lobo85 posted on 28-4-2010 06:50 PM

Waktu berdoa dalam solat yang kita selalu tinggalkan

Antara waktu doa yang makbul dan elok dalam solat yang kita selalu tinggalkan ialah doa selepas bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam. Nabi kita selalu berdoa pada waktu ini menurut pelbagai hadith yang sahih..

mulutcomel posted on 28-4-2010 07:40 PM

tak penah la i dengar...yg i dengar lepas sujud akhir

sunsuria3 posted on 28-4-2010 11:42 PM

saya pernah dengar dan pernah gak baca..sementara tunggu imam beri salam...

wallahualam

R2D2 posted on 29-4-2010 08:10 AM

tk pernah dgr la..

mejik posted on 29-4-2010 10:16 AM

antara waktu lain:

1.dikala sujud (setiap kali sujud)
2. doa tatkala duduk antara 2 sujud. (yang ini kerap kali diabaikan) cuba bayangkan doa yang asalnya begini:

Rabbighfirlii (ampuni aku)
Warhamnii (sayangi aku)
Wajburnii (tutup keaibanku)
Warfa¡¯nii (angkat darjatku)
Warzuqnii (beri aku rezeki)
Wahdinii (beri aku petunjuk)
Wa¡¯afinii (sehatkan aku)
Wa¡¯fu¡¯annii (maafkan aku)
ada 8 permohonan....

kita jadikan seperti permintaan kepada YDPA seperti ini:

Tuanku, ampuni kesalahan patik¡­. (sambil melihat ekpresi mukanya dengan harapan baginda tidak murka dan tersenyum). Sayangi rakyatmu ini¡­.. (sambil membongkok mengharapkan baginda membelai kepala kita), Mohon jangan diumumkan dikhalayak ramai tentang keburukan patik¡­. (sambil meminta kasihan belas), Mohon tuanku naikkan pangkat dan darjat patik¡­ (sambil menggenggam erat tangan YDPA), Mohon tuanku naikkan gaji patik agar mencukupi keperluan rumah tangga dan ada sedikit sisa untuk simpanan¡­. (ekpresi muka minta simpati), Mohon petunjuk tuanku untuk menyelesaikan urusan kami, Mohon bantuan ubat agar kami dapat mengubati penyakit kami¡­ (sambil tunjuk tempat sakit), Maafkan patek tuanku (lalu mengundur diri dengan penuh kesopanan)


so jgn sia siakan waktu.... Solat itu mengadap Allah....

zamnie posted on 29-4-2010 10:32 AM

tak pernah lak buat doa nih...

jzzz posted on 29-4-2010 12:50 PM

TT ko ni g ceramah sama ngan aku ker?sbb aku bru g ceramah ustaz yg bincangkan hal ni.Cma aku nk confirmkan masa ceramah tu ada tak ustaz tu citer psl potong kuku?

mlsnklyn posted on 29-4-2010 03:41 PM

Umat yang yakin dengan kebendaan merasa berjaya hanya bila lihat perniagaan besar, pengaruh yang kuat. Pokoknya segala asbab yang dapat dilihat. Manakala kejayaan dalam amal pula, segala asbabnya adalah ghaib seperti berkat, pahala, malaikat & nusrah Allah. Tidak dapat dilihat dengan mata zahir. Pemimpin kafir tuduh sahabat berjuang ada kepentingan. Bila Abu Bakar baca Al Quran semua penduduk Mekah tertarik oleh itu mereka mula bimbang. Tuhan mereka yang banyak (360 berhala) itu cipta seekor lalat pun tak mampu.

http://gotabligh.com/?cat=9

mlsnklyn posted on 29-4-2010 03:45 PM

Nasihat Maulana: Berdoa itu tidak sesusah mana tetapi untuk wujudkan keyakinan itu amatlah rumit. Dalam dunia keputusan Allah beransur-ansur. Seperti diciptanya dunia ini selama 6 hari. Segala proses pembesaran & pembinaannya beransur-ansur. Alam akhirat adalah serta-merta serta tiada lagi proses ansuran.



http://gotabligh.com/?cat=9

mlsnklyn posted on 29-4-2010 03:50 PM

Makhluk diciptakan lemah. Hanya Allah berkuasa. Dengan satu perintah-Nya semuanya jadi. Manusia begitu lemah. Jika seluruh manusia berkumpul dari keturunan sejak beribu tahun dahulu untuk cipta satu kaki nyamuk pun tidak mampu.

