orangeez Publish time 24-11-2009 05:15 PM

Gangguan makhluk / Jin / saka

Aslmkm. Ini adalah thread pertama saya. Saya terpanggil untuk membuka thread ni atas masalah yang saya alami sekarang.....sebulan yang lalu, saya terbangun ditgh malam lalu denyutan jantung saya amat pantas. Badan sebelah kiri saya terasa kebas, perut saya rasa kembung, dada saya terasa sempit dan ketat...sukar bernafas. Saya ke hospital tgh mlm tu jugak tapi diminta balik kerana tiada sebarang masalah dikesan. Saya buat pemeriksaan klinikal selepas tu tapi tiada masalah kesihatan. serangan tu selalu datang terutama sebelah malam, tetapi semakin hari berlalu serangan tu tdk mengira waktu, kadangkala sewaktu solat saya diserang juga....bila saya baca surah seperti 3Qul dan ayat kursi keadaan tu reda, tapi menyerang semula. Saya selalu memikirkan mengenai kematian dan sentiasa sedih....Saya berdoa kepada Allah agar melindungi diri saya....Saya diberitahu oleh seseorang pengamal perubatan islam ditempat saya bahawa saya mengalami gangguan saka / jin. Saya tidak pernah tahu bahawa sesiapa dlm ahli keluarga saya mempunyai saka. Apa yang harus saya lakukan????tolonglah sesiapa yang pernah mengalami masalah ini......

mohdmus Publish time 24-11-2009 05:20 PM

semoga Allah S.W.T. selamatkan kamu dari masalah ini....minta semua rakan2 cari ini doakannya..

dreamwarrior Publish time 24-11-2009 05:28 PM

pokcik syorkan memperbanyakkan ibadat dan membaca Al-Quran.

ibnur Publish time 24-11-2009 06:31 PM

Aslmkm. Ini adalah thread pertama saya. Saya terpanggil untuk membuka thread ni atas masalah yang saya alami sekarang.....sebulan yang lalu, saya terbangun ditgh malam lalu denyutan jantung saya amat...
orangeez Post at 24-11-2009 17:15 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

macam anxiety ajer.tu kena pulpitation (denyutan jantung laju).cuba buat ujian darah dan include test thyroxin.

kalau anxiety ni memang check kat mana-mana hospital untuk check penyakit tak jumpa apa-apa.ni sakit psychology kot?

orangeez Publish time 24-11-2009 10:16 PM

pokcik syorkan memperbanyakkan ibadat dan membaca Al-Quran.
dreamwarrior Post at 24-11-2009 17:28 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gifinsyallah, saya sedang berusaha untuk memperbanyakkan ibadah dan membaca Al-Quran

orangeez Publish time 24-11-2009 10:29 PM

semoga Allah S.W.T. selamatkan kamu dari masalah ini....minta semua rakan2 cari ini doakannya..
mohdmus Post at 24-11-2009 17:20 http://malay.cari.com.my/images/common/back.gifterimakasih

orangeez Publish time 24-11-2009 10:43 PM



macam anxiety ajer.tu kena pulpitation (denyutan jantung laju).cuba buat ujian darah dan include test thyroxin.

kalau anxiety ni memang check kat mana-mana hospital untuk check penyakit tak ...
ibnur Post at 24-11-2009 18:31 http://malay.cari.com.my/images/common/back.gifSaya dah ada buat ujian darah tyroid alhamdulilah keputusannya ok, ecg, echo semua dah buat.... tak ada masalah. Dr ada ckp salah satu punca yg boleh menyebabkan jantung berdenyut laju ialah tyroid dan syorkan saya buat ujian hari tu. Saya ada juga kumpul info mengenai panic attack dan anxiety disorder....cuba nak study bagaimana masyarakat barat mengatasinya....kalau benda ni sekadar anxiety saja, saya lega, kerana pendekatan islam menangi anxiety saya rasa lebih berkesan...tapi jika ia berkaitan dengan makhluk ghaib samada jin atau syaitan itu yang saya gusarkan. Saya pernah mendengar benda begini turun temurun so, saya tak mahu anak-anak saya menghadapi masalah yang sama. Benda ni memang mengganggu emosi dan phsycology saya.By the way, terima kasih kerana berkongsi pandangan, i need that.

