hadi1978 Publish time 10-1-2010 08:31 PM

Promilet tu ada apa? Kena check betul2, kalao kandungan dia x jejaskan pembentukan baby ok ler. Awal trisemester pertama ni (1-3 bulan), kena jaga betul2, jangan terdedah dengan asap rokok, suami jangan merokok dekat dengan isteri yang mengandung. Jaga makan, langan lapar... insyaallah semuanya ok..

mummychiaz Publish time 11-1-2010 10:41 AM

hhmm..mamy tgh dok cari supplement yg boleh bg energy sket during pregnant ni..skang gynae mamy bg vit E, habbatussauda, calcium and obimin. igt nk try jus kurma genius tu ok dak? sape ada experience mkn jus kurma ni during pregnant? how's the feedback? leh la share..thanks..

enieque Publish time 11-1-2010 11:24 AM

Memang ada doc yg suggest amek minyak ikan (ada DHA & EPA).
DHA & EPA ni untuk perkembangan otak bayi..
Ada yg kata minyk ikan ni senangkan proses beranak (contraction)
coz aliran darah mengalir dibahagian tempat vagina tu (bekalkan oksigen untuk bagi tenaga kat situ).

Calcium pun penting gak..Besides ada yg xleh minum susu, leh la replace ngan tablet ke..
Calcium ni penting coz kalau xada bekalan calcium t badan lemah coz baby serap calcium kita..silap haribulan gigi pun leh sakit tau..

Kalau yg minyak ikan, enie rasa yg ok Biomega mcm pic bawah ni coz ia selamat free mercury..DHA & EPA dia pun tinggi...
Nowadays pun ramai dah bagi anak makan biomega ni...
http://myhome.cari.com.my/attachment/201001/11/1150263_1263180126bKQC.jpg

mummychiaz Publish time 11-1-2010 11:37 AM

23# enieque

patut la selama ni badan slalu lemah mayb one of the reason is mamy tk mkn pil calcium yg diberi..makan tu makan la tp kdg missed la..plus, mamy mmg tkleh minum susu..trus cirit birit and nk muntah bila bau...huhuhu

enieque Publish time 11-1-2010 11:51 AM

23# enieque

patut la selama ni badan slalu lemah mayb one of the reason is mamy tk mkn pil calcium yg diberi..makan tu makan la tp kdg missed la..plus, mamy mmg tkleh minum susu..trus cirit biri ...
mummychiaz Post at 11-1-2010 11:37 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

ya mamy, da yg xsanggup telan susu kan?
minum dutch lady pun ok la sekurang2 nya ada la kalsium sikit..=)
tapi mamy jgn missed makan calcium tu ya

remizati Publish time 11-1-2010 11:51 AM

skrg nieh makan epa dan dha dr gnc, dengan women health dr gnc..itu jerlah..dan kdg2 minum susu beli kat seven eleven.....dulu minum susu annmum..tapi dah berenti sbb dgr kata anmum bleh sebabkan kencing manis...tapi mmg rasa anmum yg coklat tuh mmg chedaaaapppppp...kita siap ratah lagik

enieque Publish time 11-1-2010 11:54 AM

skrg nieh makan epa dan dha dr gnc, dengan women health dr gnc..itu jerlah..dan kdg2 minum susu beli kat seven eleven.....dulu minum susu annmum..tapi dah berenti sbb dgr kata anmum bleh sebabkan kenc ...
remizati Post at 11-1-2010 11:51 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

annmum kencing manis?
sebab manis sgt ke?

mummychiaz Publish time 11-1-2010 01:11 PM

25# enieque

tu la enieque..start hr ni mkn calcium pepagi lepas bekfes..klu tk lupa lagi..hehe..tu psl la slalu sakit blkg ni..nak2 time driving..adehh..dh smpi umah trus flat.. ;P

hadi1978 Publish time 12-1-2010 08:02 AM

Post Last Edit by hadi1978 at 13-1-2010 10:51

23# enieque

Jangan salah pilih, memang DHA sesuai dengan otak bayi, tapi EPA TIDAK sesuai dengan bayi. Bayi perlukan DHA dan AHA, tapi itupun masa trisemester ke 3 iaitu 7-9 bulan, Masa tu pembentukan otak dan mata dia.

remizati Publish time 12-1-2010 04:32 PM

23# enieque

Jangan salah pilih, memang DHA sesuai dengan otak bayi, tapi EPA yang sesuai dengan bayi. Bayi perlukan DHA dan AHA, tapi itupun masa trisemester ke 3 iaitu 7-9 bulan, Masa tu pembent ...
hadi1978 Post at 12-1-2010 08:02 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
mmg amik dha dan epa dr gnc..bila makan terasa aktip plak baby berputar

kismis Publish time 14-1-2010 03:24 PM

Promilet tu ada apa? Kena check betul2, kalao kandungan dia x jejaskan pembentukan baby ok ler. Awal trisemester pertama ni (1-3 bulan), kena jaga betul2, jangan terdedah dengan asap rokok, suami jang ...
hadi1978 Post at 10-1-2010 20:31 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Pramilet ni multivit yg ada folic acid, alternative kepada obimin.. kalau ikut kata my gunae di akata pramilet lg lengkap dari obimin. saya question tu sbb my gynae tak pernah halang pulak saya makan pramilet since early pregnancy, suruh makan folic acid saja.. dua anak sebelum ni pun makan pramilet as soon as dapat tahu pregnant..
tapi bila baca balik rasnaya maybe reply tu ckp jgn makan supplement yg tak ketahuan effectnya, selain multivit - contoh mcm ginkgo biloba.. saya stop makan bila pregnant.

