shahjkc Publish time 24-3-2010 08:01 PM

Mcm sultan azlan gak... dia kan ada abg... tapi sebab abg dia tak berapa sihat n tak moo jadi raja bergelar...dapat lah gelaran kat dia... dah rezeki n tuah dia...

muneerah Publish time 24-3-2010 08:17 PM

nak tengok gamba....

nazurah Publish time 24-3-2010 08:20 PM

Pada tahun 1983, Raja Muda Raja Musa ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah mangkat, dan baginda telah dipilih oleh Dewan Negara Perak menjadi Raja Muda. Baginda merupakan penyandang jawatan Raja Muda yang paling singkat kerana dilantik menjadi Sultan Perak dalam tempoh lebih kurang lapan bulan sahaja.

tu camne raja azlan bleh jadi raja muda...sekaligus menjadi sultan perak lepas sultan idris mangkat...

sat aku google cari sape plak mangkat hingga raja nazrin boleh naik jadi raja muda...

nazurah Publish time 24-3-2010 08:27 PM

info menarik... baca ni dulu ekkk...


Pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara Perak. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga diRaja yang memerintah secara giliran. Keluarga yang dimaksudkan ialah dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah. Kebiasaannya sekiranya seorang Sultan pemerintah mangkat, bakal pemerintah menggantinya adalah daripada keluarga yang berikutnya, dan keluarga Sultan yang mangkat terpaksa menunggu akan giliran mereka untuk memerintah Negeri mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh Dewan Negara. Oleh itu apabila seseorang Sultan itu mangkat, seluruh keluarga baginda terpaksa mengosongkan Istana didalam masa 100 hari, dan Istana tersebut akan didiami pula oleh keluarga Sultan yang baru.

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun temurun sehingga yang akhir sekali. Undang-Undang Tubuh tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidal akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.

Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemetintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang Pertama.

Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara.

offwhite Publish time 25-3-2010 08:27 AM

off topic jap - almarhum sultan yusof ayahanda sultan azlan shah merupakan suami kepada allahyarham seniwati norizan yg juga bekas isteri seniman agung p.ramlee...

deknon Publish time 25-3-2010 10:02 AM

sb ade sistem giliran ni laa
di negeri Perak x de tuntutan hak sultan
sb sume keluarga berpeluang utk naik takhta
terpulang pd mereka nk jd atau tolak giliran saja
dan rasenye atas kesedaran ini jugak lah
kerabat Perak lebih cenderung utk menimba ilmu

offwhite Publish time 25-3-2010 10:50 AM

16# manfrotto

raja izzuddin anak sultan idris dgn first wife org kebanyakan...

watachiwa Publish time 25-3-2010 12:20 PM

sb ade sistem giliran ni laa
di negeri Perak x de tuntutan hak sultan
sb sume keluarga berpeluang utk naik takhta
terpulang pd mereka nk jd atau tolak giliran saja
dan rasenye atas kesedaran ini j ...
deknon Post at 25-3-2010 10:02 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
absolutely rite..
idak le amcam negeri2 lain..kome kalo anok sulong ..bapoknye raja/sultan konpem2 jadi sultan jugek..unless umo x panjang la..
so kalo x mo jadi pandai2 or keje best pon idak la mengape?..tapi kalo Perok ni..
sepupu sepapat pon leh naik tahta..kire tahta tu bukan hak mutlak satu famili la..n x de la istilah from 1st famili bagai...
m anak nazrin tu belum tentu jadik sultan..so kire salah lah paper kosmo ke harian metro? duk buat laporan waris kesultanan perak dilahirkan time Azlan juniro dilahirkan dulu..wallahualam

Len1960 Publish time 28-3-2010 03:07 AM

setaunye norizan tu isteri sultan idris bukannye sultan yusuf

nazurah Publish time 28-3-2010 07:11 AM

49# Len1960

Norizan dan Sultan Perak:
Kisah cinta paling klasik di kalangan artis tempatan dan golongan bangsawan barangkali ada kaitannya dengan bintang filem Melayu, Allahyarham Norizan dengan Almarhum Sultan Perak, Sultan Yusof pada tahun 50-an.

Norizan disunting oleh Sultan Yusof bagi menyerikan istana baginda setelah terpesona dengan baik budi dan kejelitaan wanita berwajah Melayu klasik ini.

Bagaimanapun, tidak pula dicatatkan berapa tahun Norizan bertahan sebagai permaisuri Perak sebelum pasangan diraja itu bercerai.

Sebentuk cincin biru yang kini disimpan di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Sultan Yusof kepada Norizan ketika kasih mereka bertaut.

nazurah Publish time 28-3-2010 08:25 AM

ini mungkin boleh explain bagaimana raja azlan menjadi sultan dan raja nazrin menjadi raja muda... lihat tarikh kemangkatan tu...

# Raja Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Ni’matullah Shah - Raja Muda of Perak (died 1983).
# Raja Ahmed Sifuddin Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadassallah - Raja Muda of Perak (died 1987).
# Raja Ahmad Hisham Ibni Almarhum Raja Abdul Malek - Raja Di Hilir of Perak (died 1997).

raja muda musa mangkat sebelum sultan idris, maka raja azlan naik satu tangga la...
kendian bila raja azlan jadi sultan... tahun 87 raja muda pada ketika itu pulak mangkat, so anakanda dia naik satu tangga lagi la kot...

source: blog sembang kuala...

tamara Publish time 28-3-2010 08:34 AM

Seniwati norizan ni memang cantik..setanding dengan maria menado...kasma booty etc.

jiejea Publish time 29-3-2010 06:23 PM

oooooooo.. fening gakkkk... :shakehead3:
tp da paham.... hehe.. thanx for the informer.. agaknya rezeki anak beranak Sultan Azlan Shah dgn nazrin la..

azmee06 Publish time 5-4-2010 01:44 AM

handsome gile.......saya dah book nak buat menantu......

agydeyn Publish time 5-4-2010 01:52 AM

ahahahah. TPP,untuk anakanda yang mana satu ?

eazzad Publish time 16-4-2010 12:10 PM

saya teringin nak tahu perkembangan semasa raja nazhatul shima.... siapa ada gambar dia?

Selma_Jeskova Publish time 18-4-2010 03:26 PM

kuatnye gene mat salleh noraini jane itu khennn??
walaupun atok/nenek jah yg pure mat salleh tapi cucu pun masih kuat gene mat salleh itu....
ini lebih kurang husband cousin ai la...mak dia minah salleh bapak melayu tapi adik beradek semua takde muka melayu...ada yg rambut blonde pelbagai

kamikazebelacan Publish time 18-4-2010 05:02 PM

Reply 7# watachiwa


aku lagi tak paham...dah kecil besar plak...ish..ish:shakehead3:

buahcinta Publish time 18-4-2010 07:40 PM

Reply 21# cmf_yipun78

noraini jane tak cam omputih, lebih kpd macam arab.

baby37 Publish time 19-4-2010 12:17 PM

Off topic - Sultan Azlan masa muda very handsome & aktif sukan esp hoki. Tp anak2 bgnda xde sorang pun mcm tu.
Pages: 1 2 [3] 4
View full version: Raja Kechil Tengah Perak


ADVERTISEMENT