seribulan posted on 4-11-2009 02:06 PM

...statistik kes cerai di Malaysia mengikut kaum...

Jawapan parlimen mengenai statistik kes cerai di Malaysia mengikut kaum
November 3rd, 2009 by Teresa Press

Pertanyaan: Jawab LisanDaripada: YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)
Tarikh: 2 November 2009 (Isnin)

Soalan:YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan statistik kes penceraian di kalangan kaum Cina, India, Melayu, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain di negara kita pada 10 tahun yang lepas. Nyatakan bilangan kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian dalam 5 tahun yang lepas dan bilangan pasangan yang menghadiri kursus berkenaan.

Jawapan:Tuan Yang di-Pertua,Berdasarkan statistik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bilangan perceraian bagi Orang Islam dan Orang Bukan Islam bagi tahun 2000 hingga 2007 adalah seperti berikut:

Statistik Perceraian di Malaysia

Tahun          Orang Islam           Orang Bukan Islam
2000         13,536                  1,613
2001         13,187                  3,238
2002                13,841                  3,793
2003                15,543                   3,318
2004         16,509                   3,291
2005                17,708            3,804
2006               21,419                   5,747
2007               20,529                  4,335

Sumber: JAKIM dan Jabatan Pendaftaran Negara

Statistik perceraian mengikut suku kaum seperti kaum Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain tidak diperolehi oleh Kementerian.Sungguhpun bilangan perceraian telah meningkat bersesuaian dengan pertambahan bilangan perkahwinan, peratusan bercerai/berpisah bagi penduduk yang berumur 15 tahun dan ke atas adalah kecil iaitu 0.8 peratus berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2000.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2004 pula mendapati perceraian/perpisahan di kalangan wanita Melayu/Bumiputera ialah 2.7 peratus di Semenanjung Malaysia dan 2.1 peratus di Sabah dan 3.2 peratus di Sarawak.Meskipun peratusan ini kecil, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius akan pertambahan bilangan perceraian dan perpisahan tetap dan sentiasa meningkatkan program untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dan pemantapan perkahwinan.Mulai tahun 2006, Kementerian melalui LPPKN memperkenal dan melaksanakan program Kursus Praperkahwinan SMARTSTART kepada pasangan yang akan dan baru berkahwin tempoh perkahwinan 5 tahun ke bawah. Sehingga September 2009, sejumlah 243 program telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 8,084 orang (3,931 lelaki dan 4,153 perempuan).

AboNawas posted on 4-11-2009 02:08 PM

Kawin cerai kawin cerai . Biasalah  tu . Ikut jodoh masing2 . Cuma jangan lepas bercerai jadi macam orang bodos ;P

newyork posted on 4-11-2009 02:08 PM

hmm..menakutkann....perkara cerai2 ni...

cfa posted on 4-11-2009 02:09 PM

ramainya orang islam bercerai....
pasai aper ye...

AboNawas posted on 4-11-2009 02:11 PM

ramainya orang islam bercerai....
pasai aper ye...
cfa Post at 4-11-2009 14:09 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


Silap ikut modul kursus perkahwinan kot ? Atau mereka yang pi kursus yang silap ? :doh3:

hunny_bunny posted on 4-11-2009 02:12 PM

ramai betul org islam yg suke cerai ni....bertepuk tangan iblis setan sume tgk masjid da kene runtuh....hmmm.....{:3_99:}

Anak_Nogori posted on 4-11-2009 02:12 PM

4 # cfa

1. Tak fikir panjang.
2. Dah tak sefahaman..kununnya la.
3. Main kayu tiga.
4. Nak kawin lain.
5. Termakan fitnah.

Linglu posted on 4-11-2009 02:15 PM

Perkara yang HALAL tapi paling di BENCI oleh ALLAH ialah TALAK

Linglu posted on 4-11-2009 02:16 PM

4 # cfa

1. Tak fikir panjang.
2. Dah tak sefahaman..kununnya la.
3. Main kayu tiga.
4. Nak kawin lain.
5. Termakan fitnah.
Anak_Nogori Post at 4-11-2009 14:12 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Bukan .... Sebab utama kurangnya pengetahuan agama . Mungkin FIKRAH jer yang lebey tapi ROH agama kurang

dwbh163 posted on 4-11-2009 02:18 PM

1# seribulan

kalo dari segi wang, Easy Come Easy Go

mungkin Easy Love, Easy Cerai

adakah lebih mudah utk org Islam bercerai?

atau adakah org skrg tidak mampu berkomunikasi... kurang sabar, sikit2 dah gaduh, pasal ego.

