perempuanayu Publish time 8-3-2010 05:05 PM

Sejarah 'Darul' di Malaysia

i nak tanya mengenai sejarah penggunaan perkataan Darul di Malaysia cth: Terengganu Darul Iman, Perak Darul Ridzwan dsb..bagaimana bermulanya penggunaan Darul itu, dari mana asal perkataan Darul dan utk tujuan apakah ianya diguna? sesiapa yg ada info, sila berkongsi sama-sama.. terima kasih.

genot Publish time 8-3-2010 08:44 PM

sbenarnya perkataan tu adalah coinage term mesti letakkan kata len di belakangnya... darul'aman, darul'ehsan, darus'salam.... perkataan ini adalah perkataan Arab. ia sebenarnya disebut sbg ad'daar atau daar, maksudnya kediaman atau rumah.

perkataan len yg sama makna adalah beit n menzil (tempat turun roh anda).

sayapghaib Publish time 9-3-2010 10:14 AM

Sejarah penggunaan Darul di Malaysia agak jelas iaitu mula dipakai oleh Negeri Kedah pada tahun 1136masehi.Gelaran Darul diberikan oleh Syeikh Abdullah Al Qumairydari Hadramaut Yaman.Peristiwa itu ada dijelaskan didalam Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan salasilah silat Kalimah Malaysia juga sejarah kedatangan Islam dari persilatan Abjad Malaysia.
            Menurut pengkaji sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu lebih jelas dari Yaman kerana Mazhab yg digunakan di Tanah Melayu dan Yaman adalah sama iaitu Mazhab Syafie yg kadangkala disifatkan oleh sesetengah golongan yg tidak bersetuju dengan mazhab tersebut sebagai ada unsur Syiah.Memang benar kerana Syafie adalah Syiah Rafidah iaitu Syiah yg benar kerana kecintaan terhadap keluarga Rasulullah.Tapi Syiah Rafidah itu bukanlah tergolong dalam aliran Syiah yg kita ketahui sekarang.

Akuler Publish time 9-3-2010 10:21 AM

menarik..lagi2

sayapghaib Publish time 9-3-2010 10:31 AM

Lagi menarik perkataan Darul itu dikatakan mendapat perkenan Sultanul Auliya Syeikh Abdul Qadir Al Jailani iaitu guru kepada Syeikh Abdullah Qumairy Al Qibrary.Syeikh Abdul Qadir mengutuskan Syeikh Abdullah bagi menyebarkan fahaman Sunnah wal Jamaah di Nusantara yg mana sebelum itu telah wujud kepercayaan Islam beraliran Syiah.

sayapghaib Publish time 9-3-2010 10:33 AM

Post Last Edit by sayapghaib at 9-3-2010 10:47

Sekarang ini masih wujud amalan Tarekat aliran Syeikh Abdullah ini di Malaysia.Begitu juga amalan Tarekat dari Syeikh Abdul Qadir Al Jailani.Syeikh Abdul Qadir Al Jailani dikatakan pernah menziarahi makam murid kesayangannya dulu di Padang Tok Syeikh di Puncak Gunung Jerai.Syeikh Abdullah meninggal dulu dari Syeikh Abdul Qadir.Makam itu juga setiap tahun akan diziarahi oleh Sultan Kedah.Syeikh Abdullah juga telah mempusakai sejenis beladiri yg sekarang ini terpecah menjadi Silat Cekak ,silat Kalimah,Palintau dan lain-lain lagi.Silat itu bukanlah berasal dari Yaman atau Tanah Arab yg lain tetapi ia adalah dari Karomah Syeikh Abdullah yg memohon dari Allah bagi mengatasi permainan Panglima-panglima Raja Qalaha dalam satu pertandingan.Perkataaan Silat di ambil dari kata Senjata dari bahasa Arab tapi bukanlah ilmunya dari tanah Arab.

sevenoctober Publish time 9-3-2010 10:58 AM

abes tu naper Pelis Indera Kayangan?
apa maksud Indera Kayangan tersebut?
aku dah terbayang2 mitos plak ada perkataan kayangan kayangan neh...

