SANKURIANG posted on 12-10-2009 05:33 PM

Macam Mana Nak BUat

Kawan aku, kejap tadi jumpa aku. Dia ada buat bisness frozen food kecil2lan. Tapi tumpuan dia pada frozen pizza, mmg sedap dan pd aku amat la murah. Dia menjual sebiji pizza frozen ukuran 10" siap dgn topping daging dan sayur2an dan cheee s pd harga RM10.00
Yang menjadi masalah pd dia ni, skrg org makan pizza utk testing mmg la ramai, tapi bila sampai ke acara membeli pizza nya, semua kata mahal.Yang aku pelik tu, kalau ke Pizza Hut or Dominoes, sanggup pulak, ni produk org melayu, halal sebab aku tgk dia buat kat rumah, bersih lagi, produk dia tu, apa yg dia jual adalah sama ngan produk yg dia org makan kat rumah. Kadang2 dia kata, masa bagi testing tu bukan main lg dia org puji, bila sebut harga terus mereka kata mahal.
Aku pun tak faham la...dah ada produk yg baik dan halal, msh lg nak makan kat restaurant2 yg gah2 tu semua yg di miliki oleh Yahudi. Tapi 1 hal la aku tgk kawan aku ni, produk dia sentiasa mendapat tempahan drp seorang yg dah bertaraf jutawan, org ni simple dan dia cuma makan benda2 yg dia tahu mana aal dan siapa yg membuat...dia tak makan di restaurant2 segera tu.
Jadi mcm mana aku nak bagi pertolongan pd kawan aku ni, kesian la....

rienafaiz posted on 12-10-2009 05:38 PM

kedai dia kat mana???
besar mana pizza dia tuuu

SANKURIANG posted on 12-10-2009 05:45 PM

2# rienafaiz
la..dia tak ada kedai la...dia baru mula sebenarnya, aku nmpk peniaga melayu yg dah maju pun tak mau nak membantu ambil produk dia dan jual di premis2 dia org. Pizza nya standard la..10". nnt kalau aku sempat jumpa dia masa membuat pizza tu aku snap gmbr.
Aku pernah la usha2 kedai2 makan dan mini2 market kan, nak letak produk dia....seperti biasa la, tak membantu langsung. Alasan dia org mahal, bukan dia bagi jawapan nk cuba dulu atau bagi kata2 semangat.

sinar_inspirasi posted on 12-10-2009 05:48 PM

tak perlu bising dengan kerenah custmer... jgn terlalu pikirkan yg pertikai harga tu.. depa pun bukan ada duit sngat pun.. kat kedai pizza hut pun bukan selalu pegi..

soh kawan ko tu bersabar dengan dugaan tu... dugaan tu adalah salah satu cabaran utk terus berkembang..

soh kawan ko serius... buat market betul... jgn tunggu org datang nakbeli je.. kita kena kuar buat  marketing.. dengan cara yg terbaik dan betul2 kemampuan yg ada.. jgn bagi alasan yg tak logik utk maju..

buat pakaging cantik2.. pasang network.. dan buat kajian selalu tentang harga dan rasa...

semoga kawan ko berjaya

SANKURIANG posted on 12-10-2009 05:55 PM

4# sinar_inspirasi aku kalau ada kesempatan, mmg aku tolong promotekan. Kadang2 aku sacrifice time aku gak, sbb nak tolong kawan punya pasal kan. Packaging dia mmg kureng la..aku dah suruh rebranding dah dgn membuat packaging yg cantik. Aku carikkan tmpt jual kotak supaya org blh tertarik dgn penampilan dia. Tapi aku sendiri pun tak berapa nak pandai dlmbuat marketing, org kata tak pandai nak "mengayat" la.
Aku ingat nak approach supermarket, nak cuba letakkan produk kat situ, agak2 byk tak birokrasi nya? Sapa2 boleh bantu?

marumaru posted on 12-10-2009 06:42 PM

10 inggit tu cam mahal sikit...
pada pendapat aku lah...

potong kecik2 jual kat kantin sekolah laku gak..
budak2 suka pizza nih..

