medangmru Publish time 6-2-2010 09:34 PM

tapi camna prosesnya?

gini...

ko pergi sendiri kat pejabat tanah di mana tanah tu berada
ada satu bahagian yg dipanggil bahagian harta pusaka dan bagitau pegawai yg ko nak buat pembahagian hart ...
petola Post at 4-2-2010 09:15 PM http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

Good Info petola..TQ

puteri_has Publish time 6-2-2010 10:41 PM

susah gak ek nk selesaikan harta pusaka kalau xde kesepakatan.. mcm saya plak..mak ayah dh takde, mak ada 1 tanah, ayah ada 1 tanah.Masa ayah hidup, ayah dh pesan anak2 kena pilih nak bahagian mana..kalau nak tanah yg atas nama mak, tak dpt tanah atas nama ayah. bagi sama adil. xwat penama pun lagi.. ..kami adik beradik dh sepakat selesaikan cara baik.. tak tau bila nk diselesaikan, masing2 sibuk.

petola Publish time 8-2-2010 11:51 PM

Tima kasih ler sebab tolong..Tapi nk bagi lebih detail lagi..Masa tahun 2006 tu..Sepupu AKULER yang dua orang tu dh g naik court..Tapi AKULER x dipanggil..Bila AKULER tanyer macamana status tanah tu.. ...
Akuler Post at 5-2-2010 12:41 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

isshhh... mahkamah pulak dahhh...

kalau menda ni ada kaitan dgn mahkamah, besar kemungkinan pusaka tuh bukan pusaka kecil (ie nilai lebih drp RM600k) sebab tu permohonan dibuat di mahkamah...

proses mahkamah (sivil) sekurang2nya ada 2 peringkat:

1. permohonan dapatkan surat kuasa mentadbir harta pusaka (letter of administration)
2. permohonan pembahagian harta pusaka yg di bawah pentadbiran tu.

katalah bapa A meninggal dan tinggalkan harta nilai lebih RM600k, maka A perlu mohon ke mahkamah untuk dapatkan surat kuasa mentadbir tuh...

bila A dapat surat kuasa tuh harta2 pusaka ayah dia, termasuk semua liabiliti ayah dia seperti hutang piutang akan terletak di bawah pentadbiran dia..

A kenalah selesaikan hutang2 arwah tu dulu kalau ada dan baki setelah tolak hutang2 barulah dinamakan harta pusaka dan boleh dibahagi2 pada waris...

pembahagian ini ialah proses 2. seperti yg saya sebut kat atas tu... kalau waris2 setuju dgn suatu cara pembahagian maka takda masalah.. tapi kalau ada pertikaian yg tak boleh selesai, maka akan diguna kaedah faraid

bila dah ada perintah pembahagian dari mahkamah, barulah org2 yg dapat bahagian tu akan dimasukkan nama dalam geran...

dalam hal akuler ni saya tak paham mengapa ia ada kaitan dgn sepupu2 sedang harta pusaka patutnya ialah antara simati dgn waris2 terdekat jer seperti ibu ayah dan anak2 saja...

mungkin akuler boleh terangkan tanah tu sebenarnya atas nama siapa sekarang nih?

petola Publish time 8-2-2010 11:58 PM

Post Last Edit by petola at 9-2-2010 00:00

susah gak ek nk selesaikan harta pusaka kalau xde kesepakatan.. mcm saya plak..mak ayah dh takde, mak ada 1 tanah, ayah ada 1 tanah.Masa ayah hidup, ayah dh pesan anak2 kena pilih nak bahagian mana..k ...
puteri_has Post at 6-2-2010 22:41 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

dlm hal ni kena buat dua permohonan berasingan..

1. untuk harta peninggalan ayah
2. untuk harta peninggalan emak

proses dia macam yg saya terang pada akuler kat atas tuh...

masa bicara untuk harta pusaka ayah tentukan siapa yg dapat
yg tak dapat kena menolak bahagian mereka supaya ia diserah pada yg dapat

gitu gak masa bicara harta emak tentukan siapa yg dapat
yg dah dapat harta ayah kena tolak bahagian dia dan bagi pada yg belum dapat...

rdzaccess Publish time 9-2-2010 01:49 AM

Haaa...aku nak tanyer nih sebelum aku miskin....
Bapak aku ada harta, tanah dan bangunan.
Keluarga aku cakap nama aku tak der tetapi sejak akhir akhir ni pecah lobang.
Harta tu masih belum tukar nama lagi kepada adik beradik dan aku.
So kira aku ada can lah....gamaknya...