nanat87 Publish time 9-3-2010 11:11 AM

sbenarnya perkataan tu adalah coinage term mesti letakkan kata len di belakangnya... darul'aman, darul'ehsan, darus'salam.... perkataan ini adalah perkataan Arab. ia sebenarnya disebut sbg ad'daar atau daar, maksudnya kediaman atau rumah.

selalu nama2 melayu tak siap depa buboh atau panggil nama tuh jah...
mcm nurul, saiful, syahrul, abdul:lol:

jebat_malang Publish time 9-3-2010 12:07 PM

good info.. {:1_141:}

sayapghaib Publish time 9-3-2010 12:23 PM

abes tu naper Pelis Indera Kayangan?
apa maksud Indera Kayangan tersebut?
aku dah terbayang2 mitos plak ada perkataan kayangan kayangan neh...
sevenoctober Post at 9-3-2010 10:58 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

Yang Perlis tu pun ada sejarahnya yg tersendiri sama seperti Negeri Setol yg berada dalam Thailand sekarang iaitu Setol Mambang Segara.Tidak dapat gelaran Darul mungkin kerana tidak mendapat perkenan dari Sultan Kedah.Wilayah Kubang Pasu pula mendapat perkenan Sultan untuk menggunakan Darul iaitu Kubang Pasu Darul Qiyam.

sayapghaib Publish time 9-3-2010 12:30 PM

Terdapat 3 buah Negeri or Negara Melayu yg menggunakan Darul Salam atau Darussalam iaitu Brunei,Acheh dan Pattani.Sebuah Bandaraya di Tanzania juga dinamakan Daressalam iaitu Ibukotanya.

Akuler Publish time 9-3-2010 12:38 PM

oooo..ok..ok..lagi2

perempuanayu Publish time 9-3-2010 02:40 PM

boleh jelaskan lagi apa tujuan penggunaan Darul ni
lagi satu kenapa Sarawak digelar Bumi Kenyalang..Sabah negeri di bawah bayu?
kenapa tak diletak darul bersama2 dgn melaka & pulau pinang?
sorry byk tanya..i masih kurang faham & jelas mengenai sejarah

genot Publish time 9-3-2010 03:18 PM

Pulau Pinang bukan sbuah negri atau negara kalu ikot pahaman org Kedah tradisi... kita smua yg tradisi x terima PP, Sentol, n Perlis jadi negri, depa jajahan sahaja. PP dolu masuk bawah wilayah Kedah Selatan jugak.

Sarawak n Sabah I donno, kena tanya dia punya orang... lagipong x nah p sana, ada kawan2 jah dr sana. x brani spekulate lebeh2 benda kita x tahu.

genot Publish time 9-3-2010 03:22 PM



selalu nama2 melayu tak siap depa buboh atau panggil nama tuh jah...
mcm nurul, saiful, syahrul, abdul:lol:
nanat87 Post at 9-3-2010 11:11 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

ahaha, tu yg jadi x siap... lenkali letak la nama betoi2... boh nama nabi pon tidak apa2, nak boh nama 'melayu' pon tidak apa janji dia makna bek2, tidak salah... mencerambah aku jumpa orang melayu boh nama tempawan (tukang wat emas/besi ka?), bunga (flower), chempa (cempaka?), adi putra (high level prince), ahahahaah adi putra, jual pil... sory, ai sengaja tersasul... ;P

boh nama 'mohammad' troih pon tidak apa lagi bagoih. moga2 perangai peribadi anak jadi sama la mcm pembawak nama yg mola pakai nama itu :laugh3:

genot Publish time 9-3-2010 03:28 PM

Perlis dolu memang kita panggil Kayang (Kahiyang)... Dia punya ibu kota x silap nama Kayang... dolu dia pernah jadi pusat pemerintahan Kedah gak. Lepas kena kacu ngan Siam, dia pecah n gubenor jaga situ (puak Syed) jadi Chao (Raja Wilayah). Sentul lak puak Ku yg jadik gubenor, depa pilih x mo masuk dalam Kedah balik tp masuk ngan Siam. Tp ramai jah org Kedah yg lari p sana kalu jadi mengkelai2 gaduh2.

