Pak_Jen posted on 21-10-2009 10:07 AM

Urusan Jual beli kereta..1st time neh

aku nak jual kelisa aku..ekceli ada satu cina neh dah jd nak ambik..selasa mggu depan kitaorg sama2 pegi bank setelkan baki loan aku..cuma aku nak tau..sbbkan aku bukan jual kat used car..proses selepas tuh byk lagi tak? yg aku tau after dah settle semua payment..2-3 untuk dokumen2 bank nak release..pastu apa yek? 1st time jual kete neh..ingat nak ambik saga SE..besar sket.tapi aku nak settle kelisa neh dulu..sblom neh ada used car nak angkut..tapi dia kata aku ken byr utk 2 bulan..dia pakai dulu..dlm masa 2 bulan dia buat loan utk settle utang kete aku..aku reject hahah...

sapa2 tau proses..ada runner boleh pegi jpj uruskan semua tak..aku susah nak keluar2 opis neh..

ryo_takahashi1 posted on 21-10-2009 10:19 AM

1# Pak_Jen

better guna khidmat runner.. bayar upah RM300~500.. byk prosesnya bang..

Pak_Jen posted on 21-10-2009 10:24 AM

runner kasik settle semua la neh..senang la sket...tq tq:lol:

zzcbr posted on 21-10-2009 10:32 AM

tak payah runner...buat sendiri, senang sgt prosesnya....kalu dah dapat surat, pelepasan tuntutan hakmilik dari bank, pas tu pergi puspakom buat inspection, bawa surat dari puspakom, pas tu isi borang kat JPJ, buat photocopy mykad kau. pas tu bagi kat new owner, suruh dia tukar nama. Kalu kau nak pergi buat tukar nama pun boleh, bawak semua dokumen tu kat JPJ, termasuk borang utk register kete tu kpd owner baru, bayar yuran tukar nama, hantar kat kaunter pas tu pergi kat gerai depan JPJ tu. Pekena nasi lemak ke, roti teloq ke...kawtim:$

Pak_Jen posted on 21-10-2009 10:42 AM

4# zzcbr

sungguh detail..erkk yg puspakom tuh aku kena pg ke..kalo org lain boleh tak?

zzcbr posted on 21-10-2009 10:47 AM

4# zzcbr

sungguh detail..erkk yg puspakom tuh aku kena pg ke..kalo org lain boleh tak?
Pak_Jen Post at 21-10-2009 11:42 AM http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

puspakom nak check kete bukannya nak check the owner of the car...so, kau suruh org lain hantar pun boleh. Tapi kena diingat yg results of the inspection tu valid utk 10 hari aje (kalu tak silap). Jadi, kena pastikan semua dokumen2 lain dah ready before go to puspakom for inspection. jgn lupa bawak geran kete masa nak buat inspection tu

Pak_Jen posted on 21-10-2009 10:50 AM

6# zzcbr

santekk jelas suda

zzcbr posted on 21-10-2009 10:50 AM

utk semua khidmat nasihat yg diberikan di atas aku caj murah aje ~ chicken chop ngan sirap bandung aje:P kira murahlah dari kos pakai runner

haira posted on 21-10-2009 12:53 PM

nk tompang tanya gak ni... pasal jual keta
sy nk jual keta dan sy dh ada pembeli.
tp pembeli sy tu dok jauh (kelantan)
boleh kah sy shj yg wat urusan tukar nama tu?
adakah sy perlu copy i/c @ dokumen lain dr pembeli itu?
baper hari urusan ni sumer ek?
harap dpt la penjelasan sesapa yg arif

Pak_Jen posted on 21-10-2009 01:04 PM

8# zzcbr

murah sgt...nanti aku pos..haha

danedzya posted on 21-10-2009 01:18 PM

Harap2 urusan kat JPJ tu tak yah que dan ko kena tau kaunter mana yg nak kena pergi...kalo tak ko beratur kat satu jam pastu silap kaunter lak...:lol:

takumi86 posted on 21-10-2009 03:27 PM

fuhh,,, nampak nyer abe zek dah kasik penerangan panjang lebar ni..
ambikk laa kedit dan sila claim cikencop di stable western fud kg baru...