Untuk itu kita perlu senantiasa cakap kebesaran Allah dan ambillah juga sikap suka mendengarnya, serta sentiasa menafikan kehebatan makhluk. Umat yang beriman kecil kelompoknya. Nabi Musa pernah merayu ummatnya membantu dakwahnya (Hawariyyin). Baginda menerangkan dengan sungguh-sungguh tentang tugas dan kepentingan kerja ini. Tetapi tidak ramai yang taat. Nabi kita pernah menawarkan dirinya: ¡°Sesiapa yang boleh saya bawa pada keluarga kamu atau kampung kamu?¡± Rayuan demi rayuan dibuat oleh Nabi saw tetapi hanya sekelompok kecil yang tertarik. Hinggalah bantuan ghaib tiba dengan berbagai cara.Penduduk Madinah mempunyai kekuatan dalam iman, ibadat, muasyarat, muamalat dan akhlak. Segalanya mengikut ajaran Nabi.

Orang luar menjadi amat tertarik apabila melihat cara hidup mereka. Dari jahiliyah bertukar kpd kehidupan yg baik. Malah di depan rumah sahabat dibina sebuah rumah persinggahan yang kecil. Daging disediakan untuk musafir yang lalu. Setiap musafir diminta makan & minum walaupun tanpa turun dari tunggangannya.

Musafir dapat melihat kemakmuran Masjid Nabawi. Ia telah dimakmurkan 24 jam. Hidup dan mencetuskan rasa kerohanian yang berlainan dari sebarang tempat lain seumpama seorang yang masuk dari tempat yang panas ketempat yang ¡°berhawa dingin.¡± ¡®Mahol¡¯ iaitu suasana di Masjid Nabawi mengubah kerohanian.

Contoh masjid diatas muka alam ini ialah Masjid Nabawi. Dan kampung contoh adalah Madinah Munawwarah. Dalam 24 jam jumpa orang dan bawa ke masjid untuk hidupkan amalan jemaah masjid. Di akhir zaman ini kita tidak dituntut untuk berkorban sebagaimana sahabat. Sedikit pengorbanan sudah memadai. Dalam hadis ada diberitahu: ¡°Seorang yang buat usaha dakwah di akhir zaman ini dapat fadhilat 50 sahabat.¡± Peningkatannya beransur-ansur maka keberkatan akan datang dalam kebendaan. Ianya akan: bertambah, mencukupi dan doa dapat menyelesaikan masalah-masalah benda.



http://gotabligh.com/?cat=9

mejik posted on 29-4-2010 06:32 PM

Berdoa itu tidak sesusah mana tetapi untuk wujudkan keyakinan itu amatlah rumit

keyakinan utk meletakkan Allah our TOP PRIORITY. Allah segalanya bagi kita. Allah dihati kita

lobo85 posted on 29-4-2010 06:33 PM

mana mod ni?? tlg delete mana yg bleh

lobo85 posted on 29-4-2010 06:57 PM

tujuan saya mulakan thread ni bukanlah untuk menidakkan wujud doa-doa selepas solat. jika dibaca kitab-kitab hadith, memang ada doa yang diajar oleh nabi kita selepas solat. so saya kurang setuju apa yang dikatakan oleh wasntme..

lobo85 posted on 29-4-2010 06:59 PM

Ini adalah salah satu doa yang digalakkan dibaca

¡°Wahai tuhan, Sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari azab kubur dan dari azab neraka jahannam dan dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal¡±

Kalau ada yang tahu pastekan arabnya, tolong yaa

mejik posted on 29-4-2010 08:24 PM

Perbuatan ini hanya mempunyai dalil hadith yang dhaif dan qiyas melulu pada ayat Al-Qur¡¯an dan sunnah yang kononnya membolehkan berdoa pada setiap waktu dan hal ini termasuk kesilapan.

maaf atas kedangkalan ilmu saya yang cetek....

mohon jika boleh diterangkan perenggan ini.

bintang posted on 29-4-2010 08:28 PM

Kena pindah duk Madinah la pulak gamaknya...

sunsuria3 posted on 29-4-2010 11:37 PM

saya sarankan anda beli lah kitab al azkar ni memang bagus..saya boleh leka kalau tengah membeleknya...baca lah..

dalam kitab ni ada tulis dgn detail, beserta dalil hadis lagi sahih dari muslim dan bukhari memang disyariatkan berdoa tanpa ada perselisihan pendapat pun iaitu berdoa sesudah bacaan tashyahdud..

ada byk hadith yg disertakan..yg tulis yg arab ke? karang silap huruf silap makna pulak..komputer saya tak ada jawi..baca yg melayu spt di tulis forumer kat atas tu sama lah maknanya..

dlm kitab saya detail mengenai bab doa lepas tasyhadud ni dari page 166-170 byk tu nak tulis semua tak larat elok lah eh

pastu sambung lagi..bab bagi salam pulak

yg disunatkan cuma baca
assalammualaikum warrah matullah..

tidak digalakkan menyambung...wabarakatu..kerana ini bertentangan dgn syariat nabi saw walaupun imam abu daud ada meriwayatkan hal ini tp pendapat beliau adalah menyendiri sedangkan yg termasyur adalah spt yg ditulis di atas...

