tweakmy Publish time 8-12-2009 04:29 PM

beli kereta direct olang kastam

Post Last Edit by tweakmy at 8-12-2009 16:31

dear all,
katakan aku kenal orang kat kastam utk membeli kereta rampas, cmn mana utk check kereta rampas ini boleh dibeli tanpa masalah?

kena dapat dokumen ape?

ataupun nak tanya, ape yang kena check masa beli kereta second hand?

AHMADVW Publish time 8-12-2009 04:46 PM

are u sure olang kastam nak jual direct, biasanya kastam go to tender terbuka, unlest u btl2 kenal pengarah kastam blh kawtim( makn sepinggan tido sebantal   ), i dah muak dah deal dgn kastam bab2 kete ni, even tender terbuka pun dorang akan jual dgn tokei used car, so my advise if u kenal 2btl pengarah mmg senanglah u bli kete tu, important thing tgk dokument dia

mikasa Publish time 8-12-2009 04:56 PM

betul kata Ahmadvw....jangan percaya sgt dengan kastam...unless pengarah kastam tu abg, kakak korang...kalau tak senang -senang je kena cantas walau ko letak harga tinggi dari org lain

bookwus Publish time 8-12-2009 05:35 PM

sekarang ni macam2 barang orang jual pakai guna nama Kastam...laptop la..henpon...nasihat saya kat tweakmy hati2....

jekzone Publish time 8-12-2009 05:56 PM

soryla kalau buat ko jdik xbetul.......
tapi kalo ko nak tau....sepupu aku penah beli ket rampas kastam....
die dah bayar 50% dari rege kete tuh...first die dah dapat kete 2 kat tangan die..
lepas dalam seminggu lebay..........ade 1 kumpulan polis datang angkut kete 2 sbb kete 2
disyaki kete curik...
spupu aku ni9 ade cari orang kastam 2 tapi x dapat....
duek pulak hangus....die dah baya rm15k cash pulak 2....
aku rase kalo ko nak beli kete lbh baik ko beli dari tempat yg betul2
kastam ni bukan boley pakai sangat.....
krn duit sapapn sanggup buat apa saja.............:)
pikeyla btl2 sebelum buat keputusan

jekzone Publish time 8-12-2009 05:58 PM

memangla murah tapik adakah ia berbaloi????:)
renung renungkan sahabatku

perantau_79 Publish time 8-12-2009 06:00 PM

Post Last Edit by tweakmy at 8-12-2009 16:31

dear all,
katakan aku kenal orang kat kastam utk membeli kereta rampas, cmn mana utk check kereta rampas ini boleh dibeli tanpa masalah?

kena dapat ...
tweakmy Post at 8-12-2009 16:29 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
keta apa ko nk bli....bpe ribu?

danedzya Publish time 8-12-2009 06:07 PM

kena tanya venom nie kot....

ra5101 Publish time 8-12-2009 07:51 PM

Ada org tawar Toyota Caldina yang terbaru RM40,000.00. Tp kena bayar cash ler.. nak cari mana duit byk tu. Lagi satu keta kastam bila dah beli xleh dijual.

AHMADVW Publish time 8-12-2009 10:22 PM

9# ra5101

hahaha, very funny, mcm kete yg dicuri dr singapore dijual kat msia, kete piang ni, semua lari cukai,, i pun penah ditawar jgk dulu cm ni merc time tu rm 120 sindiket nak jual rm 75k,, berhati2lah, beringat sebelum kene, nanti menyesal xsudah, xde gunanya mengalirkan airmata nanti,, :L

hafizuka Publish time 9-12-2009 12:01 AM

ni rasanya Dr Fadzilah Kamsah pun kena tipu kes camni kalau tak silap aku

tweakmy Publish time 9-12-2009 10:10 AM

5# jekzone

I heard many times polis/pegawai akan sapu balik? tapi cmn mana polis/pegawai ni tau?

tweakmy Publish time 9-12-2009 10:11 AM

9# ra5101

katanya boleh jual lagi, cuma garan kete tak sama...tapi ako tak tau apa yang tak same..
tat why i tanya utk chk valid ke?

johan3036 Publish time 9-12-2009 10:36 AM

Cuba dulu mcm nih:

1) Amik no chasis cek ngan balai polis terdekat dulu mana tau ada kes hilang/kecurian?
2) Cek ngan bank mungkin lari hutang?
3) JPJ kalau takdak rekod mungkin keta tu tak didaftar atau keta luar dr malaysia?

