saatcham posted on 15-1-2010 08:53 PM

Masa depan kita sebagai ibu bapa

terkini berita tentang seorang anak meninggalkan ayahnya di sebuah pusat haemodialisis di Kangar menyentuh perasaan rakyat M'sia...
Semua terfikir dan termangu bgmana seorang anak yg dibesarkan oleh bapa kandung sanggup melakukannya demi kepentingan diri sendiri..

Sbg ibu bapa,kita mahu membesarkan anak2 dgn sihat dan berjaya dalam kehidupan.Jika umur panjang ,dapat melihat anak2 membesar dan berumahtangga serta bermain dengan cucu kesayangan...

Apabila kita mencecah usia emas,di manakah kita?Mungkin di rumah Orang Tua atau berada di rumah bersama pembantu rumah dr Indon atau Kemboja...

Mmg tidak dinafikan anak-anak pada zaman kini mmg sibuk dan mengejar kekayaan,pada masa depan sudah tentu lebih hebat...

Jadi apa pilihan kita nanti?Menghabiskan sisa hidup di rumah Org Tua?
Atau dijaga oleh pembantu rumah?
Kita tidak perlu berharap anak-anak akan menjaga kita sebgmana kita pernah membesarkan mereka dgn penuh kasih sayang dan perhatian kerana apabila anak-anak membesar dan berkeluarga,semuanya telah berubah...

Alangkah bertuah ibu bapa di usia emas masih dapat penjagaan anak-anak kandung......
Merasai kasih sayang dan perhatian sbgmana mereka memberikan anak-anak kasih sayang dan perhatian...

publicManager posted on 15-1-2010 09:01 PM

harap2 mende2 camni x terjadi la pada kita semua...:mad:

sungguh x berpirikemanusian dan kacang lupakan kulit la anak yg buang bapak tuuu... :@

danedzya posted on 15-1-2010 09:18 PM

Yg penting kesihatan kita mesti dalam keadaan baik...
Kalo nak pergi pun ketika org masih sayang dan tak menyusahkan anak2...
Jgn sampai org benci tapi kita tak jalan2 lagi.....
Kena sakit,makan minum,berak atas katil...anak2 yg warak pun boleh tension....

idajoe posted on 15-1-2010 09:53 PM

so b4 pencen simpan la duit supaya tidak bergantung kpd anak2

my-alja posted on 16-1-2010 09:11 AM

JGN berhabisan utk anak2...
simpan $$$ utk hari senja kita

gue posted on 16-1-2010 02:07 PM

salam

setuju! mak ayah simpan duit utk diri sendiri.. jgn harap duit anak2
begitu gak dgn anak2 jgn duk harap reta mak bapak utk senang ..bekalkan ilmu..cari duit sendiri..
tua2 nanti gue nak travel round donia....

harimau76 posted on 16-1-2010 03:41 PM

betoi..make sure bila hari tua nanti ada duit utk diri sendiri..so, tak yah nak harap duit dr anak2...

saatcham posted on 17-1-2010 03:47 PM

6# gue wah..boleh wahh
boleh wat group wargaemas traveller!
nmpaknya kena beli insurans bnyk2......

pinksarah posted on 17-1-2010 05:40 PM

Setuju...

Simpan duit utk hari tua,x lab mengharap pd anak2..

Klu rezeki kita ada anak2 nak jaga kita diusia tua tu syukur lah..

Susah nak jangka apa akan berlaku pada masa akan datang

midori888 posted on 18-1-2010 08:30 AM

Post Last Edit by midori888 at 18-1-2010 08:35

aku harap bila dah tua nanti, aku bole jaga diri sendiri tanpa menyusahkan sapa2 pun....dari aku bed ridden, baik ler aku mati jer dari menyusahkan org.....

alongatie posted on 26-1-2010 02:01 PM

anak kandung blh wat bapak sendri :'(  aku tak tau cam mana pulak nasib aku dgn hubby aku sbb kita org cuma ada anak angkat je .... moga anak angkat aku tak buat kat aku laki bini cam nie {:1_138:}

ridz09 posted on 26-1-2010 04:45 PM

Betul tu, harap2 bila tua nanti kite tak la bergantung pada anak sepenuhnya, simpan untuk diri sendiri...

dan harap2 tak sakit lama2 sampai menyusahkan anak cucu...aminnnn...

ridz09 posted on 26-1-2010 04:49 PM

dah banyak kes mak bapak double standard walaupun tanpa mrk sedari, beri tumpuan pada anak2 yg berpotensi jadi pandai dan bila besar nanti keje gaji besar, dapat tanggung mak bapak...yg tak berapa pandai terpinggir...

last2 bila tua yg tak berapa pandai tu lah yang jaga mak bapak, yg berpotensi tu memang menjadi tapi tak sempat nak jenguk mak bapak, sibuk mencari harta...
Page: [1]
View full: Masa depan kita sebagai ibu bapa