zamnie Publish time 10-11-2009 03:47 PM

kak suria,

no phone yg akak bagi tu tak terdapat dlm perkhidmatan lah... sy dah cuba beberapa kali tapi tak dapat!!!

sunsuria3 Publish time 10-11-2009 11:18 PM

aha lah he he saya baru tried call...dah sms kakak tu tunggulah dia balas...dia kata semalam dia ambil kat surat sekolah biasa hantar kat dia...

nanti saya ada kelas tanya pensyarah tu pulak...anak dia pun ada kat sek tahfiz ni..kalau ahad ni ada kelas dgn pensyarah ni lah saya tak ingat jadual..

zamnie Publish time 11-11-2009 08:22 AM

tqvm kak suria... takpe tak yah susah2!! nanti sy carik lagik no phone sek tuh...

achu Publish time 11-11-2009 12:54 PM

sape2 ada info psl sekolah kiblah?

zamnie Publish time 11-11-2009 02:43 PM

hmm x pernah dengar lak!!!

achu Publish time 12-11-2009 12:04 PM

hmm x pernah dengar lak!!!
zamnie Post at 11-11-2009 14:43 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

sekolah ni sekolah tahfiz gak, kat sg merab bangi..

sunsuria3 Publish time 25-12-2009 11:41 AM

mrsm di kuala trengganu ada program ulul albab, utk lahirkan generasi yg hafal al quran..masuk dari form 1 lagi habis pmr dah hafal al quran
yg terbaru akan dibuka next yr di gemencih neg 9, anak buah saya upsr 5A dpt tawaran interview kat situ..so last week dia pegi ambil test semua..diberi taklimat oleh pegawai mara tu dah masuk sini tak blh keluar sbb program 3 tahun habis pmr dah hafal quran..diberi test hafal half page al quran aja utk 30 min..tapi anak buah saya ni sempat hafal 3 ayat aja..dia pun tak confirm dpt ke tidak..lagi pun dia dh dpt offer sbp lain ,SDAR kata org mara tu kalau dah dpt offer sbp nama automatic keluar dari mrsm..
masa taklimat kata adik saya, ramai gak parents tak nak enroll program tahfiz ni terus isi borang minta mrsm biasa...ruginya kan..dh dpt peluang panggil interview ..nak buat mcm mana kan semua tu tahap keimanan masing2..so anak2 yg terrorist upsr hari tu dpt 5A kalau nak jadi hafiz or hafizah ada 2 mrsm blh pilih di kuala trengganu or gemencih..tgk paper hari ni sek imtiaz di tregganu muncul sek terbaik pmr utk katagori sek bukan aliran kemetnerian..budak2 yg best students pun semua dari smka...

sunsuria3 Publish time 25-12-2009 11:45 AM

Hafiz (orang yang hafal al-quran dan yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya). Disebut dalam hadith: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan menghafalnya, dia menghalalkan apa yang dihalalkan di dalam al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan di dalam al-Quran, Allah akan memasukkan ke dalam syurga dan dia akan dapat memberi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang semuanya adalah ahli neraka.”
Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya syafaatku untuk ummatku yang melakukan dosa-dosa besar. (kecuali mereka yang mati dalam keadaan syirik dan tidak bertaubat darinya)

sunsuria3 Publish time 25-12-2009 11:46 AM

Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah.

1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
"Daripada Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, "Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w "Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,"
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w"Daripada Abu Musa Al Asya'ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil."
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
" DaripadaAbdullah Bin Mas'ud ra. Daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: " bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira."
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
"DaripadaIbnu Mas'ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; "yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran."
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, "dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?" apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad."
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Abu Hurairah ra.daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata; "Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
"Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia." Maka kepadanya di katakan; "Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan."
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKALAN PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada jabir bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: "Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: "Apakah anda mengenalku?".
Penghafal tadi menjawab; "saya tidak mengenal kamu." Al Quran berkata; "saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: "kenapa kami di beri dengan pakaian begini?". Kemudian di jawab, "kerana anakmu hafal Al Quran."
Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, "bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya." Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
12.AKAN MENEPATI KELAS TERTINGGI DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Sisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.

