cepote Publish time 25-5-2009 11:40 PM

Sejarah Pelacuran di Malaysia

Mod.. kalau dah ada deletekan yer..

Aku tetiba terfikir ttg permulaan sejarah dunia pelacuran yang wujud sejak Malaysia dikenali dgn nama Tanah Melayu hingga kini slps tgk cerita Wong Fei Hong kat TV3. Pelacuran adalah antara pekerjaan yang tertua di dunia selain menjadi petani, penternak & nelayan.

Bilakah pelacuran bermula di Tanah Melayu??
Mcm mana iannya berkembang ??
Siapakah golongan yg menjadi pelacur & menjadi pelangan ??

"Menurut catatan sejarah, Abdullah Munshi pernah mendapati terdapatnya perempuan-perempuan jalang dan murahan mendekati perahu dagang di Kelantan. Walaupun tiada catatan yang lengkap yang menunjukkan peristiwa itu, namun kegiatan pelacuran telah bermula seawal abad ke 18 lagi apabila buruh lelaki dari China telah masuk untuk bekerja di lombong timah sejak 1830 an. Kehadiran buruh-buruh lelaki yang ramai telah mengakibatkan kaum wanita menjadi lebih sedikit daripada kaum lelaki. Maka, golongan wanita telah diimport dari negara-negara asing bagi memenuhi permintaan nafsu buruh-buruh dan rakyat asing yang melimpahi di Tanah Melayu akibat kurangnya wanita untuk menjadi isteri.
Walaubagaimanapun, keadaan yang tidak terkawal memaksa pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu mewujudkan OrdinanW anita dan Gadis 1870 yang menetapkan bahawa setiap rumah pelacuran dan rumah sundal didaftar.

Kredit to : http://faisalmustaffa.com/v2/?p=409

Pygmalion Publish time 25-5-2009 11:48 PM

Very nice info..tak penah terfikir pun pasal ni..kalau sape sape boleh share? cuma aku penah baca la pasal Rose Chan (dari thread sini jgk). tu pun dah era era moden la..

tightcherry Publish time 26-5-2009 12:01 AM

rumah pelacur pun kene daftar? hebat tol..mcm pertubuhan professiopnal;P

budingyun Publish time 26-5-2009 12:55 AM

citer td ke..:lol:

WonBin Publish time 26-5-2009 02:41 AM

Agak racist tetapi pelopor pelacuran di Tanah Melayu adalah orang Cina.

Ramai wanita Cina datang ke Tanah Melayu jadi pelacur

edy137 Publish time 26-5-2009 03:07 AM

Originally posted by WonBin at 26-5-2009 02:41 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
Agak racist tetapi pelopor pelacuran di Tanah Melayu adalah orang Cina.

Ramai wanita Cina datang ke Tanah Melayu jadi pelacur


yaa.. suatu FAKTA yang tepat.. itulah titik tolak permulaannya..

c===8 Publish time 26-5-2009 09:52 AM

sampai skang pun sama gak

HangPC2 Publish time 26-5-2009 09:55 AM

Era Pra-Kemerdekaan (1857-1957)



Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.

Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan settlement itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew. Kapitan Cina yang ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat kebesaran Kuala Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Dia membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.

Ia dijadikan ibu negeri Selangor pada tahun 1880 kerana disebabkan kejayaan Kapitan Yap. Dia menjadikan Kuala Lumpur sistem keadilan batasan yang berkesan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman, dan memastikan Kuala Lumpur menjadi pusat perdagangan di Selangor. Selepas kebakaran Kuala Lumpur pada tahun 1881, Kapitan Yap bercadang membina balik Kuala Lumpur dengan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun. Dia membina sekolah yang pertama di Kuala Lumpur dan sebuah tempat tinggal untuk orang yang tidak berumah. Kuala Lumpur kepunyaan Yap adalah bandar batasan agak berbahaya melihat pada Yap sendiri seorang ahli kumpulan samseng dan peperangan samseng perkara yang biasa. Kapitan Yap mengizinkan lesen rumah pelacuran, kasino dan salun mabuk. Sir Frank Swettenham pada waktu itu diwakilkan Residen Selangor dan dia menjadi orang bertanggung jawab untuk membuat Kuala Lumpur kedudukan pentadbiran Selangor. Masa pentadbirannyalah Kuala Lumpur bersambung menjadi bandaraya kaya dan aman, selepas kematian Kapitan Yap. Apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu digabungkan dengan Swenttenham sebagai penjaganya pada tahun 1896, Kuala Lumpur menjadi ibu negerinya.

