hh_hs Publish time 5-4-2010 09:51 AM

Utusan Online

Kehidupan 20 keluarga kini bercahaya
Oleh HANIZA HASSAN
editjohor@utusangroup.com.my

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0405/Utusan_Malaysia/Johor/wj_01.1.jpg
Alia Nabila Sungib (kiri) memetik suis lampu sambil ahli keluarganya menunjukkan tanda bagus pada majlis penyerahan bekalan elektrik di Kampung Sentosa Dua, Masai, Johor Bahru, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



JOHOR BAHRU 4 April - Penantian 20 keluarga di Kampung Sentosa Dua, dekat sini selama 30 tahun untuk mendapatkan bekalan elektrik tercapai hari ini melalui pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang melibatkan kos RM1.9 juta.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor, Datuk Mohd. Aminuddin Mohd. Amin berkata, perbelanjaan tersebut melibatkan penyediaan 55 tiang elektrik dan kerja-kerja lain bagi menaik taraf kemudahan sedia ada.

Beliau berkata, projek berkenaan telah dimulakan pada penghujung 2009 dan ia dapat disiapkan sepenuhnya awal Mac lalu.

"Projek berkenaan melibatkan 20 rumah dan kos RM1.9 juta dengan purata kos setiap rumah adalah RM100,000.

"Diharapkan penduduk Kampung Sentosa Dua dapat menjalankan kehidupan mereka lebih selesa dan ceria memandangkan tidak perlu memikirkan tentang masalah elektrik lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bekalan elektrik kepada penduduk kampung berkenaan, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram.

Selain itu, ADUN Putriwangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman turut hadir.

Dalam tempoh 30 tahun, penduduk kampung terpaksa menggunakan generator sebagai sumber bekalan elektrik mereka yang ternyata bukan sahaja menyukarkan aktiviti seharian dilaksanakan tetapi melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi ketika bahan api seperti diesel dan petrol meningkat.

Mereka juga terpaksa berhadapan dengan saat-saat getir apabila generator 'turun-temurun' yang digunakan sejak beberapa generasi rosak kerana ia melibatkan kos pembaikan yang tinggi.

Berkenaan pembinaan lampu jalan pula, penduduk kampung perlu membuat permohonan menerusi beberapa saluran sebelum diluluskan di bawah peruntukan lampu jalan kampung.

Sementara itu, Maulizan ketika ditemui berkata, penyerahan bekalan elektrik kepada penduduk kampung itu adalah mencerminkan kepekaan kerajaan terhadap kehendak rakyat selaras dengan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, dengan adanya bekalan elektrik itu, akan lebih ramai penduduk yang dahulunya telah berpindah ke luar balik untuk membina rumah di kampung berkenaan apatah lagi kedudukannya yang begitu hampir dengan pembangunan dan kawasan Pasir Gudang.

Menurutnya, proses yang agak lama perlu ditempuh oleh TNB ekoran jumlah rumah yang sedikit selain proses meminta izin daripada pemilik tanah persendirian yang terdapat di kawasan ini.

"Sebelum ini tanah yang didiami penduduk adalah asalnya tanah kerajaan yang diteroka untuk tujuan pertanian, apabila telah ada beberapa unit rumah didirikan, penduduk mula memohon untuk pemilikan.

"Setelah dipertimbangkan, kerajaan telah memberikan hak milik kepada penduduk tersebut pada tahun 2004," katanya lagi.

Tambah Maulizan, dengan adanya bekalan elektrik tersebut, diharapkan penduduk boleh menjalankan kegiatan seharian dengan lebih selesa manakala para pelajar boleh menggunakan kemudahan asas tersebut dengan sewajarnya bagi peningkatan kecemerlangan

hh_hs Publish time 5-4-2010 09:52 AM

Utusan Online

PGM tahan tekong, 22 pendatang asing

JOHOR BAHRU 4 April - Pasukan Gerakan Marin (PGM) menahan 22 pendatang tanpa izin dari Indonesia dan seorang tekong pemastautin tetap yang cuba menyusup masuk ke negara ini di Tanjung Balau, Kota Tinggi, malam tadi.

Komander Markas PGM Wilayah 2, ACP Mohd. Khamsani Abd. Rahman berkata, hasil maklumat risikan, pihaknya mengesan sebuah bot laju gentian kaca dalam keadaan mencurigakan di 1.5 batu nautika di perairan Tanjung Balau.

Katanya, sebaik sahaja dihampiri, bot tersebut tiba-tiba memecut laju ke arah pantai tetapi bagaimanapun mereka dapat ditahan pada kira-kira 11 malam.

Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa 13 pendatang tanpa izin lelaki berusia 21 hingga 50 tahun dan sembilan wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun serta tekong berusia 46 tahun, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Khamsani berkata, sebuah lagi bot laju yang membawa pendatang tanpa izin berjaya melarikan diri dalam keadaan cuaca gelap dan hujan lebat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut mengikut Seksyen 6(1) dan Seksyen 5(2) Akta Imigresen (Pindaan) 2002 kerana tiada dokumen perjalanan sah selain memasuki negara ini melalui pangkalan yang tidak diwartakan.

Katanya, tekong berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 55(A)(1) akta yang sama kerana membawa masuk pendatang tanpa izin ke negara ini secara haram.

PGM turut merampas bot berukuran 8.23 x 1.98 meter dengan enjin sangkut jenis Yamaha 200 kuasa kuda itu. - BERNAMA

hh_hs Publish time 5-4-2010 09:54 AM

Utusan Online

Luaskan jaringan perniagaan JB-Singapura

JOHOR BAHRU 4 April - Golongan peniaga bumiputera perlu bijak menggunakan peluang meluaskan jaringan hubungan perdagangan dengan bekerjasama dengan usahawan Singapura.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ini kerana kedudukan Johor Bahru yang terletak bersempadan dengan Singapura memberi banyak kelebihan kepada peniaga tempatan untuk membawa produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa.

