singer miliknya diiktiraf tertua di negara ini.

http://www.bharian.com.my/Sunday/Bmdua/20081207084520/mainpix2.jpgMesin kaki buatan tahun 1860.

Mesin jahit tangan bertatah tiram berusia kira-kira 100 tahun berkenaan berjaya menewaskan 3,000 mesin sejenisnya dalam pertandingan bersempena ulang tahun ke-100 Singer.

Menariknya, selesai pertandingan, Lim ditawar harga tinggi oleh pihak pengurusan Singer yang ingin memiliki mesin itu namun ditolak beliau secara baik.

zangetsu posted on 1-9-2009 12:50 AM

da lme woo brand ni..
teringat lak game show singer dulu..:laugh3:

dzaraa posted on 17-2-2010 02:40 PM

kat rumah my mother ada tv.jenama SINGER nih..yang masih elok..takpernah rosak pun..sekrang tv color tu dah hampir...25 tawon pun..dan fridge pun yang masih okay lagii....sejuk cam biasa gaks...itupun dah25 tawon gaks seusia ngan tv tu.....my mother nih..cermat sket bab guna2 alat2 electric nih..itu yg masih berfungsi baikk lg tu

daiman posted on 17-5-2010 06:46 PM

teringat arwah mak dulu..kalau nak raya je mesti dia dan mesin antiknya tu sebuk bkerja jahit baju kitorang adek bradek.dari luar dengar bunyi mesin singer tu..skang ni tak lg.

HangPC2 posted on 17-5-2010 07:25 PM

Advertisement: Singer Sewing Machines


http://img46.imageshack.us/img46/3568/cyclecarriagecosinger19.jpg

Cycle & Carriage Co. carried a wide variety of products in the early 1900s.  This ad from the Malay Mail of 1906 shows the company advertising Singer cycles and sewing machines.


Sources : http://www.malaysiadesignarchive.org/

http://www.currypotproductions.com/MotorHistory-CNC.htm


HaMiZiE posted on 18-5-2010 05:13 PM

mesin jahit siger kat umah tu masih agi berfungsi...
tak tau ar berapa umo mesin tue tapi kalo tengok dia punya construction, memang leh tahan lama...

mesin jahit sekarang nie, kecik... kena pakai letrik baru leh berfungsi... pasal tu very sensitip dan senang nak rosak...

reddots posted on 18-5-2010 10:41 PM

ingatkan nak ungkit sejarah game show arwah sudir ngan atai td...
rupanya pasal brand singer..
anyway.. dulu masa kecik2 pun mak aku slalu buat baju skolah ngan mesin singer yg manual (guna kaki)tu.... lepas tu mesin tu rosak, mak aku beli yg guna elektrik la . sama la gak brand singer... uniknya model tu, body dia bleh jadi small cupboard lak... hikhik..

maksud aku, kalau kita tak nak guna, tinggal lipat jer mesin tu masuk body dia.. tutup atas bawah... dah jadi mcm kotak ajaib... dulu2 klu mak aku tak guna, aku buat jadi meja study..
selain tempat aku simpan toys supaya adik2 aku tak ambik..

skang ni mesin tu masih rapi tersimpan dkt lemari buku aku dalm bilik ni ha. dan aku buat meja tambahan , letak segala bakul ngan magazines...

HangPC2 posted on 13-7-2010 12:03 PM

Product paling tahan lama

sufi_aulia posted on 14-7-2010 09:52 AM

Product paling tahan lama
HangPC2 Post at 13-7-2010 12:03 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

setuju! {:1_152:}

ada 1 mesin jahit singer ni kt umah (kt kampung aku)...dh berpuluh tahun umur mesin jahit tu...daddy aku cakap mesin jahit tu dia beli masa along aku kecik, aku belum lahir lg time tu...bermakna usia mesin jahit tu dh lebih kurang 30thn..sbb along aku dh 35thn skrg ni...yg bestnya, sampai arini aku masih guna mesin jahit tu untuk jahit langsir, jahit kain batik mummy..sungguh berjasa mesin jahit singer tu pada kami sekeluarga...

ohhhh....sgt nostalgia....ni yg rasa nk balik kg, nk cium2 mesin jahit arwah tok aku tu... :loveliness:

sw00sh posted on 14-7-2010 05:44 PM

dulu masa kecik teringat member2 pakai basikal jenama singer warna merah....mesin ni kat rumah aku ada2,stau jenis pakai tangan satu lagi jenis pakai kaki...still boleh pakai tapi yg kaki tu mak aku modified letak motor..tak larat nak memijak nyer...

yarid posted on 15-7-2010 11:20 AM

yup....produk paling tahan lama.....mcm mesin jahit singer dekat rumah sy tu....

totokreturn posted on 17-7-2010 12:03 PM

kita dok bangga setiap umah lama kita ada menyimpan segala barang jenama singer, tapi tahukah korang yg mak bapak dan datuk nenek kita dulu beli barangan jenama singer nih adalah kerana ia boleh berhutang dan bayar bulan....  aku tanya ayah aku dia cakap semua yg beli jenama singer semuanya berhutang...mana ada beli cash.....:lol:

HangPC2 posted on 16-9-2010 02:33 PM

Singer sekarang ini tengah nak beli Mesin Jahit lama sebab nak buat muzium

HangPC2 posted on 10-10-2010 07:55 PM

http://img801.imageshack.us/img801/8273/image018141009.jpg

http://img708.imageshack.us/img708/8894/image019141009.jpg

http://img510.imageshack.us/img510/3258/image020141009.jpg

http://img693.imageshack.us/img693/9788/image021141009.jpg

http://img151.imageshack.us/img151/830/image022141009.jpg
Page: [1] 2
View full: Sejarah Singer: Menawan Keluarga Bahagia -