Pada Perang Dunia II tentera Jepun menakluki Kuala Lumpur pada 11 Januari, 1942 dan menguasai bandar itu selama 44 bulan.



weta_studio Publish time 26-5-2009 09:55 AM

selagi ada permintaan..

HangPC2 Publish time 26-5-2009 10:02 AM

Pelacuran



Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk mendapatkan wang, namun kadang-kadang ianya juga semata-mata untuk mendapatkan dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut sebagai pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun terdapat juga pelacur lelaki.

Aktiviti pelacuran adalah aktiviti yang paling tua di dunia, dan menjadi satu aktiviti yang tidak boleh dihapuskan malah di warisi dari generasi ke generasi. Kegiatan haram dan hina ini mempergunakan wanita dari usia seawal 10 tahun hinggalah 55 tahun. Pelbagai jenis pelacuran yang wujud seperti pelacuran komersial dan pelacuran yang hanya melibatkan wanita secara sukarela. Walau apa jua alasan yang dikemukakan kegiatan pelacuran tetap menjadi satu kesalahan dari segi agama, adat, budaya malah menyalahi undang-undang negara kita.


SEJARAH PERLACURAN DI MALAYSIA

Menurut catatan sejarah, Abdullah Munshi pernah mendapati terdapatnya perempuan-perempuan jalang dan murahan mendekati perahu dagang di Kelantan. Walaupun tiada catatan yang lengkap yang menunjukkan peristiwa itu, namun kegiatan pelacuran telah bermula seawal abad ke 18 lagi apabila buruh lelaki dari China telah masuk untuk bekerja di lombong timah sejak 1830 an. Kehadiran buruh-buruh lelaki yang ramai telah mengakibatkan kaum wanita menjadi lebih sedikit daripada kaum lelaki. Maka, golongan wanita telah diimport dari negara-negara asing bagi memenuhi permintaan nafsu buruh-buruh dan rakyat asing yang melimpahi di Tanah Melayu akibat kurangnya wanita untuk menjadi isteri.
Walaubagaimanapun, keadaan yang tidak terkawal memaksa pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu mewujudkan OrdinanW anita dan Gadis 1870 yang menetapkan bahawa setiap rumah pelacuran dan rumah sundal didaftar.


STATISTIK PELACURAN DI MALAYSIA

Dari statistik Polis Kuala Lumpur melalui sumber akhbar Utusan Malaysia, mendapati wanita Melayu merupakan kaum yang paling ramai terlibat dalam pelacuran iaiitu dengan 60 %, diikuti dengan kaum Cina sebanyak 30%, lain-lain kaum 8% dan kaum India dengan peratusan yang paling rendah iaitu 2%.

Kebanyakkan kegiatan pelacuran yang kian bertebaran di Malaysia adalah disebabkan oleh kedatangan rakyat asing dan pelancong asing yang menyalahgunakan visa pelancong mereka. Menurut Pegawai Pencegah Maksiat, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Asisten Supritendan Choo Lily,sejak 1996 hingga Februari 2003,sebanyak 17,448 wanita rakyat asing telah ditangkap. Hasil daripada tangkapan tersebut, didapati rakyat asing dari negara Indonesia adalah paling ramai dengan jumlahnya sebanyak 10,576, dengan diikuti oleh Thailand seramai (3,096) orang, Filipina (1,794), China (1,149),Uzbekistan (388), Kemboja (107), Rusia (71),Vietnam (66), Myammar (55), India (43), Taiwan (21), Ukraine (17), Singapura (12), Kazakstan (10), dan Columbia (9).

Pada 1996 katanya, terdapat 1,314 pelacur asing dari pelbagai negara ditangkap di Malaysia. Jumlah itu meningkat kepada 2,250 orang atau 41.6 peratus pada tahun berikutnya. Keadaan itu bagaimanapun kembali terkawal pada 1998 apabila ia menurun sebanyak 3.4 peratus iaitu berkurangan menjadi 2,176 orang.

