sunsuria3 Publish time 15-11-2010 06:08 PM

seri asyakirin ada program mini tahfiz cuti sek ni start nxt wk kut.. cubalah hntr sebulan cuti sek ni dok asrama tgk mcm mana. x silap hbs 20 dec

HOTlips Publish time 23-11-2010 03:16 PM

Salam.
Just nak share info. Sekolah berakademik + tahfiz yg agak bagus:
1.Sekolah2 sains tajaan Yayasan Islam Kelantan. dipanggil Maahad kawalan YIK
Syarat: UPSR at least 4A 1B
Menduduki ujian:
Ujian hafazan
Ujian membaca Quran dan jawi
Ujian bertulis - jawi dan asas peng agama islam

Ok, sekolah ni dikira swasta. So ada monthly fees. RM270 if i'm not mistaken
Yayasan support rm100. Jadik kena bayar rm170. Dgr2nya yayasan sedang usahakan
sumbangan dr Sultan Kelantan yg baru ni. Sekiranya mendpt dana dr sultan, yuran akan dikurangkan. Wallahualam

Senarai maahad:
Maahad Muhammadi (L) Pengkalan Chepa
Maahad Muhammai (P) Kota bahru
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong
Maahad Tahfiz sains Nurul Aman Ketereh
Maahad Tahfiz sain Tanah Merah
Maahad Tajfiz Al Quran Al Asriah Pasir Mas
Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat

Borang kena gi ambik kat sana. Tak pasti ada online ke tak. Tarikh tutup 25 Nov
(sorry lewat bg tahu sebab baru tahu)

2.Yayasan Terengganu punya... Sekolah Imtiaz
Syarat: UPSR 5A
Juga ada ujian kemasukan spt ujian hafazan/membaca Quran/jawi

Senarai sekolah:
Imtiaz Besut
Imtiaz Kuala Terengganu
Imtiaz Dungun
Kalau x silap ada 1 lagik tp lupa la pulak
Bleh apply online. Tarikh tutup 25 Nov Jam 12 mlm. Priority pd warga Terengganu tp ada 10% quota utk org luar

3.MRSM Ulul Albab
Pun baru tahu gak. Program ni kopiket sekolah imtiaz. Tenaga pengajar pun dr imtiaz
Setakat ni ada 3
1. MRSM ulul Albab Kota Putra Terengganu
2. MRSM Gemencheh
3. MRSM Kepala Batas... program pertama bermula 2011

Lepasan PMR pun diterima utk ke ting 4. Read more...
http://www.mrsmgemencheh.com
Pun ada ujian kemasukan. Kalau parents/pelajar berminat tp dah hantar borang MRSM, bleh hubungi pejabat MARA, buat rayuan penukaran pilihan MRSM. Sebenarnya ramai yg x tahu MRSM ada program tahfiz. Myself pun baru tahu selepas borang dihantar. Tp dah buat rayuan.

Wokeh parents n kids, all da best

te_peng Publish time 23-11-2010 06:09 PM

Reply 182# HOTlips


Satu lagi Imtiaz Kuala Berang bersebelahan SMA Mahmudiah. Kalau berasa nak sgt masuk Imtiaz tapi dokleh masuk sbb2 tertentu, boleh jumpe bos dia bahagian Ulul Albab - Ustaz Wan Azman. Atau terus jumpe bos yayasan :lol:.

marufie Publish time 23-11-2010 10:43 PM

saya baru jumpa satu lagi sek tahfiz ust kazim...pendidikan al barakah..saya dah enroll anak utk kem al tahsin..kalau tak silap, utk dua minggu dec ni.
tengok website dia mcm2 kelas ada utk dewasa, ada homestay yg bayaran sgt murah semalam rm60 je..ada sek pondok utk org tua2 belajar agama etc..
tahfiz utk pelajar perempuan akan bermula 2011..
rujuk paper hari ahad byk iklan2 sek tahfiz utk kemasukan january 2011..saya simpan dan gunting utk anak akan datang

marufie Publish time 23-11-2010 10:44 PM

Reply 182# HOTlips

yg di gemenceh ni baru mula tahun ni..anak sedara saya pegi interview hari tu..anak kawan pun ada yg dpt masuk...tingkatan satu hafal 10 juzuk, sampai pmr akan habis 1 al quran insyallah..

te_peng Publish time 24-11-2010 01:28 AM

Ini juga satu peluang kerja baru bagi lepasan tahfiz B.A utk bekerja under MRSM. Kerana bidang tahfiz hanya layak diselia dan ditashihkan bacaan oleh guru yang hafaz Quran jugak.

