b_mckagan posted on 14-8-2009 03:39 PM

'Saya tak pernah kawin dgn ozlynn'-farid kamil....

AKTOR tinggi lampai, Farid Kamil, 28, bukan saja sentiasa meraih perhatian pengarah drama ataupun filem untuk jayakan sesuatu watak malah penampilannya di persada lakonan tempatan amat dinantikan oleh seluruh peminat setianya. Berbekalkan wajah kacak persis pelakon Korea, bakat serta kredibilitinya sebagai pelakon sukar dipertikaikan lagi.

Melihat sekali imbas pembabitannya sebagai insan seni, pelbagai watak sudah dilakonkan Farid seperti babak serius, romantik malah komedi juga tidak terkecuali. Sebagai pelakon, sudah tentu Farid boleh tersenyum bangga dengan pencapaiannya itu.

Namun, bagi seorang yang tidak pernah meletakkan kata noktah terhadap penerokaan ilmu, kata Farid, dia akan terus mencungkil pengetahuan dalam arena berkenaan agar menjadi pelakon disegani suatu hari nanti. Bagi Farid, sebagai seorang pelakon, tanda kepuasan itu perlu sentiasa dipertingkatkan setiap masa untuk membaiki kualiti lakonan.

Bagaimanapun, di kala namanya meraih perhatian, dia dihambat pula dengan permainan kontroversi yang berupaya menggugat kariernya sebagai pelakon.

Apatah lagi, belum selesai dengan isu rayuan filem arahan sulungnya, Remp-It V3 untuk menunggu kelulusan ditayangkan, Farid dikatakan pula pernah berkahwin sebelum ini dengan pelakon Ozlyn. Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki.

Kedua pihak tampil ke depan menafikan penularan gosip itu. Namun, ia kembali hangat selepas laporan RAP Harian Metro 28 Julai lalu, di mana Ozlyn ingin membetulkan kenyataan yang dia tidak pernah berkahwin dan tidak mahu mengulas lanjut berkaitan kehadiran budak lelaki berumur 5 tahun itu di sampingnya.

Berikutan itu, pelbagai spekulasi timbul apatah lagi dikatakan pula wajah anak lelaki itu persis rupa Farid. Ketika ditemui selepas majlis pelancaran dan doa selamat filem Semerah Cinta Stilleto, Farid tenang menjawab persoalan kontroversi itu biarpun ia sedikit sebanyak mencalar kredibilitinya sebagai pelakon.

"Semua berita yang tersebar di internet sama ada di blog atau sebagainya berkaitan dengan isu itu, saya tegaskan sekali lagi ia sama sekali tidak benar. Kalau dikatakan budak lelaki itu anak saya berdasarkan ciri wajah, langsung tidak boleh diterima akal.

"Bukankah dalam dunia ini, ada tujuh orang yang menyerupai kita? Jadi, mungkin budak lelaki itu adalah salah seorang yang mempunyai persis muka seperti saya.

Itu bukanlah satu perkara ganjil cuma ia digembar-gemburkan oleh pihak tertentu yang sengaja bertujuan menjatuhkan maruah serta kerjaya saya.

"Lagipun, saya tidak pernah berkahwin dengan sesiapa sebelum ini. Justeru, saya harap penjelasan kali ini akan menoktahkan segala tohmahan terhadap saya. Cukuplah dengan kebimbangan saya terhadap nasib Remp-It V3 dan tidak mahu merunsingkan pemikiran dengan perkara remeh begini.

"Sekiranya masih ada pihak yang mempertikaikan lagi, saya mahu mereka tampil dengan bukti kukuh dan bukan cuma kata kosong. Lagipun, Ozlyn sudah berkahwin dan meniti hidup bahagia bersama suaminya itu. Jadi, tidak eloklah disensasikan lagi cerita itu, cukuplah," jelas Farid.

Menyentuh mengenai nasib filem arahan sulungnya, beritahu Farid, ketika ini dia menunggu keputusan penuh dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas dua kali rayuannya kepada pihak Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) untuk dinilai ditolak.

Difahamkan hampir 60 peratus babak di dalam filem Remp-It V3 yang diterbitkan Metrowealth International Group (MIG) memaparkan aksi lumba haram dan samseng jalanan.

"Terkejut juga bila diberitahu Remp-It V3 diserahkan kepada KDN untuk dipantau dan membuat keputusan. Namun, saya akur dan jauh dari sudut hati mengharapkan ia dilepaskan pada suatu hari nanti. Lagipun, filem ini mempunyai mesej tersendiri yang memberi kesedaran bukan sahaja kepada pelumba haram tetapi juga pihak lain," katanya.

Berbalik kepada filem Semerah Cinta Stilleto, arahan Ahmad Idham, Farid diberi kepercayaan menjayakan watak Leto dan sekali lagi bergandingan dengan Lisa Surihani (Stila).

Filem ke-37 terbitan Metrowealth (MIG), mengenengahkan genre komedi romantik yang mengisahkan kehidupan antara dua keluarga berlainan status di mana Leto dibesarkan dalam keluarga serba sederhana manakala Stila hidup dengan penuh kemewahan.