mummychiaz Publish time 14-1-2010 05:16 PM

klu supplement mamy just makan jus kurma genius..badan pun bertenaga and pagi tk susah nk bangun..alhamdulillah la.. ;-)

remizati Publish time 15-1-2010 10:22 AM

27# enieque
taklah manis, cuma kalau ikut dos yg dia suruh, nurse suruh kurangkan...dr 4 sudu ke 2 sudu...sbb benda sedap mesti makan bykkan..huhuhuuhu

cmf_Juju Publish time 19-1-2010 02:56 PM

Hati-hati - Ubat mudaratkan kehamilan

Ramai tahu, ada ubat yang boleh menjejaskan kehamilan. Namun, tidak ramai tahu apakah jenis ubat yang dimaksudkan. Sebenarnya, kebanyakan ubat yang ada di pasaran, tidak diketahui kesannya terhadap kehamilan. Ini kerana tidak banyak ubat yang melalui ujian klinikal ke atas wanita hamil. Tambahan pula, tiada wanita hamil yang sanggup dirinya dijadikan sebagai bahan ujian. Jika sanggup sekalipun, ia melanggar etika perubatan. Namun begitu, masih ada beberapa jenis ubat yang selamat untuk digunakan. Anda boleh mengetahui sama ada ubat itu selamat ataupun sebaliknya dengan mengenal pasti kategori ubat. Kebanyakan ubat akan ditulis kategorinya sama ada A, B, C, D atau E(X)

A

cmf_Juju Publish time 19-1-2010 03:00 PM

Panduan elak kesan sampingan

Terdapat beberapa jenis makanan, minuman dan ubat yang boleh memberi kesan buruk sama ada kepada anda mahupun kandungan. Jika mahu menjamin keselamatan kandungan, ikuti panduan yang tertera.

1.Makanan mentah.

Jika anda gemarkan makanan mentah seperti sushi, jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau separuh masak boleh menyebabkan komplikasi buruk seperti:

2. Toxoplasmosis.

Sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine serius pada bayi. Selain daripada daging mentah, parasit ini boleh didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dicuci bersih.

3. Cirit-birit.

Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Jika terdedah kepada salmonella, anda boleh mengalami cirit-birit yang secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.

4.Jangkitan cacing.

Pengambilan ikan mentah termasuk sushi, sashimi dan lain-lain boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing berkenaan akan memakan segala zat yang diperlukan oleh bayi.

5. Keguguran


Kelahiran pra-matang dan keracunan. Salah satu penyebab komplikasi ini berpunca daripada bakteria listeria yang terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik. Selain daripada komplikasi yang dinyatakan, kuman jenis ini turut boleh menjangkiti bayi.

6. Vitamin A
Apa jua bentuk vitamin A yang diambil melebihi 5000iu sama sekali tidak boleh diambil. Vitamin A berlebihan boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan.

Sebagai langkah selamat, anda boleh mengambil beta karotena yang terkandung dalam lobak merah. Beta karotena ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan setiap kali tubuh memerlukan vitamin jenis ini.

7. Alkohol
Alkohol mampu memusnahkan kandungan asid folik yang amat penting untuk pertumbuhan janin di awal perkembangannya. Ini sekali gus boleh menimbulkan masalah lain seperti kecacatan fizikal dan mental bayi.

Dalam pada itu, alkohol amat mudah diserap melalui plasenta namun proses pembuangannya mengambil masa yang lama. Hal ini boleh mengakibatkan bayi mendapat kesan khayal.

8. Pemanis tiruan
Pemanis tiruan sering digunakan oleh pesakit kencing manis dan mereka yang mengawal berat badan bagi mengurangkan kandungan kalori gula. Antara pemanis tiruan yang sering digunakan ialah aspartame. Biasanya bahan ini tidakmendatangkan sebarang masalah namun sebagai langkah berjaga-jaga penggunaan bahan ini perlu dikurangkan.

9. Kafein
Minuman ataupun makanan yang mengandungi kafein tidak baik untuk perkembangan bayi. Kandungan kafein sering kali dikaitkan dengan masalah bayi kurang berat badan sewaktu dilahirkan. Pada masa yang sama, kafein akan menyebabkan anda mengalami kekurangan kalsium yang akhirnya menjejaskan bekalan kalsium kepada bayi.

10. Rokok
Amalan merokok sewaktu mengandung boleh menjadi punca kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut dan berat badan rendah. Malah, kes kematian bayi secara mengejut turut dikaitkan dengan amalan merokok oleh anda ataupun ahli keluarga yang lain.

