saatchambizz Publish time 2-3-2010 12:51 PM

doa2 org kena zalim

Post Last Edit by saatchambizz at 2-3-2010 12:53

Akisah doa2 manusia dizalimi boleh dilakukan demi mempertahankan hak.
Kisah benarr ingin aku ceritakan .AKu mmepunyai tanah pusaka beberapa hektar,namun
ia tidak diusahakan sekian lama n trbiar.ada Hamba Allah tinggal situ....
aku izinkan.

last2 aku jual tanah trsebut melalui hamba Allah trsebut n aku mmpercayainya krn aku dah anggap dia sbg saudara wlupn bukan sdara.
dan wangnya aku minta wakafkan buat Masjid.

Namunhamba Allah trsebut tidak amanah.Dia bg mashid separuh n bakinya dia lantakkk...

aku doakannya.Hamba Allah trsebut mati dilanggar kereta dan isterinya mati minum racun.Mgkin itu balasan Allah kpd
org yg tidak amanah.

islam mengharuskan doa kejahatan kpd org yg menzalimi kita.
Ini buktinya :
Doa Rasulullah yg momohon Allah binasakan mereka yg menzalimi baginda dalam kisah perut unta yang diletakkan diatas badan Rasulullah takkala Rasulullah bersolat di Kaabah.Nabi s.a.w. berdoa, “Wahai Allah, binasakanlah Abu Jahil bin Hisyam, ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah Bin Rabi’ah, Walid Bin ‘Uqbah, Umaiyah Bin Khalaf dan ‘Uqbah bin Abi Mu’ith.” (Hadith Sahih Riwayat Muslim)


Doa Rasulullah yang mendoakn agar matinya Uthaibah (anak Abu Lahab).Utaibah mendatangi Nabi SAW. dan mengatakan kata-kata yang menyakitkan hati Rasulullah SAW. Atas periakuan itu, maka Rasulullah SAW. telah berdoa kepada Allah, agar mengirimkan anjing-anjing-Allah untuk membinasakan Utaibah. Dan apa yang telah didoakan oleh Nabi SAW. terhadap Utaibah itu benar-benar teriadi


3) Doa Saidina Sa'id bin Zaid yang mendoakan seorg wanita tua, Arwa Bin Aus yang mendakwa tanah milik Saad adalah milik beliau.. Saidina Saad mendoakn agar wanita tua itu dibutakan matanya dan dimatikan dia di tanah yg dia claimed miliknya itu..(hadith Sahih Riwayat Muslim)

4) Doa Ummu Habibah (Ummul Mukminin) dlam kisah kelakuan biadap seorang lelaki yang menyelak tabir semasa Ummul Mukminin itu berbicara dgn Saidina Uthman Affan.. Ummu Habibah memdoakan agar lelaki itu terpotong tangannya..

5) Doa Saidina Hussain sebelum wafat dibunuh di Karbala, mendoakan sipemanah yang memanahnya dibutakan mata n terpotong tangannya..

6) Doa yang diajar oleh Rasulullah kepada seluruh ummat Islam yang dizalimi..Qunut Nazilah yang membawa maksud:
"“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka."

saatchambizz Publish time 2-3-2010 12:52 PM

Jika kita dizalimi...berdoalah....
Allah Maha Mendengar!!1

saatchambizz Publish time 2-3-2010 12:52 PM

Doalah dgn ikhlas n tawadduk....
l

saatchambizz Publish time 2-3-2010 12:54 PM

"Ya Allah jika aku yang buat post berkenaan,Kau panahlah aku dan keluargaku dengan petir...
aku tidak mahu hidup lagi...Ya Allah Ya Qawi..
panahlah aku dengan petir hingga mati..
panahlah aku jika aku menulis post berkenaan.Jika bukan aku,maka Kau panahkan dia dan keluarganya."
aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Kita tunggu siapa yg akan kena panah petir......

saatchambizz Publish time 2-3-2010 02:33 PM

Ya Allah...
maafkan daku...
aku tidak akan maafkan org membuat fitnah dan zalim....

saatchambizz Publish time 2-3-2010 05:46 PM

Al-Tanukhi berkata : Terdapat seorang menteri di Baghdad yang berlaku zalim terhadap seorang wanita tua. Hartanya dirampas dan semua hak wanita itu diambil. Wanita itu dengan berani mengadu kepada menteri tersebut sambil menangis dan memprotes kekejaman menteri itu. Menteri itu sama sekali tidak menyedari kezalimannya terhadap wanita itu.