sunsuria3 Publish time 25-12-2009 11:58 AM

alhamdulillah...syukur teramat sangat allah mengabulkan doa saya utk anak saya ni agar dia dpt masuk darul quran dan jadi hafiz
baru ni chek status kemasukan dia gagal sebenarnya..so lps spm on 16th, 18th kami dh berangkat ke jogja utk makan angin sekeluarga..di sana kami dpt panggilan dari malaysia tapi saya tak jawab..
dah blk sini dlm kereta dari airport ke rumah saya buka handfon tanya anak familiar tak nombor ni sape tah call hari tu kat jogja..dia pun check handfon dia tgk ada nombor yg sama
sampai rumah kat call Darul Quran yg jawab katanya anak saya berjaya utk second intake, tapi sbb kami tak jawab panggilan tempatnya dah diberi pada calon lain???? terkedu sekejap..tanya kat orang tu tak ada place lagi ke anak saya nak sgt masuk DQ dan harapan saya juga doa siang malam dia dpt masuk DQ..then dia suruh call lagi 10 min

later we called dia kata ok ada satu tempat lagi happened satu calon second intake gak yg suppose daftar pagi tu tak datang..so kalau nak kena dtg mlm tu jugak before 10..bergegas kemas barang apa yg patut lepas maghrib bertolak ke kuala kubu

bila saya fikirkan semula, byk kebaikan yg allah dah beri..gagal first intake, dpt second intake, tak jawab call, di beri lagi satu peluang utk anak saya..dijadikan salah seorang calon second intake yg pd awalnya dah beri confirmation terima offer tu tak datang....alhamdulillah...

masa hantar dia tu, ada seorang pelajar DQ yg tunjukkan mana bilik dia, pelajar ni baru setahun aja dah hafal quran..suara lembut aja..anak sy bagi tau semalam abang tu dasyat nya ayat quran keluar macam air pipe je..dia pun terpegun terus nak stay di DQ

sebenarnya dia pun dlm dilema nak ambil offer yg mana satu, ada satu lagi offe study medic di UK masuk january nanti ingatkan tk dpt DQ ambil offer ni aja

now dia dahtetapkan hati nak stay di DQ..dan sambung kemudian stdy di UIA all fully sponsor..biasiswa nya tertulis 'biasiswa kerajaan malaysia' bukan jpa ke apa. dari DQ sampai habis pengajian di UIA nanti..means after 8 years bakal jadi doctor dan al hafiz..insyallah..

bersyukur yg teramat sangat..bukan mudah nak masuk DQ ni interview ni satu malaysia..yg apply beribu2..layak utk interview aja pun sikit, dari sek anak saya dari 49 yg apply layak utk interview 14 org dan dia sorang aja yg diterima masuk..kata ustad kat DQ tu persaingan sengit..semua markah tinggi2..yg masuk ni semua 95% ke atas....
anyway ni program khas utk pelajar2 lepasan spm yg guna result trial spm, program jakim dan UIA, habis belajar di DQ terus sambung ke UIA all fully sponsored... ada lagi program tahfiz yg 3 tahun lepas spm announced nanti kalau masih berminat blh apply..
marilah kita melahirkan generasi yg cintakan islam...

Rosputih Publish time 25-12-2009 01:14 PM

90# sunsuria3

Assalamualaikum suria,

Tahniah kerana anak suria telah berjaya mendapat tempat di Darul Quran.
Bertuahnya suria, ibu yang mengandungkannya,
kakak tumpang seronok membacanya
semoga Allah terus memberi kerahmatan dan kebahagiaan dalam kehidupan suria sekeluarga

sunsuria3 Publish time 25-12-2009 02:31 PM

91# Rosputih
terima kasih kak, berkat doa di tanah suci juga ni. Semoga Allah kurniakan nerahmatan buat akak sekeluarga juga. Amin

te_peng Publish time 27-12-2009 02:37 AM

Payah nak ngapal Quran nih. Perlu jihad yang betul2, masa mesti banyak dihabiskan dengan Quran, kalau sikap acuh tak acuh, hanya tinggal angan-angan sajalah.

Berapa banyak sekolah yang melaungkan konsep tahfiz plus aliran sains tapi tak semuanya menjadi. Quran entah ke mana, sains tak tahu apa-apa.

Kalau betul nak anak-anak jadi penghafaz Quran, hantarlah anak ke mahaad tahfiz yang tulen punya seperti maahad tahfiz negeri2, maahad tahfiz swasta seperti di Kubang Bujuk. Kalau sekolah agama plus aliran tahfiz kebanyakkannya tak berapa menjadi. Ini dari pengalaman.

