Gravedigger Publish time 9-11-2009 10:50 PM

47# Gravedigger

bila larangan bermazhab itu dinyatakan?

bukan ke ke-empat2 imam besar tersebut menyatakan bahawa kalau terjumpe hadith yang bertentngan dengan pendapat mereka, maka tolak penda ...
gunblade712 Post at 9-11-2009 17:25 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Dari sudut sejarah larangan bermazhab itu timbul semasa zaman wahabi cuba memperkenalkan ajaran islam versi baru. Pengikut2 wahabi telah memerangi pengikut2 mazhab hingga menimbulkan pertumpahan darah yang hebat dalam sejarah peradaban Islam. Mereka mengatakan bahawa pengikut2 mazhab adalah golongan muqallidun yang melakukan taklid buta dan disamakan seperti yahudi yang menyembah imam2 dan menjadi musyrik, lalu halal darah2 mereka ditumpahkan.

Berbeza dengan pandangan imam2 besar seperti Imam Syafie yang menyatakan bahawa kalau terjumpa hadis maka itulah mazhabnya. Ini bukan bermakna menolak mazhab tapi sebab besarnya jiwa Imam syafie yang tidak menolak jika ada hadis2 yang lebih sahih dari pendapatnya maka tidak salah jika menolak ijtihadnya. Dari itulah kita lihat ada berlainan pendapat dikalangan ulama2 pengikut imam Syafie yang dikenali sebagai ulama Syafie'yah namun mereka kekal dalam mazhab Syafie dan bukannya menolak terus mazhab.

Gravedigger Publish time 9-11-2009 10:51 PM

Post Last Edit by Gravedigger at 9-11-2009 22:53


Saya tahu tentang hadis diatas, tetapi saya nak mendengar hujah dari syiah, kenapa mereka tidak menunaikan solat terawih berjemaah? Atas dasar apa? Hadis2 dari mana?
pendakwa Post at 8-11-2009 17:50 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Menunaikan solat terawih secara berjemaah adalah bidaah menurut mazhab syiah imamiyah ithna-asya'ariyah aliran usulli yang saya kaji dan ikuti pengajian2 mereka di Hauzah2 dan Husseiniyyah. Rasulullah saaw tidak pernah menunaikan solat sunat malam ramadan sepanjang hayat Baginda menurut hadis2 yang disampaikan dari imam2 ahlul-bait AS sendiri. Namun demikian saya tak berhajat nak memanjangkan pandangan dari sudut syiah ini tapi yang nak diperbahaskan adalah dari hadis2 ahli sunnah sendiri yang banyak boleh dipertikaikan dari sudut pemahaman yang lain.

Aisyah mengatakan bahawa Rasulullah telah keluar di satu tengah malam untuk menunaikan solat dan diikuti pula oleh orang ramai.....(baca seterusnya hadis dari Bukhari ini). Persoalannya di sini ialah mengapa rasulullah keluar di tengah2 malam ke mesjid untuk menunaikan solat? Kenapa tidak beliau terus saja menunaikan solat terawih tersebut (jika benar) selepas waktu Isya? Jawapannya tentu saja solat yang Nabi lakukan itu bukannya solat terawih tapi adalah solat tahajjud yang menjadi kewajipan bagi para anbia dan rasul untuk melakukannya di samping beliau ingin beriktiqaf sebagaimana saranannya untuk amalan di bulan ramadan. Selepas beliau melihat begitu ramainya manusia yang bersolat bersama beliau maka dari itulah beliau melarangnya kerana di khuatiri akan menjadi kewajipan sedangkan solat tahajjud malam itu hanya sunat saja hukumnya kepada umat ini.Solat sunat adalah lebih afdal dilakukan bersendirian sebagaimana dalam hadis2 ahli-sunnah pun ada menyatakannya kecuali beberapa solat sunat yang jelas boleh dilakukan secara berjemaah. Tidak terkecuali adalah solat sunat malam ramadan yang dituntut dilakukan bersendirian sebaik saja malam menjelang selepas maghrib dan di sambung lagi selepas isya.