11. Makanan yang diproses
Terdapat banyak makanan yang telah diproses dijual di pasaran. Antaranya sosej. Makanan ini berkemungkinan mengandungi kandungan nitrate dan nitrite yang tinggi dan sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilannya.

12. Ubat
Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memudaratkan bayi jika diambil tanpa dirujuk kepada doktor terlebih dahulu. Oleh kerana itulah, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat terutamanya pada trimester pertama kehamilan.

13. Raksa
Makanan laut seperti ikan jerung, tuna, makerel dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Jika pengambilan makanan yang mengandungi raksa adalah berlebihan, ia boleh menyebabkan kerosakan saraf bayi.

14. Gula
Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu mengandung. Malah, gula berlebihan boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan ini akan menyukarkan proses kelahiran.

15. Makanan berempah dan berasid
Makanan sebegini boleh menimbulkan angin. Kebanyakan wanita cenderung untuk mengalami masalah angin sewaktu hamil. Jadi, elakkan makanan jenis ini kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.

16. Herba
Walaupun pengambilan herba adalah selamat, namun ada sesetengah jenis herba tidak dibenarkan. Sebagai contoh cohosh, sliperry dan elm. Bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum anda mengambil sebarang jenis herba.

mummychiaz Publish time 19-1-2010 03:31 PM

35# cmf_Juju

wah thanks very helpful and informative.. ;-)

ladsyoul Publish time 19-1-2010 05:28 PM

cop....pill susu kambing memang bagus ka? Anak sulung dulu kena sakit kuning....sedih aku. Tanak berulang lagi....okay ka kalau makan pill ni? Pill apa yg di syorkan?

cmf_Juju Publish time 19-1-2010 05:39 PM

nie juju ada ambil dari satu blog - leh komen tak ?

Berikut adalah cadangan pemakanan tambahan untuk anda mengekalkan kesihatan yang sihat ketika kehamilan.

SUPLEMEN FAEDAH DOS YANG DICADANGKAN

Zat besi Keperluan zat besi adalah tinggi ketika hamil. Ambil 100mg Vitamin C untuk penyerapan yang lebih baik. Tambahkan pengambilan serat dalam makanan kerana pengambilan zat besi yang tinggi boleh menyebabkan sembelit.30mg sehari atau ikut arahan doktor.

Protein Kekurangan protein sering dikaitkan dengan kecacatan bayi. Ambil protein yang berasaskan sayuran seperti soya. Ikut arahan pada label

B Complex dengan asid folikUntuk mengelak kecacatan bayi. Sangat penting
semasa 6 minggu pertama kehamilan. 400mcg sehari

Vitamin C dengan flavaniods Membantu dalam mengurangkan kesakitan semasa bersalin. 2000-4000mg sehari (dalam beberapa dos)

Zink Kekurangan pengambilan zink boleh menyebabkan berat bayi yang rendah. 15-25mg sehari. Jangan melebihi 75mg sehari

Calcium & magnesium Penting untuk pembentukan tulang dan gigiyang sihat. Membantu mengelakkan hipertensi dan kelahiran pramatang (premature). Calcium dan magnesium perlu diambil bersama. 1500mg sehari (calcium) & 750mg sehari (magnesium)

Beta Carotene Sumber vitamin A 10,000 IU sehari

CoEnzyme Q10 Membantu badan menukar makanan kepada tenaga, meningkatkan pengaliran darah dan melindungi jantung. Ikut arahan pada label

Multivitamin & mineral Untuk kesihatan optima dan pemakanan yang seimbang, penting untuk kesihatan kandungan Ikut arahan pada label

Vitamin E Kelahiran pramatang dan berat bayi yang rendah adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin E. 400 IU sehari

mummychiaz Publish time 20-1-2010 09:29 AM

38# cmf_Juju

hhmm..skang ni mamy dlm 18 weeks..isnin lepas br lpeas cek up doktor bg ubat supplement like fish oil and acid folic..yg dh sedia ada pun lom habis like obimin, vit e, calcium and habatussauda'...kdg ada yg tk termakan pun sbb tk larat nk kena makan byk sgt ubat..huhuhuhu..tk pa ke mcm tu??? klu perlu mana yg penting nk makan at least ya??:re:

cmf_Juju Publish time 20-1-2010 11:04 AM

Kandungan obimin pluz

1. vitamin A - 3,000IU
2. vitamin D - 200IU
3. vitamin E - 30 IU
4. vitamin B1 - 2mg
5. vitamin B2 - 2mg
6. vitamin B6 - 3mg
7. vitamin B12 - 3mcg
8. Folic Acid - 1,000 mcg
9. calcium pantothenate - 8mg
10. Biotin - 35mcg
11. nicotinamide - 20mg
12. vitamic c - 100mg
13. iron - 30mg
14. iodine - 150mcg
15. calcium carbonate - 100mg
16. zinc - 15mg
17. magnesium - 5mg
18. manganese - 1 mg
19. copper - 1,000 mcg
20. natural fish oil - 500mg
21. omega 3 - 135mg
22. DHA - 105 mg
23. EPA - 20 mg
Pages: 1 [2] 3
View full version: apa ubat/supplement yg mmg wajib diambil during pregnant?


ADVERTISEMENT