Okay...Prosesnya kena gi pejabat tanah.
Apa yang aku ada adalah salinan surat kematian bapak aku dan salinan geran tanah dan harta tu...sekarang ni ada bangunan 3 tkt pinjaman DBKL.

So adakah aku harus memberi tahu adik beradik aku yang lain?
Boleh tak aku caveat ajer harta tuh?
atau aku kena gi mahkamah tinggi?
Harta tu di Kg. Baru, K.Lumpur .

Mintak pencerahan....

faizal7971 Publish time 9-3-2010 01:01 PM

salam...
untuk info semua mengenai pusaka ni...boleh rujuk laman web nre.gov.my masuk JKPTG..banyak info dan undang- undang yang sedang diguna pakai kat situ...
tak yah pakai lawyer kot...
kalau dah
23# petola Mulai 01-09-09, bidang kuasa untuk menguruskan pembahagian harta pusaka kecil telah dipinda dari RM 600,000.00 ke RM 2 juta ( tanpa wasiat- akta wasiat 1959 ). Sekiranya Simati meninggalkan harta pusaka kecil bernilai tidak melebihi RM 2 juta, permohonan untuk pembahagian harta pusaka Simati boleh dibuat di mana-mana Unit Pembahagian Pusaka / Pejabat Tanah mulai tarikh tersebut dengan syarat Simati mempunyai harta tak alih ( tanah ) di mukim / daerah berkenaan

Akuler Publish time 9-3-2010 04:36 PM

Saya rasa cam dh putus harap skang..

merak7118 Publish time 7-4-2010 12:19 PM

akuler,
btl kata faizal7971, skrg pembahagian harta pusaka kecil da up ke RM2juta sekiranya simati ada harta tidak alih dimukim/daerah tersebut.

klu akuler xsure nk buat sndiri better lantik mana2 loyer berserta segala dokumen berkaitan spt bukti harta yg ada nama simati, sijil kematian..tp sblm tu kena jmp sepupu sepapat pewaris. merak xyah citer semua kt sini sbb apa yg petola citer tu btl. cuma mungkin bg individu yg x biasa buat akn rs complicated sbb ada borang nk isi..cth waris2 tu blh jd ada waris2 yg menolak hak & bg bahagian dia kpd yg lain so ada borang kena sign.

perlu jg lantik seorang pentadbir. benda2 ni klu jump loyer dia akn xplain dgn jelas pastu akuler xyah ssh2 nk pikir, kos pn xmahal sgt below 1k...dan skrg utk harsa pusakat ada stamp duty tp x mahal ada schedule nyer.

gud luck

tukul Publish time 8-4-2010 02:18 PM

26# faizal7971

good info la faizal

what if simati ada tanah dimerata2 negeri...kat tganu/melaka/johor/penang...
so waris nak ke pejabat tanah mana ye

melatibiru Publish time 9-4-2010 02:17 PM

Salam semua, Melati nak minta pendapat berkaitan tanah pusaka..rumah keluarga / mak dibuat atas tanah pusaka...dari info yg mak melati bgtau, mak Melati dilantik sebagai pentadbir tanah. Dalam geran tanah tu, ada banyak sgt penama & kebanyakannya dah meninggal & ada penama yg tak perlu diletak dalam geran tu. Pasal penama yg tak perlu diletak tu, ni semua gara2 adik beradik mak (berlainan ibu) yg pandai2 /sukati letak..geram betul laaa..Mak melati dah ada rujuk ke pejabat tanah, dorang kata mmg susah laa nak tukar penama / keluarkan penama yg tak perlu ni...

Sekarang ni, mak melati dah dibuang oleh adik beradiknya, gara2 iri hati & tamak haloba..dan baru2 ni ada laa sedara mak yg sampaikan cerita..ada salah sorang adik lelaki mak melati ni, dia cakap, dia plan, kalau mak melati dah tiada, dia nak halau kami adik beradik dari rumah yg skrg ni....

soptg Publish time 9-4-2010 10:15 PM

27# Akuler [gini ler..ko mintak no fail pesaka tuh..klu sepupu komengelak-ngelak, alamat tk der ler permohonan tuh masuk..klu konfem tk masuk ko terus jer wat permohonan atas bahagian orang tua ko..ko dok kt ner??

soptg Publish time 9-4-2010 10:18 PM

30# melatibiru
ohh tu senang jer..kalo nama mak ko diletak sbg pemegang amanah terus jer pindahmilik tanah tuh atas nama mak ko..biaq padan yg lain..