orangeez Publish time 24-11-2009 10:51 PM

Topic: Amalan Am untuk Semua Jenis Gangguan
http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?TID=1890
zulyusoff Post at 24-11-2009 21:39 http://malay.cari.com.my/images/common/back.gifTerimakasih...terimakasih....saya akan cuba...nampaknya Allah telah menggerakkan hati saya untuk membuka thread ini dan saya bersyukur ada org yang sudi menunjukkan jalan....

sunsuria3 Publish time 24-11-2009 11:00 PM

kalau tyrod tu denyutan laju nya all the time bukan at certain time aja...sebenarnya masalah yg melibatkan makhluk halus ni memang lah blh minta tlg dgn perawat utk ubatkan tapi sebaiknya kita sendiri mesti ada pendinding diri..kerana selama mana kita blh harapkan perawat utk membantu? bila dia dtg rawat baiklah sekejap benda tu lari..then dia datang balik bila perawat dah balik..sebaiknya amalan diri kita mesti dipertingkatkan...lambat laun benda tu pun tak sesuai dan tak serasi masuk ganggu diri kita lagi..
percayalah kpd kuasa allah yg mengatasi semua perkara...saya penah dikatakan kena saka juga..amalan saya zikir mathurat dan yassin 2x sehari dan dicampur dgn amalan2 yg lain spt mengaji quran dan solat qiam..insyallah..kita mengadu kepada allah..benda ni semua pun datang dgn izin allah jua maka kepada penciptanya lah kita pulangkan semula...
bila anak saya kena sihir nasihat saya pdnya pertingkatkan amalan..itu sahaja pendinding diri...dlm mencari perawat yg sesuai..saya dibantu juga oleh...sehingga saya bermimpi mlm sblm saya ada niat nak jumpa dgn seorang perawat..dlm mimpi tu ..cite pendek ajalah ada org membisikkan jika kau jumpa dia ni allah takkan terima amalan kau selama 40 hari..bila saya tanyakan ust katanya itu bermakna saya berjumpa dgn tukang tilik.= dukun, memang amalan tidak diterma selama 40 hari...so alhamdulillah..bila kita tingkatkan amalan insyallah ada yg membantu..
akhirnya saya pilih rawatan darihttp://akrine.blogspot.com/ kebetulan pensyarah kelas usuludin saya ada bercerita tentang akrine ni dlm kelas..sb dia pun diduga sewaktu nak menuntut ilmu di akrine ni..i mean dia diganggu oleh makhluk2 ni...ni baru nak belajar kalau merawat katanya lagi hebat counter attack nya ...
dah 3 hari ust ni datang merawat semua bacaannya saya teliti..semua dari al quran...di ulang2 beberapa kali..surah2 yg biasa kita dgr...

yusrin Publish time 25-11-2009 09:04 AM

10# sunsuria3

aku setuju sangat ngan ko
perkara2 camnih perlukan sendiri nya kekuatanluar dan dlm
terlampau berharap pd org lain tak boleh jugak
kuatkan semangat, yakin yg Allah swt akan tolong.

orangeez Publish time 25-11-2009 11:26 AM

kalau tyrod tu denyutan laju nya all the time bukan at certain time aja...sebenarnya masalah yg melibatkan makhluk halus ni memang lah blh minta tlg dgn perawat utk ubatkan tapi sebaiknya kita sendiri ...
sunsuria3 Post at 24-11-2009 23:00 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.giftersentuh juga hati saya bila membaca nasihat ni. Sedikit sebanyak ia dapat menenangkan jiwa saya. Apa yang u ckp memang benar.....hanya Allah sahaja tempat kita bersandar dan meminta pertolongan. Betapa selama ini saya telah menjadi seorang yang lalai. Dengan ujian ini, saya merasa diri saya begitu kerdil sekali. Saya memang tahu membaca Al-Quran...pernah khatam...tapi jarang mempraktikkan....sehingga kini saya terkial-kial bila ingin membaca Al Quran....Saya dapat rasa keinsafan dalam diri saya, satu perasaan yang belum pernah saya rasa sebelum ini. Insyallah saya akan lihat link yang u bagi....terima kasih sunsuria

mohdmus Publish time 25-11-2009 11:59 AM

tuan rumah masih sakit lagi ke???

ana_una Publish time 25-11-2009 12:11 PM

sakit tengkuk ngan bahu..
jenuh berurut ngan tampal koyok..
pastu nengok citer di astro..
riso plak..
yg dok kokong 'sesuatu' di blakang..

orangeez Publish time 25-11-2009 02:16 PM

tuan rumah masih sakit lagi ke???
mohdmus Post at 25-11-2009 11:59 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gifYa saya masih diganggu lagi....

