sagilicious Publish time 31-1-2011 01:49 PM

Baru dgr kt radio tadi...movie mula ditayangakan pada 10hb Mac 2011......

k3mb0j4 Publish time 31-1-2011 03:48 PM

rasa mcm tak sabar nak tunggu filem ni keluar....
ada kelainan dari filem2 yg sedia ada...
saya suka sangat lagu tema filem ni
OPPu9GtRdmc

hayrin86 Publish time 31-1-2011 08:39 PM

Nanti filem nih last-last akan masok rangkaian Astro First nih (CH480)

mimiekiut Publish time 17-2-2011 12:42 PM

teringin nak tgk cite ni kt wayang nanti...

fly_in_d_sky Publish time 20-2-2011 06:30 PM

Reply 11# forum_aje

   揔ami memilih Stephen kerana dalam filem ini dia mempunyai darah Alexander The Great. Dia dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, boleh belajar bahasa Melayu dan betul mendalami karakter.
betul ke mamat nie keturunan Alexander The Great???

aku_ker Publish time 20-2-2011 11:18 PM

ayoyo, citer ni bukan based on sejarah sebenar, plot pun cam tiru pirates of caribbean je...typical yusri movies.

adie82 Publish time 21-2-2011 01:26 AM

Post Last Edit by adie82 at 21-2-2011 01:27

http://img684.imageshack.us/img684/26/hikayatmerongmahawangsa.jpg

aku tak berkenan dgn gambar ni!...

semua pakai baju sepesen sewarna... takder kaler lain ker zaman tu?:mad:

pastu prob (pondok, bangsal, rumah, pokok pisang) nampak tak real. just pacak, tanam, shoot, buang. tak nampak macam penempatan tu dah lama... macam penempatan baru bukak 1 hari!:mad:

ada ke patut tepi rumah macam tepi pantai ada pokok pisang.. walhal rumput secubit pun takder!:doh3:

adie82 Publish time 21-2-2011 01:29 AM

Reply 46# ChildrenOfBodom

    pergh.... diorang lagi kaji sejarah melayu yer!:loveliness:

alyssasarah Publish time 22-2-2011 09:40 AM

hari nih gigih promosi.......hero kat tv2, heroin melayu kat tv3.Tak sabar nak nengok

izat123 Publish time 22-2-2011 11:17 AM

bodoh gak kan orang Malaysia nih nak perfect gila.sedarlah KRU wat filem nih bajet 8 juta jer.8 JUTA la ngok.queen of langkasuka 14 juta.cita omputeh lagi beratus-rauts juta.apa yang nak tengok teliti sangat?support our local act not just critics..buatla kalau pandai:curse:

myralupilato Publish time 22-2-2011 01:23 PM

cerita neh mcm xde jiwa jer..
xmcm PGL.. walau ada CGI effect, nampak kejiwaannya..
beta_carotene Post at 9-1-2010 06:55 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

khenn..ai pun setuju

sbb stephen neh ke??ai kureng cket mamat neh...wpun he's funny dlm los and faun

ChildrenOfBodom Publish time 22-2-2011 01:44 PM

haku baca dalam sokabaq kemaren 25 februari ni 6 petang kat tibi 3 ada dokumentari pasai pelem nie, hari jemaat

adzli81 Publish time 22-2-2011 02:20 PM

aku dah pernah tgk trailer movie ni...nmpk mmg superb siap ada tunjuk adegan lembing tembus kepala...mcm real ajer...tapi bajet 8 juta aje kan.....tak tau lar mcm mana hasilnya nnti....kalau bajet dia RM500 juta....nmpk lagi superb lar.....tapi ini kan msia..kalau wat bajet filem RM500 juta tapi box office pun tinggi setakat RM 8 juta mana balik modal.....

alyssasarah Publish time 22-2-2011 07:24 PM

Tadi ummie nazira kat tv2 ada beritaw citer nih ada 2 version, local market 60 percent melayu, english 40 percent.For international market, english 60 percent 40 percent melayu.Tapi yg betukar bahasa ni mostly Stephen Hughes.Yg melayu cam embok cakap melayu jer.

zila_hakimie Publish time 25-2-2011 03:43 PM

dokumentari HMM ptg nih, 6pm di TV3

SEMPENA kemunculan filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studios telah menghasilkan sebuah dokumentari mengenai filem itu untuk tatapan umum.