"Di Singapura terdapat banyak syarikat gergasi multinasional yang membuka pejabat di sana.

"Ini perlu diambil kesempatan oleh usahawan tempatan kerana jika mereka mendapat maklumat yang tepat mengenai peluang di sini, maka sudah tentu ia membantu jaringan perniagaan yang lebih besar," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai kepada para pemberita di sini semalam.

Nur Jazlan memberitahu, Johor Bahru dan Singapura merupakan lokasi strategik yang mempunyai pelbagai kelebihan untuk kepentingan kedua-dua pihak sekiranya peluang-peluang baru boleh diterokai secara bersama.

Menurutnya, ini termasuk bekerjasama dalam pelbagai sektor yang boleh diterokai dalam wilayah pembangunan Iskandar Malaysia.

Katanya, ia disemarakkan lagi dengan hubungan erat yang semakin kukuh antara kerajaan Malaysia dan Singapura termasuk melibatkan beberapa pertemuan tertinggi kedua-dua belah negara.

"Antara kelebihan untuk menarik pelabur dari Singapura atau pelabur lain yang beribu pejabat di negara itu ialah kerana Johor Bahru menawarkan kos buruh lebih murah berbanding di sana," jelasnya.

teessot Publish time 6-4-2010 08:08 AM

Post Last Edit by teessot at 6-4-2010 08:11

UTUSAN ONLINE

Tekanan mental punca ibu tikam 2 anak dengan gunting

BATU PAHAT 5 April ?Akibat dipercayai mengalami tekanan mental yang serius, seorang ibu tergamak menikam dua anaknya dengan gunting sehingga cedera di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah, di sini hari ini.

Kejadian disedari oleh suami mangsa, Hamidun Amin, 40, yang terjaga daripada tidur apabila terdengar kedua-dua anaknya, Mohd. Hazim Irsad, 8, dan Zahirul Imran, 10, menjerit kesakitan.

Hamidun yang bekerja sebagai jurutera lantas bergegas ke bilik tersebut dan mendapati isterinya, berusia 39 tahun, sedang memegang gunting dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, bagaimanapun wanita terbabit berjaya ditenangkan oleh suaminya.

Katanya, kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Batu Pahat dan menerima beberapa jahitan.

揝eorang lagi anak lelaki pasangan itu yang berusia enam tahun turut berada di bilik berkenaan tetapi tidak dicederakan.

揥anita itu dipercayai mengalami tekanan mental serius dan pernah beberapa kali cuba membunuh diri tahun lalu,?katanya semasa melawat kedua-dua mangsa di Hospital Batu Pahat.

Menurut beliau, siasatan turut mendapati wanita terbabit baru melahirkan bayi perempuan yang mengalami sindrom Down, kira-kira dua minggu lalu.

Katanya, selang beberapa hari kemudian, bapa wanita itu pula meninggal dunia.

揇ia kini ditempatkan di Wad Psikiatri Hospital Batu Pahat dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,?katanya.

Sementara itu, ibu saudara kedua-dua mangsa, Hamidah Amin, 46, memberitahu, dia bergegas ke hospital sejurus dimaklumkan kejadian tersebut.

Dia tidak menyangka kejadian itu berlaku memandangkan adiknya telah beberapa kali membawa isterinya mendapatkan rawatan.

揑ngatkan keadaan sudah pulih, tambahan pula selepas rawatan tersebut, isterinya didapati hamil dan baru sahaja melahirkan bayi 26 Mac lalu.

揝aya tidak pasti pula jika kelahiran anaknya yang dilahirkan sindrom Down serta kematian bapanya 31 Mac lalu, menjadikannya kembali tertekan,?katanya.

teessot Publish time 6-4-2010 08:10 AM

UTUSAN ONLINE

K.B Enviro sasar RM60 juta

JOHOR BAHRU 5 April - Syarikat pengurusan sisa buangan minyak kapal, K.B Enviro Sdn. Bhd. menyasarkan pendapatan kira-kira RM60 juta dalam tahun pertama operasi selepas pengambilalihan syarikat itu dilaksanakan pada Februari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru, Datuk Megat Fairuz Tan Sri Megat Junid berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya di Teluk Ramunia, Pengerang dekat sini.

"Sejak beroperasi Februari lalu, sambutan amat menggalakkan diterima daripada agen kapal, syarikat pemilik dan pengendali kapal laut.

"Keadaan ini dijangka berterusan kerana syarikat kami menawarkan harga 40 peratus lebih rendah, berbanding harga pasaran di negara jiran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengikuti program meninjau peluang perniagaan dan pelaburan bersama para usahawan Singapura di Danga Bay di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Megat Fairuz berkata, K.B Enviro merupakan syarikat tunggal di di Asia Tenggara yang memiliki lesen dan kepakaran merawat sisa buangan dan melakukan proses enap cemar minyak kapal untuk dikitar semula menggunakan teknologi canggih.

Katanya, kilang syarikat yang terletak di Teluk Ramunia, bukan sahaja memproses dan menapis semula minyak sebelum dijual untuk kegunaan industri tetapi juga bertujuan membantu mengatasi pencemaran laut akibat pembuangan sisa kapal.

"Isu pencemaran di perairan Pengerang adalah akibat perbuatan kapal-kapal membuang sisa minyak ke laut kerana harga melupus sisa itu sebelum ini terlalu mahal.

"Tetapi kini K.B Enviro menawarkan harga yang lebih murah dan sekali gus kapal-kapal ini tidak lagi membuang sisa minyak ke tengah laut tetapi akhirnya terdampar di pesisiran pantai," jelasnya.