Wanita itu berkata : Walaupun engkau tidak menyedarinya, aku tetap akan berdoa kepada Allah agar kecelakaan akan menimpa kamu. Menteri itu ketawa terkekeh-kekeh sambil mengejek dengan katanya : berdoalah satu pertiga akhir malam. Wanita itu bangun pada satu pertiga akhir malam dan dia berdoa secara berterusan.
Tidak berapa lama kemudian, menteri itu dipecat dan seluruh hartanya disita. Dia diikat di tengah pasar dan dirotan sebagai hukumantakzir terhadap kezalimannya selama ini terhadap rakyat jelata. Wanita tua itu lalu didepannya untuk melihat siapa yang diikat, dia berkata : Engkau benar. Engkau telah mencadangkan aku agar berdoa satu pertiga akhir malam dan sekarang terbukti ia waktu paling baik.
SUMBER : La Tahzan

saatchambizz Publish time 2-3-2010 05:47 PM

Biasanya doa orang yang dizalimi mustajab. Sabda Rasulullah s.a.w kepada Mu’adh bin Jabal ketika baginda mengutusnya ke Yaman yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a:

“Dan takutlah engkau akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya (doa orang yang dizalimi itu) tidak ada di antaranya dan di antara Allah pendinding.” (Bukhari).

Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah bersabda: “Doa orang yang dizalimi itu adalah mustajab, sekalipun dia adalah seorang yang berbuat maksiat kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri.” (Ahmad).

saatchambizz Publish time 2-3-2010 05:48 PM

Bersabda Rasulullah SAW, "ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang-orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, doa imam yang adil dan doa orang yang dianiaya atau dizalimi.....".

saatchambizz Publish time 2-3-2010 05:51 PM

Dipaparkan sebuah kisah teladan zaman silam untuk sama-sama mernung hukuman Allah swt terhadap mereka yang suka menzalimi orang lain.Kisah ini berlaku kepada seorang wanita Bani Israel yang tinggal di sebuah rumah yang berhampiran dengan istana raja.Oleh kerana rumahnya telah usang,maka apabila ada tetamu yang datang ke istana,pasti bertanya kepada raja tentang rumah usang tersebut.Maka terasa jatuh maruah raja tersebut hanya kerana rumah usang itu.

Maka untuk mengatasi masalah tu,raja bercadang untuk membeli rumah tersebut daripada wanita israiliyah itu tetapi wanita itu enggan menjualkannya kepada raja kerana itulah satu-satunya harta yang dimilikinya.

Pada suatu hari,semasa wanita itu tiada di rumah,raja telah memerintahkan pengawal-pengawalnya untuk merobohkan rumah yang dianggap mencemarkan pemandangan istananya.Apabila wanita itu pulang,dia amat terkejut melihat rumahnya yang telah pun dirobohkan.Bertambah hancur hatinya apabila mengetahui bahawa orang yang mengarahkan supaya rumah itu dirobohkan ialah raja sendiri.

Wanita itu lantas menuju ke istana dan berdoa dihadapan pintu istana: “ Ya Allah,jika aku pergi,Engkau tetap hadir untuk membantu orang yang lemah dan menolong orang yang dianiaya.”Kemudian ia duduk di situ sehinggalah keluar rombongan raja berserta dengan pengawal-pengawalnya merasa hairan melihat wanita itu duduk di pintu istana.

“Apakah yang kamu buat di sini?”gertak raja dengan angkuhnya.

“Aku sedang menunggu hancurnya gedung istanamu”jawab wanita itu dengan beraninya.Apabila didengar oleh raja dan pengawal-pengawalnya jawapan wanita itu,mereka hanya mentertawakannya.

Tidaklah mereka ketahui bahawa doa orang yang dizalimi sangat cepat Allah swt perkenankan.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya,lebih-lebih lagi terhadap mereka yang dizalimi.Maka berlakulah keretakan demi keretakan pada dinding-dinding istana raja dengan tiba-tiba sehingga akhirnya robohlah keseluruhan istana raja itu.Malangnya kesemua penghuni istana tidak sedar dan mereka tidak sempat menyelamatkan diri.Maka tamatlah riwayat raja serta pengawal-pengawalnya bersama dengan kemusnahan istana yang mereka banggakan itu.