SANKURIANG posted on 12-10-2009 06:55 PM

6# marumaru
boleh la jugak jual kat sekolah, tp aku perhatikan target kawan aku ni utk family meal la. Kalau order pizza hut makan4 org dah brp kan. Ni kalau beli 1 biji pizza kawan aku ni, a family of 4 senang2 aja blh kenyang....ussualy org beli 2 kpg la kalau nak makan lebih sikit kan. Pd aku topping dia menang la sedap la.terasa daging2 nya dan ayam nya...tp tu la bab marketingtu yg aku ni bengap sikit nak tolong dia tu.

sinar_inspirasi posted on 12-10-2009 07:19 PM

jgn bandingkan dengan pizza hut la.... mmg kita tak layak nak bandingkan lagi..
dia orng dah gah.. dan pandai main perasaan khalayak... jadi kalau mahal pun orng sanggup beli..

so kalau  betul2 kawan ko nak maju... kena buat betul2... pakaging dan harga pun kena buat yg tebaik...

mana tau.. kot2 mmg betul mahal yg dia punya.. takut tak padan dengan harga..

sinar_inspirasi posted on 12-10-2009 08:00 PM

kalau tak nak wat betul2.. tak nak wat marketing dengan betul.. tak nak wat kajian ttg pesaingan harga dan rasa... dan nak tunggu orng datang..

jadi pasang angan2 je lah utk terus maju...

SANKURIANG posted on 12-10-2009 08:08 PM

9# sinar_inspirasi betul kata kau tu...aku nak membantu dia, tp aku pun sama bengap ttg bisness...aku rasa aku kena bawak dia sekali gi marketing la...kesian lak aku tgk kat dia, dia dah invest freezer, utang ngan Singer.....

shb posted on 13-10-2009 09:44 AM

frozen pizza kat giant/carrefour range harga dlm RM8-RM15..macam2 brand & macam2 size..
shb selalu beli yg RM9.95 ada dua pizza tu..lupa lak apa brandnya,check halal jakim jer kat kotaknya lupa lak nama.....size dia sama mcm pizza hut yg individual meal tu tapi ada 2pcs dlm kotak tu and nipis skit dari pizza hut....
mmg convenient frozen pizza ni especially budak2 suka sgt....just masuk oven/microwave 10 minit dah siap..
so bagi shb frozen pizza ni mmg ada pasaran...packaging & marketing nak kena lebihkan usaha skit

zaidi_MZZ posted on 13-10-2009 01:10 PM

sankuriang...

kawan ko tu duk mana...?

SANKURIANG posted on 13-10-2009 02:10 PM

11# shb
dia dah buat comparison dgn produk2 yg dijual di supermarket, mmg la jauh bezanya....produk kawan aku ni lagi lumayan tentang topping nya tu...

SANKURIANG posted on 13-10-2009 02:11 PM

12# zaidi_MZZ
dia dok kat Bangi, sama la ngan aku pun...dok bangi gak

zaidi_MZZ posted on 13-10-2009 05:21 PM


dia dok kat Bangi, sama la ngan aku pun...dok bangi gak
SANKURIANG Post at 13-10-2009 14:11 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
kat shah alam ada kedai frozen, nama kedai tu Ad-Zin kot kalau tak silap...

kedai tu memang jual produk Halal...mungkin boleh try supply kat kedai tu...

SANKURIANG posted on 13-10-2009 05:55 PM

15# zaidi_MZZ
A'ah la kat bangi pun ada keai Ad ain ni, mmg dia supply yg toyibba aja. Selalunya mcm mana ye org approach owner premis tu utk tujuan nak letak produk kita ye. Skill tu yg aku kureng sikit, hajat hati mmg nak bantu kawan aku ni.
Tolong bagi la sikit tips....

suka-suka posted on 13-10-2009 05:59 PM

piza ni...lebih kurang makanan  exlusive le.....bila makanan macam ni..kena tengok tempat utk dijual dan target golongan tertentu. Kalau jual kat kampung memang tak jalan le... Seeloknya target kat kawasan bandar2 di mana  bab2 makanan selalunya mrk tak berkira janji sedap. Setakat RM10 tu...tak luak pun bg. mrk.....Buat promosi kat kawasan tu....Iklan juga penting sebagai tanda produk anda wujudnya di kawasan itu.....

SANKURIANG posted on 13-10-2009 06:52 PM

17# suka-suka
OK aku baru contact anak sedara aku, dia ni ada kedai jual tudung dan busana muslimah, dia kata ada customer dia tny kat mana nak cari produk makanan segera yg home made.....agaknya ini la yg dikatkan rezeki ALLAH, mungkin nak tolong kawan aku ni kot. Aku tgh design buatphamplet, sebab anak sedara aku kata bagi phamlet, dia blh edarkan kat kedai dia..Alhamdullilah. Terima kasih la byk2 kat kawan2 yg bagi supportive feedback. Doakan kejayaan kawan saya ni.