Penurunan itu tidak kekal lama apabila ia kembali meningkat pada setiap tahun selepas itu. Pada 1999 misalnya, seramai 3,301 pelacur asing ditangkap, ia diikuti 3,607 orang (2000) dan 4,132 orang (2001). Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini iaitu Januari hingga Februari, polis telah menangkap 667 orang wanita asing kerana kesalahan melacur.

Sejak 1996 hingga 2001, seramai 175 orang telah dikenakan tindakan di bawah Akta Kediaman Terhad (AKT) 1933 kerana didapati terbabit dalam sindiket pelacuran.
Rakyat Indonesia yang melacurkan diri di Malaysia kebanyakkannya terpedaya dengan sindiket pelacuran yang menyamar sebagai ejen pekerjaan dan menjanjikan kepada mereka pekerjaan yang baik seperti pembantu rumah,pembantu kedai dan pekerja kilang.

Wanita Filipina pula menyalahgunakan permit perjalanan dengan melakukan pelacuran di negara Malaysia sementara rakyat China dan Uzbekistan pula turut menyalahgunakan visa yang berstatus pelajar. Bayaran yang diterima oleh pelacur adalah bergantung kepada kelas pelacur tersebut iaitu sama ada dari kelas tinggi atau rendah. Bayaran terhadap mereka adalah berbeza-beza mengikut rupa paras, umur dan tempat beroperasi Pelacur kelas atasan biasanya beroperasi di hotel yang mempunyai bintang, spa kesihatan dan rumah urut. Sementara, pelacur kelas rendah akan beroperasi di hotel murah yang mengenakan bayaran antara RM20 hingga RM30 sebilik.

Bayaran pelacur dari setiap negara juga berbeza-beza iaitu pelacur Indonesia biasanya menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM125 untuk setiap perkhidmatan. Pelacur dari China dibayar sebanyak RM200 hingga RM300.
Mereka yang memiliki wajah kebaratan pula biasanya mengambil bayaran RM150 hingga RM250 dan pelacur tempatan mengenakan bayaran RM100 hingga RM150.

HangPC2 Publish time 26-5-2009 10:05 AM

KRITERIA PELACUR


Pelacur Pasar

Kumpulan yang paling rendah dan paling ramai dalam masyarakat pelacur. Mereka menjalankan perniagaan di lorong-lorong gelap seperti Jalan Chow Kit, Jalan Haji Talib, Petaling Street dan lain-lain.

Pelacur Jalanan

Golongan mendapatkan ini pelanggan dengan menjaja diri di pusat membeli belah dan tempat hiburan seperti disco, pub, pusat dangdut dan lain-lain. Golongan ini terdiri daripada gadis atau isteri mencari duit lebih.

Pelacur bermajikan

Dikenali sebagai call girl. Beroperasi di tempat tertentu seperti di flat atau rumah perseorangan yang biasanya disediakan oleh majikan.

Pelacur Tukang Urut, Pelayan Bar

Didaftarkan sebagai pekerja di tempat berkenaan tetapi turut melacur diri untuk menambah pendapatan.

Pelacur Bebas

Kumpulan elit dalam kalangan pelacur yang mungkin terdiri daripada pramugari, pelajar IPTA/S, gadis pejabat, artis, peragawati. Merak mencari pelanggan di bar, restoran eksklusif di hotel atau tempat tumpuan golongan elit. Mererka boleh disewa, satu malam dan dibawa bercuti. Boleh dihubungi semula melalui telefon

Pelacur Kehormat

Hanya melayan golongan tertentu sahaja iaitu golongan kaya seperti ahli perniagaan yang kaya.Terdiri daripada gadis yang disewa firma dan syarikat korporat tertentuBiasanya menemani tetamu khas ke kelab malam dan menghibur tetamu termasuk hiburan seksual.

