sunshinelady Publish time 13-11-2009 09:34 PM

120# roses_cute2002

rinduuuu roses! hahahhaha.
nanti saya cuba cari buku petua tu. ntah mana la letak.

Monte_Bianco Publish time 14-11-2009 01:45 AM



ok ros rasa masalah awak tu dipanggil "MILIA". biji kecik2 tu mcm di gambar ni ke?

http://img214.imageshack.us/img214/4205/milia922med.jpg

kalau ya, tos trgkan apa tu MILIA..

Sebenarnya M ...
roses_cute2002 Post at 10-11-2009 17:20 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

ros..MB biasa cucuk n buang..
selalu guna mcm jarum besar..kutil2kan isi dia pastu buang..
boleh ke mcm tu ekk...

sunshinelady Publish time 14-11-2009 08:16 AM

oopss. jangan cucuk2 guna jarum sendiri. nanti kuman masuk coz selalunye buat kat rumah tak clean/ sterile. nanti tumbuh jerawat/ skin irritation/ etc. better buat peeling than korek2.

ctsueraya Publish time 14-11-2009 10:34 AM

123# sunshinelady
alang2 sunshine kat thread nmi, I nak tanyer camner nak kecikkan open pores
i used to have cne prone skin dulu
skang dah takder tapi open pores masih ketara
skang i consume soy colagen
ader nampak perubahan ckit
tapi if bleh i want that pores to be really minimize sebab mmg takkan tertutup dah kan this open pores

Crayola Publish time 14-11-2009 02:26 PM

123# sunshinelady


blh tak tlg ajar cara buat peeling tu? tk :) 

roses_cute2002 Publish time 15-11-2009 09:39 AM



ros..MB biasa cucuk n buang..
selalu guna mcm jarum besar..kutil2kan isi dia pastu buang..
boleh ke mcm tu ekk...
Monte_Bianco Post at 14-11-2009 01:45 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


kalau boleh elakkan guna jarum tu.. kalau guna besi pun sebenrnya tk digalakkan sbb tak steril..cuma skrg caranya pakai produk yang sesuai utk ilangkan milia tu.. iaitu peeling..mcm sunshine ckp..guna scrub n skin care lain/. lama2 dia ilang and takkan timbul bila selalu kita jaga...

roses_cute2002 Publish time 15-11-2009 11:14 AM

93# Crayola

dark circle ni antara punca biasa adalah sebab alahan, keletihan, atau keturunan. Tidak kira apa punca, kita masih boleh kurangkan rupa dark circle tu, dan dalam beberapa kes-kes, anda mungkin dapat hapuskan dark circle.

Langkah 1

Mengenal pasti alergy. Alahan-alahan mungkin punca paling biasa perubahan warna kulit di bawah mata kita. Jika alahan-alahan adalahpunca masalah crayola, crayola hanya perlu rawat masalah tu dgn berjumpa pakar.

Langkah 2

tidur malam dengan secukupnya. Lagipun, kekurangan tidur menyebabkan kulit menjadi lebih pucat (dan menambahkan rupa kegelapan di bawah mata), dan ia juga mengurangkan edaran. jadi kurangkan stress, tidurlah dgn tidur yang berkualiti, ambil vitamin dan mineral yang sesuai.

Langkah 3

Rawat kulit anda waktu nak tidur malam. Terdapat mask muka yang boleh didapati mengurangkan rupa bengkak atau perubahan warna pada kulit dan sekitar mata, tetapi crayola boleh buat sendiri juga. sebelum tidur, ambil sehelai tuala kecil dan basahkan sedikit dengan air sejuk. Kemudian perah mana-mana lebihan air dan ltkkan pd mata anda sewaktu tidur. Merawat kulit anda mungkin membantu, tetapi masalah sebenar mungkin masalah kekurangan vitamin dan mineral yang mesti kita atasi.   

Langkah 4

Apply tea bag yang disejukkan, or guna ais kiub yang dibalut dengan tuala kecil atau guna hirisan timun setiap hari. kandungan dalam tea bag dapat mengurangkan bengkak mata dan perubahan warna disekitar mata. hirisan timun lak mengurangkan pembekakan dan menyegarkan kulit di sekitar mata. caranya baring, buat waktu pagi then letakkan hirisan timun yang fresh yang telah disejukkan atau tea bag (letak dlm peti ais semalaman) jd esok pg dah boleh guna. ltk dlm 10-15 minit di mata kita yang tertutup.

Langkah 5

Try relax kan kwsn mata. caranya ambik kapas yg dibasahkan dan sejukkan sementara dlm peti ais kemudian gently wipe under your eyes di mana circle tu terjadi. bila sapu kapas tu di mata just tutp mata dan jgn buat dgn kasar dan tekan kuat.

