zairie posted on 30-8-2009 10:52 PM

SAKIT KENA SANTAU?

Ada sesiapa tahu sakit kalau kena santau?.Macam mana rawatannya dan tanda-tanda kena santau?

220796 posted on 30-8-2009 11:10 PM

yg plg kritikal muntah darah le kan...tp ada bbrape jenis santau....yg dihantar melalui angin atau makanan.....

neomorpheus posted on 1-9-2009 08:38 PM

Dgr citer antara tanda2 badan panas rasa nak demam tak demam esp waktu mlm, sakit dada, batuk kering tak baik2..

AHMADVW posted on 1-9-2009 09:29 PM

biasanya heard from my frenz, santau ni femes kt johor betul ke?

zairie posted on 2-9-2009 09:47 PM

aku duduk johor tak tau pulak. aku dengar kat perak ada satu tempat yg famouse, tapi tak ingat.

MeanOne posted on 3-9-2009 10:33 PM

Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama.
     
        
  Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.
     
        
  Jenis-jenis Santau:     
        
  Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:     
        
  Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.

Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadapsyaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.
     
  Tanda-tanda Terkena Santau:     
        
  Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:     
        
  Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.

Lenguh seluruh anggota badan.

Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.

Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.

Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.

Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.

Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.
     
  Kesan-kesan Santau:     
        
  Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:     
        
  Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.

Hilang daya ingatan.

Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.

Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.

Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.

Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.

Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.

Terjadinya kanser dan ketumbuhan.

Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

zairie posted on 3-9-2009 11:54 PM

ish, suspen ni. so mcm mana nak berubat? ada tak sesiapa yang pandai dan  boleh berubat santau ni?

AHMADVW posted on 4-9-2009 05:35 PM

6# MeanOne

thanks , good info

MeanOne posted on 4-9-2009 09:03 PM

Amalan Penangkis Santau:     
      
  Amalkan membaca 3 kali setiap lepas solat dan baca 1 kali sebelum makan atau minum:     
        
http://www.penawar.com/ayat_penggerak.jpg

zairie posted on 6-9-2009 09:06 PM

9# MeanOne
kl dah kena santau , ayat ni jugak?

MeanOne posted on 6-9-2009 09:13 PM

10# zairie

x salah nak amalkan.. jika dah nampak teruk.. ambil la langkah seterusnye.. cari la org yg pandai2.. ada lg org baik&pandai2 kat 1Malaysia ni.. lg 1.. amalkan minum air kelapa.. coz air kelapa muda ni penawar pd benda2 yg bisa...

MeanOne posted on 7-9-2009 08:46 PM

Mereka yang mengidap penyakit santau hendaklah mendekati diri kepada Allah. Sesungguhnya, sakit adalah tanda kasih Allah pada hamba-Nya. Syukur, mudah-mudahan Allah akan mengampuni dosa kita yang lampau dan menaikan makam diri kita kepada orang-orang yang bertaqwa, sabar dan beriman. Insya-Allah.

Beberapa amalan yang perlu diamalkan oleh pesakit santau:-

1)Mendapat rawatan tepuk
Kaedah ini boleh diperolehi di sekitar Kajang Utama dan Bangi. Perawat akan menepuk badan pesakit, kaca-kaca sihir santau akan jatuh keluar dari badan pesakit ke kertas tadahan. Saya telah berulang-ulang kali mendapat rawatan ini, bagi membuang kesemua racun santau di dalam badan saya. Kaedah tepuk ini tidak terdapat di hospital. Ianya hanya terdapat di rawatan klinik rawatan Islam sahaja.

2)Selalu membaca Al-Quran.
Pesakit hendaklah boleh membaca quran dengan betul dan tepat. Sekiranya tidak mempunyai ilmu anda hendaklah disyorkan belajar quran. Sebelum membaca al-quran hendaklah diniatkan semoga quran dapat dijadikan pendiding diri dari unsur-unsur sihir dan minta kesembuhan Allah yang mengubati penyakit santau ini. Quran hendaklah dibaca pada setiap hari, walaupun sedikit. Saya telah amalkan Yassin pada setiap pagi selepas sembahyang subuh.Ada juga kalanya tercicir, namum pada keesokkan hari saya terus membacanya semula. Insya Allah anda boleh lakukan juga.

