toncik posted on 16-11-2009 10:32 PM

macam mana cara nak pasang mozek

salam...ada sapa2 tahu tak cara nak pasang mozek....sekian terima kasih

ajis_kg posted on 16-11-2009 10:59 PM

adek beli jer vitamin B complek.. campur simen skit... baru leh pasang mozek tuh..

shahx posted on 16-11-2009 11:03 PM

:lol::lol:

kroit92 posted on 16-11-2009 11:38 PM

kesian beliauu.. :'(:'(

toncik posted on 17-11-2009 12:27 AM

2# ajis_kg

simen pakai vitamin ker???? :o

toncik posted on 17-11-2009 12:32 AM

beli vitamin kat farmasi atau kat klinik???:lol:

Odyman posted on 17-11-2009 04:09 PM

Kesian kau, dapat jawaban pula dari yang tidak semengah..apa betul kamu nak men- DIY sendiri pemasangan mosaic/tilers. Boleh saya terangkan cara-caranya serta peralatan yang diperlukan.

toncik posted on 17-11-2009 06:30 PM

7# Odyman


ok boleh terangkan macam mana??lepas raya haji dah nak start buat dah...:re:

Odyman posted on 17-11-2009 08:33 PM

Baik, saya terangkan:

Peralatan yang diperlukan:
1- Tiles Cutter-Alat yang digunakan untuk memotong tiles/mosaics, boleh dibeli dikedai hardware, atau kedai jual tiles.Ada saiz yang boleh potong 12 inci, 18 inci atau 24 inci. Nak murah beli yang Taiwan, nak yang baik beli yang made in Japan. Kalau kamu nak pasang tiles yang bersaiz 24 inci(2 kaki) kena beli yang boleh potong 2 kaki punya tiles, tapi mahal sikit. Jepun punya dekat RM700.
2) Timbang Air/Spirit Levelling-gunanya untuk memastikan tiles yang dipasang adalah sama rata atau sedikit kecerunan bagi bilik air.
3) Tukul Getah-untuk mengetuk bagi meratakan tiles yang akan dilekatkan dilantai atau dinding.
4)Tali/benang-yang direntang untuk memastikan tiles yang dipasang adalah lurus.
5) Grinders-untuk grinding tiles sekiranya tiles dipasang untuk membentuk lengkuk seperti beranda yang dibentuk round sedikit atau untuk menggosok hujung tiles pada table top konkrit cabinet.(agak mahal bagi brand Bosch/Black&Decker)
6) Sudip siment/baldi untuk bancuh simen.
7)Cement hitam(yang diguna untuk buat rumah tu)
8) Cement Tiles-untuk disapu pada garisan antara tiles(ada pelbagai warna-berdasarkan warna tiles yang akan dipasang.
8) Cement Gam-untuk pasang Tiles Kaca-iaitu yang kecik-kechik iaitu yang banyak orang pasang pada dinding dapor atas floor cabinet.(itu kalau nak dipasang le, kalau pasang tile biasa tidak perlu)
9) Akhir sekali, sudah tentu kena ada tiles le.

Cara-cara pemasangan:

Bersambung.........sorry ye.

mkmh posted on 17-11-2009 08:55 PM

tgk senarai tu boleh tahan jugak penatnya,

toncik posted on 17-11-2009 11:02 PM

9# Odyman



macam mana cara2 nak pasang??:dizzy: dan berapa lama mozek tersebut akan kering?:dizzy:  http://img261.imageshack.us/img261/4703/507820989787eb286fd3g.jpg


http://img405.imageshack.us/img405/8678/tilespacersthumb.jpghttp://img256.imageshack.us/img256/9521/232t.png

cintasakti posted on 18-11-2009 12:37 AM

cayo,cayo,cayo:pompom::pompom::pompom:

dreamy_forest posted on 18-11-2009 08:06 AM

bagus sungguhnada thread ni...mintak mod bagi tacang pada good info:$...
pada yg merepek meraban tu sendiri mau ingat lah.........:P

akuchantek posted on 18-11-2009 08:43 AM

aku dulu layan youtube aje. nak pasang tiles. wiring & drilling atas tile.
cuba cek kat youtube

toncik posted on 19-11-2009 12:07 AM

terima kasih kerana memberi maklumat berkaitan mozek:2lol::pompom::)

indahrenovator posted on 19-11-2009 12:19 AM

1# toncik

IMO, utk home DIY cukuplah dengan,
1. tile cutter. 16" RM 60. (jenis stamp ironed base)
2. grinder cap ayam RM 40, Diamond disc RM 20(baek punye)
3. benang, 12" spirit level, tukul
4. scrapper, tile trowel(saiz gigi paling besar), trowel biase, tong/baldi, sponge,
5. simen (1bag/100sqft), grout(3kg/100sqft)

cintasakti posted on 19-11-2009 12:32 AM

16# indahrenovator

Bro....murahnya cutter tu...biar betik..... aku tanya memember diaorg kata paling koman pun seratus lebih......:o
Bro........Grout tu gapo dia:rf:  gam simen kerrrrrr???