Yang paling menakjubkan dari kejadian itu,pada salah satu runtuhan dinding istana itu terdapat tulisan yang berbunyi : “Apakah kamu mengejek dan meremehkan doa,sedangkan kamu tidak mengetahui bagaimana saktinya doa itu.Panah pada waktu malam tidak pernah luput,dan ada saat dan masanya,dan masa itu juga terbatas.Dan Allah swt telah berkehendak sebagaimana yang kamu lihat,maka kerajaan dan kekuasaanmu tiada sisa lagi…”
Begitulah besar ertinya doa orang yang teraniaya.Allah swt terus memakbulkan doa orang yang teraniaya tanpa tangguh-tangguh lagi,sebagai balasan Allah swt terhadap orang-orang yang zalim.Adakalanya Allah swt tangguhkan pembalasannya di dunia bukan kerana Allah swt lupa,tetapi untuk memberi masa orang yang zalim itu insaf dan bertaubat.Firman-Nya dalam Surah Ibrahim:

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (Ibrahim:42)

Saiyidina Ali berkata: “ Awaslah dari doa orang yang teraniaya sebab ia minta haknya dari Allah dan Allah tiada akan menolak hak seseorang.”

saatchambizz Publish time 2-3-2010 06:04 PM

Anas r.a , Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan

2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."

Hadis riwayat Hakim - sanad sahih

3. Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan

4. Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر

" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." Hadis riwayat Baihaqi - sahih

5. Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

دعوة المظلوم مستجابة وإن كان فاجرا ففجوره على نفسه

" Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." Hadis hasan riwayat at-Tayalasi

saatchambizz Publish time 2-3-2010 06:05 PM

HUKUM DOA KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI

Imam Nawawi telah meletakkan satu tajuk dalam kitabnya al-Azkar:

"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."

Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata di bawah tajuk ini:

" Maksud harus yang disebut imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."

Dalil pengharusan.

Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah saw adalah hadis berikut:

أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية

" Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran ra dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama2 kabilah)."
Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Dizaman pemerintahan Umar ra , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas ra sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata2nya:

أما إن نشدتنا فإن سعدا لا يسير بالسرية ولا يقسم بالسوية ولا يعدل في القضية

" Sekiranya kamu bertanya kami tentang sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukuman."

Lalu Sa'ad berdoa:

اللهم إن كان عبدك هذا كاذبا قام رياء وسمعة فأطل عمره وأطل فقره وعرضه للفتن

" Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."

Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh saad ra berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." "Abdul Malik bin Umair ra perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (qatadah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka.

" Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad ra telah mengambil sebahgian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah saw?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw ?" Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

من أخذ شبرا من الأرض ظلما طوقه إلى سبع أرضين

" Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah swt akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."

Lalu Marwaى berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:

اللهم إن كانت كاذبة فأعم بصرها واقتلها في أرضها

"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "

Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati."

Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.


KESIMPULAN

Berhati2lah terhadap doa orang yang menzalimi. Penyair berakata:

نامت جفونك والمظلوم منتبه يدعو عليك وعين الله لم تنم

Mata-matamu tidur dan orang yang dizalimi sentiasa berjaga

Dia mendoakan kecelakaan kepadamu dan Allah itu tidak tidur.

saatchambizz Publish time 2-3-2010 06:08 PM

wahai umat islam...
berhati2lah dgn kezaliman
Jgn menzalimi org lain..

Doa org yg dizalimi mustajab...

lili_haryani Publish time 2-3-2010 06:23 PM

tq for such gud info....
aku nak print kasik kat makhluk tak sedar diri tu...
sabarla bizz....

saatchambizz Publish time 2-3-2010 07:00 PM

13# lili_haryani

sama2.....

saatchambizz Publish time 3-3-2010 08:45 AM

kisah doa mustajab
Doa Mustajab

"Ya Allah, jangan kembalikan aku ke keluargaku, dan limpahkanlah kepadaku
kesyahidan."