Orang Kedah yg tradisi lama yg dok luaq negri Kedah tp x sempat balik Kedah lepas masuk M'sia kurun 17 sahingga wela ini, x kira yg dok di Bronei ka, yg di Thailand (Siam), yg di Arab Saudi atau yg dalam negri len dalam M'sia smua pakai nama2 lama lagik kalu cakap Melayu kcuali bila mai kat anak2 muda stengahnya dh lupa, ada yg terserap jadi org negri len, lupa diri.

vandergooh Publish time 9-3-2010 10:58 PM

darul diambil dari perkataan arab, nak menampakkan islamik jer

sayapghaib Publish time 10-3-2010 09:12 AM

boleh jelaskan lagi apa tujuan penggunaan Darul ni
lagi satu kenapa Sarawak digelar Bumi Kenyalang..Sabah negeri di bawah bayu?
kenapa tak diletak darul bersama2 dgn melaka & pulau pinang?
sorry by ...
perempuanayu Post at 9-3-2010 14:40 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Negeri atau negara yg menggunakan Darul perlu mempunyai Sultan sebagai Pemerintah.Melaka jika masih mempunyai Sultan akan menggunakan gelaran Darul Azim.Sabah pula dulunya dikuasai oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu.Sarawak Sultannya yg pertama iaitu adinda kepada Sultan Brunei telah dibunuh oleh pengkianat.Peristiwa ini berlaku sebelum zaman Brooks lagi.Akibatnya Sultan Brunei mengambil keputusan untuk hanya memerintah Sarawak dari Brunei seperti biasa.Pulau Pinang pula adalah berasal dari sebahagian wilayah Kedah sama seperti Perlis dan Setul.

ChildrenOfBodom Publish time 10-3-2010 01:02 PM

Syeikh Abdullah Al-Qumairi ulama dan pencipta nama Kedah Darul Aman
Oleh (Allahyarham) Wan Mohd. Shaghir Abdullah (Al-Fatihah)

ADA yang berpendapat bahawa tokoh penyebar Islam di Aceh yang juga penyusun kitab Bahr Al-Lahut iaitu Syeikh Abdullah Arif adalah sahabat kepada tokoh ulama yang diperkenalkan pada kali ini.

Namun ada pula berpendapat bahawa kedua-dua Syeikh Abdullah ini adalah orang yang sama.

Syeikh Abdullah Arif di Aceh dikatakan berada di Aceh sekitar tahun 560H/1165M-1177M, sedangkan Syeikh Abdullah al-Qumairi ini atau nama lengkapnya Tuan Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairi berasal dari Syahir Yemen dan tiba di Kedah tahun 531 H.

Kisah lengkap Syeikh Abdullah al-Qumairi yang lengkap diriwayatkan oleh Muhammad Hassan bin Muhammad Arsyad dalam al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Ia ditransliterasi dari tulisan Melayu/Jawi kepada Latin/Rumi dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1968.

Menurut Buyong Adil dalam Sejarah Kedah (Terbitan DBP, 1980), kedatangan Syeikh Abdullah ke Kedah tahun 531H itu bersamaan dengan tahun 1136M. Menurut Bahayuddin Haji Yahaya dalam Naskhah Jawi, tahun 531H itu bersamaan dengan tahun 1137M.

Diriwayatkan bahawa Syeikh Abdullah al-Qumairi adalah seorang ulama yang berasal dari Yaman dan datang bersama-sama dengan 11 orang sahabatnya.

Dalam buku Sejarah Kedah Sepintas Lalu (Diterbitkan oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti Utara Malaysia, cetakan pertama 1987 hlm 10) oleh Haji Ibrahim Ismail, disebutkan dalam Hikayat Merong Maha Wangsa bahawa Syeikh Abdullah al-Yamani (berkemungkinan maksudnya Syeikh Abdullah al-Qumairi al-Yamani) adalah murid kepada Syeikh Abdullah di Baghdad.

Jika disemak dengan teliti kandungan buku tersebut, penulis menyimpulkan Islam datang ke Kedah jauh lebih awal daripada kedatangan Syeikh Abdullah al-Qumairi.