Tapi saya tak mahulah sebut sekolah2 yang tak jadi tu, pihak pengurusan umum pelajar mereka dapat hafaz 15 juzuklah, tapi hanya seorang je dari 40 orang pelajar. Ini hanya sebagai gimik menarik ibu bapa sahaja. Berlainan betul2 sistem tahfiz, kalau 40 orang maka 40 lah hafiz Quran.

sunsuria3 Publish time 27-12-2009 02:11 PM

Bab bljr bahasa kena mula dr usia awl, bahasa apa pun. Pengalamn tinggl overc tgk ank2 melayu yg ikut parents pegi sana dlm masa sebuln dh blh mahir bahasa tk kira lh Spanish ke english padahal yg tua2 ni terkial2 nk blajr bahasa.
Begitu juga b Arab. Nk cpt hafal Quran mesti faham b Arab dulu maka mudahlah proses penghafaln
Adik Muhammad yg azan tv9 tu hafal Quran USIA 9 tahun. Dia tk masuk pun sek aliran biasa terus masuk sek tahfiz sekarang ni br bljr math n BI di kumon kabarnya.
Dari cerita patents yg sy kemal Ada ank di mrsm Trengganu yg Ada prog ulul albab ni memang program ni dh berjaya melahirkan para hafiz. Sbb tu buka mrsm baru di gemencih khas utk prog ulul albab ni. Mudahan ramai lg yg cemerlng dgn ilmu dunia n akhirat. Pengambilan pun ketat peljr2 yg point tinggi aja terpilih. By right mrk yg dh dipilih masuk sbp takkan dpt lg offer mrsm tp mrk masih beri offer utk kumpulan pelajar2 cemerlng ni.
Sbb nk menghafal ni perlu otak yg cerdik juga. Kegagalan dlm menghafal ni byk faktor sebenarnya lg kalau jiwa ank2 tu sendiri tak mau terima. Ank2 yg masuk tahfiz mesti punya iltizam dan semangt yg tinggi. Parents pun mesti main peranan yg besar
Di DQ bukan setakat melahirkan para hafiz dan hafizah mek juga hebat dlm bidang masing2 kelak. Akan lahirlah jurutera yg al hafiz, doktor yg alhafiz etc sy suka pendekatan ni.

sirrikhafi Publish time 27-12-2009 03:36 PM


Parents pun mesti main peranan yg besar

Betul tu kak.
kenalah selalu doakan kejayaan dunia akhirat utk anak.
doa ibubapa sangatlah penting.
tapi ingat,
jangan manja-manjakan sangat.
sekali sekala bila balik rumah,
cubalah check hafalan anak-anak.
bila selalu di buat,
anak akan sentiasa stand by hafalan mereka dlm kepala sebab semua org di sekeliling mereka sangat komitmen dgn pencapaian hafalan mereka. :)



WALLAHU A'LAM.

K3MuNcUp Publish time 27-12-2009 08:33 PM

Tp selalunya sblm dpt pelajar2 nih kena jalani sesi ujian...ujian tulisan jawi...ujian dr sume bab etc tauhid,sirah,fekah (basic jela)...pastu ade ujian hafazan ayat2 quran...ujian mengaji...
klu bab hafazan 2....pelajar akan diberi masa utk mhafaz ayat ttntu dan uji...salunya ramai pelajar kantoi bab nih la...
so...why not cubela sume klu ade pluang...

te_peng Publish time 28-12-2009 03:13 AM

1. "Keluarga memainkan peranan besar", itu saya setuju benar bahkan bila keluarga akan berubah sama. Asal keluarga malas nak ngaji Quran, bila anak balik duk ngulang2 Quran maka akan terkesan sama. Bila anak balik, minta dia baca ayat yang sudah dihafaz, cuba tebuk (istilah ini nanti anak kak sunsuria akan tahu) anak dengan ayat yg sudah dihafaz.

2. Masalah sekolah yang campur2 aliran kemudian celaru begini; sebagai contoh sebuah sekolah yang saya ketahui; ada aliran tahfiz, tapi pada waktu petang pihak sekolah mengadakan kelas tusyen pelajaran biasa, malam pun begitu. Esok paginya nak tasmik ayat hafazan. Jadi bila masa pelajar nak hafaz? Tapi bukan semua sekolahlah. Yang berjaya hanyalah seorang dua itu pun kerana dah memang kurnia Allah Taalah bagi otak mereka cerdas.