HOTlips Publish time 24-11-2010 12:04 PM

Reply 183# te_peng
Sebelum ni mmg imtiaz menjadi impian. Since ada program yg sama kat kepala batas, i prefer this one. Dekat dgn rumah. Baru2 ni bincang dgn my sis, dia x galakkan hntr anak jauh2. Takut ada masalah like anak sakit or ada keperluan2 semasa. Satu lagik takut anak homesick. Kejap2 nak balik. Kejap2 tepon suruh mak ayah dtg. Bleh rabak poket woo!

Based on pemerhatian, my nephews mcm ni lah. Budak2 lelaki sekarang lembik dan mengada2 betul! :mad:
Dah warning kat my boys, by 13 yrs old, out u go! Bukan apa, nak bg depa berdikari dan belajar2 survive. Mak ayah bukan selamanya bleh hidup. Mcm mana pun kemungkinan poket rabak tu ada la. ;P Maklumlah jauh.

Wokeh, saya nak tanya encik tepeng. Mcm mana suasana kat imtiaz tu? My hubby prefer yg kelantan punya sbb di sana students duduk dlm suasana mcm kat madrassah/pondok. Selain akademik dan menghafaz mereka diterapkan dgn akhlak, sifat2 tawadhuk dan tasauf

Kalau ikut pilihan, i prefer madrasah aka sekolah pondok jek. Sbb hafazan derang lebih mantap. Bukan setakat hafazan, mutu bacaan juga dititik beratkan. Dan saya berpandangan pelajar2 pondok lebih tawadhuk. Mcm mana pun masih ada toleransi pd anak sbb dia x nak ke pondok. So i let him choose what he wants tp dlm masa yg sama i x nak dia mendabik dada menongkah arus.
Sifat2 rendah diri mesti ada dlm diri. Quran yg dihafaz bukan sekadar utk "dibaca" tp utk "dipakai"
err.... encik tepeng paham tak? Kat imtiaz ada tak semua ni?

HOTlips Publish time 24-11-2010 12:12 PM

Reply 185# marufie
Oh, baru bukak ye? Patut la kat website tu perkembangan utk form 1 jek. Agak jauh juga dr sasaran kan? Derang target 40 org tp yg ambik 20 je kan? Tak ramai yg minat ke?

Anak sedara tu dpt masuk tak? Mcm mana dgn anak kawan? Ok tak? Bleh tak bg review skit mcm mana perkembangan bebudak kat situ? Maksud me dr segi hafazan dan perlakuan/adab mereka. Tak nak lah mereka ni jadik mcm robot. Hafal akademik, hafal Quran
I nak derang faham maksud hidup. Kenapa belajar ilmu dunia dan kenapa hafal Quran.


Tengok kan motto mcm best.... hafaz, amal dan sebar!

te_peng Publish time 24-11-2010 06:46 PM

Reply 187# HOTlips


Suasana mcm sekolah lain jugak. Pagi subjek hifzul Quran - kene perdengarkan bacaan yang dihafaz - Imtiaz cadang 5 tahun belajar sana akan abis 30 juzuk. Kemudian kul 10 baru ade subjek lain. Petang lps skolah, waktu studi. Lepas asar waktu main, mlm sutid lagi smpi kul 10. Begitulah rutian harian. Untuk ngapal Quran betul2 saya tak cadangkan Imtiaz lebih baik masuk sekolah tahfiz betul. Krn saya melihat sistem tahfiz mereka agak celaru skt sejak masuk bawah kementerian. Time sukan dah sibuk bersukan, dah tinggal byk untuk masa hafaz Quran.