Umar pun pada awalnya tidak melakukan solat terawih ini secara berjemaah sehinggalah satu hari beliau pergi ke mesjid dan melihat ada segolongan kecil sahabat yang melakukan demikian. Sebelum itu dari zaman Rasulullah masih hidup lagi hingga ke zaman Abu Bakar tidak ada sahabat2 yang melakukan secara berjemaah. Hanya di zaman Umar ada kedapatan sahabat2 yang melakukan demikian (golongan kecil kan?) maka dari itulah timbulnya idea dari Umar sendiri dan mengarahkan melakukannya secara berjemaah yang lebih besar lagi.... kan Umar sendiri yang mengaku ia sebagai bidaah. Berdasarkan peristiwa ini bukan Umarlah yang mula melakukan bidaah tersebut tetapi sudah ada sahabat lain yang mendahuluinya tapi disebabkan kekuasaan ada di tangan Umar maka dialah yang nak glamer menyambung buat bidaaah tersebut lalu mengarahkan sembahyang terawih dilakukan secara berjemaah.

Ada lagi ni...

gunblade712 Publish time 10-11-2009 05:21 PM

60# sirrikhafi

ye ke sirri?

kalau gitu, mana imam2 besar tersebut dapat hadith2? mereka sendiri kumpul hadith ke?

sirrikhafi Publish time 10-11-2009 11:06 PM

kalau gitu, mana imam2 besar tersebut dapat hadith2?

Tentulah mereka mendapat dari perawi hadis.

mereka sendiri kumpul hadith ke?

Memang itulah bidang mereka yaitu mengumpulkan hadis yg kiranya saheh di sisi mereka.
namun ALLAH lebih mengetahui sejauh mana kesahehan hadis-hadis yg mereka kumpulkan sepertimana Dia lebih mengetahui yg manakah isi kandungan Injil &Taurat yg sebenar-benarnya dari segala himpunan yg terdapat dlm buku perjanjian lama&baru.

bezanya,
method pengumpulan hadis jauh lebih ketat &terperinci berbandeng pengumpulan isi kandungan buku perjanjian lama &baru.
maknanya,
isi kandungan hadis jauh lebih meyaqinkan berbandeng buku perjanjian lama &baru.

namun,
semuanya harus di ukur &di uji dgn ALQuran dahulu yaitu kitab yg tiada keraguan, petunjuk bagi org yg bertaqwa yaitu org-org yg beriman dgn perkara yg ghaib.



WALLAHU A'LAM.

pendakwa Publish time 11-11-2009 05:11 PM

Post Last Edit by Gravedigger at 9-11-2009 22:53



Menunaikan solat terawih secara berjemaah adalah bidaah menurut mazhab syiah imamiyah ithna-asya'ariyah aliran usulli yang saya kaji dan ikuti p ...
Gravedigger Post at 9-11-2009 22:51 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Salam saudara

agak berat juga apa yg tidak dilakukan Rasul, dilakukan oleh kita, maka dengan secara sendirinya atau logikanya ianya menjadi bidaah.
Tetapi bukankah khalifah melihat dari sudut kebaikan ummah yg bersolat secara berselerak di merat2 didalam masjid, dikumpulkan bersama melalui ijtihadnya...dari satu sudut kebaikan, ternyata Saidina Omar melakukan ijtihad yg betul?

Gravedigger Publish time 11-11-2009 11:17 PM




Tetapi bukankah khalifah melihat dari sudut kebaikan ummah yg bersolat secara berselerak di merat2 didalam masjid, dikumpulkan bersama melalui ijtihadnya...dari satu sudut kebaikan, ternyata Saidina Omar melakukan ijtihad yg betul?pendakwa Post at 11-11-2009 17:11 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Boleh tuan senaraikan apakah kebaikan yang dapat daripada solat sunat yang sepatutnya dilakukan secara bersendirian dan dibuat pula secara berjemaah??