Menurutnya, syarikat menggunakan teknologi terkini dan berkonsep mesra alam yang dibawa daripada China dan Eropah bagi memastikan alam sekitar terpelihara daripada pencemaran minyak kapal.

Beliau berkata, pihaknya telah melabur RM20 juta bagi mengambil alih syarikat berkenaan dan merancang menambah pelaburan sebanyak RM15 juta lagi dalam masa terdekat bagi mengembangkan operasinya.

Katanya, pelaburan tersebut membabitkan kos membaiki dan pembelian beberapa peralatan dan mesin, mengubah suai kilang tersebut yang beroperasi di tapak seluas 10.5 hektar dengan 40 pekerja.

hh_hs Publish time 6-4-2010 09:33 AM

Post Last Edit by hh_hs at 6-4-2010 09:35

Harian Metro

Ibu tikam dua anak
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my

2010/04/06      BATU PAHAT: Akibat menghadapi tekanan perasaan dan sentiasa dirundung kekecewaan termasuk melahirkan anak cacat, seorang wanita yang masih dalam pantang bertindak luar dugaan menikam dua anaknya dengan gunting ketika mereka nyenyak tidur di rumahnya di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah di sini, awal pagi semalam.

Suri rumah berusia 39 tahun itu dikatakan pernah menerima rawatan sakit mental setahun lalu, tetapi pulih hingga melahirkan anak kelima iaitu bayi perempuan tunggal, 26 Mac lalu.

Bagaimanapun, lima hari selepas melahirkan, bapanya meninggal dunia menyebabkan wanita itu dikatakan tertekan, manakala bayi perempuannya disahkan menghidap sindrom Down dan kini masih di bawah jagaan Hospital Batu Pahat (HBP) di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek memasuki bilik anaknya yang sedang tidur sebelum menikam belakang mereka menggunakan gunting.

“Mangsa yang masing-masing berusia 10 dan lapan tahun, menjerit kesakitan akibat tikaman itu menyebabkan suami suspek yang tidur di bilik utama terjaga.

“Suami suspek, seorang jurutera berusia 40 tahun, meluru ke bilik anaknya dan mendapati isterinya memegang gunting manakala kedua-dua anaknya menangis kesakitan.

dynaz_zhalia Publish time 6-4-2010 02:27 PM

Jumlah pelancong ke Johor naik
Utusan

JOHOR BAHRU 5 April - Johor mencatatkan peningkatan sebanyak satu peratus dalam kedatangan pelancong pada tahun lalu berbanding 2008.

Jumlah pelancong yang melawat negeri ini pada tahun lalu seramai 23.6 juta orang berbanding 22.5 juta pada 2008.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri serta Hal Ehwal Pengguna negeri, Hoo Seong Chang berkata, peningkatan tersebut menunjukkan perkembangan positif biarpun negara dilanda pelbagai krisis termasuk masalah ekonomi dan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

Menurutnya, pada tahun ini, pihaknya menyasarkan lebih ramai pelancong dalam dan luar berkunjung ke negeri ini apatah lagi dengan penganjuran 13 aktiviti bertaraf domestik dan antarabangsa.

"Saya percaya dengan penganjuran pelbagai aktiviti bertaraf antarabangsa dan domestik ia mampu menarik lebih ramai pelancong sekali gus mempromosikan tempat-tempat menarik di negeri ini.

"Penganjuran acara pelancongan seperti Festival Layang-Layang Antarabangsa, sukan papan luncur selain keindahan pulau-pulau, peninggalan sejarah lama dan produk agro nyata memberi kelebihan kepada Johor untuk dilawati," katanya pada sidang akhbar Kejohanan Rally Asia Pacific 2010 (APRC) dan Kejohanan Rally Malaysia di sini hari ini.

Pada tahun ini sasaran pelancongan lebih tertumpu pada 'mengajak' pelancong dari dua buah negara iaitu Korea dan China melawat negeri ini.

Seong Chang memberitahu, pihaknya telah mengadakan jalinan perniagaan sempena karnival pelancongan negara berkenaan bagi menyebarkan maklumat mengenai Johor kepada rakyat di kedua-dua negara berkenaan.

dynaz_zhalia Publish time 6-4-2010 02:29 PM

Cedera ringan walau Kancil terputus dua
Utusan
http://www.utusan.com.my/pix/2010/0406/Utusan_Malaysia/Johor/wj_05.1.jpg
Abd. Talib Bakri (kiri) menyaksikan keretanya yang terputus dua akibat dirempuh Proton Persona di Kilometer 48, Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, Mersing, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



KOTA TINGGI 5 April - Berpantang maut sebelum ajal.

Meskipun kereta yang dipandunya terputus dua dalam kemalangan di Kilometer 48 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti di sini semalam, seorang lelaki terselamat dalam nahas itu.

Malah mangsa yang berusia 35 tahun hanya cedera di tangan walaupun kereta Perodua Kancil tersebut berpusing sebanyak empat kali sebelum dilanggar oleh Proton Persona dari arah sama.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika Abd. Talib Bakri dari Felda Bukit Aping Timur di sini, memandu bersendirian ke Bandar Kota Tinggi untuk bertemu rakannya.

Menurut Abd. Talib, bagaimanapun jalan licin ekoran hujan lebat mengakibatkan keretanya tiba-tiba gagal dikawal lalu terbabas ke kanan jalan.

"Semasa kereta berpusing, saya sempat mengelak sebuah kereta Proton Wira dari arah bertentangan tetapi dilanggar Proton Persona dari arah sama menyebabkan kereta saya terputus dua.

"Mujur saya memakai tali pinggang keselamatan dan hanya menutup muka ketika dilanggar kereta Persona itu," kata bapa kepada dua anak itu.