Tentang akhlak, displin mana2 sekolah menitikberatkan begitu tapi biasalah ada jugak yang bocor. Tidak di depan mrk buat dibelakang spt buli di asrama. Kalau betul nak hantar anak hafaz Quran di Terengganu yang dibawah seliaan kerajaan - hantar anak ke Institut Al-Quran Terengganu (IQT) utk lepasan PMR dan SPM. Sijil diiktiraf. Yang swasta punya di Madrasah Kubang Bujuk sudah masyhur sejak zaman berzaman.:lol:


Saya menyebut peri pentingnya guru hafiz juga tashih bacaan pelajar tahfiz krn sudah dibuat kajian dan semakan secara tidak rasmi. Walaupun guru yang tashih itu lulusan Syariah sekalipun masih terlepas bacaan salah dari murid. Kalau setakat tashih surah hafazan mcm subjek Pendidikan Islam utk SPM yg tu no hal tapi bila dah masuk 30 juzuk itu dah lain. Kerana itu selain tengok nama sekolah, perlu tengok jugak siapa guru mengajar dan latar belakang guru di sesebuah sekolah tahfiz.


Tujuan perlu guru itu hafiz jugak kerana dapat menegur dengan tepat setiap kesalahan sebutan, baris, fasahah, tajwid dan sebagainya agar mengikut standard dan bukan menyebut seperti sebutan orang kampung. Dalam masa nak khatam 30 juzuk pelajar akan hadapi mcm2 dugaan, tekanan emosi, ada surah yang membuatkan lidah pelajar berbelit2 sampai dalam percakapan biasa pun berbelit. Pada masa itu guru yang hafiz akan memberi motivasi, tips, idea berdasarkan pengalaman dia semasa belajar dahulu. Begitu masalah berkait keletihan, guru biasa cepat tertidur dalam masa tashih, sorang dua segar lagi mata, main 15 org pelajar mau mengantuk bila dengar bacaan sama. Selain itu masalah sanad - guru biasa belum tentu dah khatam depan guru Quran tapi guru hafiz memang pasti berkali2 khatam 30 juzuk depan guru mereka, termasuk waktu wakaf dan mula dalam bacaan Quran dan waktu wakaf bagi satu2 perenggan dalam memulai hafazan baru.

marufie Publish time 24-11-2010 10:24 PM

anak sedara saya tk dpt masuk sbb di neg9 mana ada sek agama, dia tak ada basic..masa soh hafal half page quran dlm masa setengah jam dia kantoi..

anak kawan saya dpt sbb dia memang sek seri abim sg ramal, kajang ni..agama dah mantap lah..

nanti saya tanya dia

ada kawan 2 orang hantar anak ke imtiaz trengganu..

HOTlips Publish time 25-11-2010 05:19 PM

Reply 189# te_peng

Encik tepeng ni sounds like tenaga pengajar imtiaz. Ke Ustaz Wan Azman? :D
Sebenarnya yg lebih saya tekankan ialah soal tawadhuk. Adakah imtiaz menitik beratkan soal ini? Saya mahu cendikiawan/ilmuan, para hufaz yg ada sifat tawadhuk dan hikmah.. seperti resamnya padi. Makin berisi makin menunduk. Saya amat takut jika dgn memiliki ilmu yg tinggi, menimbulkan ego dan riak di hati. Kdg2 jelas keegoan dlm menegakkan sesuatu pendapat. Tiada sifat tawadhuk dan hikmah dlm menyampaikan atau menegakkan pandangan. :L

Saya setuju utk mantap dlm hafazan baik pergi sekolah tahfiz betul. Tp dah anak ni x nak gi madrasah, x mo la paksa. Anak sulong saya kat madrasah dah 2 thn pun. Tak pe lah, hal tu anak no 2 ni kena ada inisiatif sendiri lah.

Encik tepeng, saya nak tanya pandangan encik skit, harap dpt membantu.
Anak sulong saya dah 2 thn mengaji kat madrasah. Thn pertama lebih kpd pembaikan mutu bacaan spt makhraj, tajwid etc. ditambah pulak dgn taranum. Ada 2 kelas. 1 tanpa taranum 1 lg ada taranum. My son kena ambik kelas taranum. Thn pertama semua berjln lancar. Dia hepi. Bacaan dia amat bagus pd pendengaran saya. :$ Pendek kata x bunyi mcm org kg. Few times kalau gi masjid dia disuruh jadik imam. Cuma belum lg layak utk jadik imam terawih pasai x byk lagik hafaz. Dr segi keyakinan diri utk jadik imam, saya kagum dan agak terharulah sbb dia baru 14 yrs old.