mirza5 Publish time 14-4-2010 05:53 PM

salam,nak tanye sapa2 yg expert sini ye..

arwah bapa ada tanah tapi masih lagi nama mak dia (dah arwah jgk) ..kira mcmberlapis la...

masalahnye skrg,mak nak buat tuntutan..borang A dah amik,cuma bila tengok geran yg satu ni masih nama arwah nenek so kami hold dulu...

soalannye...apa yg perlu di buat? kena isi borang berasingan?kena tunggu selesai kes ni baru boleh proceed ngan borang A atau macamana?

for info,geran ada & cukai tanah dibayar oleh arwah bapa...

slipargetah Publish time 21-4-2010 01:26 PM

aku pun tgh pening2 lalat sbb baru dapat kol pasal tanah pusaka kat kg... :dizzy: :dizzy: :dizzy: :dizzy:
tapi tak tau nak explain camana sbb aku mmg 'zero' pasal harta/tanah/wasiat etc.. :$ :$ :$

mas2882 Publish time 21-4-2010 07:51 PM

kite pon nak nyibuk bertanya gak la..
mcm kes sy plak..tanah tu dah dipersetujui utk diletak nama sy
sbgi pewaris dlm Borang E-Akta Hrta Pusaka Kecil(Pembhagian).
(tanah tu tanah arwah mak-tanah lot rumah)
cuma x berkesempatan lg utk tukar atas nama saya sbb xde masa
nak amik cuti(sbb kene balik ke PTG kat kg utk tukar nm).
So,boleh x klu sy nk jual tanah tu with only have this Borang E je?
or kene urus tukar nama jer dulu?
bukan ape..nk balik kg mmg dah jarang,stahun skali jer.sian umah tu
makin buruk camtu.so ade la sedara jauh berminat nak mbeli.
tp xtau cmne nak uruskan..
jd tolong eh sapa tau leh bg idea/info..:D

Akuler Publish time 28-7-2010 02:55 PM

Akuler [gini ler..ko mintak no fail pesaka tuh..klu sepupu komengelak-ngelak, alamat tk der ler...
soptg Post at 9-4-2010 22:15 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

sorry..makan masa berbulan2 nk reply..hi..hi..dh lama x bkk..camner maksud ko tu?? aku x berapa paham..

Kampung aku kt sg besar, selangor

tukul Publish time 29-7-2010 05:23 PM

salam,nak tanye sapa2 yg expert sini ye..

arwah bapa ada tanah tapi masih lagi nama mak dia (dah...
mirza5 Post at 14-4-2010 17:53 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


pemilik yang berbeza...so lain-lain la pusakanya....
kat bahagian atas borang tu kan tertulis harta sipolan sipolan

cmf_kinna Publish time 22-4-2011 02:59 PM

lepas bicara dan dapat perintah apa lagi nak buat?

lepas tu tunggulah, atau kejar, pejabat tu kel ...
petola Post at 4-2-2010 21:25 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    mcm senang aje petola cerita..

ada sapa2 dah berjaya..?

berapa lama prosesnya ambik masa...?

kalau tanah kat kampung..kena ambik cuti ler...

cmf_kinna Publish time 22-4-2011 03:09 PM

ambik dari web perak..

Bagaimanakah permohonan pembahagian harta pusaka dibuat?

Pemohondikehendaki   mengisi borang
permohonan (borang A) dan

menyertakan sekali dokumen sokongan seperti

salinan sijil kematian,
sijil carian rasmi hakmilik tanah,
perjanjian jualbeli tanah atau rumah,
surat pengesahan harta alih yang dituntut,
salinan kad pengenalan waris atau sijil kelahiran waris yang belum dewasa,
sijil perkahwinan,
penyata hutang
dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan harta si mati.

cmf_kinna Publish time 22-4-2011 03:14 PM

menyertakan sekali dokumen sokongan seperti

salinan sijil kematian,   ( zaman dulu mcm mana nak cari...?)
sijil carian rasmi hakmilik tanah,   ( ni leh pegi pej tanah )
perjanjian jualbeli tanah atau rumah,( S&P ...? mana nak cari...)
surat pengesahan harta alih yang dituntut, ( ... x faham..)
salinan kad pengenalan waris atau sijil kelahiran waris yang belum dewasa,( ada...)
sijil perkahwinan, ( ada... )
penyata hutang   ( ... x tahu..)
dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan harta si mati.
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: Tukar nama pada geran tanah pusaka


ADVERTISEMENT