Menurutnya, dia masih berada di tempat duduk pemandu semasa keretanya terputus dua.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot yang dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ujarnya, kedua-dua pemandu dan penumpang terlibat dalam kemalangan tersebut terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

dynaz_zhalia Publish time 6-4-2010 02:30 PM

‘Dah 2 tahun tak terima bantuan’

Oleh NOR AZAN FITRI
AHMAD HIDZIR
editjohor@utusangroup.com.my

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0406/Utusan_Malaysia/Johor/wj_04.1.jpg
Abdul Halim Suleiman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan JKM kepada Wan Nit@Ramlah Mohammad ketika melawat warga emas itu di rumahnya di Kangkar Tebrau, Johor Bahru, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



JOHOR BAHRU 5 April – “Sebelum ini saya pernah dapat bantuan daripada kerajaan selepas masalah banjir besar dulu tetapi sejak dua tahun lalu tak pernah dapat.”

Begitu luahan seorang warga emas, Wan Nit@Ramlah Mohammad, 78, yang tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Kangkar Tebrau di sini.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah mendapat bantuan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi setelah tamat tempoh itu dia tidak berkesempatan untuk memperbaharui tempoh penerimaan bantuan tersebut kerana tidak sihat.

Dia yang tinggal bersendirian hanya mampu bergerak di sekitar kawasan kediamannya dengan bantuan orang lain kerana sudah tidak mampu bergerak.

“Sepanjang tempoh itu saya hanya bergantung hidup sepenuhnya kepada anak perempuan yang bekerja di sebuah kilang di sini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman yang melawat mangsa turut menyampaikan sumbangan hamper barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan sebagainya.

Beliau berkata, kes berkenaan akan dirujuk segera kepada JKM untuk tindakan susulan dan pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan Wan Nit bagi memastikan kebajikannya terjaga.

Menurutnya, Wan Nit merupakan salah seorang daripada 10 individu di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang diberikan bantuan melalui Program Jejak Kasih Desa anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Johor Bahru.

Katanya, program itu merupakan salah satu kaedah yang digunakan pihaknya untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada individu yang berkelayakan di samping melihat sendiri masalah yang dihadapi mereka.

“Melalui kaedah ini, kita dapat menyalurkan bantuan secara terus dan pada masa yang sama boleh menyegerakan proses bantuan JKM kepada mereka yang berkenaan,” katanya.

blackpurple Publish time 6-4-2010 06:21 PM

Kalau boleh 'bold'kan sekali point2 menarik eh....

dynaz_zhalia Publish time 6-4-2010 07:28 PM

50# blackpurple

baikkk bosss!! :loveliness::loveliness:

teessot Publish time 7-4-2010 09:12 AM

Post Last Edit by teessot at 7-4-2010 09:13

mstar online

Selasa April 6, 2010

Mohd Ridzuan Dinobat Olahragawan UTM

SKUDAI: Penuntut Tahun 3 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mohd Ridzuan Abd Halim dinobatkan sebagai Olahragawan UTM 2009 pada Majlis Anugerah Sukan UTM yang berlangsung di Kompleks Sukan UTM, di sini baru-baru ini.

Selain mewakili UTM bagi acara mendayung, beliau juga mewakili negara ke sukan SEA di Korat Thailand dan meraih pingat gangsa pada Kejohanan Terbuka Singapura 2009 serta mendapat tempat ketiga peringkat kumpulan di South East Asia Rowing Federation 2009 sekali gus melayakkan beliau menerima anugerah tersebut.

Beliau kini sedang membuat persediaan bagi menyertai Sukan SEA di Indonesia dan World Rowing University Games pada bulan Ogos di Hungary.

Sementara itu, Yeoh Mei Yen, pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan pula telah dianugerahkan Olahragawati UTM 2009 pada majlis yang sama.

Beliau yang merupakan ketua pasukan bagi pasukan bola tampar UTM telah berjaya memimpin pasukan untuk menjadi johan sukan MASUM 2009.

Antara lain pencapaian pasukan beliau sepanjang 2009 adalah menjadi johan pada kejohanan Terbuka Mizuno di Johor Bahru, Terbuka UTM, dan Terbuka Melaka dan Naib Johan di Terbuka Muar.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) Profesor Dr Mohd Tajudin Ninggal dan merupakan acara tahunan bagi menghargai sumbangan para atlet yang telah mengharumkan nama UTM dan negara amnya.

Majlis yang bermula jam 8.30 malam ini bertujuan menghargai sumbangan para atlet UTM yang mengharumkan nama UTM sepanjang tahun lepas.

SENARAI NAMA PEMENANG ANUGERAH SUKAN 2009 UTM:

1. PENGURUS WANITA TERBAIK - WONG SIN YIN (BOLA TAMPAR)

2. PENGURUS LELAKI TERBAIK - ONG WEI XIANG (OLAHRAGA)

3. PASUKAN TERBAIK WANITA - PASUKAN BOLA TAMPAR

4. PASUKAN TERBAIK LELAKI - PASUKAN ROWING

5. ATLET HARAPAN WANITA - NG SHER FEN (BOLA TAMPAR)

6. ATLET HARAPAN LELAKI - MOHD FAIZ ALI (RAGBI)

7. OLAHRAGAWATI - YEOH MEI YAN (BOLA TAMPAR)

8. OLAHRAGAWAN - MOHAMAD RIDZUAN ABD. HALIM (ROWING)

hh_hs Publish time 7-4-2010 09:36 AM

‘Hayati keindahan Islam’
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
editjohor@utusangroup.com.my

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0407/Utusan_Malaysia/Johor/wj_01.1.jpg
Dr. Mohd. Noh Dalimin (kanan) menyampaikan replika cek wang zakat KUTECH Sdn. Bhd. kepada Sheikh Ahmad Faisal Mohammed di UTHM, Batu Pahat , Johor, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BAHRU 6 April – Warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diseru menghayati keindahan Islam yang mencakupi segala aspek kehidupan khususnya dari sudut akidah, ibadat, muamalat, akhlak, ilmu dan sebagainya.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, selain itu, penekanan kepada sifat amanah juga penting kerana tanpanya, seseorang akan menjadi perosak kepada organisasi yang disertainya.

