Anak_Nogori posted on 3-11-2009 05:47 PM

Kesan Fahaman Syiah, Islam Liberal & Wahabi Di Malaysia

Post Last Edit by Anak_Nogori at 3-11-2009 17:54

FELO Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa(Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady mendedahkan sejak kebelakangan ini aliran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman Syiah dan Islam liberal mula menyerang negara menyebabkan sebahagian masyarakat terpengaruh.

Beliau yang menjadi ahli panel pada Wacana Ilmu bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran akhbar Berita Harian dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini melahirkan kebimbangan masyarakat dan negara akan berdepan pelbagai masalah jika perkara itu tidak didedahkan.

¡°Ramai yang mempertikaikan kita menggunakan kitab lama, kononnya tidak moden yang lebih menggerakkan masyarakat kepada aliran Islam liberal. Kita bimbang jika masyarakat tidak didedahkan dengan fahaman betul mengenai Ahli Sunnah yang menjadi pegangan Majlis Agama Negeri dan Fatwa Kebangsaan, kita akan berdepan pelbagai masalah termasuk boleh mengancam keselamatan negara,¡± katanya.

Sejauh mana fahaman Syiah, aliran Wahabi dan Islam liberal mempengaruhi pemikiran umat Islam, Pengarah Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin berkata, sukar menafikan wujud segelintir umat Islam negara ini dipengaruhi unsur bertentangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amalan mazhab Syafi¡¯ie.

Beliau berkata, setakat ini Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) serta pihak keselamatan melalui peruntukan undang-undang dan dasar kerajaan berjaya membendung penularan fahaman berkenaan.

¡°Pelbagai tindakan pencegahan dilakukan Jakim dan Jain bagi mengelakkan fahaman itu menjadi serius sama ada melalui fatwa dikeluarkan, majlis penerangan di pelbagai peringkat masyarakat dan tindakan undang-undang terhadap penganut fahaman berkenaan,¡± katanya.

Beliau berkata, fahaman Syiah dan Islam liberal bahaya terhadap umat Islam kerana alasan yang berbeza.

Syiah diharamkan di negara ini melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 berdasarkan percanggahan dengan akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaahdari segi akidah, syariah dan akhlak.

Memperakukan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli SunnahWal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

Antara penyelewengan yang dikenal pasti dalam ajaran Syiah ialah imam adalah maksum,khalifah diwasiatkan secara nas, menolak ijmak ulama, menolak qiyas dan mengamalkan nikah mutaah.

Sementara fahaman Wahhabiyah pula tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Itu adalah hasil daripada perbincangan beberapa kali pada Muzakarah awatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Semua keputusan adalah menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan itu tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat.

Razali berkata, mengenai Islam liberal pula setakat ini tidak wujud mana-mana individu atau organisasi di Malaysia yang menubuhkan apa-apa kumpulan atas nama Islam liberal seperti berlaku di Indonesia.

Bagaimanapun katanya, wujud fenomena liberal dalam kalangan organisasi dan individu tertentu yang sentiasa dipantau serta dikajioleh pihak berkuasa agama.

Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-74 pada 25- 27 Julai 2006 membincangkan¡°Aliran Pemikiran Islam Liberal¡± dan memutuskan aliran itu adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.

¡°Antara kesesatan pemikiran itu ialah berpegang kepada konsep pluralisme agama, meragui ketulenan al-Quran, menggesa tafsiran barukonsep ibadat, mempertikaikan kredibiliti Nabi SAW dan mempertikaikan hukum-hakam yang muktamad,¡± katanya.

Beliau berkata, ajaran sesat dan sebarang ajaran baru menyalahi tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini yang berpegang kepada akidah Asya¡¯irah-Maturidiyyah dan fiqh Syafi¡¯ie, sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam.

Katanya, penyebaran ajaran sesat akan menggugat akidah serta syariah Islam sementara aliran seperti Wahhabiyyah boleh menimbulkan kekeliruan dan berakhir dengan krisis perpaduan jika tidak dibendung dan ditangani.