yusrin Publish time 25-11-2009 02:44 PM

15# orangeez
orange
ko ckp ko selalu memikirkan kematian dan bersedih ek?
aku penah tengok org kene penyakit camni..penyakit ke?
tapi keluarga aku kata apa tu gila isim...
tk taula btl tak
tapi yg aku nmpak ko kene ceria dan bergaul
jgn berseorangan dan berangan
jgn terlalu memikir yg tk terjangkau dek kita

mohdmus Publish time 25-11-2009 03:46 PM

15# orangeez
cuba baca ayat kursi banyak sikit, kalau boleh 5 kali tiap kali selepas solat...and sembahyang tahjud sekali...insyallah dgn kuasa Allah S.W.T akan sembuh penyakit ini...

kupia Publish time 25-11-2009 05:25 PM

Aslmkm. Ini adalah thread pertama saya. Saya terpanggil untuk membuka thread ni atas masalah yang saya alami sekarang.....sebulan yang lalu, saya terbangun ditgh malam lalu denyutan jantung saya amat...
orangeez Post at 24-11-2009 17:15 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

boleh jadi gangguan sihir boleh jadi tidak, tak semestinya saka.Untuk menjadi bukti dengarkan CD bacaan alQuran beberapa surah penting.Syarat mesti tumpu perhatian sepenuhnya pada bacaan sambil pejam mata.Kalau ada gangguan jin sihir mesti ada reaksi atau tindak balas dari dalam badan,antara tanda-tandanya...

masa pejam mata berkedip sendiri dengan laju terasa agak pedih.
secara tiba-tiba jantung berdebar
tiba-tiba jadi mengantuk yang sangat kuat
terasa sesuatu yang bergerak dalam bahagian perut atau belakang badan
saraf atau otot tetiba bergerak sendiri
tiba-tiba sakit dalam bhg kepala atau bhg lain dan sakitnya akan berpindah-pindah tempat dalam badan
lain-lain tanda yang mencurigakan

dengar Quran dalam masa 1 ke 2 jam atau dengarkan rakaman ayat kursi berulang-ulang kali dalam masa satu jam.

mohdmus Publish time 25-11-2009 06:08 PM

tuan rumah cuba la yg...

sunsuria3 Publish time 25-11-2009 10:54 PM

kalau ada gangguan tuan punya diri blh rasa sendiri..kadang2 rasa di ekori..kadang nampak kelibat bayang2..kadang rasa ada yg memerhati..kadang rasa meremang roma...kadang rasa ada angin berhembusan mcm org baru lintas kat kita...gangguan dlm tidur etc etc...
ada surah2 tertentu yg bagus di baca...sebaiknya zikir mathurat kerana dah lengkap dlm nya da gak doa utk melindungkan diri dari makhluk halus ni..
cuba download ada gak hari tu org letak kat forum ni doa2 rugyah..yg saya perhatikan perawat tu baca
ayat bismillah 5, ayat qursi di ulang2 at certain words...part of yassin, surah as saffat ( surah ni kata pensyarah saya dulu khas utk halau jin yg tinggal dlm rahim perempuan)..dia bcaa ayat 1-10..3 qul...etc etc..kalau betul2 nak buat rawatan sendiri..utk pendiding diri sendiri blh beli buku tulisan harun din..or download je ayat2 ruqyah kat internet ni..
i leave u in god's care

orangeez Publish time 26-11-2009 06:52 AM

15# orangeez
cuba baca ayat kursi banyak sikit, kalau boleh 5 kali tiap kali selepas solat...and sembahyang tahjud sekali...insyallah dgn kuasa Allah S.W.T akan sembuh penyakit ini...
mohdmus Post at 25-11-2009 15:46 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gifinsyallah saya mesti akan cuba. Saya pernah di nasihatkan oleh seorang ustaz yang merawat saya agar solat sunat diwaktu pagi dan solat sunat taubat diwaktu mlm ....tapi saya blm pernah solat tahajud lagi. Insyallah saya akan lakukan. Cuma nak share pengalaman saya, ada ketikanya sewaktu sayadiganggu, saya baca ayat kursi berulang kali....gangguan tu reda...tapi kembali. Saya kagum dengan ayat kursi tersebut....terima kasih mohdmus, semoga Allah sentiasa memberkati anda.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Gangguan makhluk / Jin / saka


ADVERTISEMENT