Langkah 6

Apply eye cream yang ada vitamin K and retinol. Darkcircles mungkin terjadi disebabkan kekurangan vitamin K. kedua kandungan ni boleh mengurangkan bengkak mata dan perubahan warna disekitar mata. Kegunaan harian cream ni dlm jangka panjang memberi kesan yang baik

Langkah 7

Elakkan menggosok mata. kerana boleh pecahkan kapilaris kecil di bawah kulit, menyebabkan bengkak mata dan perubahan warna.

Langkah 8

Makan cara sehat, balance kan diet, ambik vitamin dan minum air kosong secukupnya.

Langkah 9

kurangkan pengambilan garam. lebihan garam sebabkan bdn kita retain water in unusual places, dan boleh sebabkan bengkak bwh mata. terlalu byk pengambilan garam boleh merosakkan your circulation, dan sebabkan urat darah di bawah kulit menjadi biru.

Langkah 10

boleh pakai sunscreen bwh mata jd tak lah ketara warna bwh mata tu dgn kulit muka kita.

Langkah 11

try senaman mata. boleh rejuvenate kulit sekitar mata dan improve circulation. try search kt tenet cara2 exercise mata.


:D yang penting rawat puncanya dahulu pastu boleh lah try petua2 utk kurngkannya...

roses_cute2002 Publish time 15-11-2009 11:30 AM

114# Crayola

rawat dalaman dulu

[*]minum air secukupnya membantu circulation and buang toksin - bgs utk kulit [*]minum chrysanthemum tea setiap hr. This will clear up your eyes and skin. [*]makan carrots. ada kandungan beta carotene - baik utk kulit dan mata. [*]makan byk buaha2n yg ada kndgn vitamin C, yg mana strengthen your blood vessels and clear up your skin.
rwtn luaran

[*]rendam bebola kapas dlm susu dan cover your eyes utk 15 minit. [*]geselkan tgn anda sehingga tapak tangan rs panas. Then tutupkan mata dgn tapak tgn selama 30 second.[*]buka mata luas2, lihat ke atas kemudian lihat ke bawah kemudian lihat ke kanan dan kekiri ulang 10 kali. buat setiap pg dan malam.

roses_cute2002 Publish time 15-11-2009 11:35 AM

Rawat Dark Circle

bahan-bahan:

2 sudu kecil kentang yang diparut dan diambil jusnya.
2 sudu kecil jus timun diparut ,
2 sudu kecil serbuk oat,
1 sudu kecil minyak badam


penyediaan:

campurkan semua bhn tadi, kemudian ambik kapas celupkan ke bhn tadi. then baring letakkan di sekitar bwh mata selama 5 minit. then bilas.

roses_cute2002 Publish time 15-11-2009 11:42 AM

121# sunshinelady


hahah rindu noo...heheh ni kami dh jenguk dah..ni pun curi2 masa taip.. kalau tidak takde masa nk buat.. keje byk..rindu gak kt korang...;P

roses_cute2002 Publish time 15-11-2009 11:47 AM



ros..MB biasa cucuk n buang..
selalu guna mcm jarum besar..kutil2kan isi dia pastu buang..
boleh ke mcm tu ekk...
Monte_Bianco Post at 14-11-2009 01:45 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


kalau boleh try scrub2 yang sesuai utk rawat MILIA tu yang ada kndgn yogurt, strawberry dan oat tu..yang ada kndgn salicylic acid..tengok balik petua2 lepas yang sesuai dalam kat page2 sebelum ni

roses_cute2002 Publish time 15-11-2009 11:56 AM

123# sunshinelady
alang2 sunshine kat thread nmi, I nak tanyer camner nak kecikkan open pores
i used to have cne prone skin dulu
skang dah takder tapi open pores masih ketara
skang i consume soy ...
ctsueraya Post at 14-11-2009 10:34 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

try ini:

langkah 1

guna pencuci muka yang tiada perfumes, dyes, or chemicals. Homemade soaps are always a great choice.

Langkah 2

ambik 2 sudu besar baking soda, letak ditapak tgn and basahkan sedikit dgn air hingga jd macam paste pastu massage sekitar muka dengan lembut dgn urutan membulat. buat dalam 30 saat kemudian bilas.

Langkah 3

pakai toner dan pelembap seperti biasa.

kalau rajin buat regim ni insyallah boleh rawat open pores tu..

roses_cute2002 Publish time 15-11-2009 12:26 PM

124# ctsueraya

utk mengelakkan pori2 terbuka pastikan buat rutin mencuci muka yang teratur. pastikan cuci muka sekuarg2nya 2 kali sehari. guna sabun muka yg ada kandgn salicylic acid. pd ms yg sama jgn pakai make up waktu tidur. kerana ini akan bantu pores kita tidak tersumbat dan minimize kan pores tu.

melembap adalah perkara penting dlm proses mengecilkan pores kita. kalau kulit kita jenis kering, pakai pelembap yg ada cukup kndgn minyak. kalau kulit kita berminyak pula pakai pelmbap yg bebas kndgn minyak. keranan kalau kulit ada lebihan minyak akan buatkan pores kita lebih besar. kalau boleh ambik pelembap yg ada kndgn retinol sebab menggalakkan kolagen dan buatkan pores kita mengecil.

pendedahan kpd sinaran matahri boleh besarkan pores kita. so pakai sunscreen protection on a daily basis, terutama yang ada kandungan kedua2 kndgn UVA dan UVB protection yg mempunyai minimum SPF 30.


