tobby posted on 13-1-2010 08:30 AM

nak bela cacing last-last kena kencing...

confirm! senang betul nak tipu melayu.



Semak sebelum melabur, nasihat Suruhanjaya Syarikat
KUALA LUMPUR 12 Jan. ¨C Orang ramai dinasihati menyemak senarai syarikat yang menawarkan skim pelaburan dengan agensi kerajaan dalam bidang berkaitan bagi mengelak daripada ditipu, kata Pengarah Kanan Penguatkuasaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhammad Redzuan Abdullah.

Beliau berkata, jika sesebuah tawaran pelaburan berkaitan bidang pertanian, pelabur dan pengusaha boleh merujuk pejabat-pejabat pertanian untuk mendapatkan pengesahan terlebih dahulu tentang kemajuan dan kemampuan syarikat tersebut beroperasi.

Muhammad Redzuan berkata, langkah itu penting bagi mengelak kejadian seperti yang berlaku terhadap 3,000 pelabur penternakan cacing di Kulim, Kedah yang kerugian lebih RM25 juta, berulang.
Beliau memberitahu, SSM tidak boleh melakukan penyiasatan dan mengganggu operasi sesebuah syarikat selagi tiada dakwaan rasmi dibuat.

ˇ°Bagaimanapun, untuk kes ini, SSM segera membuat penyiasatan, dan jika sabit kesalahan, penganjur skim itu, Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd, boleh didakwa mengikut akta syarikat, sekali gus dikenakan denda atau dipenjara,ˇ± katanya.

Beliau berkata, sepanjang tahun lepas, SSM berjaya menyelesaikan 30 daripada 61 aduan yang melibatkan 161 jenis pelaburan skim berkepentingan iaitu yang mirip dengan pelaburan penternakan cacing.

Muhammad Redzuan berkata, kes-kes penipuan berlaku kerana sesebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM tidak melaporkan aktiviti operasi perniagaan sebagai proses pemantauan.

ˇ°Bukan kita yang sepatutnya bertanggungjawab memantau sesebuah syarikat, namun kita boleh mengenakan hukuman jika mendapati ada syarikat yang melanggar undang-undang yang diperuntukan mengikut akta SSM,ˇ± katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Roseley Khalid dalam kenyataan semalam berkata, kementerian itu menyediakan senarai nama syarikat yang berkemampuan menawarkan pakej latihan dan berupaya memasarkan suatu produk.

Beliau berkata, Jabatan Pertanian tidak terlibat dengan mana-mana wakil syarikat pelaburan tetapi hanya memberikan khidmat nasihat teknikal bagi membantu pengusaha mengurangkan kos pengeluaran.

Dalam laman web MOA, tersenarai 58 usahawan dan syarikat yang dipantau oleh kementerian itu.

bubpallo posted on 13-1-2010 08:33 AM

confirm! senang betul nak tipu melayu.



Semak sebelum melabur, nasihat Suruhanjaya Syarikat
KUALA LUMPUR 12 Jan.

TanSriJess posted on 13-1-2010 08:42 AM

aku tgh carik idea baru utk buat skim pelaburan

labur hari nih...tunggu 2 jam lagi, dh boleh jd juwatan :lol:

petola posted on 13-1-2010 08:45 AM

aku tgh carik idea baru utk buat skim pelaburan

labur hari nih...tunggu 2 jam lagi, dh boleh jd juwatan :lol:
TanSriJess Post at 13-1-2010 08:42 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

1/2 jam aku boleh buat...

convert rupiah...:lol:

TanSriJess posted on 13-1-2010 08:48 AM



1/2 jam aku boleh buat...

convert rupiah...:lol:
petola Post at 13-1-2010 08:45 AM http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

nk buat skim mcm nih...janji2 mesti manis tahap dewa punya ;P

hunny_bunny posted on 13-1-2010 08:49 AM

cemana laaa leh percaya menda2 mcmni??...

igt senang ke nak jadi senang??..

sazeryus posted on 13-1-2010 08:57 AM

abis semua kecacingan

TanSriJess posted on 13-1-2010 08:57 AM

semlm ada budak aku bagitau

dia masuk satu skim mcm loyalty card..nama dia aku lupa skim menatang apa

masuk 2k lebih...dapat HP...lps tu bulanan dapat point

kalau point tu reedem ke duit..dapat la dlm rm140 sebulan selama 18 bulan

nampak happy jer budak tuh..harap2 dia akan happy la selama 18 bulan..bkn utk

sebulan dua jer..;P

pawangBuaya posted on 13-1-2010 09:04 AM

aku tak paham r wey.. cacing kalau bela nak buat ape? jual eh? orang yang beli buat ape? umpang g ngail ke?:lol:

tuah_r posted on 13-1-2010 09:12 AM

cemana laaa leh percaya menda2 mcmni??...

