alphawaves Publish time 2-8-2009 01:31 AM

Post Last Edit by alphawaves at 2-8-2009 01:33

Post Last Edit by kiuros at 1-8-2009 20:05



pandangan saya, walaupun polis bantuan dapat latihan di pulapol, kursus mereka tak menyeluruh dan skop kerja pun bukan macam regular, jadi kuasa untuk ...
kiuros Post at 1-8-2009 20:04 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Cuba tuan bersikap telus sedikit, siapa punya usul menukar uniform polis bantuan ni. dari PDRM ke atau Polis bantuan? kena ingat salah satu sebab penubuhan polis bantuan ini adalah merapatkan jurang antara org awam dan polis. jadi bermakna disini polis bantuan adalah wakil polis memperkenalkan polis kepada masyarakt amnya. ini sama lah dengan polis sukarelawan.

Saya merasakan punca2 usul menukar uniform polis bantuan ini kerana polis regular merasakan polis bantuan tidak setaraf atau sama tinggi dengan mereka. aik tinguk betul2 bro. polis bantuan lagi fit dari sesetengah polis regular, dalam sesetengah kes polis bantuan lagi lebih lancar englishnya berbanding polis regular g bukan saja tergagap2 malahan tidak tau berbahasa english langsung.

Dengan menukar uniform PB bermakna polis sukarelawan juga harus menukar uniform mereka. kerana mereka juga bukan polis kerana seksyen 3(3) tidak terpakai kepada mereka, mereka hanyalah org awam seperti mana PB. mereka hanya ada public arrest, so utk berlaku adil, bukan PB saja harus menukar uniformnya tapi SP, Kadet polis dan polis tambahan/penjaga.

Satu lagi saya rasa lah. kalau polis regular macam agak keberatan bekerja sama dengan PB, bagaimana org awam spt saya ini bekerja sama dengan polis terutama hal2 penyaluran maklumat?

HangPC2 Publish time 2-8-2009 09:30 AM

Polis bantuan Kat LRT seragam macam Polis jugak tapi ada Badges RapidKL kat Lengan

SangSaka Publish time 3-8-2009 03:13 PM

21# alphawaves

Izinkan saya menjawab dari sudut pandangan peribadi saya.

Seringkali perbincangan antara Polis Bantuan dan Polis Regular ini dibaca di dalam laman web. Dalam kebanyakan keadaan, tentang isu pakaian yang sama. Saya akui, rata-rata pegawai dan anggota PDRM keberatan (secara peribadi) Polis Bantuan mengenakan uniform yang sama. Hal yang sama berlaku dulu, apabila Cawangan Pembantu meluluskan pertukaran uniform Polis Bantuan (atas permohonan Polis Bantuan juga).

Namun, melibatkan Polis Sukarelawan dalam hal ini rasanya tidak tepat. Polis Sukarelawan termaktub di bawah seksyen 3(3) kerana mereka melaksanakan fungsi yang serupa seperti anggota regular. Bahkan, semasa demonstrasi yang berlaku di KL pada Sabtu lepas, ramai pegawai/polis sukarelawan yang bertugas seperti anggota regular yang lain. Bahkan, dalam mana-mana demonstrasi juga. Saya tidak nampak Polis Bantuan dikerahuntuk bertugas sama. Lebih dari itu, Polis Sukarelawan tertakluk segala macam disiplin dan kaedah tatatertib pasukan termasuk hukuman yang dikenakan kepada anggota regular, berbanding Polis Bantuan yang tertakluk di bawah agensi masing-masing. Kuasa dan peranan juga berbeza. Secara peribadi, Polis Sukarelawan boleh mengenakan uniform yang sama dengan anggota regular, walaupun pemakaian pangkat dan nombor badan sedikit berbeza. Dan itulah fungsi Polis Sukarelawan ditubuhkan, merapatkan hubungan masyarakat dengan PDRM sedangkan fungsi penubuhan Polis Bantuan agak berbeza.

Polis Bantuan menikmati 'kuasa' tersendiri. Mereka, disesetengah agensi memiliki kelengkapan senjata dan kenderaan jauh lebih baik dari apa yang dimiliki oleh PDRM. Gaji dan kerja lebih masa mereka lebih tinggi. Cuma, peranan dan fungsi mereka, terhad di dalam lokasi kawasan tugasan mereka. Saya tak nak menceritakan beberapa salah laku yang dilakukan oleh Polis Bantuan yang berlaku di dalam perhatian saya, kerana saya mahu berpendapat ia adalah peribadi - bukan mewakili keseluruhan imej Polis Bantuan.