indahrenovator posted on 19-11-2009 12:39 AM

15# toncik

cara pasang;
1. ikat benang pada paku yg da dipacak side dinding yg paling panjang.. (eg. nbilik 10x12, rentang dkt side 12kaki tu)

2. bancuh simen dengan air dalam tong(pki 'trowel biase'), test dulu bancuhan tu kat lantai (pakai 'tile trowel')smpi bole buat corak cenggini
http://365drills.com/jpgs/tile_trowel.jpg

kalo cair tmbh simen, kalo corak tu mcm pecah2 tmbh air lah.. make sure trowel tu tekan smpi rapat ke permukaan lantai

3. lay simen mcm kat pics atas tu utk sekeping tile shj. utk 1st timer disarankan lay simen dua2 belah (ie. side tile dan lantai) supaya nak levelkan nanti cantik n mudah dibuat.. (tapi quantiti simen jadi double la eh)

4. lay tile n ketuk2 pki handle tukul.. check level pki spirit. n go on with nx nx tile.. rase2 nye beginner xpyh pki tile spacer mcm gambar2 atas tu.. nanti jadi lagi leceh n teruk kot..

5. bile da siap satu column, lap/bersihkan simen2 lbey2 tu pki sponge

6. smbg nx column referring to previous column punye garisan.. sentiasa cek setiap hujung tile to make sure rata n xde edge yg timbul/tenggelam..

7. bile sume da siap, baru bancuh grout (bancuhannya cair sket) n fill ruang kosong/longkang between tiles tu pki scrapper.. kalo nak cepat, pki wiper kereta.. bile mcm da kering sket lap sklai lagi dgn sponge

indahrenovator posted on 19-11-2009 12:49 AM

tile cutter ni ada mcm2 jenis tapak/base.. selalunya base dia cast iron or stamp iron.. aluminum milled pun ade.. kalo jenis cast iron tu mmg la plg murah seratus lbey.. kena rerajin carik le.. kalo malas, beli la yg seratus lbey tu.. :P

grout = simen yg dah diwarnakan/ pigmented cement.. xpyh pun xpe, cume kalo celah2 tiles tu kaler putih or kaler yg lbey kurang serupa dengan tile, akan jadik lbey cantik

bile siap satu column (eg 10pcs tile/column), '10 tiles dkt previous column' tu n others previous tiles before the '10 tiles dkt previous column' tu da bley pijak da, tapi pijak pelan2.. jgn ko lompat2 plak atas tu..

cintasakti posted on 19-11-2009 12:53 AM

18# indahrenovator

Bro good info thanks alot...tapi....kan bro...boleh perjelaskan dengan lebih terperinci dan kalau boleh sekali dgn gambar yang menarik dapat mempermudahkan pemahaman....semoga momod forum ni bagi big point utk anda:$

cintasakti posted on 19-11-2009 12:57 AM

19# indahrenovator

tuan rumah ni paham dok ni?? harap2 byk membantu ya......uhuuu bila dah siap jgn lupa tepek hasil kerja ajaran indahrenovator:loveliness:

toncik posted on 19-11-2009 07:10 PM

terima kasih semua kerana membantu..:)mod tolon bagi kredit kat sesiapa yang membantu saya:$

Odyman posted on 20-11-2009 03:59 PM

Nak pasang mozek ni kena ada skil tersendiri kalau tidak finishing akan out. Kalau kita perhatikan pekerja-pekerja dengan kontraktor pasang mozek ni, 2 tahun kerja pun tokeh dia tak bagi pasang lagi, asyik kena bancuh simen saja. Kalau boleh pasang sendiri lagi baik kerana upah pasang mozek ni mahal, mahal dari harga tiles. Kaedah yang ditunjukkan oleh En indah diatas memang banyak dipraktik oleh kontraktor dimana simen dicurah atas lantai kemudian nya mozek di tepek. Ini menjadikan pemasangan lebih cepat siap. Tapi kalau rumah sendiri dan nak pasang sendiri saya galakkan guna kaedah lain untuk ketahanan. Pernah dengan tiles meletup atau tercabut?.

Sebelum tiles dipasang, hendaklah direndam dulu dalam air-bagi membolehkan udara yang terdapat dalam rongga-rongga halus mozek keluar. Ini adalah bahan asas tiles adalah porcelin/batu sudah tentu ada ruang halus. Apabila direndam, ianya akan dilepaskan melalui buih-buih dalam bekas air tadi. ini juga dapat mengelakkan tiles mengembang apabila haba diserap pada waktu siang. jarak antara tiles juga perlu ada(boleh refer pada kotak tiles) tetapi biasanya untuk pemasangan dalam rumah, tiles akan dipasang serapat mungkin, baru kelihatan cantik.

Bersambung....

CivicSI posted on 21-11-2009 10:13 AM

Setuju dgn Odyman.
Rumah saya siap kontraktor yang pasang tile x berani pasang.Dia siap bawak bapak dia ( dia panggil cfoo) untuk pasang mozek kat dinding sahaja..memang apek ni pasang dgn cermat.so far takde lagi yang meletup ke gelembung ke..
Page: [1]
View full: macam mana cara nak pasang mozek