Masalahnya sekarang... after almost 2 yrs dia mcm dah tawar hati nak continue kat madrasah ni. Bukan x nak habiskan hafiz tp dah x suka dgn madrasah dia sekarang. Alasan dia..
1.Tak minat taranum yg dia kena ambik... balipati (lagu dr pakistan). Dia minat misyari, ghamidi etc
2.Ustaz terlalu menekankan taranum dan kelancaran. Dia pernah kena mengulang surah selama 2 minggu hanya semata2 tersilap sebut surah tu diturunkan di mana.. mekah atau madinah
3.Ustaz garang x bertempat. Salah baca 4 atau 5 kali pun dah kena rotan. Anak kwn saya keluar dr madrasah tu sbb kena rotan sampai berdarah2 kat bahu.Dan masa cuti raya haji lepas anak saya bukak cerita dia pn byk kali kena rotan. Tak sampai 5 kesalahan dah kena dgn ustaz. Tp saya x kesah sgt lah selagi x mencederakan or tak patah riuk. Saya nasihatkan dia to be strong. Hormat guru
4.Ustaz x benarkan saba' pjg pjg. Maksima pn 1 ms saje. Dia kata mcm ni lambat la nak habis sedangkan kelas yg satu lagi laju jek. Wokeh anak saya br 10 juz walau pun dah 2 thn ngaji. Ustaz kata apa salahnya dok lama2 kat madrasah. Lagik mantap dan dpt pahala lebih sbb baca lebih. Hubby sokong plak pandangan ustaz ni. :D I know x perlu berebut sgt nak cepat jadik hafiz tp
kesian la jugak. Umpama org naik kete perdana tp kena bawak mcm kancil. My son kata... cakap senanglah. Dia yg merasa betapa bosannya duduk lama2 baca ayat2 yg sama lama2. Maksud dia, x bleh tukar surah or muka surat cepat2 walau pun dah boleh lancar.
5.Sekarang student ustaz garang ni cuma tinggal 3 including my son. Ini menambahkan rasa tidak minat dan semangat dia. Sebenarnya dia dah x nak balik madrasah tu since cuti raya puasa. Saya mohon jasa baik dia utk bersabar sbb adik dia nak upsr. Minta kerjasama dia utk mak ayah selesaikan satu satu perkara dulu. Now lepas raya haji again dia x nak balik. Saya mintak bersabar lagik sbb nak uruskan application adik dia ke imtiaz dll. Alhamdulillah dia taat walau pun hati dia tersiksa. hu hu... sian anak ku itu!
5.Dah pernah mintak tukar kelas tp pihak madrasah x benarkan

So, pd pandangan encik tepeng adakah masalah2 di atas masalah2 kecik dan remeh temeh saje? Adakah anak saya yg mengada2 atau sebaiknya saya tukarkan saje ke madrasah lain?
Madrasah kubang bujuk tu bleh masuk bila bila masa ke? Atau ada intake tertentu mcm sri petaling/dengkil?
Terima kasih

HOTlips Publish time 25-11-2010 05:36 PM

Reply 190# marufie
1/2 jam half page? Jenuh jugak tu! Eh, sekolah swasta diterima ke masuk sbp, mrsm sumer tu? Saya byk dgr feedback kalau sekolah swasta x leh apply sek berasrama penuh. Dua anak saya pun sekolah swasta. Tengokkan pencapaian pelajar kat situ paling baik pun derang layak ke maktab mahmud jek. Sedang dlm perancangan utk masukkan derang ke sek abim gak. Tp dah penuh la pulak kat alor star ni. Hubby suruh masuk sek kerajaan jah pastu gi kafa mcm anak2 sebelum ni.


