cikuduku Publish time 28-7-2010 08:24 PM

Reply 18# tutankhamun!

betul2 tu... aku pernah tgk urusan mcm ni kt kdi makan area cyberjaya... tp foreigners la.... dari butir percakapan diaorg ni baru kenal... tanya mcm2... pegang2... bodo je... dah tu trus g apartment diaorg...

BotakChinPeng Publish time 29-7-2010 05:26 AM

Edited by BotakChinPeng at 10-3-2015 07:16 PM

Menurut statistik polis kaum cina paling ramai melacur.
31/01/2012Pelacur wanita tempatan meningkat 70 peratusKUALA LUMPUR 30 Jan. - Kegiatan pelacuran membabitkan golongan wanita tempatan dikesan meningkat hampir 70 peratus iaitu daripada 1,060 orang pada 2010 kepada 1,801 orang pada tahun lalu.
Statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan kaum Cina merekod jumlah seramai 333 orang diikuti Melayu (213 orang), India (83 orang) dan lain-lain kaum (430 orang).
Kajian mendapati faktor kesempitan hidup dan keinginan untuk meraih pendapatan tinggi dengan cara mudah dan cepat selain kepincangan dalam institusi kekeluargaan merupakan punca utama menyumbang kegiatan pelacuran membabitkan wanita tempatan.
Dalam pada itu, statistik tersebut turut menunjukkan PDRM berjaya menahan seramai 11,832 wanita warga asing yang terlibat dalam aktiviti pelacuran pada tahun lalu, berbanding 11,919 wanita bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Tangkapan tertinggi yang direkodkan adalah dari China iaitu seramai 5,922 orang diikuti Vietnam (2,169 orang), Thailand (1,492 orang), Indonesia (1,208 orang) dan Filipina (750 orang).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, PDRM sentiasa menjalankan operasi berterusan ke atas pusat hiburan, hotel, rumah urut dan premis-premis persendirian dalam membanteras kegiatan pelacuran di negara ini.
"Pada awal tahun ini, seramai 15 wanita dari negara Timur Tengah turut ditahan kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar ibu negara.
"Hasil maklumat orang ramai dan risikan polis, trend itu wujud atas permintaan pelanggan yang juga dari negara Asia Barat.
"Secara keseluruhan, kegiatan haram itu masih tidak membimbangkan dan pihak polis memerlukan kerjasama semua pihak untuk menyalurkan maklumat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Mohd. Bakri berkata, sepanjang tahun lalu juga, seramai 218 mangsa pemerdagangan berjaya diselamatkan dan kesemua mangsa itu telah diberikan perlindungan, manakala seramai 159 orang ditahan kerana terlibat dalam kes pemerdagangan orang.
Dalam pada itu, jelas beliau, seramai 24,962 orang ditahan dalam 34,865 serbuan dibuat ke atas premis yang menjalankan kegiatan perjudian haram di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
"Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10,324 serbuan dan 4,790 tangkapan dibuat bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya," katanya.



Hahahaha.
Tak payah lah sesiapa pun cuba berselindung sebalik laporan wartawan hina bernama shahrullizan rusli yang tak tau sifir. Semua orang dah lama tahu kaum mana paling ramai melacur.

Polis kuala lumpur sendiri tak boleh tahu berapa ramai pelacur serta pecahannya mengikut kaum.Macam mana mau kira pelacur ? Hantar pegawai banci pergi sarang mereka ? :lol:

Apa yang ada pada polis hanyalah bilangan tangkapan. Dan dari jumlah tangkapan sepanjang 2002, cuma 42 dari 419 rakyat tempatan adalah dari kaum melayu.
Walaupun pelacur melayu lebih mudah ditangkap kerana bekerja secara sendirian mencari pelanggan di tempat terbuka., bilangan mereka dari yang ditangkap hanya lebihkurang 10% sahaja.

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama)-- Wanita Melayu, ada yang semuda 15 tahun,
paling ramai terjebak dengan pelacuran kebanyakannya kerana ingin hidup
mewah.

Statistik Polis Kuala Lumpur menunjukkan wanita Melayu yang menjadi pelacur
sangat tinggi iaitu 60 peratus, diikuti Cina dengan 30 peratus dan bangsa
lain 10 peratus, termasuk kaum India dua peratus.

Ketua Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap Kuala Lumpur, Supt Mohd Fawzy
Arshad, berkata remaja Melayu bawah umur yang terlibat dengan pelacuran juga
tinggi pada tahun 2002 iaitu 28 orang.

"Tekanan hidup di kota metropolitan menyebabkan mereka memilih jalan mudah,"
katanya kepada Bernama di IPPKL.

Katanya, pelacur paling muda ditangkap pada tahun lepas merupakan gadis
Melayu berusia 15 tahun dan yang paling tua dalam lingkungan 40-an.

Polis menjalankan operasi hampir setiap hari pada tahun lepas dan tempat
yang menjadi sasaran ialah rumah urut, kelab, salun, disko, tempat awam,
hotel dan rumah persendirian.

Kesemuanya, polis melancarkan 1,810 serbuan dan menangkap 1,334 pelacur,
tahun lepas.

Daripada jumlah itu, wanita dari negara China adalah seramai 486 orang,
Indonesia (409), Thailand (252), Uzbekistan (48), India (41), Filipina (35),
Vietnam (34), Kemboja (empat), Russia (lima) dan Myanmar (satu) manakala 419
adalah rakyat tempatan.

Pada Januari dan Februari tahun ini pula, polis membuat 299 serbuan dan
menahan hampir 200 orang pelacur.