Belimbingtm posted on 22-10-2009 09:31 AM

Sesaja nak menumpang.....:loveliness:

Ada masalah ker nak tukar nama bila kaler dlm geran berlainan dgn kaler keta sebenar? Puspakom tak bagi lulus ke kalau keadaan sedemikian?

cmf_tin posted on 23-10-2009 09:14 AM

6# zzcbr

wa tanya JPJ harituh, depa ckp inspection puspakom untuk tukar hakmiliik, valid 2 bulan sahaja.

cmf_tin posted on 23-10-2009 09:19 AM

13# Belimbingtm

kalo tak salah wa, puspakom hanya check body untuk pastikan semua berkeadaan baik dan bukan keta potong dan nomot chasis dgn nomot enjin sama dlm geran je. bab kaler tuh tak masuk. even so, prosedur tukar kaler keta dlm geran nie mudah je. tapi bagi kenderaan komersil, tukar kaler mmg kena mintak kebenaran JPJ dulu.

haira posted on 26-10-2009 10:19 AM

Post Last Edit by haira at 26-10-2009 10:21

6# zzcbr

wa tanya JPJ harituh, depa ckp inspection puspakom untuk tukar hakmiliik, valid 2 bulan sahaja.
cmf_tin Post at 23-10-2009 09:14 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

eh valid 2 bln ke? hmm...

haira posted on 26-10-2009 10:22 AM

btw, insurans camne lak ek?
insurans kena wat dulu ke sblom tukar nama ni?

MS.WONG posted on 28-10-2009 02:05 PM

Post Last Edit by haira at 26-10-2009 10:21



eh valid 2 bln ke? hmm...
haira Post at 26-10-2009 10:19 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

1 bulan je valid confirm....

MS.WONG posted on 28-10-2009 02:25 PM

kalau nak wat tukar nama memula kena laa settle utang kat bank
kalau dah settle bank akan bagi surat pelepasan sekank surat2 ni semua dah takde
yang ada e-batal so bawa la geran ngan e-batal ni pegi Jpj. JPJ akan endos kat geran untuk batal hak milik. Then pegi la inspection kat puspakom cakap nak wat B2 atau pon tukar milik dah siap, puspakom akan kuarkan B2+RESIT. pastu kalau nak tukar nama kena isi borang K3 ngan TM-AB. TM-AB kalau owner xde kena chop sumpah kat borang ni(kalau  guna runner la). kalau owner lama ngan baru pegi JPJ sekali x payah sumpah dah!
kalau kete tu ada r/tax lagik buat la insuran untuk nama owner baru kalau pegi kat ejen insuran  tu cakap la nak wat insurance untuk transfer owner. kadang2 diorg transfer je insurance owner lama ni kalau takde NCD. Kalau tak owner baru ni buka je satu insurance baru.
Pastu bile dah cukup seme K3, TM-AB, insurance, b2+resit puspakom. pegi la tukar nama kat jpj. Kalau kereta r/tax takde. insurance tidak di perlukan kecuali untuk buat r/tax.

blackwise posted on 2-11-2009 05:46 PM

kalau nak wat tukar nama memula kena laa settle utang kat bank
kalau dah settle bank akan bagi surat pelepasan sekank surat2 ni semua dah takde
yang ada e-batal so bawa la geran ngan e-batal ni pegi ...
MS.WONG Post at 28-10-2009 14:25 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


nak tumpang tanya gak ar.

contoh la ni, klu aku kawen dulu aku beli keter n guarantornya bini aku, bila 4 taun pakai bercerai. ex-bini nak keter tu, then aku bagi keter tu, mcm mana proses tukar nama kat geran ngan kat bank(loan), leh ker aku tukar nama kat loan tu, jadikan nama bini aku dan aku jadik guarantor(atau dia carik guarantor lain) sambung mcm tu jerk. dan len2 proses kat jpj tu sama mcm jual ker owner baruk jer kan?