Yang ditukarkan semula ialah pakaian. Bukan penarikan kuasa. Bukan penarikan semula fungsi. Berasaskan apa yang saya baca dalam beberapa laman web, saya rasa pegawai/anggota Polis Bantuan sangat mengalu-alukan uniform mereka berbeza dari apa yang dikenakan oleh pihak PDRM sendiri.

tebuanharimau Publish time 3-8-2009 05:59 PM

elok tukar unifom ni..memang mengelirukan..mmg ada PB yang berlagak macam polis betul pun...sama la unifom2 PBT..tukar sikit kaler tu...ada PBT berunifom biru gelap yang pakai tali pinggang macam PDRM lagi!!:mad:

tok_rimau87 Publish time 3-8-2009 10:19 PM

tukar-tukar..

bab yang polis bantuan pakai jaket tu mmg btol, nampak cam polis regular..sbb kita x nampak dia punya lencana company

kalau polis bantuan genting leh faham la lagi nape dia pakai jaket..tp klu yg keja kat kl masa btugas pakai jaket da x bape btol tu

zannmy Publish time 3-8-2009 11:50 PM

Post Last Edit by zannmy at 4-8-2009 13:26

Rasanya patut ada perbezaan dari segi pemakaian uniform dan kuasa di kalangan polis bantuan ni,
Kalau PVR tu biarlah tetap macam sekarang kerana mereka juga banyak membantu
Pasukan regular kita.

SangSaka Publish time 5-8-2009 10:16 AM

26# zannmy

Lebih kurang 254 anggota JPAM dan RELA sedang dilatih untuk menjadi PVR.... Kawan dari Cawangan Pembantu dah confirm benda ni.... camner lak ni...????

kiuros Publish time 6-8-2009 03:06 AM

anggota regular training 9 bulan
PVR training 6 bulan
RELA & JPAM training 2 minggu dah boleh tugas
camner tuan....????

SangSaka Publish time 6-8-2009 02:07 PM

28# kiuros

Tak berani komen.... kata kawan saya, ianya arahan dari KDN.... Cawangan Pembantu khabarnya sedang cuba memperbesarkan pasukan PVR tu sendiri... ntah... pegawai/anggota PVR yang lain pun saya tak tahu apa pendapat mereka.... saya katakan kepada beliau..mengapa tak gunakan sahaja bekas pelatih SUKSIS yang tamat latihan... ramai juga yang masuk Inspektor Percubaan.... yang lain cuba serapkan ke dalam PVR... tapi ntahlah...

Apapun..kesemuanya bertujuan mengurangkan kes jenayah....

bolt Publish time 6-8-2009 03:24 PM

29# SangSaka

Kekosongan untuk pembesaran PVR ini ratanya adalah untuk Konstabel dan APR.

Manakala kekosongan jawatan untuk Pegawai Kanan adalah amat terhad dan rata-rata anggota sedia ada di dalam pasukan tersebut mempunyai kelayakan, taraf pendidikan serta gred pekerjaan yang jauh lebih baik.

Bekas SUKSIS semasa tamat latihan diberikan pangkat Insp maka sebab itulah kebanyakan mereka memohon P/Insp mahupun C/ASP.

Adakah bekas SUKSIS rela untuk memulakan semula dari jawatan Konstabel?

SangSaka Publish time 6-8-2009 04:32 PM

30# bolt

Saya setuju... rata-rata APR dalam PVR yang ada sekarang pun sudah cukup syarat untuk dilantik dan dinaikkan pangkat menjadi Pegawai di dalam PVR.... tetapi jangan lupa 2 perkara...

Satu... jaminan terus dari IGP tentang kemasukan mereka ke dalam Inspektor Sukarelawan Polis seperti yang disiarkan dalam akhbar..kalu tidak salah saya pada bulan Jun yang lepas... jaminan terus dari IGP ni saya rasa adalah satu dasar yang harus di laksanakan...

Kedua...saya tak pasti samada pernah dilaksanakan atau tidak, tetapi sememangnya ada lantikan terus ke jawatan Inspektor Sukarelawan Polis di dalam HTKPN tentang soal PVR dan kuasa melantiknya terletak di bawah kuasa Ketua Polis Negeri...

