jfq Publish time 23-11-2009 11:11 AM

mmg skrang aku perasan jalan bnyk berlubang, bukan berlubang seketul tu, tapi more of top layer surface runoff, contoh jalan besraya yg flyover join ke arah jln sg besi/jln istana

along3746 Publish time 23-11-2009 11:12 AM

kalau kita kemalangan pasal jalan tak elok kat KL ni kita blh saman PBT atau JKR ke?

raven Publish time 23-11-2009 11:13 AM



perancangan bandar n penguatkuasaan yg lemah
capiloton Post at 23-11-2009 11:02 AM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

ya ampunn.. setuju ler sesangat..
bab2 perancangan ni mmg fail sungguh laa..
dah disiap kan satu projek jalanraya tu, tup2 bulan depan depa dok korekkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi..
lubang sana , lubang sini balik ler gamak nya..
kesian kat pengguna jalanraya, rim bengkok, alignment balancing habih kena buat selalu..

adehhhh.. itu belum citer yg lori2 besar kuar masuk kawasan site..
guna laluan penduduk setempat..
mmg bawak keter bersimpang siur ler nak elak lobang..

:kant:

penyapu Publish time 23-11-2009 11:16 AM

12# JohnDeSouza

tak boleh...itu alternatif terbaik..sebab paip bukan water rect je tapi sewage..kalau letak atas...kalau bocor memang lagi teruk jalan bila kena limpahan air..apatah lg kalu yg bocor tu pipe yg bawak waste...apa yg patut Malaysia buat kalu nak jadi negara maju ialah buat sistem pembentung besar bawah tanah...tp negara kita tak pakai sistem mcm tu..kita still buat manhole-manhole sume tu...

freebird Publish time 23-11-2009 11:35 AM

TERLUPA yang di bawah...

Apa sudah jadi dengan kualiti jalan raya di Kuala Lumpur? Berkeretalah atau tunggang motosikal di ibu negara dan sekitarnya, anda pasti selalu terlanggar permukaan jalan ra ...
along3746 Post at 23-11-2009 10:14 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

ni artikel bodoh dari utusan malaysia, yek? ...;P
...kambing utusan ni dah tahu apa masaalahnya, tapi selama ni buat-buat tak tahu je...;P
...malu lah kan, nak bukak pekong di dada...rasuah di DBKL berleluasa, nak buat camna....
kontraktor yang dapat kontrak pulak, bangsat-bangsat belaka....:mad:

along3746 Publish time 23-11-2009 12:02 PM

agak nya JKR ni pakai tar dgn batu jalan yg tak sama kualiti dgn negara lain ke.. jalan baru 2-3 bln tar jer dah berlubang semula..:L

stinger_attack Publish time 23-11-2009 12:07 PM



kalau naik ontaa ka, kudaa ke.. kompom xda masalah.. :D
BlueHand Post at 23-11-2009 10:28 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

otak kau pun macam kuda........

dengan permukaan lubang sana lubang sini......Lebih mudah terpeleot jika unta atau kuda lah yang jadi the mode of transport......lalu tersembam kebumi...dengan sipenunggang sekali muka kemek......:lol:

along3746 Publish time 23-11-2009 03:52 PM

menteri dia pun tak pantau jalan raya kat KL ni. mesti KPI dia tak lepas ni..

along3746 Publish time 24-11-2009 09:10 AM

Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur masih teruk.

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Bangunan-bangunan pencakar langit yang tersergam cukup untuk melambangkan kehebatan ibu negara. Projek-projek mega dapat dilihat di setiap pelosok ibu negara dengan pembinaan bangunan pencakar langit yang begitu hebat.

Namun, di sebalik kehebatan bangunan pencakar langit yang berdiri megah, prasarana jalan raya di sekitar bandar raya ini masih belum memuaskan.

Ramai yang memandang sepi perkara ini kerana menyangka Kuala Lumpur begitu sempurna dengan kemudahan sistem pengangkutan awamnya yang semakin berkembang.

Dengan masalah kesesakan lalu lintas yang tidak pernah selesai ditambah lagi keadaan jalan yang kualitinya boleh dipersoalkan menyukarkan penduduk ibu kota menjalani kehidupan dengan selesa.

