koko2 Publish time 9-11-2009 04:09 PM



kalo ko tgk gambar ni leh faham tak?

http://4.bp.blogspot.com/_MG7_cw1bYcs/SgZO4XwCftI/AAAAAAAAENg/lbgiu8qxPnI/s320/P1150228.JPG
shahx Post at 29-10-2009 21:01 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

filter ni tak transparen dia punya balang...tak nampak kotoran yg terlekat dan perlu dicuci..
compare dgn filter hexagon yg transparen..kotoran yg terlekat kat seramik belah bawah kaler putih tu
bole nampak dan senang nak timing utk cuci...bila dah kaler coklat (mean karat air/kotoran air) then
bole cuci...sebulan sekali cuci dia...cuma basuh dgn air...dan gosok dgn span yg dibagi..




http://www.cosway.com.my/promotion/redemption/redemption_one/pic/hexagon_8stage.jpg
http://www.cosway.com.my/promotion/redemption/redemption_one/pic/hexagon_8stage.jp ...
dealova04 Post at 9-11-2009 14:04 images/common/back.gif

dealova04 Publish time 9-11-2009 04:32 PM

talapia...

yg kecik tu ... tgk keadaan...kalau air mmg ok...tukar 1 thn setengah sekali..mmg jimat..katrij dlm rm125 jerk...

umah mak aku kt kg pon guna hexagon ni...smlm psg....hari ni ceramik dh kaler coklat...punyalah kotor air kt kg aku tuh...

kt umah aku plak..dh msk 2 minggu..cantek lg ceramik tu..putih berseri lg....

AnisSuraya Publish time 9-11-2009 04:38 PM

82# dealova04

setuju.....lagipun selain guna indoor ni...anis ada jugak pasang outdoor nyer filter......so tgk lah kualiti air tu camner....kalau air kotor sgt...kena tukor katrij tu walau belum cukup setahun...yerlah, bila kualiti rasa air tu berubah teruk sgt...kena ler tukor kan....

talapia Publish time 9-11-2009 05:12 PM

oo.. itu macam ke... hmm.. so takdela mahal sangat kan... lgpon skrg ku tgk sane sini ada cosway. mcm cendawan tumbuh pulak. senangla nk replace catridge nnti.

klau outdoor nye filter lak... ada yg kata.. better jgn pkai filter yg tapis klorin. sbb nnti air yg dlm tangki kita tu takde klorin.. senang la segala mende nk membiak dlm tuh. betul jugak. so nk cari yg murah2 je... utk tapi karat air je. sayang oo basuh baju tgk ada coklat2. geram je kene basuh smula.ingat nk beli yg jual kt tesco ke.. giant ke je. rege pon tak smpai 30 hingget kot. ok ke ek?

AnisSuraya Publish time 9-11-2009 05:43 PM

84# talapia

ooooo.....yg tu......mula2 dulu anis guna haq tu arrr...beli kat carrefour rege dia RM39.90, sekali pasang tak sampai 2 jam, filter dia dah nampak hitam coklat...betapa kotornya kualiti air yg kita dapat tu...kemudian tak larat nak asyik tukor katrij dia jerr....kemudian air tetap kotor...basuh baju putih..abehh coklat2...kena basuh lagik sekali...paling tak tahan, kena jaga air tu kat mesin basuh sebab kekadang mai sedepukkkkk air kaler coklat2 cam lumpur...sekarang dah pasang yg outdoor nyer...tak der masalah mcm tu lagik...test klorin dia lepas lalui outdoor filter tu , air dia serta merta tukor kaler kuning kekuningan...makna ada kandungan klorin lah tu kan...

koken_7 Publish time 10-11-2009 08:28 AM

Post Last Edit by koken_7 at 10-11-2009 08:35

Gang,

Penapis air bknnya kemewahan, ia satu keperluan...need to have a system yg mampu utk hasilkan air yg bersih..bknnya beli kerana harga yg murah..beli kerana teknologi/system yang mampu utk filter all bendasing dlm air...lihat rajah di bawah...kalau system kita hanya mempunyai saiz 0.1micron..asbestos, virusses, logam berat dll semuanya dilepaskan...this all will effect you all in long term especially your kids since buah pinggang mereka not really mature yet to filter all this bendasing...let all of us think...


http://myhome.cari.com.my/attachment/200911/10/1543824_1257813163M4UG.jpg

choa Publish time 10-11-2009 11:01 AM

75# dealova04
dea,
dia mmg transparents lah ek..mmg buleh nengok kotoran kat dalam tue la ye? sinki kat umah tue takleh letak beso2..almaklumlah roboh nnti.. :D..
nk tuka filter2 tue buleh buat sendirik? takyah panggil org cosway?

koko2 Publish time 10-11-2009 11:39 AM

87# choa

meh aku respon ekk...?
beli pun pasang seniri yang...mudah ya amat nak pasang & tukar...