Doa itu keluar dari mulut `Amru bin Jumuh, ketika ia bersiap-siap mengenakan
baju perang dan bermaksud berangkat bersama kaum Muslimin ke medan Uhud. Ini
adalah kali pertama bagi `Amru terjun ke medan perang, karena dia kakinya
pincang. Didalam Al-Quran disebutkan: "Tiada dosa atas orang-orang buta, atas
orang-orang pincang dan atas orang sakit untuk tidak ikut berperang." (QC. Al-
Fath:17)

Karena kepincangannya itu maka `Amru tidak wajib ikut berperang, di samping
keempat anaknya telah pergi ke medan perang. Tidak seorangpun menduga `Amru
dengan keadaannya yang seperti itu akan memanggul senjata dan bergabung dengan
kaum Muslimin lainnya untuk berperang.

Sebenarnya, kaumnya telah mencegah dia dengan mengatakan: "Sadarilah hai `Amru,
bahwa engkau pincang. Tak usahlah ikut berperang bersama Nabi saw."

Namun `Amru menjawab: "Mereka semua pergi ke surga, apakah aku harus duduk-duduk
bersama kalian?"

Meski `Amru berkeras, kaumnya tetap mencegahnya pergi ke medan perang. Karena
itu `Amru kemudian menghadap Rasulullah Saw dan berkata kepada beliau: "Wahai
Rasulullah. Kaumku mencegahku pergi berperang bersama Tuan. Demi Allah, aku
ingin menginjak surga dengan kakiku yang pincang ini."

"Engkau dimaafkan. Berperang tidak wajib atas dirimu." Kata Nabi mengingatkan.

"Aku tahu itu, wahai Rasulullah. Tetapi aku ingin berangkat ke sana." Kata `Amru
tetap berkeras.

Melihat semangat yang begitu kuat, Rasulullah kemudian bersabda kepada kaum
`Amru: "Biarlah dia pergi. Semoga Allah menganugerahkan kesyahidan kepadanya."

Dengan terpincang-pincang `Amru akhirnya ikut juga berperang di barisan depan
bersama seorang anaknya. Mereka berperang dengan gagah berani, seakan-akan
berteriak: "Aku mendambakan surga, aku mendambakan mati: sampai akhirnya ajal
menemui mereka.

Setelah perang usai, kaum wanita yang ikut ke medan perang semuanya pulang. Di
antara mereka adalah "Aisyah. Di tengah perjalanan pulang itu `Aisyah melihat
Hindun, istri `Amru bin Jumuh sedang menuntun unta ke arah Madianh. `Aisyah
bertanya: "Bagaiman beritanya?"

"Baik-baik , Rasulullah selamat Musibah yang ada ringan-ringan saja. Sedang
orang-orang kafir pulang dengan kemarahan, "jawab Hindun.

"Mayat siapakah di atas unta itu?" "Saudaraku, anakku dan suamiku." "Akan dibawa
ke mana?" "Akan dikubur di Madinah."

Setelah itu Hindun melanjutkan perjalanan sambil menuntun untanya ke arah
Madinah. Namun untanya berjalan terseot-seot lalu merebah.

"Barangkali terlalu berat," kata `Aisyah. "Tidak. Unta ini kuat sekali. Mungkin
ada sebab lain." Jawab Hindun.

Ia kemudian memukul unta tersebut sampai berdiri dan berjalan kembali, namun
binatang itu berjalan dengan cepat ke arah Uhud dan lagi-lagi merebah ketika di
belokkan ke arah Madinah. Menyaksikan pemandangan aneh itu, Hindun kemudian
menghadap kepada Rasulullah dan
menyampaikan peristiwa yang dialaminya: "Hai Rasulullah. Jasad saudaraku, anakku
dan suamiku akan kubawa dengan unta ini untuk dikuburkan di Madinah. Tapi
binatang ini tak mau berjalan bahkan berbalik ke Uhud dengan cepat."

Rasulullah berkata kepada Hindun: "Sungguh unta ini sangat kuat. Apakah suamimu
tidak berkata apa-apa ketika hendak ke Uhud?"

"Benar ya Rasulullah. Ketika hendak berangkat dia menghadap ke kiblat dan
berdoa: "Ya Allah, janganlah Engkau kembalikan aku ke keluargaku dan
limpahkanlah kepadaku kesyahidan."

"Karena itulah unta ini tidak mau berangkat ke Medinah. Allah SWT tidak mau
mengembalikan jasad ini ke Madinah" kata beliau lagi.

"Sesungguhnya diantara kamu sekalian ada orang-orang jika berdoa kepada Allah
benar-benar dikabulkan. Diantara mereka itu adalah suamimu, `Amru bin Jumuh,"
sambung Nabi.