pendakwa Publish time 12-11-2009 02:10 PM



Boleh tuan senaraikan apakah kebaikan yang dapat daripada solat sunat yang sepatutnya dilakukan secara bersendirian dan dibuat pula secara berjemaah??
Gravedigger Post at 11-11-2009 23:17 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Salam.
Kalau dilihat dari sudut berjamaah, ternyata solat berjamaah lebih afdal drp solat bersendirian. Khalifah Omar melihat dari sudut penyatuan ummah yg mana didalam masjid didalam satu naungan Islam tetapi berselerak mengerjakan ibadah. Bukankah berjemaah itu terlebih baik ?

mnm77 Publish time 14-11-2009 12:02 AM



Salam.
Kalau dilihat dari sudut berjamaah, ternyata solat berjamaah lebih afdal drp solat bersendirian. Khalifah Omar melihat dari sudut penyatuan ummah yg mana didalam masjid didalam satu naunga ...
pendakwa Post at 12-11-2009 14:10 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Hujjah yang ada rasionalnya..... teruskan....saya menjadi pemerhati pulak...:)

Gravedigger Publish time 14-11-2009 01:00 AM



Salam.
Kalau dilihat dari sudut berjamaah, ternyata solat berjamaah lebih afdal drp solat bersendirian. Khalifah Omar melihat dari sudut penyatuan ummah yg mana didalam masjid didalam satu naunga ...

pendakwa Post at 12-11-2009 14:10 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Bukankah yang dikatakan solat berjemaah lebih afdal ialah berhubung dengan solat fardhu? Tidak nampak kebaikan apabila Umar mengarahkan solat sunat malam Ramadhan itu di lakukan secara berjemaah apatah lagi jika dikaitkan dengan hari ini maka ia menjadi semakin memudaratkan umat Islam untuk melaksanakannya. Umat Islam seolah-olah menjadi kewajiban untuk menunaikan solat tarawih hanya di masjid saja dan jika tidak maka tidak sah buat bersendirian atau di rumah.
Sepatutnya lebih afdhal lah buat di rumah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saaw dan kalau ada buat berjemaah (?) pun, beliau hanya melakukan 3 hari saja. Mana lebih baik ikut sunnah nabi ka ataupun sunnah Umar??

Nazrulism Publish time 14-11-2009 09:42 PM

Saidina Umar menganjurkan solat terawih jika dilakukan dimasjid.. buatlah secara berjemaah.
beliau tidak mengatakan solat terawih hanya boleh dilakukan di masjidsecara berjemaah.

Aku_lugua Publish time 14-11-2009 10:10 PM


Umat Islam seolah-olah menjadi kewajibanuntuk menunaikan solat tarawih hanya di masjid saja dan jika tidak makatidak sah buat bersendirian atau di rumah.
Gravedigger Post at 14-11-2009 01:00 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Rasanya, umat Islam di malaysia tidak merasakan bahawa solat sunat terawih wajib dilakukan secara berjemaah dan hanya di masjid tapi kalau tang seolah-olah menjadi kewajipan buat kenduri arwah bila berlaku kematian...itu betul.

Nak tanya grave.....dalam MAB ada budaya kenduri arwah tak?:D

pendakwa Publish time 16-11-2009 07:13 PM


Bukankah yang dikatakan solat berjemaah lebih afdal ialah berhubung dengan solat fardhu? Tidak nampak kebaikan apabila Umar mengarahkan solat sunat malam Ramadhan itu di lakukan secara berjemaah apa ...
Gravedigger Post at 14-11-2009 01:00 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Bagaimana tuan menisbatkan solat sunat hariraya dengan berjemaah?
Rasul berhenti boleh kita kategorikan kepada 2 perkara

1)Bidaah - Jika sekiranya bidaah bermakna Rasul tidak akan mengerjakannya langsung, tetapi Rasul menegerjakan selama 3 hari seperti yg saudara katakan didalam posting saudara bermakna diperbolehkan dan rasul pernah membuatnya selama 3 hari

2) memudaratkan - Ternyata kita mampu berfikir antara fardu dan juga sunat. Bagi individu ternyata dia mampu berfikir sama ada dia mampu menunaikan ibadah yg dituntut itu secara berjamaah tanpa memudaratkannya (dari segi konteks meninggalkan yg fardhu) atau menunaikannya dirumah.

