PerKasa Publish time 2-11-2009 08:14 PM

aku pun nak jual kete dan dah ada org nak beli
dah baca di atas tapi aku tak pan pam jugak(takFaham):lol:

ok gini

pembeli dari Johor aku kat KL

jual RM79
Pembeli bayar seposit 1K

dia pinjam bank dapat 50k
so dia kena bayar kat aku 28k kan

kat bank aku pulak balance 15K

sekarang ni Letter of undertaking (LOU)
dari bank pembeli dah aku dapat.

sekarangapa yg harus aku buat

1 gi bank (KL) akutunjuk LOU dan explain

2 ...

3....

Puspakum pergi terus ke atau kena buat appoinment dulu ?
atau kena dapatkan surat dari Bank ke? cam ne

nak transfer nama mesti ada Regiration Card kan
tapi RC ni kat Bank KL sbb belum habis bayar..

hai peningnya

tolongsikuenkan/selesaimasaalah aku ni.

PerKasa Publish time 2-11-2009 08:15 PM

.carhttp://www.onlinepharmacynz.com/images/products/419-302-Panadol_Tablets.jpg :lol:

akirasporty Publish time 30-12-2009 07:32 AM

nak tumpang tanya skit.camni,i nak beli kereta secondhand. ada tak sesapa yang ada no contact mana2 runner yang boleh uruskan loan bank,insurance n jpj?kalo ada,pm me k..bagitau skali berapa upahnya..

nashrudean Publish time 14-1-2010 02:39 PM

xde runner sekitar KB?nak jual kete gak nie

nashrudean Publish time 14-1-2010 02:44 PM

Bagaimanakah cara untuk menjual kereta anda?
Manakah saluran yang betul untuk menjual kereta anda ? Gunakan kebijaksanaan anda.

Berikut adalah 4 cara yang boleh anda lakukan untuk menjual kereta lama anda:

   1. Iklankan kereta anda di suratkhabar atau majalah pemotoran
   2. Whistel blowing..atau hebah dari mulut ke mulut melalui rakan dan keluarga.
   3. Letakkan kereta anda di tempat pengedar terpakai.
   4. Tampal iklan kereta anda di tempat yang boleh dilihat orang ramai.(Pokok dan sebagainya- jangan tampal sesuka hati nanti kena saman dengan PBT)
   5. Tukar beli (trade-in) dengan penjual ketika membuat pembelian kereta baru.


Kelebihan menjual sendiri kereta lama anda

   1. Anda boleh jimat potongan komisen atau keuntungan yang dikenakan orang tengah(Pengedar Kereta).Misalnya nilai kereta anda di pasaran sekarang ialah RM 35000.sekiranya anda menjual sendiri dan pembeli berminat untuk membeli , anda akan mendapat pulangan bersih RM35000 tetapi kalau anda menggunakan khidmat orang tengah mungkin nilai kereta anda hanya RM30000 kerana pengedar kereta juga ingin memaksimumkan keuntungannya.So anda hilang RM5000..Bak kata Nabil Lu Pikir La Sendiri.


Kelemahan menjual sendiri kereta lama anda

   1. Anda perlu mengatur temu janji bagi membolehkan pembeli melihat dan memandu uji kereta anda.Leceh bagi anda yang sibuk dengan urusan kerja(No Time man...Golongan korporat la katakan...)
   2. Anda berdepan dengan pembeli yang cerewet supaya anda dapat mengurangkan harga jualan dengan lebih rendah dan ingin melihat kereta beberapa kali..( spoil...)


Kelebihan menjual kereta lama anda melalui pengedar kereta(Orang Tengah)

   1. Urusan penjualan kereta akan memudahkan pelbagai masalah yang mungkin timbul.


Kelemahan menjual kereta lama anda melalui pengedar kereta(Orang Tengah)

   1. Harga tukar beli kereta anda berkurangan kerana komisen yang dikenakan pengedar kereta.
   2. Pengedar kereta yang tidak beretika mungkin menipu anda dengan memberi harga yang lebih rendah daripada sepatutnya.


Jangan biarkan pengedar mendapat keuntungan yang lebih tinggi.Ingat rundinglah harga dengan lebih bertimbang rasa dan sepakatdengan pengedar kereta berdasarkan konsep win-win situation

nashrudean Publish time 14-1-2010 02:45 PM

Portal kereta-terpakai.com ini menyediakan Senarai Kereta Terpakai (Used Car), Lelong, Recon / Import / Unreg dan Pinjaman Semula (refinance loan) yang terkini yang terdapat di syarikat kami. Antara kereta terpakai tersebut ialah Proton, Perodua, Honda, Toyota, Hyundai, Naza Kia dan sebagainya.

    http://www.kereta-terpakai.com/
Pages: 1 [2]
View full version: Urusan Jual beli kereta..1st time neh


ADVERTISEMENT