Exfoliation of skin iaitu dgn cr scrub adalah satu lagi cra minimize pores. tapi buat seminggu sekali atau 2 mingu sekali. massage secara lembut jgn kasar coz akan sebabkan pori2 besar.

sunshinelady Publish time 15-11-2009 08:23 PM

Post Last Edit by sunshinelady at 15-11-2009 20:30

127# roses_cute2002

cool, roses. thanks for writing this in. this is exactly what i wanted to write to ctsue & crayola tadi, but i check dulu la sbelum tulis menda 2 kali kan. :)
there u go ctsue & crayola, go selak2 from page 1 til current page. ada maanyaaaaaak petua, mostly from our precious roses. i ni slalu busy so jarang dpt tulis panjang2. will give more tips soon k.

nanti let us all kno ur guys facial regime & hasilnye if u guys buat facial guna natural ingredients such as yg dah kasi kat sini.

oh ye, tadi i buat my summer routine weekly/fortnightly facial yg mcm i dah tulis kat page awal2 tu. lupa plak nak guna the new sugar scrub (coz tak sabar2 nak masuk forum cari :D ) esok pagi la kot i buat. my aim for summer ni just nak clearkan jerawat/ bleakheads/ clearing up pores je. lain from the winter routine & aim. for now i dah tak kisah pasal the pores, as long as they r clean & clear, takde cause any breakouts, which so far i'm puas hati :)

ayu_ludo Publish time 15-11-2009 08:43 PM

hi roses,

setelah membaca selama 2mggu jugak ar thread ni dan da buat pun most of ur petua yg guna yogurt n madu...result...mmg best :D

cuma i nk tanya ada x petua utk membersihkan muke berminyak yg acts mcm cleanser ar...coz kdg2 bile da pakai mask yogurt sume...lepas tu esok2 basuh balik muke dgn cleanser yg berchemical rasa cam tak 'best' la plak...mcm nk sume natural jek ;P

sunshinelady : mcm mana u boleh jaga skin u kt aussie nie eh? i baru 9bln pun nk lari balik cuti summer ni. hehe.winter pun kulit kering, summer pun..hmm..padahal kt mesia bertan2 minyak kuar :P. menciii la aussie.. kulit makin x cantik dok sini :(

sunshinelady Publish time 16-11-2009 07:29 AM

135# ayu_ludo

paaanjaaaaaang ceritanye ayu.
u dah 9 bulan dok aussie ye. study ke? kerja? which part of aussie? i dok kat melbourne.

nanti i cerita perjalanannye :) now ada hal kejap ye. talk to u sooon.

ayu_ludo Publish time 16-11-2009 09:21 AM

136# sunshinelady

saye dok brisbane kak :D

study hehe. sib baik tak dok sydney@melbourne...lagi panas kn? ari ni jek sydney 40C...hehe...

susah ar...time winter kulit kering...summer pun same...hmm...sepanjang dok sini x penah pakai suar pendek@skirt sbb malu kaki bersisik.. dah bubuh baby oil pun kejap je ok..dalam sejam jek dia lebapkan kulit...pastu kering balik..sib baik nk balik da next week cuti 3 bulan, tp next yr ada 6 bln lagi..akak bg la tips :P

Crayola Publish time 16-11-2009 11:51 AM

saya masih tak paham tentang pencuci, toner & pelembap, blh roses tlg terangkan serba sedikit tentang yg saya sebut katatas tu? toner tu saya pakai hg kering kat muka and bilas, betul tak cara saya?

ctsueraya Publish time 16-11-2009 11:57 AM

124# ctsueraya

utk mengelakkan pori2 terbuka pastikan buat rutin mencuci muka yang teratur. pastikan cuci muka sekuarg2nya 2 kali sehari. guna sabun muka yg ada kandgn salicylic acid. pd ms yg sa ...
roses_cute2002 Post at 15-11-2009 12:26 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

thanks for the tips..noted
tapi ader tak lagik petua tradisional for minimizing pores..hehe

Crayola Publish time 16-11-2009 07:12 PM

127# roses_cute2002

sama jugak dgn ctsueraya hehe

thanks for the tips..noted
tapi ader tak lagik petua tradisional for dark circle..hehe

sori ctsueraya guna scrip you ;) ;)
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14
View full version: Buat Facial di Rumah...Jom Share cara korang dan produk yang digunakan


ADVERTISEMENT