“Bagi memenuhi pengertian amanah maka kita perlu berlumba-lumba menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh dan penuh integriti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul universiti itu anjuran Pusat Islam UTHM di Batu Pahat dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Rugayah Mohamad; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Alumni), Prof. Amir Hashim Mohd. Kassim dan Pengarah Pusat Islam, Prof. Syed Muhammad Dawilah Al Edrus.

Menurutnya, mereka yang amanah tidak akan memandang ringan terhadap sesuatu tugas yang telah diarahkan malah melakukan tanggungjawab itu lebih daripada jangkaan.

“Seseorang yang amanah di dalam pekerjaan akan sentiasa mencari keredaan Allah berbanding pangkat dan imbuhan malah mereka akan sentiasa menjaga rahsia organisasi dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan penyelewengan,” ujarnya.

Beliau berkata, UTHM adalah organisasi pembelajaran yang ditubuhkan dengan amanah untuk melahirkan dan melatih ahli profesional serta teknologi yang mempunyai sahsiah mulia dan berdaya saing di arena global melalui program holistik, pembudayaan ilmu serta penyelidikan yang berteraskan konsep tauhid.

“Selain dari itu, kita juga bertanggungjawab bagi mengangkat martabat negara dalam bidang pendidikan seperti dalam bentuk penyelidikan dan pembangunan ilmu dan inilah amanah yang perlu dipenuhi bersama,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua warga UTHM dapat sama-sama memikul amanah yang diberikan dalam usaha memartabatkan UTHM sebagai sebuah universiti berwibawa dan dihormati di persada dunia.

Majlis sambutan berkenaan diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Sheikh Ahmad Faisal Mohammed.

Pada majlis itu juga berlangsung penyerahan wang zakat dari anak syarikat UTHM iaitu KUTECH Sdn. Bhd. sebanyak RM30,000 kepada MAINJ serta penyerahan zakat dari pihak Takaful Etiqa kepada 150 orang mahasiswa UTHM melibatkan jumlah keseluruhan RM 70,000.

Sebelum itu, lebih 1,000 mahasiswa dan staf telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat universiti itu.

Perarakan yang melibatkan 32 kumpulan kelab dan persatuan dalam UTHM ini diketuai Pendaftar UTHM, Sulam Hamid dan turut disertai para pelajar antarabangsa.

hh_hs Publish time 7-4-2010 09:39 AM

Post Last Edit by hh_hs at 7-4-2010 09:40

Utusan Online

6 kedai era perang musnah terbakar


http://www.utusan.com.my/pix/2010/0407/Utusan_Malaysia/Johor/wj_05.1.jpg
Ahmad Maslan (kiri) meninjau keadaan rumah kedai era perang yang terbakar di Pekan Benut, Pontian, awal pagi semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

PONTIAN 6 April - Sebanyak enam buah rumah kedai sederet yang mula digunakan sejak zaman Perang Dunia Kedua di pekan Benut dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu, kesemua enam pemilik kedai dan tiga penyewa mengalami kerugian yang dianggarkan berjumlah RM500,000.

Seorang pemilik kedai, Lua Sua, 57, berkata, dia adalah orang pertama menyedari kebakaran itu yang bermula di kedai jirannya.

"Saya terus kejutkan isteri dan anak-anak apabila terbau asap dan api di kedai sebelah. Saya cuba padam api dengan air tapi tak dapat kerana ia cepat marak," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, mereka enam sekeluarga hanya dapat menyelamatkan surat beranak, namun dia bersyukur kerana kesemua ahli keluarganya terselamat.

Sementara itu, pengusaha kedai makan, Noraini Ambok Loloh, 45, terkejut apabila menerima panggilan daripada rakannya yang memberitahu kedainya terbakar.

"Saya terus datang sebaik sahaja terima panggilan, tetapi tak dapat buat apa-apa kerana api marak dan kedai hangus.

"Saya tak dapat selamatkan apa-apa termasuk wang tunai RM7,000 yang ada dalam kedai. Saya rugi lebih RM10,000 termasuk kos peralatan memasak yang ada dalam kedai," katanya.

Dalam pada itu kesedihan sembilan mangsa kebakaran itu sedikit terubat dengan kunjungan dan bantuan segera yang dihulurkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, selain memberi sumbangan, beliau akan membantu dengan memberi sokongan supaya pihak Majlis Daerah Pontian menjalankan pembangunan sesuai di kawasan berkenaan.

Beliau juga akan meminta Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) supaya mengatasi segera masalah tekanan air rendah di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Pegawai Tingkatan Kanan Bomba dan Penyelamat Pontian, Ahmad Safar memberitahu, jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM500,000 dan punca kebakaran masih disiasat.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.52 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira setengah jam kemudian.

"Sewaktu kami tiba, api sedang marak dan pasukan bomba sukarela giat memadam kebakaran.