Ramai orang boleh hafaz tapi nak menjaganya belum tentu. Berlainan sistem tahfiz 100% spt maahad negeri dan kelolaan orang tabligh spt Kubang Bujuk. Bahkan boleh dikatakan sistem tahfiz aliran Kubang Bujuk lebih bagus dari sistem tahfiz maahad negeri di bawah seliaan Darul Quran JAKIM dari segi penghafalan pelajar, namun kalau dilihat secara keseluruhan termasuk penguasaan tajwid dan ilmu-ilmu furu' sistem aliran maahad negeri lebih bagus.

Cuba banding cara dua sistem ini dalam peperiksaan mereka khususnya peperiksaan akhir.

Maahad negeri; pelajar diuji dengan 10 soalan dengan silibus soalan 30 juzuk. Nasibla kalau kena ayat tak ingat. Kemudian ujian penulisan yang mengadungi 5 soalan besar. Dua-dua markah (oral dan penulisan) digabung dan markah dibawah 60% dikira tak lulus. Atas pihak pengurusanlah kalau nak turun peratusan.

Mahaad Kubang Bujuk; pelajar dikehendaki membaca 30 juzuk selama 3 hari (10 juzuk sehari) depan penguji. Tak silap saya kalau lebih dari 10 kesalahan...over n out ulang balik tahun hadapan.

3. Sebelum masuk memang ada ujian dahulu. Sebagai panduan, penting mengetahui basic tajwid kalau alim semua lagi bagus. Ujian tilawah iaitu baca al-Quran dengan melihat, kemudian diuji soalan tajwid. Ujian hafazan, diberi masa lebih kurang 30 minit untuk satu muka al-Quran - kebiasaan markah disini paling tinggi krn ujian inilah memastikan tahap penguasaan hafazan pelajar. Kalau dapat baca dgn baik, tajwid, berlagu, tanpa tersekat-sekat maka boleh dikatakan peluang untuk masuk ke maahad tahfiz cerah. Kalau markah ramai yang tinggi, mereka akan tengok result PMR, SPM dan sebagainya sbg tapisan. Satu lagi soalan am, diuji dengan permasalahan fiqh, pandangan pelajar terhadap isu semasa. Para penguji akan diberi sekalea soalan, kmudian atas pengujilah nak pusing soalan macam mana. Nasibla kalau kene penguji yang payah dan mahal markah.

Lagi satu, adab dan penampilan. Ada setengah pelajar datang memakai kasut tanpa stokin. Apa dalam fikiran penguji? Ibu bapa pun main peranan, jangan datang bawak sekali dengan gelaran dato gah semacam. Penguji tengok mood mereka pun dah lain macam. Satu lagi soalan popular dikalangan penguji, "Sebab apa awak masuk maahad tahfiz, adakah mak ayah suruh atau dengan kerelaan sendiri?"

Biasanya ramai pelajar mengaku mrk tak minat sebenarnya tapi ikut mak ayah, ada parah lagi jawab, "Saya hanya try je, saya tgh tunggu surat dari mrsm, dari kolej sekian-sekian". Bukan bila jawab begini mrk terus tidak diterima, tapi akan ditanda sebagai kumpulan no2. Pihak pengurusan akan utamakan dahulu mrk benar2 nak masuk kalau dah takde baru panggil kumpulan no2 ini.

awan Publish time 28-12-2009 08:56 AM

90# sunsuria3

tahniah kerana anak sunsuria berjaya ke darul quran ..
anak sy dapat interview sahaja...tapi gagal...

awan Publish time 28-12-2009 09:15 AM

97# te_peng

maahad kubang bujuk ni agak lain dari maahad tahfiz yang lain sebab ada 'shahadah'
semua budak2 hafiz digalakkan ambil 'shahadah' dimana setelah mereka berjaya
menjadi seorang hafiz, mereka kena qatam quran sebanyak 30 kali (kalau tak silap)
tanpa melebihi 15 kesalahan secara berturut2.

bila dah dapat melepasi 'shahadah' ni...diorang seakan boleh nampak helaian2 dan
ayat2 al-quran tanpa membuka al-quran.
seakan alquran telah berada di hati/dada mereka.

subhanallah...

zamnie Publish time 28-12-2009 09:53 AM

wahh... beshnyer kak suria!!!! Alhamdulillah kan dpt gak masuk ke DQ... Insya Allah anak kak suria akan dpt menjadi insan yg berguna...
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11 12
View full version: SEKOLAH MAAHAD TAHFIZ ATAU SEKOLAH AGAMA


ADVERTISEMENT