Saya tidak kira mereka wajar dimasukkan semula ke jawatan Konstabel PVR memandangkan mereka sudahpun dilantik ke jawatan Inspektor Sukarelawan.... Saya kira, jika perbezaan ini dapat dihapuskan, pasukan PVR akan memperolehi ramai tenaga dan pegawai baru dalam pasukan ini.... walaupun dalam masa yang sama saya faham bukan mudah untuk anggota kanan PVR untuk menerima kemasukan terus pegawai ke dalam pasukan ini....

NADEERA Publish time 11-8-2009 02:03 PM

ini lah org kata setitik nila rosak susu satu tempayan...;P
kesian budak2 PB.

higen Publish time 11-8-2009 09:08 PM

anggota regular training 9 bulan
PVR training 6 bulan
RELA & JPAM training 2 minggu dah boleh tugas
camner tuan....????
kiuros Post at 6-8-2009 03:06 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


Kami PVR di Penang training 1 tahun baru passing out.
Kalao tau Rela training 2 minggu boleh pakai uniform polis, tak payah susah2 masuk PVR.

Tak taulah quality Rela nie camner nanti pakai uniform polis.
Adakah depa Rela nie boleh bawa senjata lepas nie? 2 minggu training nak kerja mcm polis? Apalah kerajaan fikir....?

kiuros Publish time 11-8-2009 10:46 PM

28# kiuros

Tak berani komen.... kata kawan saya, ianya arahan dari KDN.... Cawangan Pembantu khabarnya sedang cuba memperbesarkan pasukan PVR tu sendiri... ntah... pegawai/anggota PVR yang lain p ...
SangSaka Post at 6-8-2009 14:07 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

tuan, saya berpendapat PDRM harus pertimbangkan dengan serius menggunakan PVR untuk bantu tugas-tugas pencegahan jenayah...mereka pun lebih terlatih dalam bidang kepolisan daripada agensi-agensi bantuan yang lain. maksud saya, agensi bantuan mana yang lebih tahu melaksanakan tugas2 polis selain daripada PVR. Tugas penguatkuasaan bukan setakat meronda, mencegah dan menangkap sahaja, malah perlu mendakwa dalam mahkamah juga dan ini memerlukan perlaksanaan tugas dengan teliti. Kalau gagal mendakwa penjenayah akibat kesilapan teknikal maka kredibiliti PDRM juga terjejas. dan juga harus mengambil kira, masyarakat khususnya warga kotaraya, lebih peka dengan undang-undang dan hak asasi manusia, maka setiap anggota yang melaksanakan tugas-tugas kepolisan hendaklah dilatih dengan secukupnya, kerana tidak guna ada bantuan dari agensi-agensi lain kalau anggota mereka perlu di selia oleh pihak regular yang pada masa yang sama menjalankan tugas sendiri.apa-apa masalah dalaman harus diberi perhatian telus dan teliti dan diatasi secepat mungkin agar PDRM lebih fokus p5t

SangSaka Publish time 12-8-2009 01:56 PM

34# kiuros

Saya dah beritahu pegawai dari Cawangan Pembantu perkara yang sama, dari menggunakan RELA atau JPAM, mengapa tidak digerakkan sepenuhnya PVR... lagipun dalam Akta memang wujud membolehkan pasukan PVR dikerahkan sepenuh masa sama seperti RAW... atau bahasa lazimnya 'mobilize'. Ini lebih berkesan sebab anggota RELA atau JPAM yang memasuki pasukan sukarela pun, akan menjalankan tugas secara di luar waktu pejabat, kecualilah peranan mereka digerakkan sepenuh masa :o???

Lagipun, ramai bekas pelatih SUKSIS yang rasanya lebih bersedia dan terlatih untuk tujuan.... tapi kawan saya cakap... apa leh buat.. arahan Menteri maaa.... :bye:

thamrong Publish time 12-8-2009 04:43 PM

Anak polis pencen boleh mohon jadi PVR tak? teringin hendak main brasso dan kiwi semula.

HangPC2 Publish time 19-8-2009 09:34 AM

RELA dan Pertahanan Awam dapat kuasa meronda kat sekitar KL tapi tak ada senjata... sambil dipantau oleh Polis

SangSaka Publish time 19-8-2009 09:40 AM

37# HangPC2

Keputusan dari top down tuan.. kehendak menteri.... latihan 15 hari dah meronda... hmmmm...

tebuanharimau Publish time 19-8-2009 12:46 PM

RELA & JPAM ni dptpakai unifom polis ke??

guyfawke Publish time 19-8-2009 03:02 PM

35# SangSaka

reasoning pak menteri tak guna pvr ape ye?
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: Pakaian Seragam PB.Apa Pendapat Anda?


ADVERTISEMENT