Setelah itu Rasulullah memerintahkan agar ketiga jasad itu dikuburkan di Uhud.
Selanjutnya beliau berkata kepada Hindun: "Mereka akan bertemu di surga. `Amru
bin Jumuh, suamimu; Khulad, anakmu; dan Abdullah, saudaramu."

"Ya Rasulullah. Doakan aku agar Allah mengumpulkan aku bersama mereka,: kata
Hindun memohon kepada Nabi.

saatchambizz Publish time 3-3-2010 08:47 AM

Kisah kali ini ialah mengenai perlindungan Allah SWT kepada hambaNya yang bertakwa. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripada cerita ini.
Imam al-Bukhari meriwayatkan ( no. 3358) :
Rasulullah saw bersabda : Nabi Ibrahim berhijrah bersama isterinya Sarah. Merekamasuk ke sebuah tempat yang diperintah oleh raja yang zalim dan sombong. Diberitahu kepada raja tersebut bahawa Ibrahim telah datang dengan seorang perempuan yang sangat cantik. Maka dia bertanya kepada Ibrahim : siapakah wanita yang bersamamu?. Ibrahim menjawab :’ saudara perempuanku’.

Kemudian Nabi Ibrahim kembali kepada sarah dan berpesan : jangan engkau mendustakan ucapankudan aku telah berkata bahawa kamu adalah saudaraku. Demi Allah di bumi ini tiada orang yang beriman melainkan diriku dan dirimu. Maka Nabi Ibrahim mengirimkan sarah kepada raja tersebut.
Dia bangkit kepada sarah. Sarah bangkit berwudhu dan solat lalu dia berdoa : ya allah, jika aku beriman kepadaMu dan kepada rasulMu, maka jagalah kehormatanku kecuali kepada suamiku. Oleh itu janganlah Engkau biarkan orang kafir menguasaiku. Maka ketika raja itu hendak menyentuh sarah, nafas raja itu menjadi sempit dan dia hampir tercekik sampai dia memukulkan kakinya ke bumi. Dia berkata : berdoalah kepada Allah untukku , aku tidak akan apa-apakanmu. Lalu sarah berdoa maka dia pun baik seperti biasa.
Kemudian raja itu cuba untuk menyentuh sarah kali kedua, maka dia tercekik seperti tadi atau lebih keras. Dia berkata : berdoalah kepada Allah untukku , aku tidak akan apa-apakanmu. Lalu sarah berdoa maka dia pun baik seperti biasa. Lalu raja memanggil pengawal dan berkata :kamu tidak membawa manusia ke mari, malah kamu membawa syaitan ke sini. Raja itu menghadiahkan Hajar kepada sarah sebagai hamba.
Sarah pulang kepada Nabi Ibrahim sedang dia sedang solat. maka Nabi Ibrahim memberi isyarat bermaksud bagaimana keadaanmu? Sarah menjawab : Allah menggagalkan tipu helah orang kafir atau orangjahat berupa seksaan di lehernya dan memberiku Hajar.
WALLAHU TA’ALA A’LAM

Allah melindungi hamba Allah yg dizalimi...
Subhanallah....

mix_chinese Publish time 3-3-2010 09:21 AM

aritu ada baca. tak boleh doakan org yang tak elok2 eventhgh org tu zalimi kita.
tapi ada gak yang kata boleh doa tapi sebutan mcm ni

" Ya allah, jika benar dia telah menzalimi aku, tolong berikan balasan sbg pengajaran pdnya agar ia kembali ke jalan Mu. "

saatchambizz Publish time 3-3-2010 09:51 AM

Imam Nawawi mengatakan harus.
Imam Nawawi adalah ulama' muktabar dan pendapat serta fatwanya digunakan hingga hari ini...
siapalah kita nak mmebantah Imam Nawawi yg alim n warak...

Saat Publish time 4-3-2010 10:08 AM

memang patut orang yang zalim didoakan kemusnahan mereka.

saatchambizz Publish time 4-3-2010 10:12 AM

19# Saat

bukan sahaj patut tp perlu spy mnjadi pengajaran kpd org lain...

saat?nama sama tp mak bapak lain...
ko org mana???
Pages: [1] 2
View full version: doa2 org kena zalim


ADVERTISEMENT