kikilala posted on 7-7-2009 01:43 PM

Tolong Beri Nasihat Tentang 4x4

Assalamualaikum Forumner semua,

Saya nak mintak pandangan dan khidmat nasihat anda sedikit mengenai 4x4.

Husband saya buat masa ni berada di luar negara kerana bekerja. Dia suruh saya beli sebijik 4x4 kat Malaysia. Dia minat Land Rover.

Masalahnya, model yang dia minat tu kecik sangat (kontot). Dah laa 2 seater je, mana nak letak anak-anak?

So, ada apa-apa 4x4 lain tak kat luar sana yang sesuai? Saya nak yakinkan dia supaya jangan beli Land Rover kontot tu.

Apa yang best sangat tentang Land Rover kontot ni?

ah_long posted on 7-7-2009 01:52 PM

land rover nih ada keistimewaan sendiri... saya rasa husband awak bukan nak jadikan main car.. probably 2nd car..

tapi kalo nak pakai 1 kereta.. nak pakai Land ROver gak... kena amik model mcm Discovery...satu family bleh masuk

kalo nak 4X4 lain, banyak pilihan toyota hilux, mitsubishi triton, ford ranger, isuzu dmax untuk jenis pickup, ataupon pajero.. haa kembara pon 4X4 tau.

tapi sebaiknya husband awak balik malaysia & pilih/beli sendiri, ada ke patut soh org yg tak tau yang beli...

geng_tx posted on 7-7-2009 07:07 PM

dia balik esok.... suh dia beli sendiri.

di buat nya masa ko beli tu ada sumthin wrong.... nanti tak pasal pasal dia membebel kat ko... wakaka....

tapi, aku respek sama laki ko.... dia boleh suruh ko je beli ....

kalau aku? bukan tak percaya sama bini, tapi itu bukan "kerja " yg sesuai buat dia.....

danedzya posted on 7-7-2009 10:23 PM

Ada ker Land Rover baru 2 seater?Ker dia suruh beli land rover mcm kat Cameron Highland tu??Yg buat angkut teh....tu yg dia suruh ko pi beli...;P
tu yg dia selamber jer suruh ko pi beli....mcm tak caya jer aku...

loona posted on 7-7-2009 10:41 PM

1# kikilala
landrover kontot yg ni ke?
defender 90..best nih, mungkin dia mahu bawak gi manjing dan mandi manda air terjun...
setakat 2-3 orang boleh lagik muat..kalau bawak barang banyak susah mahu sumbat laaa...
http://image.trucktrend.com/f/trucks/future-collector-trucks/10202074+cr1+re0+ar1/land-rover-defender-90-110.jpg

why not ambik landrover defender 110...
yg ni 4 pintu...panjang sikit..
http://cache.kalaydo.de/mmo/5/670/379/5_142408990.jpg


SVX version
http://www.expeditionoz.com/blog/wp-content/uploads/landrover/landrover_defender_svx_set.jpg

tapikan..kalau dia minat 4x4, takkan suruh wife beli..mcm tak logik aja kat sini.
tentu dia sendirik nak jenguk, tengok, test drive...
takkan nak beli landrover mcm beli ikan kat pasar aja...mcm tak kena aja!

takumi86 posted on 7-7-2009 11:15 PM

puan kikilala,
cuba bagi tau bpr budget yg hubby nak beli ni?? baru senang nak imagineee

gelupur posted on 7-7-2009 11:48 PM

minyak kuat

loona posted on 7-7-2009 11:50 PM

minyak kuat
gelupur Post at 7/7/2009 11:48 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

itu dah kira stended pada sapa2 yg nak pakai landrover.
yg penting kepuasan.....:lol:

kikilala posted on 8-7-2009 11:35 AM

Laki aku nak beli dari kawan dia laa. Masa dia balik hari tu dia ada test drive. Apa laa ngkorang buat andaian macam-macam ni.

Aku tak nafikan laa yang aku ni tak pandai bab-bab kereta ni sebab tu aku mintak pandangan ngkorang untuk counter balik laki aku punya idea. Bukan ke lagi bagus kalau dia beli rantai emas banyak-banyak untuk aku, instead of that Land Rover kontot?

kikilala posted on 8-7-2009 11:40 AM

Buruk sungguh itu Land Rover kontot pada pandangan aku ni.

Sorry laa guys, kereta itu bukan taste pompuan yang tak adventurous macam aku ni.

matamata posted on 8-7-2009 01:50 PM

tanya husband....dia nak beli landie tu utk apa....?

landie kontot ni kalau utk lelaki yg suka adventure...mmg cun habis sebenarnya...

kikilala posted on 8-7-2009 04:47 PM

Laki aku kata, bila dia habis kontrek hujung tahun ni, dia nak balik Msia buat penternakan kambing. Jadi Land Rover kontot tu nak buat kenderaan ladang laa katanya. Yang member dia pulak asyik promote aje kereta tak senonoh tu kat dia. Join Club laa.. apa laaa. So, sekarang ni aku nak counter promosi hebat member di tu. So.. kalau ada keburukan tentang LandTot ni.. sila laa bagi tau ye?

danedzya posted on 8-7-2009 06:25 PM

Ternak kambing nak pakai land rover...fuhh..kayo!!:lol:
Takde keburukan sangat land rover nie sebab dia adalah 4X4 yg paling tahan dlm kategori SUV...keburukannya dari segi harga jer...

matamata posted on 8-7-2009 07:06 PM

Ooooo...dah pahamla.....maknanya ko nak cari kelemahan Landie ni supaya ko blh counter pada promosi dari kawan2 dia....

mungkin soalan ni blh jadi jawapan utk ko...dan kenapa suami ko nak beli Landie ni utk kerja2 ternakan kambing dia...