Ini kerana dinyatakan dalam buku tersebut bahawa sesudah merdeka ditemui sebuah nisan di Langgar, Kedah yang berinskripsikan nama Syeikh Abdul Qadir ibnu Husein Syah Alirah/Alam dan tarikhnya 291H bersamaan 903M. Haji Ibrahim Ismail memetik dari kertas kerja berjudul ‘Sejarah Kedah Dalam Kebangkitan Islam’ (1982) oleh Ismail bin Haji Salleh.

Selain itu, ia juga disebut oleh Abdullah Abbas Nasution dalam Islam 14 Abad dan manuskripnya diserahkan kepada penulis. Lihat juga Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman dalam Islam di Brunei Darussalam, cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, cetakan pertama, 1992, halaman 30.

Mendahului

Melihat kepada perbandingan tahun kedatangan di antara kedua-dua tokoh ini iaitu Syeikh Abdullah Arif di Aceh (560H/1165M) dengan Syeikh Abdullah al-Qumairi berserta 11 orang sahabatnya di Kedah, ini bermakna Syeikh Abdullah al-Qumairi di Kedah mendahului kedatangan Syeikh Abdullah Arif di Aceh lebih kurang 29 tahun.

Namun apabila dibandingkan pula dengan tarikh batu nisan Syeikh Abdul Qadir ibnu Husein Syah Alirah di Langgar, Kedah pada tahun 291H/903M dengan tulisan M. Junus Djamil yang menyebut bahawa kerajaan Islam telah lahir di Perlak tahun 225H/840M, yang dilihat perbezaannya adalah lebih kurang 66 tahun.

Oleh itu, apabila dilihat tahun-tahun tersebut perbezaannya tidak jauh. Walaupun dinyatakan oleh Haji Ibrahim Ismail bahawa kerajaan itu lebih kurang 300 tahun lebih awal dari kewujudan Kedah (Lihat Sejarah Kedah Sepintas Lalu, halaman 18).

Menurut buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan dipetik oleh Buyong Adil bahawa Syeikh Abdullah al-Qumairi dan 11 orang sahabatnya telah berhasil mengislamkan Raja Kedah yang kesembilan, iaitu Maharaja Derbar/Durbar Raja II yang ketika itu berkedudukan di Istana Bukit Meriam.

Namun, dalam Hikayat Merong Maha Wangsa, bukan raja yang kesembilan, tetapi adalah raja yang ketujuh. Nama raja juga berbeza, raja Kedah menurut hikayat tersebut bernama Phra Ong Maha Wangsa.

Nama baginda raja itu juga ditukar oleh Syeikh Abdullah al-Qumairi dari Maharaja Derbar/Durbar Raja II @ Phra Ong Maha Wangsa menjadi Sultan Muzaffar Syah I(mangkat pada 13 safar 575 Hijrah / 1179 M). Negeri Kedah pula diberi nama Kedah Darul Aman.

Pada hari pengislaman raja Kedah itu turut diislamkan pembesar-pembesar istana. Ini bererti dilakukan pengislaman secara massal.

Pengislaman terhadap rakyat pula diatur strategi bersama-sama di antara Syeikh Abdullah al-Qumairi berserta 11 orang sahabatnya, bahkan disertai Sultan Muzaffar Syah I sendiri. Dalam waktu yang singkat dan cepat, hasil kerjasama yang padu dan sepakat antara ulama (Syeikh Abdullah al-Qumairi) dengan umara (Sultan Muzaffar Syah I) tersebut, maka rakyat Melayu yang asal dalam kerajaan Kedah Darul Aman serta merta memeluk Islam kesemuanya.

Ini membuktikan kejayaan dakwah dan pendidikan Islam yang dijalankan oleh Syeikh Abdullah al-Qumairi yang benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab.

Oleh itu, secara langsung Syeikh Abdullah al-Qumairi adalah sebagai guru kepada Sultan Muzaffar Syah I, malah guru bagi pihak keluarga istana Sultan Kedah Darul Aman. Oleh kerana sangat kasih dan hormat Sultan Muzaffar Syah I kepada Syeikh Abdullah al-Qumairi, baginda melantik ulama tersebut sebagai orang tua dan penasihatnya.