Tok_imam posted on 4-11-2009 02:29 PM

ramainya orang islam bercerai....
pasai aper ye...
cfa Post at 4-11-2009 14:09 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


Senang cerita . Orang Islam tak leh berzina . Kalau couple tau , alamat kena becerai berai . Tapi bab agama lain , tak mengapa . Simpanlah beberapa mistress yang abang suka , janji kawin dengan adik seorang . ;P

Sebab tu pengikut agama lain tak ramai yang bercerai berai kecuali jika kes2 yang dah rumit yang tak mungkin mereka nak berbaik-baik semula :D

cfa posted on 4-11-2009 02:32 PM

4 # cfa

1. Tak fikir panjang.
2. Dah tak sefahaman..kununnya la.
3. Main kayu tiga.
4. Nak kawin lain.
5. Termakan fitnah.
Anak_Nogori Post at 4-11-2009 14:12 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

senangnyer alasan diorang kalu nak bercerai....
tak pikir anak2 ke, tak kesian ke kat anak2 tu...?

seribulan posted on 4-11-2009 02:33 PM

Dera anak kerana cerai


Bagitempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh negara.

Daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya, 270 kes kanak-kanak lelaki.
Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan ialah Selangordengan 320 kes, diikuti Perak 91 kes dan Wilayah Persekutuan KualaLumpur, 79 kes.

Statistik perbandingan 2008 dan 2007 turut menunjukkan Selangorsebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak.

Jumlah kes yang dicatat di Selangor pada 2008 adalah 949 kesberbanding dengan 816 kes pada 2007. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurberada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan 444 kes pada 2007.
¡°Bilangan kes penderaan di Lembah Klang memang banyak, sebahagiannyakerana tekanan hidup yang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar.

¡°Masyarakat pula semakin sedar tentang tanggungjawab sosial merekauntuk melaporkan kes-kes sedemikian,¡± ujar Pengarah BahagianKanak-Kanak JKM, Nor Amni Yusoff.
Secara keseluruhannya, seluruh negara merekodkan sebanyak 2,780 kes penderaan pada 2008 berbanding dengan 2,279 kes pada 2007.

Di sebalik peningkatan kes, JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan.
¡°Semua statistik ini adalah kes-kes yang dilaporkan tetapi sayapercaya kes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kesyang berlaku di luar sana. Masih ada 98 peratus kes yang tidakdilapor,¡± jelas Nor Amni.
Dari segi kaum, beliau berkata, sebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaum Melayu.

Menurutnya, bentuk penderaan yang lazim berlaku pula adalah penderaan fizikal, seksual dan emosi.
Tambahnya, bagi tempoh Januari hingga April 2009, kes penderaanfizikal yang direkod adalah 523, seksual 230 kes (kebanyakannyamelibatkan kanak-kanak perempuan) dan emosi, 16 kes.

Mengenai penderaan emosi, Nor Amni menjelaskan, ia sering berlaku apabila ibu bapa bercerai.
Menurutnya, berbanding waktu dahulu di mana pasangan yang hendakbercerai sering mengutamakan kebajikan anak-anak, pada hari ini, merekayang bercerai akan menggunakan anak sebagai alat dan menjadikan mereka¡®korban¡¯ perceraian.
¡°Katakan ibu mendapat hak penjagaan (urusan Mahkamah Syariah bagiorang Islam), bapa akan menggunakan anak untuk membuat tuduhan palsuyang bekas isterinya mendera anak itu. Tujuannya adalah untuk membalasdendam.
¡°Meskipun laporan penderaan mungkin palsu tetapi apabila dibuat,kita perlu bertindak dan membawa anak ke hospital untuk pemeriksaan.Ada kes di mana anak terpaksa keluar masuk hospital.