"Ketika itu, angin kencang bertiup dari laut ke daratan, namun kita dapat mengawal kebakaran supaya tidak merebak ke kedai lain," katanya sambil memberitahu pihaknya turut dibantu pasukan bomba dari Balai Rengit.

dynaz_zhalia Publish time 7-4-2010 10:57 AM

Johor: Jalan licin ancam nyawa
Oleh Ahmad Othman
bhnews@bharian.com.my
2010/04/07
Lori angkut buah sawit di Felda Semenchu menyebabkan laluan berminyak

KOTA TINGGI: Masalah permukaan jalan licin dan berminyak di Felda Semenchu di sini, didakwa terus berulang walaupun jalan sepanjang tiga kilometer di kampung berkenaan sudah diturap oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beberapa bulan lalu. Penduduk Felda berkenaan mendakwa masalah yang berlarutan sejak bertahun lalu berpunca daripada kegiatan lori pengangkut buah sawit yang keluar dari kilang sawit di tanah rancangan itu tidak dibersihkan sehingga menyebabkan jalan berminyak dan licin. Ketua Kampung Felda Semenchu, Omar Dean, 60, berkata pihaknya percaya masalah itu berpunca daripada buah sawit yang diturunkan ke kilang itu terlerai jatuh ke permukaan jalan sebelum dilanggar tayar lori yang kemudian keluar semula ke jalan utama hingga mengakibatkan permukaan jalan raya disaluti lapisan minyak.

“Masalah berkenaan menyebabkan kerugian harta benda dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Ia semakin ketara sejak setahun lalu terutama ketika hujan hingga menyebabkan banyak kenderaan hilang kawalan dan menyebabkan kemalangan.

“Sebelum ini, kereta dipandu seorang guru wanita terbabas dan nyaris jatuh gaung, penunggang motosikal cedera akibat terjatuh dan kereta dilanggar dari belakang oleh sebuah lori apabila hilang kawalan akibat permukaan jalan licin.
“Ia semua berlaku kerana lapisan minyak di permukaan jalan yang dikesan berpunca dari kilang sawit yang beroperasi di tanah rancangan ini,” katanya ketika ditemui bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Pengerang, Mohd Nazar Toganis, Abd Karim Ghani dan Yaakub Ishak meninjau keadaan persimpangan jalan utama ke kilang sawit di situ.
Omar berkata, masalah jalan licin dan berminyak itu sering dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKP) dengan pihaknya turut membawa masalah berkenaan ke pengetahuan pihak berwajib.

Katanya, sebagai penyelesaian awal, JKR sudah menurap jalan berkenaan sejauh tiga kilometer beberapa bulan lalu dan masalah itu dapat diatasi buat sementara.
“Bagaimanapun, selepas beberapa lama, lapisan minyak kembali meliputi permukaan jalan menyebabkan masalah jalan licin itu berulang semula.

“Namun, penduduk juga berterima kasih kepada pengurusan kilang itu yang mengambil inisiatif memasang papan tanda amaran permukaan jalan licin di jalan utama itu,” katanya sambil mendakwa penduduk kini terpaksa memandu berhati-hati ketika melalui Kilometer 2 dan jalan masuk utama ke Felda Semenchu.

Selain itu, mereka yang hadir dalam tinjauan berkenaan bersependapat pihak pengurusan kilang perlu mengambil langkah memastikan roda lori dibersihkan daripada kesan minyak sawit terlebih dulu sebelum keluar ke jalan utama atau jalan keluar kilang itu ditabur habuk batu kuari untuk menyerap minyak.

teessot Publish time 8-4-2010 01:57 AM

UTUSAN ONLINE

Dr. Salina Malar bantu tangani isu pembuangan bayi

JOHOR BAHRU 6 April - Kerjaya sebagai doktor memberi peluang kepada Dr. Salina Malar Abdullah, 64, untuk mendekatkan diri dengan masyarakat termasuk membantu menangani isu kehamilan luar nikah bagi membendung gejala pembuangan bayi.

Menurut beliau, tugasnya yang dapat bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat mendedahkannya terhadap masalah wanita hamil luar nikah yang meminta pertolongan memelihara bayi selepas kelahiran.

Katanya, beliau berasa terpanggil untuk membantu dengan mengambil bayi-bayi seperti itu sebagai anak angkat apabila memikirkan nasib bayi tersebut pada masa depan dan bimbang mereka menjadi mangsa dibuang oleh ibu kandung sendiri.

"Saya hanya mengambil anak-anak tersebut untuk dibela dengan izin ibunya, daripada dibuang tidak tentu hala. Bukan saya hendak menggalakkan perbuatan tidak bermoral dengan menjaga anak-anak tersebut.

"Pada saya anak-anak itu tidak bersalah, biarlah mereka membesar seperti orang lain. Tidak kira bangsa atau agama, kalau yang datang untuk meminta tolong daripada saya, pasti saya tolong," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Tiram di Ulu Tiram di sini baru-baru ini.

Salina Malar berkata, proses mengambil anak angkat setiap bayi itu daripada ibu kandungnya dilakukan mengikut proses undang-undang bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini pada masa depan.

Beliau berkata, setiap bayi yang diserahkan kepadanya walaupun daripada pelbagai keturunan, tetap dibesarkan sebagai seorang Islam dengan penuh kasih sayang.

"Saya menganggap bayi-bayi tersebut bukan sebagai anak angkat kerana saya menjaga mereka seperti anak sendiri. Sebab itulah kalau bayi lelaki, saya akan letak Shaik di pangkal nama dan di hujung nama untuk bayi perempuan.

"Saya tidak pernah membezakan mereka, biar apa warna kulit sekali pun. Wanita-wanita yang datang kepada saya, ada yang merupakan rakyat tempatan dan ada juga dari luar negara," katanya.

Menurutnya, meskipun anak-anak tersebut ditempatkan di kediamannya, ibu kandung masih boleh datang melawat kerana beliau tidak mahu menghalang kasih sayang antara ibu dan anak.

Namun katanya, untuk membesar anak-anak tersebut bukanlah mudah kerana ia memerlukan kos yang besar sebab mereka akan bersamanya tanpa batasan usia.