Gravedigger Publish time 17-11-2009 12:59 AM



Rasanya, umat Islam di malaysia tidak merasakan bahawa solat sunat terawih wajib dilakukan secara berjemaah dan hanya di masjid tapi kalau tang seolah-olah menjadi kewajipan buat kenduri arwah bil ...
Aku_lugua Post at 14-11-2009 22:10 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Bukankah solat terawih tu sudah dihukum sebagai sunat muakkad dalam mazhab syafie? Ini bermakna bahawa solat tersebut adalah wajib di laksanakan di mesjid walaupun oleh sebahagian kecil penduduk jika tidak maka seluruh kampung itu akan berdosa. Nah.. satu lagi biasa dengar tak ada orang kata aku nak balik rumah buat terawih? Tak pernah kan..maka ini membuktikan bahawa umum masyarakat sudah menganggap sebagai wajibbuat terawih di mesjid apatah lagi ia sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita ini. Apabila agama sudah menjadi budaya maka kejernihan dan kesucian agama itu pastinya akan tercemar.
MAB tu aper??

Gravedigger Publish time 17-11-2009 01:24 AM




1)Bidaah - Jika sekiranya bidaah bermakna Rasul tidak akan mengerjakannya langsung, tetapi Rasul menegerjakan selama 3 hari seperti yg saudara katakan didalam posting saudara bermakna diperbolehkan dan rasul pernah membuatnya selama 3 hari
pendakwa Post at 16-11-2009 19:13 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Itu satu pandangan dari hadis sunni yang mengatakan bahawa Rasul pernah mengerjakannya selama 3 hari. Jika mengikut sunnah nabi maka sewajarnya hanya 3 hari sajalah tapi mengapa sampai 30 hari? Kalau tiada larangan dari Rasul mengapa tidak dibuat sehingga 364 hari seperti terawih bulan Syawal, terawih bulan Zulkaeadh, bulan Zulhijjah dan seterusnya.

Dari satu sudut pandangan yang lain pula...nabi pergi ke mesjid di tengah2 malam untuk bersembahyang bukanlah menunaikan solat terawih tapi adalah solat tahajjud yang menjadi kewajipan kepada para anbia tapi apabila nabi menyedari ramai yang mengikutinya bersama (bukan berjemaah) maka Nabi larang mereka dikhuatiri akan menjadi kewajipan pada mereka sedangkan solat tahajjud malam itu cuma sunat saja hukumnya kepada umat. Dari bukti ini saja menunjukkan Nabi tidak melakukan solat terawih tetapi hanya solat tahajjud malam saja.

pendakwa Publish time 17-11-2009 12:02 PM



Itu satu pandangan dari hadis sunni yang mengatakan bahawa Rasul pernah mengerjakannya selama 3 hari. Jika mengikut sunnah nabi maka sewajarnya hanya 3 hari sajalah tapi mengapa sampai 30 hari? Ka ...
Gravedigger Post at 17-11-2009 01:24 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Kita ambil riwayat yang mengatakan 3 hari dibolehkanmengerjakan terawih di masjid disebabkan rasul pernah menunaikannya, maka setelah itu rasul tidak menunaikan di masjid disebabkan khuatir ianya menjadi wajib dan membebankan umat. Maka secara kesimpulannya sekiranya terawih hendak dijamaahkan dimasjid dan selagi tidak mendatangkan kemudaratan maka diperbolehkan.
Tentang bulan2 yg lain, tentulah Ramadam bulan yg penuh keberkatan melebihi bulan2 yg lain makanya adanya solat khusus terawih tidap seperti bulan yg lain demi mengejar lailatu qadar yg tidak ada dibulan2 yg lain.