Penolong Pengarah Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) Nik Azlan Nik Man berkata, pelacur Melayu yang ditemui di ibu negara
oleh jabatan itu berusia antara 17 dan 50 tahun.

Beliau bersetuju bahawa tekanan hidup di bandar menyebabkan seseorang wanita
itu menjadi lemah imannya.

"Ada yang ghairah dengan kebendaan, ada yang suka-suka melacur dan ada juga
yang tidak dapat menahan nafsu," kata Nik Azlan di pejabatnya di Pusat
Islam.

Kes jenayah syariah seperti pelacuran meningkat dari tujuh kes pada tahun
2000 kepada 42 kes sehingga Disember 2002.

Dalam tinjauan Bernama di sekitar Bukit Bintang, Chow Kit dan Brickfields,
wartawan berpeluang berbual dengan seorang pelacur Melayu yang hanya mahu
dikenali sebagai "Nora", berusia dalam lingkungan awal 30an.

"Saya mula rosak selepas mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki semasa
bercinta. Kami duduk serumah selama dua tahun dan akhirnya saya
meninggalkannya," katanya.

Semasa menyewa di Brickfields bersama seorang teman wanita, Nora mula
terpengaruh dengan video lucah yang ditonton hampir setiap hari.

Aktiviti pelacurannya bermula pada sebelah malam dan dia tidak dikawal oleh
mana-mana "bapa ayam" malah mengakui kebanyakan pelacur Melayu di sini
melakukan kerja itu dengan rela.

Nora mengaku beberapa orang rakannya berhenti menjadi pelacur selepas
berkahwin dan suami mereka kebanyakan adalah bekas pelanggan.

Katanya, kerana wajahnya yang masih cantik, dia berupaya mendapat sehingga
RM10,000 sebulan.-- BERNAMA

orang2CREW Publish time 20-9-2010 02:11 PM

Sejarah Pelacuran..... nasib baik x masuk dalam subjek Sejarah kat sekolah... kalo tidak... adoii..

shop_girl Publish time 16-6-2012 10:01 AM

zaman yg terdahulu dari zaman kedatangan Inggeris xde pelacur ke??

BotakChinPeng Publish time 16-6-2012 10:58 AM

Reply 44# shop_girl

Kawasan kuli lombong mungkin ada

unekspekted_XII Publish time 16-6-2012 11:04 AM

aku ade artikel.. agak lame jugak.. memang kelantan serambi mekah tu terkenal dgn pelacur2nye.. sampaikan org orang sane dah tak heran lagi zaman tu

day2 Publish time 16-6-2012 03:15 PM

aku ade artikel.. agak lame jugak.. memang kelantan serambi mekah tu terkenal dgn pelacur2nye.. samp ...
unekspekted_XII Post at 16-6-2012 11:04 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

mane unek... cepat tunjuk..{:1_152:}

unekspekted_XII Publish time 16-6-2012 05:29 PM

Reply 47# day2

nanti laa.. hari sabtu ni... hari party animal menetas

BotakChinPeng Publish time 16-6-2012 07:44 PM

Post Last Edit by BotakChinPeng at 16-6-2012 19:46

Klik buku ini kemudian baca ms142

Kisah pelayaran Abdullah ke Kelantan - Amin Sweeney

amukgemuk Publish time 17-6-2012 03:39 AM

asasnya tempat yg ada kumpulan lelaki berhimpun atas apa sebab sekalipun, ada lah nanti benda ni akan muncul.

Selalunya tempat imigran buruh lelaki, biasa saja. Macam ada org tulis pasal site construction ada benda ni. Kena ada katanya...kalau tak dia kacau orng tempatan.
Begitu juga di kem tentera, bukan kem tentera local lah...base yg jauh dari tanah tumpah darah...macam masa US kat Vietnam dulu ni, benda ni seluruh Vietnam pun tahu. Sekarang ni pun, silap2 ada apa.
Penjara yg di Honduras tu, yg dibawh management banduan sendiri tu....ada pusat pelacuran kau..

stillen Publish time 18-6-2012 05:56 PM

Saya pernah baca buku bertajuk Kuala Lumpur, cerita pasal KL tahun 1850an hingga 1900an yg mana ada tunjuk peta tempat pelacuran..kadang2 disebut tmpt 'harem

salimrock Publish time 18-6-2012 06:29 PM

rose chan
gelupur Post at 26-5-2009 21:35 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Pada Julai 1957, Chan memeluk agama Islam ketika beliau berkahwin dengan Mohamed Nazier Kahar, seorang warganegara Indonesia di Singapura dan menukar nama kepada Rosimah binti Abdullah. Perkahwinan yang tanpa anak ini kekal selama tiga tahun. Selepas itu, beliau berkahwin dengan Chong Yew Meng, dan mempunyai seorang anak lelaki. Akan tetapi perkahwinan ini juga tidak berkekalan. Perkahwinan yang keempat gagal juga tanpa mempunyai anak

Rose chan masuk islam?

najwa88 Publish time 1-7-2012 12:31 PM

Reply 52# salimrock


   {:1_273:}

parasitolol Publish time 3-7-2012 01:00 AM

Reply 50# amukgemuk


   tp skrg nie US dh gune bhn kimia yg diletakkan dlm mknn bg menghilangkan nafsu seks.........
* pengakuan drpd bekas tentera US.....hehe
Pages: 1 2 [3]
View full version: Sejarah Pelacuran di Malaysia


ADVERTISEMENT