Banyak jalan raya di sekitar ibu negara yang teruk berlubang, bertampal dan tidak rata.

Keadaan permukaan jalan yang beralun dan tidak rata boleh menjejaskan keadaan tayar kenderaan sehingga boleh menyebabkan risiko berlakunya kemalangan.

Tinjauan Utusan Malaysia sekitar jalan di Kuala Lumpur hari ini jelas menunjukkan mutu jalan raya yang masih rendah dan perlu diperbaiki.

Kerosakan jalan berhampiran Pasar Borong Lama Selayang dan Jalan Setapak-Wangsa Maju jelas menunjukkan bahawa kualiti jalan raya di ibu negara masih rendah.

Begitu juga jalan lain di sekitar ibu negara seperti Jalan Jelatek, Jalan Ampang menuju ke KLCC dan Chan Sow Lin amat menyedihkan.

Ini tidak termasuk jalan-jalan sekitar kawasan perumahan ibu negara yang menghadapi masalah serupa.

Kebanyakan jalan rosak disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan tidak sempurna.

Jika jalan raya menjadi ukuran, Kuala Lumpur sememangnya belum setanding dengan bandar raya terkemuka dunia lain seperti Tokyo, London atau New York bahkan Singapura sekalipun.

Seorang pengguna jalan raya, Zawawi Ismail, 59, berkata, jalan raya di ibu negara kebanyakannya tidak rata dan berlubang.

“Jalan di sekitar ibu negara hanya cantik di kawasan tertentu sahaja khususnya di kawasan bandar.

“Kebanyakan jalan yang cantik hanya di sekitar bandar yang biasanya dilalui oleh orang-orang besar,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, di kawasan luar bandar jalannya begitu teruk dengan permukaannya beralun dan tidak rata akibat kerja penyelenggaraan yang tidak teliti.

“Jalan-jalan luar bandar yang dilalui oleh penduduk awam kebanyakannya tidak rata dan memberi kesan kepada pergerakan sesebuah kenderaan itu,” katanya.

Sementara, Nazri Hashim, 35 berkata, kebanyakan jalan di ibu negara terutama di luar bandar begitu teruk terutamanya selepas kerja penyelenggaraan dijalankan.

“Kerja-kerja penyelengaraan biasanya tidak dilakukan dengan sempurna dan kebanyakannya sekadar siap.

“Ia telah menyebabkan permukaan jalan raya menjadi beralun dan tidak rata serta berlubang-lubang dan ia boleh memberi masalah kepada tayar kerap terhentak dan merencatkan perjalanan pemandu,’’ katanya.

Tambahnya, jalan buruk sedemikian boleh mendatangkan bahaya kepada para pemandu kerana mereka akan memperlahankan kenderaan ketika melalui jalan yang rosak dan ia boleh mengakibatkan kemalangan jika dirempuh kenderaan laju dari belakang.

Norzi Said, 36, pula berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat memberi perhatian kepada kualiti jalan raya di ibu negara.

“DBKL dilihat hanya memberikan perhatian kepada jalan-jalan tertentu dan jika diperhatikan banyak jalan terutama di kawasan perumahan yang rosak teruk.

“Saya berharap perhatian dapat diberikan dengan serius untuk menjadikan Kuala Lumpur maju dan berkembang sesuai dengan statusnya sebagai ibu negara kita,” katanya.

hozieyyy Publish time 24-11-2009 07:21 PM

zalim & tak amanah

fcl29 Publish time 24-11-2009 07:34 PM




kalau naik ontaa ka, kudaa ke.. kompom xda masalah.. :D
BlueHand Post at 23-11-2009 10:28 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
otak kau pun macam kuda........

dengan permukaan lubang sana lubang sini......Lebih mudah terpeleot jika unta atau kuda lah yang jadi the mode of transport......lalu tersembam kebumi...dengan sipenunggang sekali muka kemek......:lol:stinger_attack Post at 23-11-2009 12:07 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

wakaka lawak siyal...:lol:
Pages: 1 [2]
View full version: Bisik-Bisik Mingguan-Masalah Jalanraya di Ibu Negara.


ADVERTISEMENT