Bailah, saya ingin menuntut tuan membuktikan hadis2 bukan dari sunni yg menghalang terawih berjamaah. Saya ingin mendengarnya.

Aku_lugua Publish time 18-11-2009 12:13 AM

73# Gravedigger

MAB = Mazhab Ahlul Bait. Kat indon diaorang guna istilah ini.

Tak taulah kat mesia ni.......guna syiah imamiyah ke?Sekadar bertanya.

Gravedigger Publish time 22-11-2009 12:50 AM



Nak tanya grave.....dalam MAB ada budaya kenduri arwah tak?:D
Aku_lugua Post at 14-11-2009 22:10 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Ada... tapi ia bukanlah daripada budaya tapi daripada saranan ugama yang di tunjukkan caranya oleh para2 imam ahlul-bait AS. Ada terdapat banyak kitab2 AB dimana menerangkan adab dan tatacara berdoa bagaimana yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan kematian dalam keluarga seseorang itu.
Kenduri arwah itu pun tidak banyak perbezaannya seperti yang dilakukan oleh pengikut mazhab Syafie cuma apabila bertahlil maka pencinta ahlul-bait membaca tahlil yang lengkap iaitu sebutan 'La illahaillallah MuhammadurRasulullah'.

Gravedigger Publish time 22-11-2009 01:21 AM



Bailah, saya ingin menuntut tuan membuktikan hadis2 bukan dari sunni yg menghalang terawih berjamaah. Saya ingin mendengarnya.pendakwa Post at 17-11-2009 12:02 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Minta maaflah Tuan pendakwa bahawa apa yang saya bentangkan sebelum ini masih belum lagi perlu meninjau dari skop luar untuk mencari pembuktiannya. Saya perlu dulu memberikan hujjah2 bahawa solat sunat malam Ramadan sendirian itu lebih dituntut berbanding solat secara berjemaah yang banyak dipertikaikan dari sudut pemahaman sendiri iaitu aliran yang terdedah kepada saya sejak dilahirkan di dunia ini.

Saya terjumpa satu hadis bahawa nabi sendiri pun melarang umatnya melakukan solat sunat secara berjemaah sebagaimana yang tercatat dalam hadis sahih bahwa Rasul pernah bersabda: “Hendaknya atas kalian untuk melakukan solat di rumah kalian, karena sebaik-baik solat adalah yang dilakukan di rumah, kecuali solat fardhu (wajib)” (Sahih Muslim dengan Syarh Imam Nawawi jilid 6 halaman 39, atau pada kitab Fathul Bari jilid 4 halaman 252).
Bagaimana mungkin solat sunat malam Ramadan ini dikecualikan pula sedangkan dari awal2 lagi jelas Nabi melarangnya.

Begitu juga terdapatnya riwayat mengatakan bahawa Ibnu Umar sendiri pun tidak pernah solat sunat malam Ramadan ini secara berjemaah. Dalam kitab “al-Mushannaf” disebutkan, Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan bahwa; “Ibnu Umar tidak pernah melakukan solat tarawih berjamaah”. Dan dalam kitab yang sama, Mujahid mengatakan: “Pernah seseorang datang kepada Ibnu Umar dan bertanya: “Pada bulan Ramadhan, apakah solat tarawih kita lakukan dengan berjemaah?” Ibnu Umar berkata: “Apakah kamu boleh membaca al-Quran?” Ia (penanya tadi) menjawab: “Ya!?” lantas Ibnu Umar berkata: Lakukanlah solat tarawih di rumah!” (Al-Mushannaf jilid 5 halaman 264 hadis ke-7742 dan ke-7743

Nah...pembuktian di atas memberikan dokongan pada hujjah yang mengatakan solat bersendirian lebih dituntut untuk melakukannya berbanding solat berjemaah yang dilarang oleh Rasulullah apatah lagi hujjah2 yang mengatakan Nabi sendiri pun pernah melakukannya boleh dibuktikan terdapat banyak kepincangannya. Justeru dalam mengamalkannya terutama saya sendiri maka segala turutan tradisi yang dikuti secara taklid buta itu telah pun dihentikan dari melakukannya. Ia satu perbuatan bidaah yang perlu di elakkan.

