spyfan Publish time 18-3-2010 06:54 PM

Kalau berkaitan uniform, saya rasa mereka ada hak untuk memakai uniform Polis. ini kerana mereka mempunyai kad kuasa polis SP. Polis Bantuan hanya ada 'Formation SIgn' yang membezakan mereka dari anggota regular dan SP. tetapi pada amatan saya ianya tidak mencukupi. Polis Bantuan harus ada identiti mereka sendiri yang lebih unik. manakala SP dari agensi kerajaan lain (RELA & JPAM) boleh memakai warna beret pasukan mereka jika perlu identiti unit asal mereka lebih teserlah. tetapi ini tidak akan menunjukkan keseragaman pasukan, seperti mana yang berlaku sekarang, yang jauh lebih efektif.

SangSaka Publish time 19-3-2010 02:39 PM

60# spyfan

Saya kira, bukan PDRM sahaja kekurangan anggota. Keanggotaan dalam SP pun saya kira kurang juga. Bahkan keanggotaan dalam JPAM dan RELA pun, saya lebih yakin dan percaya tidak mencapai sasaran yang diperlukan - kekurangan anggota. Kekurangan anggota berlaku dalam semua bidang pekerjaan, bomba, ATM bahkan APPM sendiri.

Perkongsian tenaga dalam melaksanakan tugas tidak bermakna menyerap mereka masuk secara 'mee' segera. Banyak peraturan yang berkuatkuasa pada KPN A502 yang tidak terpakai kepada anggota RELA atau JPAM. Contoh mudah, mana-mana anggota PVR perlu mempunyai pekerjaan tetap untuk melayakkan mereka melaksanakan tugas sebagai anggota PVR. Apakah ini terpakai kepada anggota RELA/JPAM? Jawapannya, tidak.

Banyak cara lagi untuk untuk melaksanakan NKRA. Bukan kita menentang. Bahkan kita menyokong. Tetapi menggunakan pendekatan seperti ini, seolah-olah kita amat-amat kritikal untuk menangani masalah jenayah. Soalannya, apakah mereka yang dihantar (JPAM/RELA) ini mempunyai latihan dan ilmu yang cukup untuk menangani masalah jenajah. Jawapannya juga, tidak. Dengan hanya latihan asas 2 minggu?

alphawaves Publish time 20-3-2010 02:26 PM

Kadang2 tuan kopral saka..:lol:..kalaus sebut psl latihan, kemahiran dan skill serta ilmu. saya memang merasakan itu adalah perlu..tapi seperkara lagi kadang2 hal ini (tragedi di tempat kerja) juga bergantung kepada nasib dan takdir..

Komando polis yg begitu mahal harganya..kononnya antara para elitan di persada kepolisan..sehingga mereka ini seolah2 adalah anak emas kepada KPN..mereka hanya boleh di arahkan oleh KPN..BTW dalam sesetengah serbuan samada itu waktu komunis atau waktu ini..dan dalam sesetengah kes..korban antara para 'crook' dan komando ini adalah sama..so persoalan saya..adakah latihan dan ilmu polis itu sendiri benar2 menjamin keselamatan polis itu sendiri? maksud saya..adakah dengan adanya ilmu dari pulapol ini maka otomatik polis itu menjadi kebal kulitnya bak di selaputi tujuh inci kepingan besi waja..serta tidak pula lut oleh butiran2 peluru AK47?

SangSaka Publish time 20-3-2010 09:42 PM

63# alphawaves

Terima kasih atas pertanyaan itu.

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Tetapi, peratusan berlaku kemalangan lebih tinggi tanpa latihan sempurna. Risiko wujud di mana-mana pun. Saya tidak pernah mengatakan jika seseorang itu terlatih maka ia akan menjadi kebal. Rasanya anda sudah memasuki ruang emosi ini.

Sebagai contoh, mereka yang merokok mempunyai lebih risiko untuk diserang sakit jantung. Tetapi mereka yang tidak merokok juga punyai risiko diserang sakit jantung.

