sadiq_segaraga posted on 16-6-2009 09:51 PM

Nak order botol

Aku nak mencuba menjual tyre wax, car wax, cecair pencuci kereta dan seangkatan dengannya.
Aku boleh dapat menda menda ni dengan harga berpatutan dan aku bercadang nak buat packaging sendiri dengan jenama sendiri. Sekarang ni, aku tengah nak cari kat mana aku nak order botol botol yang sesuai untuk pembotolan menda yang aku nak jual ni?

Gadjet posted on 16-6-2009 10:37 PM

try tnye kat kedai hardware...
ade jual kot..

mehacomp_91 posted on 16-6-2009 11:06 PM

Reply #1 sadiq_segaraga's post

tak kena tangkap ke nanti??
ye la kalau ikutkan undang2 sesuatu produk,apabila diwartakan maka takleh la orang tu nak rebadge suka2 hati..

juz my 1  cent

sadiq_segaraga posted on 16-6-2009 11:22 PM

Bukan rebrand lah..
Ini memang wax mentah belum dipakejkan lagi. Cina apek yang buat then peniaga pasar malam beli dari apek ni isi dalam botol yang tak glamer (botol air mineral tu) jual kat pasar malam.

So aku rasa kalau buat packaging cantik2 dengan design yang menawan, tentu boleh laku. Bubuh brand yang bercirikan islamik dan kemelayuan nanti senang dipasarkan.

sadiq_segaraga posted on 16-6-2009 11:27 PM

Originally posted by Gadjet at 16-6-2009 22:37 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
try tnye kat kedai hardware...
ade jual kot..

Kedai hardware? Botol camna tu?

dusunmind posted on 17-6-2009 12:38 AM

ciri islamic dan kemelayuan? hurm...

SANKURIANG posted on 17-6-2009 07:59 AM

Balas #4 sadiq_segaraga\ catat

Apa la nak guna nama ISLAM tu.......ni la dia...salah satu usahawan yg BIJAK...bingai ke hapa kau ni? Jual pengilat dan wax tayar nak cerminkan ciri2 ISLAM ke???:L :L :L :L

izzuddin posted on 17-6-2009 08:23 AM

sedih ler....pada tahun 2003 aku pernah menjadi consultant kapada sebuah persatuan yang berkaitan dengan produk2 orang kampung.....hari pertama aku pi ke bangunan persatuan....aku terkejut....semua branding pakai nama islam....dan ko bayangkan contohnya kat botol sos tu tulis for muslim by muslim....abis orang kapir tokleh makan ke? Allah tak pernah melarang kita bermuamalat dengan orang bukan Islam....jadi kenapa orang Islam memotong leher mereka sendiri dengan limitkan market dia kepada orang Islam sahaja? ada ke mi segera nama bismillah? takut orang bukan islam nak makan...sedangkan orang islam sendiri ada banyak choice dalam mee segera so last2 siapa nak beli mi segera cap bismillah.;...lepas tu pembungkus boleh ke nak buang dalam tong sampah.....PERINGATAN: JANGAN SESEKALI LIMITKAN MARKET KITA KEPADA SESUATU AGAMA ATAU KAUM....
kadang2 orang cakap kalau kita buat branding islamic sikit nanti senang nak jual kat Arab.....utk perhatian anda semua...Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan dasar dan amalan Islam yang terbaik di dunia...diperakukan oleh orang arab...kenapa? orang arab sendiri cari produk buatan US atau UK sebab diaroang kata glamer...barang buatan Asia ni kononnya kolot dan terkebelakang.....

izzuddin posted on 17-6-2009 08:26 AM

nak buat brand sepatutnya buat brand yang dapat blanket semua orang...dan bukannya blanket sesetengah orang kecuali barang kau tu niche sangat seperti colok....kompas arah kiblat, dll...

contoh yang baik ialah BONIA...siapa sangka dia tu malaysia punya.....

sadiq_segaraga posted on 17-6-2009 08:39 AM

Aisay.. janganlah sampai panggil orang bingai ke apa..
Tegur elok2 tak boleh ke? Ada ke aku cakap menda yang membangkitkan kemarahan? Kalau cakap nak brand kan nama islamik jadi kesalahan, aku mintak maaf lah ya. Aku tak tahu ianya jadi kesalahan besar.

OKlah.. aku memang nak letak nama yang universal tapi partner aku yang nak sangat nama islamik.. dia ni islamik orangnya, berjubah sarban bagai.. so aku ikut aja sebab dia yang banyak usahakan menda ni.
Bila korang dah berhujah camni, so aku bolehlah bagi point2 yang kau bagi kat dia. Kemungkinan dia terima point2 yang korang bagi.

So, katalah aku dah bubuh brand yang universal. Sekarang ni balik pada persoalan asal, kat mana aku nak cari botol2 tu?

izzuddin posted on 17-6-2009 08:48 AM

ko pi bukak suratkabar metro kot.....aku selalu baca ada kilang jual aneka botol

izzuddin posted on 17-6-2009 08:51 AM

sila call orang ni....kilang botol plastic melayu
Bagi mereka yang berminat untuk melanggan produk keluaran Alive Universal (nama kompani dia) ini, boleh menghubungi En Mad Rasid Talib di talian 012.474.6717 (Managing Director) atau 04.5086.717

izzuddin posted on 17-6-2009 08:55 AM

kilang ni pulak kat perak...mr LAI 016-5210035

izzuddin posted on 17-6-2009 08:57 AM

aku nak mencelah....ko letak brand saiyarah (bermaksud kereta dalam bahasa arab) heheheheh

thedude posted on 17-6-2009 01:09 PM

Originally posted by sadiq_segaraga at 16-6-2009 21:51 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Aku nak mencuba menjual tyre wax, car wax, cecair pencuci kereta dan seangkatan dengannya.
Aku boleh dapat menda menda ni dengan harga berpatutan dan aku bercadang nak buat packaging sendiri de ...

Saya rasa bagus kalau buat brand yang berbunyi macam Jepun/Korea/English/negara-negara yang maju bidang automotifnya .. ..
Kalau mcm bunyi Arab ni ... tak berapa kena ... :L

Tputri posted on 23-6-2009 03:44 PM

Ko g kat balakong. Ada kilang botol plastik ni. Mcm2 pesen botol ada. Ada website dia..tp, aku lupa dh apa link dia.

Tputri posted on 23-6-2009 04:46 PM

ni link dia www.kpi-plastic.com
Page: [1]
View full: Nak order botol