zairi Publish time 10-11-2009 11:40 AM

86# koken_7


I do agreed w u fren

AnisSuraya Publish time 10-11-2009 11:46 AM

semua produk yg dihasilkan...kalau boleh masing2 nak claim...produk deme lah yang terbaik..produk demelah yg mesra alam...produk demelah yang jaga kesihatan..bla bla bla bla....normal lah tu.....:)

honeybee1802 Publish time 10-11-2009 12:08 PM

bersihnya air kat umah dea..kat umah den usah tunggu sebulan..seminggu kat gelap dah filter seramik tuh..

dealova04 Publish time 10-11-2009 12:59 PM

tq koko2 coz tlg reply...

choa...
mmg transparent..sebijik mcm gambo kt atas yg koko2 posted tu...
nk ganti katrij mmg mudah...buka je penutup putih atas tu...pastu tarik kuar je seketul katrij tu...ganti baru..set tu mmg seketul mcm tu..xde pecah2...

choa Publish time 10-11-2009 02:31 PM

to koko2 n dea,
thanx for the xplaination.. :D

safiku Publish time 10-11-2009 03:47 PM

Post Last Edit by safiku at 11-11-2009 00:59

Utk dlm rumah - minum n masak-memasak guna ELKEN
dah 5 thn dah guna
dia nih RO ... tp as long kita ambil gizi yg seimbang n berzat,
no hal kann

Then utk the whole rumah ... penapis kat luar guna AQUA FREE
baru dlm 3 bulan pasang
perubahan paling ketara n paling sy suka ... sejak pasang penapis utama nih
pakaian kaler putih tambah berseri2
cuci bilik air/tandas sebulan sekali pun takpe
lantai tiles takde kaler2 karat/kuning dahhh
b4 nih, setiap minggu kena sental tiles bilik air/tandas.

Apapun
walau apa jenama atau jenis penapis air yg kita guna sekalipun
mentenen jgn lupa 'arrrrrrrrrrr


biscuit_merie Publish time 10-11-2009 03:52 PM

51# shahx

ehem2..macam kenal jer gambar tu :)

Ariys21 Publish time 10-11-2009 03:59 PM

34# dealova04

sorry to say, saya tak rasa sumting wrong w the filtre, tp myb ur ank py internal something wrong somewhere n tak leh accept RO water coz all this while xde plak dgr any such case.
...
zairi Post at 28-10-2009 16:15 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


yup..tak semua org boleh minum RO water..
so sapa2 yg takleh minum RO water, takleh la beli elken kan?
heheheheh..zairi jgn marah..usik je..
u all boleh gaduh lak psl water treatment system ni..

anyway, my opinion, better ada daripada takde langsung..
ikut kemampuan masing2..tak kisah brand apa..

Ariys21 Publish time 10-11-2009 04:04 PM

60# neomorpheus


bravo frenz! keep it up. Yup, kenapa kita nk mempertikaikan cost price MLM sedangkan brg yg kita purchase kt kedai2, kita xpernah nk question. From my point of view, mostly org...
zairi Post at 1-11-2009 10:12 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

lagi satu, setau i, MLM mesti buat thorough research dulu b4 kuarkan satu2 product..
so harga dia pun masuk cost research tu..

dealova04 Publish time 10-11-2009 04:36 PM

kenyataan ni dr HPA....
ni utk info shj...

Kesan Pengambilan Air Reverse Osmosis (Air RO)
By HPA Online Network
Air RO digunakan pada pesakit buah pinggang ketika melakukan proses dilisis. Air ini telah dikosongkan mineralnya bagi membolehkan berlakunya proses keterbalikan di mana racun seperti logam berat boleh dikeluarkan.

Adakah air ini lebih baik daripada air mineral. Ia menjadi baik apabila ginjal gagal berfungsi tetapi dalam keadaan biasa air mineral yang patut diutamakan. Ginjal mampu membuang keluar semua mineral yang tidak perlu daripada tubuh. Jika keadaan ginjal menjadi lemah dengan sebab-sebab kelebihan mineral tertentu, ahli-ahli herba akan memberikan herba yang bersifat diuretik pada pesakit bukannya air RO.

Kalau kita membuat perbandingan dari sunnah maka kita akan menemui beberapa hadis Rasullulah saw menyatakan bahawa air yang terbaik itu ialah air zam-zam. Air zam-zam ialah mineral bukan RO dan saya percaya pengambilan RO berpanjangan akan mengakibatkan kesan sampingan pada tubuh.

Air mineral HPA (walaupun ditulis air minuman) mengandungi mineral yang tinggi serta melalui tapisan dari logam berat merupakan cadangan kita untuk dijadikan ubat. Testimoni yang saya terima dari seorang tua, katanya penyakit gatal badanya hilang dengan hanya minum air mineral HPA sehari 2 liter. Inilah kelebihan air mineral daripada air reverse osmosis.

dealova04 Publish time 10-11-2009 04:39 PM

sumber : http://drsukida.zaidimz.org/journal.php?sxEntryID=12&comments=12

Apakah air RO?
Air RO (Reverse Osmosis) adalah air yang paling kosong (air mati) - tiada sebarang mineral atau zat.