Banyak peristiwa yang dicatatkan berlaku akibat kekurangan latihan ini. Dan mereka yang terlatih, mempunyai risiko yang lebih kurang berbanding dengan mereka yang mempunyai kurang latihan.

Mohon kurangkan emosi yea...

spyfan Publish time 22-3-2010 12:03 PM

60# spyfan

Saya kira, bukan PDRM sahaja kekurangan anggota. Keanggotaan dalam SP pun saya kira kurang juga. Bahkan keanggotaan dalam JPAM dan RELA pun, saya lebih yakin dan percaya tidak mencapai ...
SangSaka Post at 19-3-2010 14:39 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

Jika dilihat dari segi keanggotaan, sebagai sebuah badan sukarela, RELA mempunyai jauh lebih ramai anggota jika dibandingkan dengan PDRM. Malah RELA kerap dirujuk sebagai "ready material" oleh kerajaan.

Dari segi latihan, kenelah realistik sikit. takkan qualiti kawad PDRM lain dari RELA atau JPM? bagi RELA hampir semua anggota mempunyai pengetahuan kawad dan perbarisan, penggunaan senjata api, tangkapan preman dibawah Kanun Acara Jenayah seksyen 27 (i), seksyen 27 (v), seksyen 21, seksyen 15 (i), seksyen 15 (ii), seksyen 15 (iii), seksyen 19 (i), seksyen 19 (ii), Kanun Keseksaan seksyen 76, seksyen 99, seksyen 102 yang sudah sedia ada didalam modul latihan RELA. jadi latihan yang bertindih tu tak payah lah nak repeat balik. sebab tu hanya 2 minggu.

kalau kita bandingkan dengan anggota regular yang latih berbulan-bulan pun boleh kantoi, adakah bermakna anggota regular yang diambil mempunyai "learning curve" yang terlalu panjang? sehingga latihan harus sampai berbulan-bulan?

malah ada anggota yang dilatih khas oleh Jabatan Imigresen berkaitan tangkapan berkualiti atau "Quality Apprehension". adakah bermakna cara PDRM adalah betul dan cara agensi lain salah atau tidak menetapi piawaian :2lol: ?

alphawaves Publish time 22-3-2010 08:21 PM

Ehemm..;P..soalan dan info yg bagus..apa agaknya penerangan encik saka kali ni.

assufi Publish time 23-3-2010 06:17 AM

4# jofizo



Setuju dengan anda....dan banyak buruk dari baiknya PB pakai uniform Regular PDRM . Baiknya ia mungkin bersifat pencegahan kepada unsur unsur jenayah dengan
adanya anggota PB ni ke ...
zannmy Post at 16-7-2009 22:13 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

Salam TUAN...

tp dalm media massa atau media cetak rasanya banyak cerita kuar pasai polis biasa je salah guna kuasa... bg komen skit...???

higen Publish time 24-3-2010 12:23 AM

RELA & JPAM skrang ni tak payah training dah.
Lepas sehari dua taklimat terus pakai uniform polis.
Murah sungguh uniform polis.... ;P

1MALAYSIA
MALAYSIA BOLEH

spyfan Publish time 24-3-2010 06:13 PM

RELA & JPAM skrang ni tak payah training dah.
Lepas sehari dua taklimat terus pakai uniform polis.
Murah sungguh uniform polis.... ;P

1MALAYSIA
MALAYSIA BOLEH
higen Post at 24-3-2010 00:23 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