Faktor utama penyiaran dokumentari HMM adalah sebagai program tambahan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan berhubung fakta sejarah yang dipaparkan dalam filem arahan Yusry Abdul Halim itu.

Dokumentari tersebut bakal disiarkan pukul 6 petang, esok, 25 Februari di TV3.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, penghasilan dokumentari itu juga adalah sebagai salah satu cara mempromosikan HMM.

“Biasanya filem yang telah dihasilkan akan menerbitkan program di sebalik tabir.

“Namun, HMM mengambil sedikit kelainan dengan menyediakan dokumentari berdurasi satu jam memandangkan versi filemnya memaparkan cerita yang mempunyai kaitan dengan pembentukan negeri Kedah,” katanya pada majlis tayangan dokumentari HMM di Suria Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penghasilan dokumentari itu juga sebagai sokongan kepada penterjemahan intelektual yang diolah dalam bentuk hiburan sebelum menjelmakan filem HMM itu bagi tontonan seluruh lapisan masyarakat.

Tambah Norman, dengan memuatkan beberapa temu bual bersama tokoh sejarah dan ahli akademik, dokumentari itu diharap sedikit sebanyak membantu penonton untuk memahami secara mendalam versi filem HMM yang bakal ditayangkan menjelang 10 Mac ini.

Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam dokumentari tersebut ialah Datuk Wira Mohd. Shaarif Abu Samah (wakil Istana Kedah), Mohan Shanmugam (Presiden Hindu Sangam Malaysia), Datuk Profesor Khoo Kay Kim (Sejarawan Malaysia), Datuk Dr. Wan Shamsuddin Mohd. Yusof (Sejarawan Negeri Kedah) dan Datuk Dr. Siti Hawa Salleh (Ahli Filologi dan Pengkaji Buku HMM).

Turut ditampilkan dalam dokumentari berkenaan ialah wawancara bersama Yusry Abdul Halim selaku pengarah filem itu dan Amir Hafizi yang merupakan penulis skripnya.

Menurut Norman, naskhah asal Hikayat Merong Mahawangsa dalam bentuk buku yang menjadi rujukan bagi projek filem itu adalah terlalu tebal dan mempunyai pelbagai bentuk pemahaman kepada setiap pembacanya.

Namun, dokumentari itu cuba untuk menjelaskan bagaimana tenaga kerja di sebalik filem HMM termasuk Yusry dan Amir menggabungkan elemen sastera, mitos dan sejarah, bagi mewujudkan unsur realisme untuk filem itu.

“Kami cuma mengubah beberapa elemen untuk menjadikan versi filem HMM lebih meyakinkan tetapi masih berteraskan cerita asli.

“Justeru, penonton juga akan melihat beberapa perkara yang disebut dalam naskhah asal dalam HMM versi filem,” jelas Norman yang membelanjakan RM40,000 untuk dokumentari yang mendapat tajaan eksklusif Celcom itu.-kosmo

http://www.krustudios.com/resources/content/369.jpg

zila_hakimie Publish time 25-2-2011 03:44 PM

sekngucing Publish time 25-2-2011 07:09 PM

aku dah tgok dokumentari dia tadi
-ingat film ni ada perang bodo2 je rupanya skala besar jugak
-tp aku konfuse laaa, kalau merong pengasas langkasuka (spt yg dikatakan sejarawan dlm dokumentari dia tadi) film queen of langkasuka tu sapa pula?

cmf_GAIA Publish time 25-2-2011 08:05 PM

aku dah tgok dokumentari dia tadi
-ingat film ni ada perang bodo2 je rupanya skala besar jugak
-tp ...
sekngucing Post at 25-2-2011 07:09 PM http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

    Pengasas tu pemula...dlm Queen of Langkasuka tu agaknya keturunan dia kot?

alyssasarah Publish time 25-2-2011 08:06 PM

Queens of Langkasuka - citer pasal puteri2 Pattani, part of the great Langkasuka.Ada queen hijau, queen ungu, queen biru etc.Kira nih cucu cicit Merong Mahawangsa lah.

alyssasarah Publish time 25-2-2011 08:09 PM

Apesal lah ban yak sgt thread yg sama. Kan bagus jer merge sume ni.. Citer queens of Langkasuka ni citer pasal keturunan MMW kat Pattani.
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: [MERGED] HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA [THE CHRONICLES OF MERONG MAHAWANGSA]

ADVERTISEMENT