"Setakat ini saya banyak mendapat sokongan rakan-rakan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak henti-henti menghulur bantuan tenaga atau kewangan untuk Pusat Jagaan Shaik ataupun nama asalnya Persatuan Kebajikan Tiram.

"Kalau ada pihak yang sudi untuk menghulur bantuan, saya amat mengalu-alukannya kerana sekarang saya ada lima anak berusia antara tiga bulan hingga 19 tahun," katanya yang juga mempunyai dua anak kandung.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubunginya di talian 019-7711907 atau melayari laman web www.pkt.org.my

teessot Publish time 8-4-2010 02:03 AM

UTUSAN ONLINE

Meniarap selamatkan kanak-kanak mangsa tikam

BATU PAHAT 6 April - Tindakan dua beradik tidur meniarap mungkin menjadi 'penyelamat' buat mereka daripada mengalami kecederaan serius akibat ditikam dengan gunting oleh ibu kandung yang dipercayai mengalami masalah mental, semalam.

Jika kanak-kanak itu tidur terlentang, mereka mungkin mengalami kecederaan yang lebih teruk sekiranya tikaman itu mengenai organ di bahagian depan tubuh.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa mangsa bernasib baik kerana tidur meniarap kerana tikaman itu hanya mengenai bahagian belakang badan.

"Doktor memberitahu polis, jika kanak-kanak itu tidur terlentang, mungkin tikaman akan mengenai organ hadapan sekali gus menyebabkan kecederaan yang lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, dua beradik malang itu ditikam ibu mereka menggunakan gunting ketika sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, ibu kanak-kanak tersebut dipercayai mengalami tekanan mental dikatakan menikam belakang badan Zahirul Imran, 10, dan Mohd. Hazim Irsad, 8, manakala seorang lagi anaknya yang berusia enam tahun tidak dicederakan.

Menurut Ibrahim, pihaknya masih menunggu laporan lengkap berhubung tahap kesihatan mental wanita itu daripada pihak hospital untuk membantu siasatan.

teessot Publish time 8-4-2010 02:10 AM

UTUSAN ONLINE

BN beri fokus penerangan 1Malaysia, MEB

PONTIAN 6 April - Kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini akan memberi fokus kepada penerangan mengenai kepentingan dan manfaat gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru (MEB) kepada rakyat dan negara ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, BN juga akan menekankan mengenai konsep perkongsian kuasa yang diamalkan selama ini kepada pengundi pelbagai kaum di kawasan berkenaan.

"Perkara penting rakyat hendak tahu ialah mengenai gagasan 1Malaysia, MEB dan program transformasi yang menguntungkan rakyat serta dasar-dasar kerajaan yang lain.

''Kita tidak akan terlibat dengan fitnah. Kita tidak akan terikut-ikut dengan cara pihak tertentu yang suka menggunakan pendekatan sedemikian," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian selepas melawat dan menyampaikan bantuan kepada sembilan pemilik dan penyewa kedai di Pekan Benut yang terbakar di sini hari ini.

Menurut Ahmad, beliau telah berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan para penceramah BN supaya tidak memfitnah sesiapa pun semasa berkempen nanti.

Menurutnya, pengundi di kawasan tersebut yang terdiri kira-kira 53 peratus orang Melayu, 26 peratus Cina dan 19 peratus India perlu memahami bahawa siapa pun calon yang dipilih untuk mewakili BN, beliau harus disokong atas dasar dan semangat kerjasama dalam BN.

"Calon yang dipilih nanti akan membawa lambang dacing iaitu lambang BN. Dia bukan bawa UMNO, MCA atau MIC, tetapi yang penting adalah BN," katanya.

Ditanya mengenai sambutan pengundi di Hulu Selangor terhadap BN, Ahmad optimis parti itu mampu merampas semula kerusi tersebut daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Maklum balas yang kita terima amat baik kerana mereka tahu kerajaan BN sekarang dan semasa memerintah dulu banyak tolong mereka.

"Misalnya, keadaan 52 blok flat di Bukit Sentosa yang rosak sedang dibaiki dengan peruntukan RM15.6 juta seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan beliau ke situ pada awal tahun ini. Tambahan RM2.1 juta lagi diberikan kepada tujuh blok yang lain di kawasan itu.

"Peruntukan ini kerajaan beri tanpa ada pilihan raya pun. Kita mana tahu akan ada pilihan raya kecil seperti sekarang dan kerajaan tetap membantu rakyat," katanya.

Selain itu, jelasnya, beberapa kawasan Felda juga dibantu dengan peruntukan RM24 juta untuk membina 298 unit rumah dengan diskaun RM20,000 menerusi konsep sewa beli kepada anak-anak peneroka yang mengadu tidak mempunyai rumah.

Justeru, menurutnya, dengan usaha berterusan kerajaan membantu rakyat di kawasan berkenaan, BN mampu merampas kembali kerusi berkenaan daripada PKR yang disifatkannya sebagai hanya 'tahu berceramah' sahaja.

teessot Publish time 8-4-2010 02:37 AM

Post Last Edit by teessot at 8-4-2010 08:45

Peluang bekal pokok hutan

editjohor@utusangroup.com.my


http://www.utusan.com.my/pix/2010/0407/utusan_malaysia/Johor/wj_04.1.jpg
Abdul Ghani Othman (belakang, tengah) bergambar bersama-sama peserta masyarakat Orang Asli selepas majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan dan Penyerahan Kunci Rumah kepada Masyarakat Orang Asli Simpang Arang di Gelang Patah, kelmarin.