Berdasarkan rencana Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah di laman web Jakim bertarikh 19 Disember 2006, pada prinsipnya fahaman Wahabi membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka.

Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini sejak berkurun lama berakar umbi dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Orang awam yang kurang mahir selok belok mazhab lebih baik bertaklid dengan pegangan mazhab sedia ada.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru mengenai akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang dikemukakan Ibnu Taimiyyahdalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan Ibnu Taimiyyah sendiri.

Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakkan kerana kesan globalisasi ilmu di dunia hari ini.

- Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia 25 Ogos 2009

tobby posted on 3-11-2009 05:49 PM

orang Pas tak suka dia ni.  tak tau apa pasal.

Anak_Nogori posted on 3-11-2009 05:56 PM

2 # tobby

Orang PAS tak suka siapa Tobby?.

cipOt_cedOt posted on 3-11-2009 06:37 PM

kalau ikOt hukom hakam ikOt mana-mana mazhab dalam aliran ahli sunnah boleh tak?

cam... nak amik air semayang ikOt mazhab hambali... pegang pompuan bukan muhrim pun tak batal... semayang ikot mazhab syafie... puasa ikot mazhab hanafi... bayar zakat ikot mazhab maliki... boleh tak... boleh tak... still masih ikot mazhab aliran ahli sunnah jugak, kan...

Muntz posted on 3-11-2009 07:09 PM

Islam Liberal bukannya satu bentuk 'fahaman'.. tapi ianya salah satu cara pemikiran kepada penganut Islam utk lebih membuka luas lagi minda mereka. Sesuai dgn kata 'liberal' bermaksud, kita sanggup utk menerima pendapat orang, mempertimbangkan cadangan2 org, mendengar kata2 orang.. walaupun tidak 100% kita menerimanya, tapi sekurang2nya kita mendengar.

Mcm aku, aku anggap aku liberal... bukan bermaksud aku sesuka hati nak berzina, minum arak, isap dada, tak semayang tak puasa dsb... rukun Islam masih dipelihara, Quran masih dijunjung.. tetapi sesuai dgn zaman skarang yg bergerak pantas, globalisasi.. seiring dgn zaman tu jugak kita membuka minda kita utk menerima sesuatu yg baru. Jgn pulak kata, "owh.. org Islam Liberal, cara diorang semayang camnie.." ataupun "org Islam Liberal diorang berimamkan perempuan pun takper". Bullsh** lah. Jgn generalizekan semua org Islam Liberal mcm tu. Kita tak ada set dalam pemikiran atau hukum.. contohnya ko nak semayang, kena imam perempuan.

Itu mmg ada berlaku, tapi itu menunjukkan tahap liberalisasi mereka. Ada yg liberal sangat sampai mereka mengamalkan pluralisme.. ada lagi yg lebih liberal akan kata agama2 lain benar. Itu aku boleh describe sebagai "liberal yg hanya terima masuk saja". Maksudnya, diorang terima, tapi diorang tak mempertimbangkan. Maksudnya mentah2 ambil tanpa buat referensi. Itu liberalisme yg tidak beretika. GOlongan mcm nie lah yg org suka generalizekan kepada semua org Islam yg liberal.

Last but not least, Islam Liberal - bukan satu terma. Ko boleh kata, Muslim yg mengamalkan liberalisme, atau Muslim yg liberal pemikiran mereka.. tapi tiada terma khusus yg digunakan utk describe pemahaman mereka yg liberal. Ada yg kata mereka "Ijtihad", ada yg kata mereka "Islam Liberal"... tapi aku, tidak meletakkan diri aku dalam golongan2 khusus. :D :D

Anak_Nogori posted on 4-11-2009 09:40 AM

4# cipOt_cedOt

Soalan ni elok ditanya kat MM kot..kat sini ramai ulamak politik..macam nik aziz la...sumanya nanti dipolitikkan..;P
Page: [1]
View full: Kesan Fahaman Syiah, Islam Liberal & Wahabi Di Malaysia