pendakwa Publish time 23-11-2009 06:00 PM



Minta maaflah Tuan pendakwa bahawa apa yang saya bentangkan sebelum ini masih belum lagi perlu meninjau dari skop luar untuk mencari pembuktiannya. Saya perlu dulu memberikan hujjah2 bahawa solat...
Gravedigger Post at 22-11-2009 01:21 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Salam Saudara,

ada juga pembuktian tentang terawih yang diamalkan disepanjang ramadan dilakukan secara berjemaah hasil daripada ijtihadnya Saidina Omar ketika umat Islam hampir berpecah belah didalam masjid semasa menunaikan ibadah.
Bagaimana saudara menafsirkannya?

Gravedigger Publish time 25-11-2009 11:40 PM



Salam Saudara,

ada juga pembuktian tentang terawih yang diamalkan disepanjang ramadan dilakukan secara berjemaah hasil daripada ijtihadnya Saidina Omar ketika umat Islam hampir berpecah belah didalam masjid semasa menunaikan ibadah.
Bagaimana saudara menafsirkannya?pendakwa Post at 23-11-2009 18:00 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Saya sudah pun menafsirkan tentang jemaah yang dilakukan secara kelompok2 kecil yang disedari oleh Umar ketika zaman ia memerintah. Saya ulangi bahawa jemaah kecil-kecilan tersebut hanya berlaku ketika zaman Umar saja dan tidak ada bukti2 yang menunjukkan ia telah berlaku ketika selepas larangan Rasulullah saaw malah di zaman abu bakar pun tidak berlaku hal-hal tersebut. Umar telah mencipta hukum baru ataupun tidak beliau telah membenarkan hukum baru dilaksanakan.

Terjumpa saya satu lagi hadis yang berkaitan dengan solat terawih secara berjemaah yang mirip dengan riwayat dari Umar itu tapi ironinya yang menyuruhnya ialah Rasulullah sendiri. Aneh ya aneh...sebab ia bertukar tokoh pulak.
Begini...

Ibn Wahab menukil dari Abu Hurairah yang meriwayatkan bahwa, suatu saat Rasul memasuki masjid. Beliau melihat para sahabat di beberapa tempat sedang sibuk melaksanakan shalat. Beliau bertanya: “Shalat apa yang mereka lakukan?”. Dijawab: “Sekelompok sedang melakukan shalat dengan diimami oleh Ubay bin Ka’ab”. Rasul lantas bersabda: “Apa yang mereka lakukan benar dan mereka telah melakukan kebaikan.” (Fathul Bari jilid 4 halaman 252).


Menjadikan hadis ini sebagai dikaitkan dengan solat tarawih berjamaah nampak jelas tidak benar, karena dalam teks hadis secara jelas tidak dinyatakan solat apakah yang sedang mereka laksanakan, solat tarawihkah ataukah solat fardhu (solat wajib). Selain itu, Ibnu Hajar sendiri (penulis kitab “Fathul Bari” tadi) setelah menukil hadis tersebut menyatakan kelemahan hadis tersebut dari dua sisi; pertama: Terdapat pribadi yang bernama Muslim bin Khalid yang lemah (dhaif) dalam meriwayatkan hadis. Kedua: Dalam hadis ini disebutkan bahwa Rasul yang mengumpulkan orang-orang agar shalat di belakang Ubay bin Ka’ab, padahal yang terkenal (ma’ruf) adalah sahabat Umar-lah yang mengumpulkan orang-orang untuk shalat bersama Ubay bin Ka’ab.

Kalau tuan ada bukti2 bahawa pernah berlaku solat terawih secara berjemaah di zaman rasulullah saaw ataupun di zaman Abu Bakar maka mohon dinyatakan ia.
Pages: 1 2 3 [4] 5
View full version: Tahlil Arwah- Bidaah


ADVERTISEMENT