SANKURIANG posted on 13-10-2009 06:59 PM

Sekarang ni nak pikirkan packaging dia pulak. Aku rasa tak payah pakai kotak la, sebab nak cut cost kan. Tapi kalau bungkus pakai shrink wrap tu, mestila kemas dan ada label aturan cara2 nak masak. Aku ada nampak la org jual guna kotak, tapi tambah kos la kan. Tapi aku nak nasihatkan kawan aku ni, kena siap sedia dgn kotak gak, sebab mana la tahu ada customer yg cerewet kan, nak kan kotak....

AnitaSabrina posted on 13-10-2009 11:11 PM

19# SANKURIANG

Kena ada kotak jugak.  Biasanya frozen pizza ni dibalut dgn plastic yg macam cling wrap pastu letak dlm box.  Box is the `branding' - make it catchy and attractive.  So that orang kalau nampak mesti buat `double take'.  You must catch the buyers' attention.  Kalau simple sangat packaging orang terlepas pandang nanti.

Another advice - macam Sinar dah cakap.  Marketing, marketing & marketing.  Even kalau your friend has the best pizza in the world tapi tak buat marketing orang tak tahu benda tu wujud.  So how to buy?  

Hypermarkets susah sikit nak approach - mostly cha ya nun alif within the admin side.  Try mini-mart yg medium sized.  Biasa kat bandar-bandar besar ada mini-marts ni.  Cari area yang ramai Muslim.  Sekarang ni ramai yg buat open house kan.  Frozen pizza can be on the menu.  Senang je - bukak packaging masuk oven.  Dah siap!  

All the best to your friend.  :pompom:Btw kalau nak order pizza your friend tu macam mana?  I pun nak jugak - senang kalau masa busy-busy.

zidlan posted on 14-10-2009 08:32 AM

haaaa dah dpt idea...
apa kata kita jual kat putrajaya nk...
zidlan meniaga kat pasar tani... tp kat sini dah ada org jual pizza dah
bleh cuba wat risalah. flyers msk dlm peti surat...
eh bleh pm kan contact no kawan tu... nk bg rasa kat kwn2 opis yg nk betandang kat umah hjg minggu ni...

totokreturn posted on 14-10-2009 08:53 AM

marketing adalah sgt penting bagi peniaga... cuba kita perhatikan kat suratkhabar, setiap hari ada sahaja kena tipu dengan bisness itu dan ini dengan berpuluh2 ribu... sebab apa.. si penipu tuh pandai marketing walaupun bila kita baca, terang2 akal kita yg bodo neh bleh pikir... tak logik langsung org itu ini bleh terpedaya dengan si penipu itu...

yg penting. marketing dan pandai cakap... jual tahi goreng pun leh laku kalu pandai marketing.

totokreturn posted on 14-10-2009 08:55 AM

haaaa dah dpt idea...
apa kata kita jual kat putrajaya nk...
zidlan meniaga kat pasar tani... tp kat sini dah ada org jual pizza dah
bleh cuba wat risalah. flyers msk dlm peti surat...
eh bleh  ...
zidlan Post at 14-10-2009 08:32 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


tak jemput aku ponggg....huhuhuuu

farah85 posted on 14-10-2009 10:53 AM

mak saya dulu penah jual mini piza saiz pinggan kertas dgn harga RM1...
jual kat budak2 sekolah kat kampung...
laku ya amat....
tapi takde la toping hebat2 sgt...
mix vege, hotdog, mayonis gitu je...

zaidi_MZZ posted on 14-10-2009 10:59 AM

15# zaidi_MZZ
A'ah la kat bangi pun ada keai Ad ain ni, mmg dia supply yg toyibba aja. Selalunya mcm mana ye org approach owner premis tu utk tujuan nak letak produk kita ye. Skill tu yg aku kuren ...
SANKURIANG Post at 13-10-2009 17:55 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
senang je...

ko just jumpa pemilik kedai tu...pastu citer, ko ada produk yang ko nak supply kat dia...pastu, citer le tentang produk ko, harga dan lain-lain...
Page: [1] 2 3
View full: Macam Mana Nak BUat