Bohsia

Kegiatan pelacuran oleh remaja secara percuma atau berbayar yang semata mata untuk berseronok



Undang-undang Yang berkaitan


Seksyen 18 (1), (2), Kanun Jenayah Syariah

Kesalahan melacur isteri atau anak dan hukum yang disabitkan (denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya)

Seksyen19 kanun Jenayah Syariah 1988

Kesalahan perempuan yang melacurkan diri sendiri dan hukumannya (denda tidak lebih RM4000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya)


Pandangan Agama Islam mengenai pelacuran


Pelacuran dalam Islam adalah haram hukumnya dan berdosa besar. Islam juga melarang berkahwin dengan pelacur:
Dalam hal ini ada suatu riwayat yang diceriterakan oleh Murtsid dari Abu Murtsid, bahwa dia minta izin kepada Nabi untuk kahwin dengan pelacur yang telah dimulainya perhubungan ini sejak zaman jahiliah, namanya: Anaq. Nabi tidak menjawabnya sehingga turunlah ayat yang berbunyi:
Lelaki tukang zina tidak (boleh) kahwin, melainkan dengan perempuan penzina dan musyrik, dan perempuan penzina tidak (boleh) kahwin,melainkan dengan lelaki penzina atau musyrik.Yang demikian diharamkan atas orang-orang mukmin.
(Al-Quran Surah An-Nur:3)
Kemudian baginda bacakan ayat tersebut dan berkata:
"Jangan kamu kahwin dengan dia" (hadis riwayat Abu Daud,An-Nasa'i dan Tarmizi)


KESIMPULAN

Aktiviti pelacuran merupakan salah satu aktiviti yang dilarang oleh agama dan undang-udang itu sendiri. Aktiviti ini juga terkeluar daripada norma-norma masyarakat sesebuah negara dan ianya mendatangkan kesan yang buruk. Kesan daripada aktiviti pelacuran jugalah menyebabkan penyakit berbahaya seperti HIV aids menular di dalam masyarakat. Selain itu juga peningkatan kes pembuangan anak juga secara tidak langsung kesan daripada aktiviti pelacuran ini. Golongan masyarakat harus sedar berkenaan buruknya aktiviti pelacuran ini. Pendidikan yang serius berkenaan bahayanya aktiviti ini seharusnya diberikan memandangkan terdapat golongan terpelajar yang menjadi pelacur sambilan kelas atasan.



Sources : http://faisalkini.blogspot.com


ctaz Publish time 26-5-2009 10:14 AM

Balas #11 HangPC2\ catat

WAHHHH bagus nyer info......caya la bro....

WonBin Publish time 26-5-2009 11:56 AM

Dalam budaya orang Cina adakah melacur ni biasa sahaja? Tak salah?

gelupur Publish time 26-5-2009 09:35 PM

rose chan

http://www.channelnewsasia.com/imagegallery/store/phpwoBtv8.jpg

cikepong08 Publish time 27-5-2009 09:07 AM

dulu-dulu banyak kegiatan pelacuran dekat kelantan dan terengganu...

tejarieza Publish time 27-5-2009 10:51 AM

bohsia pun di ketegorikan sebagai pelacur.

tp remaja2 skang x sedar pun.. seronok sgt jd bohsia :L

Acong Publish time 27-5-2009 04:29 PM

Originally posted by tejarieza at 27-5-2009 10:51 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
bohsia pun di ketegorikan sebagai pelacur.

tp remaja2 skang x sedar pun.. seronok sgt jd bohsia :L bohsia kasi org tutuh secara pree laa...... kalu yg dibayar punya baru dikira pelacur.......... :lol:

tutankhamun! Publish time 28-5-2009 12:35 PM

kalau dolu2 nampak terbuka sket mungkin kaum bukan bumiputera
skrg dah terbalek gamaknye!
yg besepah anak2 skolah pun ramai, anytime ble angkut
tapi nie bukan kategori pelacur yg byr2 lah
takat sronok puaskan nafsu jer

alphawolf Publish time 28-5-2009 01:01 PM

Reply #18 Acong's post

Mana pree...kena belanja minum apa semua...kena jugak keluar duit...hehehe

ubey Publish time 28-5-2009 01:05 PM

wow. hehe. asal x dimasukkan dalam buku teks sejarah ek
Pages: [1] 2 3
View full version: Sejarah Pelacuran di Malaysia


ADVERTISEMENT