igt senang ke nak jadi senang??..
hunny_bunny Post at 13-1-2010 08:49 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

kalau ko cakap mcm gini kat org2 tuh masa dierorg tgh topsss..abis ler ko kene kutuk..hahaha...

nie semua contract farming kan? kebanyakan org cakap..kalau bisnes contract farming jerkk...elakkan... wa taktau kesahihann petua ini...

sueria_azlee posted on 13-1-2010 09:16 AM

melayu jugak yg tipu melayu...

bubpallo posted on 13-1-2010 09:21 AM

abang aku ader gak buat ternak2 cacing nieh.. pomote sakan kat aku.. tp aku kata aku tak mau, sejak 2 3 hari nie, aku call2 dia tak angkat..... aku pun tak tahu kenapa..... :sweat3:

mder posted on 13-1-2010 09:42 AM

bab bab skim merapu mega scale ni..aku cukup bangga dengan kulim............dulu ngan platinum lane..........ni cacing plak.......the best part........bila tengah maju sign board besar wooo.........

alahai posted on 13-1-2010 09:47 AM

projek ternak lintah pun adakan???
apa jadi, ada kes macam cacing jugak ke?

alahai posted on 13-1-2010 09:48 AM

aku tak paham r wey.. cacing kalau bela nak buat ape? jual eh? orang yang beli buat ape? umpang g ngail ke?:lol:
pawangBuaya Post at 13-1-2010 09:04 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

goreng tepung, rangup beb cacing ni;P

kecimpret posted on 13-1-2010 09:49 AM

cacing,lintah,serai wangi dll sume neh bermusim...kalo dah over supply,kompeni yg patutnya beli dari kita lari gi nyorok x mau beli...dari wat benda neh baik bela ayam,puyuh..kalo over supply pon leh gak sembelih utk mkn sendiri..x rugi pape..kalo cacing,lintah mau makan kaa??:lol:

pawangBuaya posted on 13-1-2010 09:55 AM

abang aku ader gak buat ternak2 cacing nieh.. pomote sakan kat aku.. tp aku kata aku tak mau, sejak 2 3 hari nie, aku call2 dia tak angkat..... aku pun tak tahu kenapa..... :sweat3:
bubpallo Post at 13-1-2010 09:21 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

die ade utang ngan ko ke?;P
siyesli aku tak tau ape tujuan cacing ni...

bubpallo posted on 13-1-2010 10:04 AM



die ade utang ngan ko ke?;P
siyesli aku tak tau ape tujuan cacing ni...
pawangBuaya Post at 13-1-2010 09:55 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

heheh...abe tak ader, akak ader la beutang ckit2.... lam 6k cmtu.. bla ntah nak bg balek... :laugh3:
tp abe aku yg bela cacing ni aku kesian....... last time new year aku jumper dier, dier tak byk becakap...aku igt dier begaduh ngan kak ipar......   tp lepas brita ni kuar..langsung tak jawab call....... :sweat3:

p/s. cacing tu they all albil tanah kumuhan dier tok wat baja... ada la untong lam .40sen kot skilo kalu jual.... yg mak2 n anak2 cacing tu they all ader gak jual2 kat kaki2 pancing.... selain tu, bela as a pet yer kot... :laugh3:

mder posted on 13-1-2010 10:36 AM

member aku cakap lepas ni akan keluar lak contract farming tanam stevia......maklumla gula dah mahal.......boleh untung wooooo.....

modus operandi ...standard la.....market luas, untung 500%..........kami akan bagi semua training, supply baja, etc etc........

tobby posted on 14-1-2010 04:00 PM

member aku cakap lepas ni akan keluar lak contract farming tanam stevia......maklumla gula dah mahal.......boleh untung wooooo.....

modus operandi ...standard la.....market luas, untung 500%....... ...
mder Post at 13-1-2010 10:36 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

mcm2 cara nak tipu org kampung. kaji apa minat depa.  itu yg keluar skim bela kambing whatever secara pawah, dibawaknya korang pegi tengok ladang kambing entah sapa punyer...."inilah ladang encik....".  pakcik2 kampung ni pun seronok, terus pegi bank draw duit.
Page: [1]
View full: nak bela cacing last-last kena kencing...