Btw, 5 hb Dec ni my son ada ujian utk kemasukan ke sekolah sains kat kelantan tu. Doa kan ye! Imtiaz bila ek? Rabak poket nanti kalau dah gi kelantan pastu balik alor star pastu gi terengganu plak. adehh...;P

marufie Publish time 25-11-2010 05:51 PM

sek swasta tak blh masuk sbp, mrsm boleh...tu anak kawan saya tu dah masuk pun mrsm gemenceh tu..dia dari seri abim sg ramal. kalau sek agama yg under jais pun boleh mcm sains tahfiz banting tu..
wah ni mesti anak 5 a upsr eh..alhamdulillah..semoga semuanya berjalan dgn lancar...ada interview dah sekarang ya..
kawan anak saya dari kelantan spm 13a, sek agama private dpt biasiswa mara study medic kat UK..now buat preparation kat college mara banting tu

marufie Publish time 25-11-2010 05:52 PM

ni trick...biar dia sekolah agama swasta/pondok ke sampai tahun 6 lepas cuti penggal bulan june tu pindahkan ke sek kerajaan..dgn itu dia layak utk sbp

te_peng Publish time 26-11-2010 12:27 PM

Reply 191# HOTlips

1. Maaf puan saya bukan ust wan, juga bukan kakitangan imtiaz.:lol:

2. Soal tawaduk tu payahlah skt. Krn perkara sebegitu benda duk dalam hati, rambut hitam hati lain-lain. Tapi guru2 sebaik mungkin mengajar para pelajarnya berbuat kebaikan dan menekankan sebegitu termasuk mengadakan aktiviti kerohanian setiap mlm Jumaat dan waktu2 lain serta pimpinan para pelajar turut mengambil peranan. Saya rasa mana2 sekolah begitu.

3. Panjang hafalan: Tujuan ust tersebut supaya murid lebih menekankan teknik mengulang Quran. Krn hafal panjang2 tapi yang lepas2 tak ingat tak berguna juga psal itu ust suruh hafal satu muka sahaja. Kalaulah seorang pelajar itu kuat daya hafalan dia maka dia boleh hafal banyak tapi bila depan ust cukup dia baca 1 muka sahaja yang lain2 dia simpan sebagai modal. Jadi tiadalah masalah tak puas hati tersebut. Itu pentingnya seorang guru bersikap terbuka dan pandai main emosi. 2 tahun 10 juzuk adalah tempoh yang lama sepatutnya 10 juzuk 1 tahun baru betul.

4. Garang sampai merotan - itu adalah perkara biasa dalam dunia hafal Quran. Tapi sampai berdarah adalah luar biasa di Malaysia. Dalam mengajar tak sesuai rotan hari2, biar rotan sekali sekala tapi beri bekas sampai ke mati. Bekas yang berbekas dalam hati bukan berbekas di badan. Seperti puan bagi tau skrg dah tinggal sikit pelajar ust tersebut. Ini bermakna teknik rotan sebegitu tidak memberi kesan malah mendatangkan bencana, kita merotan utk mengajar bukan rotan ikut ammarah. Itu pentingnya seorang guru yang tegas bukannya syadid tidak bertempat. Terlalu mengikut gaya tahfiz di Pakistan atau Arab.

5. Jawapan terakhir - anak puan tidak mengada-ngada tapi itulah nurani anak kecil nak menginjak remaja dan itulah dilema jiwa seorang penghafaz Quran yang masih baru bertatih. Berikan semangat dengan kata2, ujudkan suasana dirumah hifzul Quran - mak ayah kenelah hafal sama, dan senantiasa mentashih bacaan anak2, buat ujian ke atas anak2, hantar ke seminar2 supaya datang motivasi dalam diri bahawa jalan yang dia pilih adalah terbaik diantara terbaik.:lol:

Kalau puan rasa perlu tukar, tukarlah. Krn yang terseksa adalah anak puan.

DanIno Publish time 26-11-2010 07:38 PM

Saya nak tanya kalau sesiapa yang tau dan boleh bagi penerangan atau suggestion tentang sekolah maah ...
MS.WONG Post at 3-11-2009 16:14 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   Kalau kat Kelantan, biasanya dihantar sama ada kat :
Sekolah Menengah Ugama ( Arab ) Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa

atau


Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong


Kat Kelantan memang terbaik untuk pendidikan tahfiz dan sekolah menengah ugama arab, cuma agak ketinggalan dari segi pendidikan akademik moden ( swasta ataupun persendirian ) yang terbaru.....kat KL n Selangor lagi bagus dari segi ini...

