urusniaga2020 Publish time 13-10-2009 10:32 AM

Perkampungan Melayu Tertua Terima Bantuan 4.5 Juta TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL


Kampung Kepayang Fair Park terima bantuan RM4.5 juta


http://utusan.com.my/pix/2009/1013/Utusan_Malaysia/Utara/wu_05.1.jpg
Kawasan   masjid di Kampung Kepayang yang tidak mampu menampung jumlah kubur yang semakin bertambah di kampung itu.




IPOH 12 Okt. - Kampung Kepayang Fair Park di sini yang dibuka pada akhir abad ke-18 merupakan perkampungan Melayu tertua di sini.

Pembukaan kampung berkenaan dimulakan oleh tiga tokoh adik beradik dikenali sebagai Tok Senonsa, Tok Gemuk dan Tok Changkat Rumbia yang merupakan penduduk asal daerah Kinta.

Bagaimanapun, mengikut sesetengah pihak, terdapat seorang lagi tokoh yang juga adik-beradik mereka yang terlibat dengan pembukaan kampung berkenaan iaitu Tok Bala Senam.

Namun, nama Tok Bala Senam tidak dimasukkan ke dalam senarai perintis kampung tersebut memandangkan beliau dikatakan 'ghaib' begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang kesan sejarah.

Ini berbeza dengan ketiga-tiga beradik di atas yang pusara masing-masing masih terdapat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang yang juga merupakan tanah wakaf yang ditinggalkan mereka.

Selepas dua abad berlalu, tanah yang mereka wakafkan untuk pembinaan masjid, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan tanah perkuburan Islam bagi kegunaan penduduk kampung telah mula dihimpit dengan arus pembangunan.

Masjid Kampung Kepayang kini bukan sahaja kelihatan uzur malah sudah tidak mampu menampung jemaah lebih-lebih lagi sewaktu solat Jumaat.

Keadaan menjadi semakin sesak ketika penduduk kampung menunaikan solat Aidilfitri dan Aidiladha kerana pada masa itulah sebahagian besar anak-anak kampung merantau pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Kawasan tanah perkuburan juga sudah digunakan semaksimum mungkin hingga kini 'mengelilingi' dan 'memenuhi' persekitaran masjid tersebut.

Secara tidak langsung, pembelajaran anak-anak kecil di SAR di kawasan berkenaan sedikit terganggu kerana persekitaran yang kurang selesa.

Menyedari hakikat itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat kampung berkenaan pada 4 September lepas membawa khabar gembira yang amat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung.

Muhyiddin yang sempat menunaikan solat Asar termasuk bersama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dapat merasai kesempitan yang dialami penduduk kampung.

Setelah dimaklumkan mengenai masalah berkenaan daripada penduduk setempat, beliau dengan spontan mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi membina sebuah masjid baru.

''Kerajaan negeri Perak sudah bersetuju membeli tanah seluas 3.4 hektar bernilai RM2 juta untuk beli tapak masjid dan Kerajaan Persekutuan pula tambah RM2.5 juta untuk bina masjid.

''Saya rasa elok juga masyarakat di sini turut membuat kutipan dana sendiri supaya sama-sama dapat manfaat dan akhirnya masjid baru dapat dibina di sini," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh penduduk kampung.

Dalam pada itu, Zambry pula berkata, kerajaan negeri bersedia membeli tanah di hadapan masjid sedia ada kerana dimaklumkan bahawa pemilik tanah tersebut tidak membangunkannya sejak beratus tahun yang lalu.

''Saya fikir kawasan baru untuk tapak masjid sangat luas dan sudah pasti akan mendatangkan banyak manfaat dan keselesaan kepada penduduk menunaikan ibadah.

''Tapak baru ini lebih luas dan bolehlah kita dirikan pelbagai kemudahan lain seperti dewan orang ramai dan sebagainya," katanya.

mas999 Publish time 13-10-2009 11:34 AM

thank q. thank q

antagenaiz Publish time 13-10-2009 12:17 PM

Post Last Edit by antagenaiz at 13-10-2009 12:19

kerajaan yg bg duit kan..
apsal plak kna kena terima ksih kat BN...

adakah..
duit kerajaan = duit BN
:lol: = ;P
Pages: [1]
View full version: Perkampungan Melayu Tertua Terima Bantuan 4.5 Juta TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL


ADVERTISEMENT