-Kenapa askar, polis dan klinikkesihatan luar bandar/ pedalaman pakai landie defender..?
-kalau ko pegi Cameron Highland...90% pengguna 4 wheeler pakai defender...

kalau ko nak cari kelemahan landie ni dan cuba cadangkan 4 wheeler lain aku rasa agak sukarlaaa....kalau utk buat kerja dan jadi "workhorse"...defender duduk atas sekali...kalau ada option pun rasanya tak dpt nak tandingi dia...


aku bg ulasan berdasarkan ckp ko yang suami ko nak gunakan utk berkerja...bkn utk jenjalan dan mkn angin...

kalau nak mkn angin rasanya suami ko takkan beli defender ni...sbb sgtlah tak selesa...:lol:

loona posted on 8-7-2009 08:45 PM

9# kikilala

landTot ni memang best untuk adventure...sambil2 buat ngembala kambing, boleh masuk kelab adventure nikmati keindahan dan kehijauan alam...
memang nampak tough, macho untuk kaum lelaki..malah kalau kaum perempuan yg bawak..waduh2, semua mata lelaki akan pandang...
Lepas beli ko suruh laki ko letak mud tyre 35", raise suspension..tular color warna garang sikit..tapi landtot defender ni cantik kalau color lumut matt finish hijau gelap mcm army tuh..tambah snorkel!
tapi keburukannya LandTot punya part agak mahal lah kalau nak banding ngan toyota atau brand jepun lain.
Setahu aku..takde 4x4 yg setaraf dengannya dari segi lasak, macho...
kalau yg boleh lawan pun mungkin ToyotaTot BJ40..atau Jeep Wrangler...
Modern 4x4 memang takleh lawan sebab suspension dah tak solid..dah lembik mcm kereta sebab utamakan keselesaan dari ketahanan.
Kalau pakai 4x4 pickup sekali pun tak syiook untuk masuk hutan sebab panjang sangat..kekadang clearance tak lepas..sangkut belakang!

ni ToyotaTot BJ40...
http://satamax.free.fr/bj%2040.JPG  

yang ni Jeep Wrangler..Jeep CJ pun ok gak..
http://www.performancewheel.com/cw2/assets/Gallery/Silver%20JEEP%20WRANGLER.jpg

Kalau Daihatsu..boleh jenguk2 Rugger atau Rocky
http://4.bp.blogspot.com/_yzfAsPvn1HM/Sh-ljLlKajI/AAAAAAAAAJ0/KySfQwiEvxc/S692/2920985181.jpg

emm...ko tak payah nak cari alasan untuk menghalang dia pakai 4x4 kontot ni, kerana lepas dia beli, ko tentu akan merasa seronoknya kerana ianya pengalaman lain dari yg lain..dan anak2 ko jugak akan teruja..percayalah!
Teruskan cita2 beli LandyTot tuh..:lol:

kikilala posted on 9-7-2009 11:43 AM

Tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension..tension.. tension..tension.. tension..tension.. tension..tension.. tension..tension.. tension..

MaxSteel posted on 9-7-2009 04:15 PM

uUUUuuumak aiii... apalak nak di tensiong kan... ok apa dari dia suwuh engkau belikan pompuan secondhang lagik haruuu....

loona posted on 9-7-2009 11:48 PM

16# kikilala
apahal nih?
pasal kereta kontot pun tension ke?
itu belum dia cari perempuan kontot....:lol:

eco_internet posted on 10-7-2009 02:15 AM

ada gak land rover yg cantek..minah saleh kat area aku selalu nampak bawak free lander..
ko cucuk hubby ko suruh dia beli free lander yg baru :)

http://img16.imageshack.us/img16/8259/ilandroverfreelanderbig.jpg

freelander

http://img122.imageshack.us/img122/7349/freelander2tuning.jpg

new freelander

eco_internet posted on 10-7-2009 02:17 AM

takpun ko suruh je hubby ko beli mana2 pikup..leh bawak kambing skali :P..
beli je pikup cam hilux,triton,dmax,frontier..maintenance pun tak semahal land rover..

zorrro_03 posted on 15-7-2009 02:49 PM

16# kikilala


tak yah laa tensen2 ttg tu...  cuba kiki cadangkan pd hubby supaya beli hilux 2 cab.  cun jugak utk off road atau dlm banda...

ifanonline posted on 15-7-2009 05:01 PM

aku rasa kalau setakat nak ternak kambing, tak payah pakai Land Rover...pakai Triton or Hilux should be sufficient enough...lainlah kalau hubby kor nak pegi tebang pokok balak dlm hutan belantara nun...
Page: [1]
View full: Tolong Beri Nasihat Tentang 4x4