HOTlips Publish time 29-11-2010 12:34 PM

Reply 195# te_peng

Salam. Terima kasih atas pandangan. Saya setuju ustaz kena pandai main emosi pelajar esp bdak2 remaja. Ada jugak dgr komplen, ada budak yg x leh hafal byk ustaz paksa jugak walau pun sampai mlm. Yg leh hafal byk ustaz suruh slow sbb dia dah setkan maksima 1 ms contohnya. Saya pun rasa lama juga 2 thn baru 10 juz. Anak saya kata ustaz tekankan sgt lagu. Baca x berlagu or salah lagu kena ulang x leh naik saba'. ntahlah...
Hubby plak susah skit nak dgr cakap anak. Dia kata baguslah lambat br mantap. Puas dah desak hubby suruh tukar sbb kesian dgn anak ni. Dia ngadu kat mak aje. Kat ayah senyap. hu hu... Hubby lak cakap jgn dgr sebelah pihak. :L

Wokeh, saya setuju gak mak ayah pun kena sama2 terlibat dgn anak spt menghafal or mentashihkan bacaan mereka. Cuma bab menghafal ni... mak ni dah kurang daya ingatan. hu hu...:$Yg saya mampu bila dia balik cuti, saya akan semak hafazan dia. Lain2 tu mak ayah kena byk doa utk anak jugalah kan?

Encik tepeng, kat imtiaz ada tak solat berjemaah dan tahajud sumer tu? Hubby saya cakap memandangkan dah pergi kelantan 5hb ni, tolak saje lah imtiaz tu. Takdok pitih deh nak ulang alik...

HOTlips Publish time 29-11-2010 12:44 PM

Reply 194# marufie

He he... ramai gak buat trick ni. Tp idok ler dah darjah 6 sampai bln jun baru tukar. Mostly tukar masa darjah 5 atau pn darjah 6. Saya pun plan mcm tu. Sekolah sekarang ni, an naajah bagus dr segi hafazan.Kalau nak anak masuk maahad tahfiz mmg elok lah. Cuma dr segi akademik agak kureng... dah 3 thn berturut2 yg dpt 5A upsr cuma 5 org... out of 30 students lebih kurang. Anak saya yg darjah 2 tu plak mcm org harapan sekolah. Masa darjah 1 lagik dia dah diberi peluang sekali sekala pegang mic, lead bacaan masa saf (assembly). Serba salah gak samada nak tukar atau tak. Kesian pun ada. Kdg2 rasa mcm nak apply ngajar kat situ menyumbangkan bakti mengajar. he he...

HOTlips Publish time 29-11-2010 12:48 PM

Reply 196# DanIno
Ye lah... hubby pun cakap mcm ni. Dr segi kerohanian, kelantan adalah yg terbaik. Dr segi akademik kurang skit la kan. Kalah dgn terengganu. Tp hubby prefer yg kat kelantan walau pun sana tu berbayar. Sbb tu imtiaz ni, mungkin x pi lah interview. Apa apalah... pening. Ikut saje lah. Dia yg bayar. :$

DanIno Publish time 29-11-2010 04:33 PM

Post Last Edit by DanIno at 29-11-2010 16:35

ReplyDanIno
Ye lah... hubby pun cakap mcm ni. Dr segi kerohanian, kelantan adalah yg terbaik. Dr ...
HOTlips Post at 29-11-2010 12:48 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


   Sekolah mana yg berbayar tu? Setahu saya SMU (A) Maahad Muhammadi J Pengkalan Chepa dan Maahad Tahfiz pulai chondong tu tak payah bayar. Tu mungkin sekolah tahfiz swasta yg lain kot yg kena bayar tu..
Btw, smart learning memang antara yg terlambat sampai kat pantai timur tak kira kelantan ke terengganu, mostly sebab faktor geografi. Tengoklah smart learning macam Smart Reader, Enopy, Kumon, etc, dah berzaman berpuluh2 tahun dah ada kat KL n Selangor, tapi baru setahun dua ni ada kat Kelantan. Tu tak campur yg tertiary education lagi, macam nak buat ACCA, Law and LLB,( kecuali medic and pharmacy memang ada kat Kubang Kerian ) memang takde, kena gi KL n Selangor. Kesian kat anak2 muda Kelantan.....

Btw, puan tinggal kat mana? Selangor ke?:D
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12
View full version: SEKOLAH MAAHAD TAHFIZ ATAU SEKOLAH AGAMA


ADVERTISEMENT