Try yg nih dulu keta piang ka a apa ka mcm nih at least boleh kita serba sedikit ttg sejarah keta tu...

Thank u

danedzya Publish time 9-12-2009 11:36 AM

ada org offer aku motor KTM singapore punya,dlm RM5~6K...takyah register,buat main offroad jer...on the road kena pikul naik 4x4 ler...agak2 korang okey tak nak pakai??..akan terkantoi tak satu hari nanti dlm ladang kelapa sawit??:sweat3:

venom1 Publish time 9-12-2009 10:31 PM

Abis buruk nama Jabatan Kastam. Sebab sorang dua buat pasal habis semua satu Jabatan kena. Aku nak tanya korang beli kete rampas ni dari mana? Dari saluran yang betul ke? Sahih ke yang jual tu kakitangan Jabatan Kastam? Ada mintak kad kuasa kastam tak? Sekarang ni Jabatan Kastam hanya menjual kereta rampasan melalui tender terbuka. Tak ada kowtim-kowtim lagi. Bukak laman web kastam : www,customs.gov.my..tengok kat e-Tender. Tender la sekarang. Tak ada kowtim lagi!!

otai_g Publish time 10-12-2009 01:49 AM

tt,
dah rmi org nasihatkan x payah la beli kete direct dr org kastam
bnyk risikonya.

btw dulu2 member aku dpt info yg kastam lelong henpon seludup kat putrajaya.
n then member aku bersusah payah dtg ke putrajaya dr melaka semata2 nak neli hp tu.
smpi sana x de apa yg berlaku pun.

moral : bnyk bnd dlm dunia ni indah khabar dr rupa.

venom1 Publish time 11-12-2009 09:23 AM

kastam dah tak macam dulu lagi...asal rampas je boleh jual murah-murah...kalau ada dah lama aku pakai VW Toureg atau Harrier yang ada dalam kandang kastam selangor tu...tujuan adanya kastam ni adalah untuk mengutip duti/cukai untuk kepentingan negara...nak majukan negara...bukan nak rampas-merampas jer..buat salah tanggung la akibat dia.

toki_rompin Publish time 11-12-2009 11:54 PM

encik venom ni org kastam ye?

ni toki tolong tempek artikel dari web kastam utk tuan rumah yg tidak berpijak dibumi yg nyata

Orang Awam dinasihatkan berhati-hati dengan penipuan menggunakan nama 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia'

1.    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ingin memaklumkan kepada orang awam mengenai penipuan menggunakan nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia oleh pihak yang tidak bertanggunjawab.Modus operandi yang kerap dilakukan ialah melalui penipuan dengan menggunakan nama Ketua Pengarah Kastam, penyamaran sebagai pegawai kastam, penggunaan logo dan kad kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan akhir-akhir ini penipuan di dalam internet dengan mengaitkan penglibatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

2.    Walaupun hebahan telah dibuat melalui akhbar oleh Ketua Pengarah Kastam, melalui Laman Web Jabatan dan surat edaran kepada semua agensi Kerajaan, namun aktiviti negatif ini masih giat dijalankan dan ramai orang awam yang masih tertipu lagi.

3.    Dengan ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ingin menegaskan kepada orang awam bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga ataupun mana-mana agen untuk bertindak bagi pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk sebarang transaksi mahupun urusan jual-beli.

4.    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menasihatkan orang awam agar tidak mudah percaya dan berhati-hati dengan trend taktik penipuan diatas.

5.    Sebarang pertanyaan bolehlah dimajukan terus ke Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) seperti ditalian 03-8882 4803/03-8882 2929 atau E-ADUAN

Ketua Pengarah Kastam

Malaysia

http://www.customs.gov.my/index.php/bm/component/content/article/183-pengumuman/221-peringatan-untuk-orang-awam

venom1 Publish time 13-12-2009 11:22 AM

yup saya penguasa kastam HQ putrajaya
Pages: [1] 2
View full version: beli kereta direct olang kastam


ADVERTISEMENT