Beritahu Farid, dia sudah bergandingan dengan Lisa buat kali keempat iaitu I'M Not Single, Remp-It V3, 3 Janda dan Lagenda Budak Setan. Justeru, kata Farid ia secara tidak langsung memudahkan corak kerja mereka.

"Saya sudah mengenali karakter Lisa dan suka bekerja dengannya. Bagi saya, dia seorang yang mudah memberi kerjasama dan tidak malu bertanya sekiranya tidak memahami sesuatu perkara. Rasa kekok pun sudah tiada dan ini amat menyenangkan bukan saja pada kami malah produksi," beritahu Farid.

PrinCessMaya posted on 14-8-2009 03:42 PM

sori dah lama x mengikuti dunia hiburan..ozlynn tu dah kawin la eh ngan pelawak tu..(pun dah lupa namanya)

timah77 posted on 14-8-2009 03:42 PM

tak baca habis...
tapi dia ni pernah ....... dengan ozlyn tak..???

:o

putrimontel posted on 14-8-2009 03:43 PM

HMMMMMMMMMMMMMMMMM....................:flex3::flex3:

encikdodol posted on 14-8-2009 03:44 PM

Macam2 hal la artis Malaysia ni..

hyie posted on 14-8-2009 03:44 PM

"Berbekalkan wajah kacak persis pelakon Korea"

:kant::kant::kant:

macam penagih dadah adelaa...

ice98 posted on 14-8-2009 03:44 PM

nape ozlyn diam je???
kalau bukan ckp la bukan...

chekshu posted on 14-8-2009 03:49 PM


Filem ke-37 terbitan Metrowealth (MIG), mengenengahkan genre komedi romantik yang mengisahkan kehidupan antara dua keluarga berlainan status di mana Leto dibesarkan dalam keluarga serba sederhana manakala Stila hidup dengan penuh kemewahan.


citer melayu cam ni lah
bosan giler aku!

ada ke yg nak gi tengok citer sampah camni????

:I

chekshu posted on 14-8-2009 03:50 PM

6# hyie


tu lah pasal
macam pelakon korea katanya
ntah kat mana yg sama nya....
mamat serabai ni.....

ice98 posted on 14-8-2009 03:52 PM

agaknya die ade pendirian die sendiri...
biar nampak serabai janji otak pandai...:lol:

addicted posted on 14-8-2009 03:58 PM

ate dh anak luar nikah..mmg la x kawen

foxhunny posted on 14-8-2009 04:04 PM

macam pelakon korea??:I:I:I
rabun ape??

hepimoon posted on 14-8-2009 04:08 PM

hahahaha...x bleh blah...

timah77 posted on 14-8-2009 04:08 PM

jantanz ni.. aku tak minat lah..
rasanyer dia botak macam dalam anak halal lagi ok..
tak reti nak sikat rambut ko dia nih.. :dizzy:

muhaizatul posted on 14-8-2009 04:09 PM

tp dia x ngaku plak budak tu anak dia:shutup: so mcmmn lak boleh kait mengait antara dia ngan ozyln niiii:dizzy:

mykiwi posted on 14-8-2009 04:16 PM

tang pelakon korea tu yg :I

coshinan posted on 14-8-2009 04:20 PM

hmm,ntah la...wat flm ntah pa2...:@

seri_melati posted on 14-8-2009 04:35 PM

buat DNA kang..tp ozlyn pn tutup mulut maybe dah tak nak ungkit2 semua y menyakitkan and nak jaga hati anak tu..(kalau betul la anak FK)

white_orkid posted on 14-8-2009 04:38 PM

wat DNA test la klu berani....

xixin5230 posted on 14-8-2009 04:42 PM

tak ngaku la pulekkkk...

adieqchomelz posted on 14-8-2009 04:43 PM

kesian btol budak tu..:'(:'(:'(
dia tak bersalah...
mak bapak dia yg salah...:@:@

UnaHusna posted on 14-8-2009 04:47 PM

kacak tang mane pun tak tau..tak penah minat die ni..cam pelakon korea paling tak bleh blah...:I

da_vinci posted on 14-8-2009 04:50 PM

ish berat tul tuduhan nih....klu tak betul naya jer........tapi tang mcm pelakon korea tu mmg aku nak muntah ijor terus muntah darah bagai:I:I:I artis mesia klu bab perasan mmg jadinyerrrrrrrrrrr:I:I:I

seroja1 posted on 14-8-2009 04:50 PM

ritu saper forumer yang cakap keje kat pendaftaran negara tuh.. yang ye yer cakap FK nih penah kawin ngan ozlyn... kengkunun nak cover ler si ozlyn tuh.... kan dah terbukti bila dua dua ngaku tak penah kawin... sumer bermula ngan ozlyn lah nih.. masa preggy merayu kat reporter suh FK bertanggung jawab.. dah tahu diri tuh artis.. citer lama mesti terungkit jugak... kalo masa dia preggy dia diam.. orang pun tak tahu dia beranak.. sebab masa tuh takder sape yang kenal dia.. skang orang kenal dia pun sebabkan si johan tak lawak tuh...

nina_TTC posted on 14-8-2009 04:54 PM

tu lah pasal..x da org yg betul kenal dia tau...
Page: [1] 2 3 4 5
View full: 'Saya tak pernah kawin dgn ozlynn'-farid kamil....