3)Sembahyang Sunat Sejadah di malam hari atau pun di siang hari.
Sembahyang Sunat sejadah ini hendaklah kerap dilakukan

4)Sujud Syukur
Selepas Isyak, hendaklah sujud syukur sebanyak sekali pada setipa malam. Semasa sujud ucaplah kesyukuran pada Allah dengan berdoa di dalam hati ketika sujud. Katakanla "Syukurku pada mu ya Allah. Syukur pada rezeki yang dikurniakan pada ku dan juga penyakit yang aku alami, aku redha"

5)Doa di sujud yang terakhir solat fardhu.
Di sujud yang terakhir doalah "Mohon kesembuhan penyakit ini dari Mu, Ya Allah"

6)Amalkan Sunnah Nabi
Sekurang-kurangnya mengamalkan sunnah nabi di dalam kehidupan harian.

6)Sekiranya santau yang kuat
Tarik nafas apabila serangan berlaku, jangan takut, berani kan diri, kerana santau adalah musuh Allah.Tahan nafas seketika, zikirkan nama Allah di dalam hati nurani. Lepaskan nafas perlahan-lahan. Jin yang menghantar santau mempunyai perasaan takut dan lemah. Ingat pada Allah penyembuh segala penyakit.

7)Jangan mengambil sebarang makanan dan minuman yang berlandaskan limau nipis, contohnya air teh limau suam. Kerana sekiranya spiritual anda lemah, santau boleh merebak dengan kesan muntah darah oleh pesakit akan terjadi.


"Saya doakan anda sihat dari sakit sihir santau, seperti-mana Allah telah sembuhkan diri saya sendiri. Insya Allah"

mawarbduri posted on 8-9-2009 11:33 AM

g Darus Syifa kat Bangi
Insyallah dgn izin Allah

zairie posted on 9-9-2009 10:11 PM

12# MeanOne
thanks. very goo info. Saya tak sedap hati, bila badan selalu rasa sakit2. Jumpa Dr. pakar sahkan alhamdulilah sihat. kalestrol masih Ok, Darah tinggi dan kencing manis walau border line masih Ok. Yang tak sedap tu saya mimpi yang mengerikan seperti anjing dan binatang liar, budak kecil, mimpi orang tua pegang kaki saya dan masukkan seperti jarum kayu ke dalam kaki saya dan terus saya lumpuh terduduk. masa tu saya tidur dalam keadaan berwuduk dan selepas baca al Quran. Tidur mengiring ikut sunnah Rasul.

MeanOne posted on 9-9-2009 11:19 PM

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.




3 simptom semasa jaga + 2 simptom semasa tidur = gangguan jin

MeanOne posted on 9-9-2009 11:22 PM

http://4.bp.blogspot.com/_C6BUaMsJ9u0/SZtcdC6qIkI/AAAAAAAAAh4/rUAtrdi-5I8/S180/zikir+pendinding.JPG

Amalkan zikir diatas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan,insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

saharaaban posted on 12-8-2013 06:03 PM

setiap penyakit ada ubat kecuali sakit mati... berihtiarlah. sajer saya citer sikit pengalaman saya... Dahulunya saya tidak percayakan bomoh,dukun,pawang ilmu hitam, guna-guna dan sebagainya sehinggalah pengalaman mengubati kakak yang sakit hampir setahun. Sakit kakak tidak diketahui puncanya. Pakar perubatan memberi pelbagai teori tetapi segala ubat dan rawatan tidak berkesan.Wajahnya makin pucat dari hari ke hari, cengkung dan  kurus melidi dari asalnya berisi. Puas hantar kakak keluar masuk hospital dan klinik kerajaan, swasta tidak ada perubahan akhirnya kami berikhtiar dengan perubatan alternatif iaitu perubatan traditional. Pelbagai ragam kerenah bomoh dan dukun kami temui sehinggalah akhirnya kami sampai  ke  kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu  Pahat, Johor bertemu Ustaz Adi Wijaya. Beliau bertugas di sekolah agama Daerah Pontian.  Alhamdulilah kakak telah sihat, pulih seperti sediakala. Saya paparkan kisah ini sebagai tanda kesyukuran kakak saya selamat dan membantu sesama kita agar  tidak tertipu dengan bomoh palsu yang berlegar dalam masyarakat. Sempat saya rakam beberapa foto perubatan beliau untuk tatapan kita dalam :
http://my.opera.com/saharaaban/albums/  atau
http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102
Page: [1]
View full: SAKIT KENA SANTAU?