¡°Apabila diperiksa, pihak hospital mendapati tidak ada penderaan dananak balik ke rumah. Kemudian si bapa akan membuat laporan lagi dankami membawa sekali lagi anak itu ke hospital. Ini berterusan sehinggabertahun. Kes ini paling banyak kami kendalikan sekarang,¡± jelasnya. -Kosmo

Anak_Nogori posted on 4-11-2009 02:33 PM

9 # Linglu

lebih kurang gitu le..

Anak_Nogori posted on 4-11-2009 02:35 PM

12 # cfa

kalau dia boleh berfikir panjang...takkan berlaku penceraian.

Ada kes baru beberapa bulan kawin dah cerai..duit habis berpuluh2 ribu utk adakan majlis perkahwinan habis macam tu je.

bubpallo posted on 4-11-2009 02:35 PM

aku ras golongan artis2 pun byk juga yg contribute tuh!...:D:D:D:D

cepheid posted on 4-11-2009 02:39 PM

16# bubpallo

betul tu. saya setuju

Tok_imam posted on 4-11-2009 02:40 PM

http://gantang.files.wordpress.com/2009/03/roslinhashim.jpg

http://www.malaysianbite.com/wp-content/uploads/2009/02/roslin.jpg

http://lh5.ggpht.com/_tXARp8SzzjE/SafibTQ0OmI/AAAAAAAAAbQ/7jAZDXYgm3k/image_thumb%5B1%5D.png?imgmax=800

Tokoh kawin cerai yang paling popular di Malaysia ;P

ironmind posted on 4-11-2009 02:42 PM

mungkin angka tu x tunjukkan keadaan sbnr
sbb ada yg kawen tapi x nikah
bercerai tapi xde dftr talak

Tok_imam posted on 4-11-2009 02:48 PM

mungkin angka tu x tunjukkan keadaan sbnr
sbb ada yg kawen tapi x nikah
bercerai tapi xde dftr talak
ironmind Post at 4-11-2009 14:42 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Kira gitulah gamaknya . Samada perangkaan yang silap atau mereka yang buat statistik yang silap;P

ekod79 posted on 4-11-2009 02:48 PM

tunjukla dulu statistik bilangan pendaftaran perkahwinan dulu dan baru leh compare ngan bilngan kes cerai...for sure la jugak bilangan yg dah kahwin ramai juga org Islam

Tok_imam posted on 4-11-2009 02:52 PM

tunjukla dulu statistik bilangan pendaftaran perkahwinan dulu dan baru leh compare ngan bilngan kes cerai...for sure la jugak bilangan yg dah kahwin ramai juga org Islam
ekod79 Post at 4-11-2009 14:48 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Angka tu hanya tunjuk jumlah bilangan jer , tak ada nisbah perbandingan  pun atau data2 kebarangkalian atau probability . Mana lengkap? :shakehead3:

Herlina posted on 4-11-2009 02:54 PM

7# Anak_Nogori

Ego pun ye jugak. Kdg hal yg boleh di bawak berunding pon leh jadi punca penceraian sbb memasing nak tegakkan ego memasing. Kurangnye komunikasi pun leh jadi punca umahtangga dingin..so.. bila dua2 lebih suka berkomunikasi ngan org lain instead of pasangan memasing.. maka berpisah juala akhirnya.

miss_kitab posted on 4-11-2009 03:01 PM

lain2 bangsa payah nak cerai sbb simpan gundik..so marriage menten..tp kiri kanan gundikkk

cepheid posted on 4-11-2009 03:02 PM

bangsa lain ramai ke kahwin? setengah tu tak kawin pun anak berderet-deret
Page: [1] 2
View full: ...statistik kes cerai di Malaysia mengikut kaum...