PerKasa posted on 2-11-2009 08:14 PM

aku pun nak jual kete dan dah ada org nak beli
dah baca di atas tapi aku tak pan pam jugak(takFaham):lol:

ok gini

pembeli dari Johor aku kat KL

jual RM79
Pembeli bayar seposit 1K

dia pinjam bank dapat 50k
so dia kena bayar kat aku 28k kan

kat bank aku pulak balance 15K

sekarang ni Letter of undertaking (LOU)
dari bank pembeli dah aku dapat.

sekarang  apa yg harus aku buat

1 gi bank (KL) aku  tunjuk LOU dan explain

2 ...

3....

Puspakum pergi terus ke atau kena buat appoinment dulu ?
atau kena dapatkan surat dari Bank ke? cam ne

nak transfer nama mesti ada Regiration Card kan
tapi RC ni kat Bank KL sbb belum habis bayar..

hai peningnya

tolong  sikuenkan/selesai  masaalah aku ni.

PerKasa posted on 2-11-2009 08:15 PM

.carhttp://www.onlinepharmacynz.com/images/products/419-302-Panadol_Tablets.jpg :lol:

akirasporty posted on 30-12-2009 07:32 AM

nak tumpang tanya skit.camni,i nak beli kereta secondhand. ada tak sesapa yang ada no contact mana2 runner yang boleh uruskan loan bank,insurance n jpj?kalo ada,pm me k..bagitau skali berapa upahnya..

nashrudean posted on 14-1-2010 02:39 PM

xde runner sekitar KB?nak jual kete gak nie

nashrudean posted on 14-1-2010 02:44 PM

Bagaimanakah cara untuk menjual kereta anda?
Manakah saluran yang betul untuk menjual kereta anda ? Gunakan kebijaksanaan anda.

Berikut adalah 4 cara yang boleh anda lakukan untuk menjual kereta lama anda:

   1. Iklankan kereta anda di suratkhabar atau majalah pemotoran
   2. Whistel blowing..atau hebah dari mulut ke mulut melalui rakan dan keluarga.
   3. Letakkan kereta anda di tempat pengedar terpakai.
   4. Tampal iklan kereta anda di tempat yang boleh dilihat orang ramai.(Pokok dan sebagainya- jangan tampal sesuka hati nanti kena saman dengan PBT)
   5. Tukar beli (trade-in) dengan penjual ketika membuat pembelian kereta baru.


Kelebihan menjual sendiri kereta lama anda

   1. Anda boleh jimat potongan komisen atau keuntungan yang dikenakan orang tengah(Pengedar Kereta).Misalnya nilai kereta anda di pasaran sekarang ialah RM 35000.sekiranya anda menjual sendiri dan pembeli berminat untuk membeli , anda akan mendapat pulangan bersih RM35000 tetapi kalau anda menggunakan khidmat orang tengah mungkin nilai kereta anda hanya RM30000 kerana pengedar kereta juga ingin memaksimumkan keuntungannya.So anda hilang RM5000..Bak kata Nabil Lu Pikir La Sendiri.


Kelemahan menjual sendiri kereta lama anda

   1. Anda perlu mengatur temu janji bagi membolehkan pembeli melihat dan memandu uji kereta anda.Leceh bagi anda yang sibuk dengan urusan kerja(No Time man...Golongan korporat la katakan...)
   2. Anda berdepan dengan pembeli yang cerewet supaya anda dapat mengurangkan harga jualan dengan lebih rendah dan ingin melihat kereta beberapa kali..( spoil...)


Kelebihan menjual kereta lama anda melalui pengedar kereta(Orang Tengah)

   1. Urusan penjualan kereta akan memudahkan pelbagai masalah yang mungkin timbul.


Kelemahan menjual kereta lama anda melalui pengedar kereta(Orang Tengah)

   1. Harga tukar beli kereta anda berkurangan kerana komisen yang dikenakan pengedar kereta.
   2. Pengedar kereta yang tidak beretika mungkin menipu anda dengan memberi harga yang lebih rendah daripada sepatutnya.


Jangan biarkan pengedar mendapat keuntungan yang lebih tinggi.Ingat rundinglah harga dengan lebih bertimbang rasa dan sepakat  dengan pengedar kereta berdasarkan konsep win-win situation
Page: [1] 2
View full: Urusan Jual beli kereta..1st time neh