Untuk mengembangkan lagi dakwahnya, Syeikh Abdullah al-Qumairi menyarankan supaya dibina sebuah menara sebagai tanda kebesaran Islam di puncak Gunung Jerai. Menara tersebut dijadikan sebagai tempat azan, untuk menyeru orang sembahyang. Maka, Sultan Muzaffar Syah I memerintahkan supaya dilaksanakan saranan ulama tersebut.


Wasiat

Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah al-Qumairi jatuh sakit dan ditakdirkan meninggal dunia beberapa hari selepas itu. Sebelum wafat, beliau sempat meninggalkan wasiat agar jenazahnya dikebumikan di tanah yang rata berdekatan dengan menara yang hampir siap itu. Sekitar kubur beliau itu dinamakan orang dengan Padang Tok Syeikh.

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri bin Utsman (tokoh yang menghidupkan Silat Abjad), pernah bercerita kepada murid-muridnya bahawa seorang wali Allah yang sangat terkenal iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Jilani pernah menziarahi kubur Syeikh Abdullah al-Qumairi beberapa kali. Beliau juga pernah sembahyang di tempat tanah lapang di Gunung Jerai itu.

Kisah mengenai Syeikh Abdul Qadir al-Jilani pernah menziarahi kubur Syeikh Abdullah al-Qumairi itu dapat diterima akal kerana wali Allah tersebut wafat dalam tahun 561H/166M sedangkan Syeikh Abdullah al-Qumairi wafat dalam sekitar tidak berapa lama setelah kedatangannya di Kedah itu (531H/1136M atau 1137M).

Mengenai Syeikh Abdullah Al-Qumairi

* Datang ke Kedah pada tahun 1136 atau 1137.

* Berasal dari Yemen.

* Mengislamkan maharaja Derbar/Durbar II di Istana Bukit Meriam.

* Menukar nama Raja kepada Sultan Muzaffar Shah I.

* Guru Sultan Muzaffar Syah I.

* Memberi nama Kedah Darul Aman.

* Mengarahkan dibina menara kebesaran Islam untuk azan di Gunung Jerai.

robotech Publish time 10-3-2010 01:09 PM

Sabah dulu adalah wilayah Brunei yg dihadiahkan Kesultanan Brunei pd Kesultanan Sulu, sehinggalah Kesultanan Sulu mempajakgadaikan Sabah kpd British North Borneo Company. Pd 1888, Sabah (atau pd ketika itu dikenali Borneo Utara) menjadi wilayah protectorate naungan Empayar United Kingdom.

Sarawak pula adalah wilayah jajahan takluk Kesultanan Brunei sehinggalah dihadiahkan kpd Sir James Brooke, & Brooke memulakan Dinasti Diraja Putih (White Rajah Dynasty) di Sarawak. Dinasti Diraja Putih Sarawak berterusan sehingga penaklukan Jepun pd perang dunia ke 2.

Tamat perang dunia ke 2, Sabah telah diambil alih British sepenuhnya & diisytihar sbg Koloni Diraja British (British Crown Colony). manakala di Sarawak, Rajah Charles Vyner Brooke telah dipaksa British menyerahkan Sarawak pd Britain, & Sarawak turut diisytihar sbg British Crown Colony termasuk Brunei. Waris Rajah Brooke, Rajah Anthony Brooke dihalau keluar krn menentang penyerahan Sarawak pd British, & dihalang memasuki Sarawak oleh pihak Britain sehinggalah setelah Sarawak akhirnya merdeka dibwh naungan Persekutuan Malaysia.

Drp sejarah kita dpt menyaksikan mengapa tiada perkataan Darul ditambah pd Sabah & Sarawak. Dgn Sabah bertukar Kesultanan selama 2 kali, dipajak pula pd syarikat kolonialis, & Sarawak pula diserah pd ketuanan Diraja Rajah Puteh, tak memungkinkan perkataan Darul yg seringkali dikaitkan dgn negeri bersultan Melayu Islam.
Pages: [1] 2
View full version: Sejarah 'Darul' di Malaysia


ADVERTISEMENT