JOHOR BAHRU 6 April ?Masyarakat Orang Asli di Gelang Patah dekat sini diminta memainkan peranan secara aktif dalam pelbagai projek pembangunan Iskandar Malaysia termasuk membekalkan anakanak pokok hutan dalam projekprojek pembangunan wilayah tersebut.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ia boleh dilakukan jika masyarakat tersebut mengusahakan tapak semaian pokok hutan yang mempunyai potensi besar dalam usaha menambah pendapatan mereka.

Projek-projek di Iskandar Malaysia memerlukan pokok hutan yang banyak dan ini boleh dibekalkan oleh masyarakat Orang Asli jika mereka mempunyai tapak semaian.

Misalnya, Kota Iskandar akan membina taman seluas 40 hektar manakala Medini pula akan membina taman seluas 242 hektar yang kesemuanya memerlukan bekalan anak pokok hutan,?katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kemahiran Belia Tempatan (Bertam) untuk masyarakat Orang Asli dan penyerahan empat buah rumah kepada Orang Asli di Kampung Simpang Arang di sini semalam.
Program berkenaan menyediakan kursus membina rumah dalam tempoh empat bulan bagi membolehkan seramai 41 peserta menceburi bidang membuat rumah sebagai usaha menambah pendapatan.

Ia adalah anjuran Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Akademi Binaan Malaysia (ABM), Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).
Abdul Ghani berkata, selain kemahiran membina rumah yang diperoleh dalam program berkenaan, masyarakat Orang Asli boleh menerokai bidang tapak semaian untuk pembangunan sekitar tempat mereka yang termasuk dalam Iskandar Malaysia.

Menurutnya, dengan cara itu mereka akan meraih pendapatan berlipat kali ganda di samping melakukan pekerjaan tradisi sebagai nelayan pantai dan memungut hasil hutan.
Katanya, peluang baru mengusahakan tapak semaian tersebut juga tidak asing lagi bagi masyarakat tersebut kerana rata-rata mereka mahir dalam hal berkaitan hasil hutan termasuk menguruskan anak pokok.
Beliau memberitahu, antara jenis pokok tersebut ialah ketapang, tembusu, jati dan balau yang mendapat sambutan menggalakkan di pasaran.

Dalam hal pasaran juga tidak menjadi masalah kerana anak-anak pokok ini diperlukan di pembangunan sekitar tempat tinggal mereka di Iskandar Malaysia.

IRDA mungkin boleh membeli secara terus daripada mereka,?jelasnya.

Sementara itu Abdul Ghani berkata, masyarakat Orang Asli perlu sentiasa meningkatkan kemahiran termasuk mengikuti
kursus dalam bentuk sijil dan diploma bagi memastikan boleh bersaing dalam pasaran kerja.
Menurutnya, dalam bidang pembinaan para peserta boleh memilih sama ada menjadi usahawan membuat rumah, melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau bekerja dengan syarikat tempatan dalam bidang tersebut.
Dalam pada itu suri rumah, Noraini Roki, 22, meluahkan rasa gembira kerana menerima sebuah rumah setingkat yang selesa dengan tiga bilik.

Sebelum ini saya dan suami, Mohamad Adam Riau, 28, bersama dua orang anak terpaksa menumpang di rumah ibu tetapi hari ini kami sudah mempunyai rumah sendiri,?katanya.

Mohamad Adam berkata, dia tidak menyangka hasratnya untuk mempunyai rumah akhirnya menjadi kenyataan dengan keprihatinan kerajaan.
Seorang peserta Bertam, Nizam Karnoh, 27, pula berkata, dia bersyukur kerana terlibat dalam program itu yang memberinya modal RM356,700 untuk membina empat buah rumah.

Ini satu kemahiran yang cukup bermakna kerana sebelum ini kami tidak tahu selok-belok membina rumah. Saya berharap pemuda di kampung ini akan terus menyertai pelbagai program yang dianjurkan kerajaan untuk manfaat sendiri,?katanya.

teessot Publish time 8-4-2010 02:47 AM

Post Last Edit by teessot at 8-4-2010 08:17

editjohor@utusangroup.com.my

Pelajar UiTM sertai program anak angkat

MERSING 6 April - Seramai 60 mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat menyertai Program Anak Angkat selama dua hari di Kampung Air Papan, di sini baru-baru ini.

Program yang melibatkan 20 keluarga penduduk kampung terbabit berlangsung dengan penuh ceria.

Seorang peserta, Siti Rohani Shuib, 21, berkata, program berkenaan bertujuan memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada mereka mengenai konsep perniagaan terutamanya dalam bidang pemasaran menerusi produk homestay atau inap desa.

"Apa yang banyak ditekankan di sini adalah konsep yang berteraskan pemasaran dan ke arah perniagaan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti melawat kilang keropok, turun ke sawah padi, merentas hutan dan sukaneka, katanya sambil memberitahu program tersebut diketuai pensyarah mereka, Noreen Noor Abdul Aziz.

Sementara itu, Nur Fahana Mahizan, 21, pula mengakui amat teruja kerana terpilih mengikuti program itu kerana ia amat bermanfaat kepadanya.

"Saya bersyukur dan terharu dengan sambutan yang diberikan oleh semua penduduk termasuk keluarga angkat yang terpilih," katanya sambil bertekad akan terus berhubung dengan keluarga angkatnya.

Bagi Izzah Hafizah Badrol Hisam, 21, pengalaman menyertai program itu memberi banyak manfaat dan ilmu berguna untuk mendalami bidang perniagaan yang diambilnya di UiTM.

"Ilmu yang diperoleh akan saya gunakan sebaik mungkin dalam pengajian saya nanti," katanya.

Ili Natasha Azlan, 21, pula memuji sikap ramah dan mesra penduduk Kampung Air Papan dalam menyambut kedatangan mereka.
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Keratan Akhbar / Petikan Berita


ADVERTISEMENT