Apakah air mineral?
Air mineral yang dimaksudkan di sini adalah air yang telah ditapis segala kekotorannya tapi ada mineral, elektrolit mineral, zat-zat dan oksigen - yang lebih dikenali sebagai air mineral hidup atau air hidup semulajadi. Kebersihannya setara dengan air RO, cuma yang membezakannya ialah air RO tiada sebarang zat atau mineral.

Maksud firman Allah Taala:
“Padahal antara BATU-BATU itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya, dan ada pula antaranya (BATU-BATU itu) yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.?”
(Al Baqarah: 74)

“Dan ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: Pukullah BATU itu dengan tongkatmu, lalu terpancutlah daripada BATU itu 12 mata air…”
(Al Baqarah: 60)

Peranan batu-batu di sini menunjukkan yang air tersebut mengandungi mineral, galian-galian lain dan zat. Jika ada air yang lebih baik, tentu Allah menurunkan-Nya daripada langit.

TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG ZAT
Air R.O adalah air paling kosong. Dikenali juga sebagai air mati. Memang bersih dan bebas daripada kuman tetapi tidak membawa manafaat kepada keperluan kesihatan kita. Kita hendak keluarga kita minum air yang berzat, bukannya air kosong.

TIDAK ADA ELEKTROLIT MINERAL (AMAT BERBAHAYA!!!)
Apabila sesuatu air tidak ada elektrolit mineral, ia amat cepat menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk ke dalam badan kita. Radikal bebas memang kita ketahui merupakan penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya di dunia ini. Radikal bebas ini pula akan digunakan di mana sahaja air itu sampai. Jika air itu digunakan di otak, maka radikal bebas akan ke otak. Kalau air itu beroperasi di jantung, paru-paru, buah pinggang, usus-usus dan lain-lain, maka ke situ jugalah radikal bebas tadi akan beroperasi sama. Alangkah bahayanya!

MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN/ IMUN BADAN
Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan hari ini juga.

TIDAK ADA MINERAL
Mineral sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebab itu Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini mengandungi mineral dan hidup pada zaman yang lampau. Oleh kerana dunia semakin tercemar, maka takungan air mineral hidup ini hanya tinggal 5 tempat sahaja di seluruh dunia . Cuba fikirkan? mengapa kerajaan tidak membenarkan air RO yang dibotolkan dilabel sebagai air mineral - mesti ditulis sebagai air minuman sahaja? Mengapa? Ini kerana air mineral sangat tinggi nilainya dan mesti sah sumbernya, barulah boleh dilabel sebagai air mineral.

BUKAN AIR YANG SELARAS DENGAN FITRAH KEJADIAN TUBUH BADAN MANUSIA
Tuhan lebih tahu air jenis apakah yang paling sesuai dengan fitrah kejadian tubuh badan manusia. Sebab itu suatu ketika dahulu semua air tawar di dunia ini adalah air mineral hidup, bukannya air kosong tanpa mineral. Itulah air yang digunakan oleh manusia terawal termasuklah Nabi Adam as, bukannya air R.O. Kalau air yang bersih tetapi kosong/mati (iaitu air R.O) itu yang paling baik untuk manusia, sudah pasti Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini suatu ketika dahulu tiada mineral dan kosong/ mati seperti air RO.

MANUSIA YANG BERUSIA LEBIH 100 TAHUN DAN HIDUP SIHAT TIDAK MINUM AIR R.O
Hanya ada 5 tempat saja lagi di seluruh dunia yang masih ada takungan air mineral hidup. Penduduk di sini kebanyakannya berusia lebih 100 tahun, tiada sebarang penyakit, tiada karat gigi, boleh melahirkan anak pada usia yang lewat dan memiliki pelbagai kelebihan lagi yang tidak ada pada kita yang minum air biasa.

Bagaimana cara untuk memilih mesin penapis air mineral yang baik?

Pastikan airnya mengalir dari bawah ke atas kerana air yang mengalir sebaliknya tidak akan menyentuh semua bahan yang ada dalam setiap balang/kebuk penapis itu.
Pastikan bentuknya cantik- sesuai diletakkan di mana-mana. Kalau boleh biar dalam satu binaan- tidak berasing-asing. Ada mesin yang satu kebuk/balangnya terletak di luar. Ini menjadikan mesin itu tidak cantik dipandang.
Cara penggunaannya mudah. Pemasangannya mudah. Tak pakai kuasa elektrik atau bateri.
Jangka hayat balang/kebuknya tahan lama.

mkmh Publish time 10-11-2009 06:30 PM

maklumat yang bagus utk dikongsi bersama ni
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11 12 13 14
View full version: Trend guna penapis air - iklan akan dipotong kredit!!


ADVERTISEMENT