Eh!, maknanya PDRM efficient! kalau lepas dua hari taklimat, dah boleh dapat Kad Kuasa, lepas tu dapat uniform, efficient namanya tu ..... :sweat3:..... tapi info yang anda dapat kurang tepat. apabila menghadiri taklimat 2 hari, mereka akan dibekalkan surat latihan, "half uniform" maknanya seluar, baju T-Shirt dan talipinggang untuk digunakan pada waktu latihan (sekarang latihan akan dijalankan di IPD terpilih). lepas dah tamat baru dapat full uniform dengan besi-besinya (butang, nombor badan dan lain2). ideanya adalah apabila ada latihan jasmani, masa berlari keliling IPD, bila pakai "half uniform" nampak seragam dan professional. tak nampak cacarmarba ada uniform hijau ler, biru ler dan sebagainya. kalau latih pakai baju preman mau lagi naya . . :lol: . . macam-macam gaya ada . .

robotech Publish time 24-3-2010 06:20 PM

Saudara Spyfan, terima kasih atas info berguna ni.

Rasa2nya, RELA & JPAM masih lg jd pilihan pool kerahan yg ttp jd pilihan utk keperluan keselamatan dlm negara.

alphawaves Publish time 24-3-2010 06:25 PM

RELA & JPAM skrang ni tak payah training dah.
Lepas sehari dua taklimat terus pakai uniform polis.
Murah sungguh uniform polis.... ;P

1MALAYSIA
MALAYSIA BOLEH
higen Post at 24-3-2010 00:23 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

Memang murah pun..kalau rm5 pun sapu utk minta duit kopi..maknanya memang murah lah uniform tu..

alphawaves Publish time 24-3-2010 06:27 PM

Saudara Spyfan, terima kasih atas info berguna ni.

Rasa2nya, RELA & JPAM masih lg jd pilihan pool kerahan yg ttp jd pilihan utk keperluan keselamatan dlm negara.
robotech Post at 24-3-2010 18:20 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

sebab knp RELA & JPAMmenjadi pilihan..saya rasa lah ini utk mengurangkan perbelanjaan kerajaan..bayangkan lah kalau semua polis regular saja. bankrap kerajaan nampaknya.

spyfan Publish time 31-3-2010 04:08 PM



sebab knp RELA & JPAMmenjadi pilihan..saya rasa lah ini utk mengurangkan perbelanjaan kerajaan..bayangkan lah kalau semua polis regular saja. bankrap kerajaan nampaknya.
alphawaves Post at 24-3-2010 18:27 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

Sememangnya salah satu faktornya adalah bajet. JPAM dan RELA adalah badan sukarela dimana anggotanya tidak dibayar gaji tetap. Betul kata saudara Alphawaves.

Sama seperti Sukarelawan Polis. jadi memang banyak jimat kalau compare nak ambil anggota regular dengan gaji bulanan dan macam-macam elaun yang nak kene bayar.

Harap dalam rancangan malaysia seterusnya, bajet untuk keselamatan negara akan lebih besar. saya rasa kebanyakan pembayar cukai akan menghargai bajet yang lebih besar untuk keselamatan negara.

spyfan Publish time 31-3-2010 04:09 PM

Saudara Spyfan, terima kasih atas info berguna ni.

Rasa2nya, RELA & JPAM masih lg jd pilihan pool kerahan yg ttp jd pilihan utk keperluan keselamatan dlm negara.
robotech Post at 24-3-2010 18:20 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

Salam. Sama-sama saudara Robotech.

Foxtrot Publish time 18-4-2010 02:11 PM

Memang wajar uniform polis perlu berbeza dengan dengan PB, salah satu perkara ialah bidang kuasa berbeza dan supaya PB tidak perasan yang mereka tu POLIS...

gubra Publish time 28-12-2010 04:20 PM

Reply 75# Foxtrot

PB tak tukar2 lagi unifom sampai skrg... binawe betul... semak betull....:@

gubra Publish time 28-12-2010 05:20 PM

mod... tlg merge thread ni dgn thread " Isu pakaian Operasi polis" & edit topik thread ni kpd Pakaian Seragam Polis Bantuan/Sukarelawan Polis ke...
Pages: 1 2 3 [4]
View full version: Pakaian Seragam PB.Apa Pendapat Anda?


ADVERTISEMENT