kemudian sambung bab zikir lepas solat....dah terang2 nabi pun ada baca zikir pasal apa ada orang menafikannya? cuba rujuk kitab ni,....

pada permulaan nabi berzikir dgn suara yg kuat dgn tujuan utk mengajar kepada jemaah cara2 berzikir selepas solat..dimulai dgn astaghfirallah 3x ..yg mcm kita biasa buat ni lah..

then ada hadis dari imam tarmidzi, prediket hasan hadis ni

di tanya pada rasulullah saw, bilakah doa lebih diperkenankan? beliau menjawab dibahagian malam terakhir dan sehabis solat fardu

so doa lepas solat pun antara sunnah..

ada byk doa2 yg disertakan yg dibaca oleh nabi saw sebaik selepas solat..salah satu nya dari abu bakrah, sanad hadis hasan
rasulullah saw sering mengucapkan doa berikut sehabis solat, ya allah sesungguhnya aku berlndung kepada mu dari kekufuran, kefakiran dan siksa kubur...

pastu sambung lagi bab zikir, waktu zikir yang paling mulia di siang hari ialah setelah selesai solat subuh..siang hari tau..jgn silap tafsir pulak

selamat beramal

beli lah kitab ni byk ilmu, hadis daif pun disertakan selain hadis hasan dan sahih..dia ada tulis lah..
kat sini saya tak pasti berapa harganya..nak kirim ke? he he deepavali ni kita pi bukit tinggi lagi insyallah..tp charge kena double lah..jgn mare..:lol:

sunsuria3 posted on 29-4-2010 11:46 PM

Wahai tuhan, Sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari azab kubur
allah humma inni auzubika min azaa bil qabri

dan dari azab neraka jahanam
wa min aza bi jahannam

dan dari fitnah hidup dan mati
wa  min fitnatil mahya wal mamati

dan dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal¡±
wa min syahri fitnatil masihiddajal

p/s: meijik tolong check doa ni karang tulis rumi tak sama dgn bunyi arab..tu ikut translation secara harfiah tu..

hepi_hepi posted on 30-4-2010 01:38 AM

teringat ada seorang ustza ai yg gtaw...
sblum salam rsenye,bcalah doa semoga Allah tetapkan hati..
"ya mungqalibal qulub,thabbit qalbi aala thoatik waa diinik">tak de tlisan arab nie..huhu
maksud :wahai Tuhan yg membolak balikkan hati,tetapkan hatiku atas ketaanMu dan agamaMu..."

nie sebab sifat hati nie sifatnya sentiasa berbolak balik..hidayah itu millik Allah,,
sma2lah kita pinta kepadaNya agar hidup ini sentiasa berlandaskan agamaNya.. insyaAllah..

wasntme posted on 30-4-2010 07:41 AM

Reply 13# lobo85


erkk.. bukan saya yang kata.. tu saya copy paste je .. saya pun bukan berilmu, sekadar share je, tapi kalau TT tak suka saya delete je.

mlsnklyn posted on 30-4-2010 08:47 AM

Kena pindah duk Madinah la pulak gamaknya...
bintang Post at 29-4-2010 20:28 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
ha...kan...tu yg best

always_typo posted on 30-4-2010 08:51 AM

berdoa tu pun zikir gak, yg standard di baca orang kita banyak terdiri dari pujian-pujian kepada Allah dan Rasulnya, salawat, taubat, frasa2 doa yang diambil dari ayat quran, di samping kalimat2 doa yang sedap-sedap karangan ulamak2.  Zikir la tu..

Yang penting hadir hati ketika berzikir dan berdoa... tak kira bila dan di mana.. Kalau berzikir tak hadir hati, bukan berzikir namanya tapi membaca zikir.

Tak yahla nak dibid'ahkan.. bid'ah tu haram kan? Takkan haram berdoa/berzikir?

mlsnklyn posted on 30-4-2010 09:00 AM

Yang penting hadir hati ketika berzikir dan berdoa... tak kira bila dan di mana.. Kalau berzikir tak hadir hati, bukan berzikir namanya tapi membaca zikir.
always_typo Post at 30-4-2010 08:51 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
ada petua/tips utk lebih senang hadir hati?

always_typo posted on 30-4-2010 09:17 AM

Post Last Edit by always_typo at 30-4-2010 09:18

ada petua/tips utk lebih senang hadir hati?
mlsnklyn Post at 30-4-2010 09:00 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

Hmm...jauh perjalanan tu!  

Kalau ikut laluan Imam Ghazali, kena lepasi aqobah (bukit) 2  tertentu - ilmu, taubat, etc. etc. Selagi tak lepas at least aqobah ilmu dan aqobah taubat (masih jahil dan tak taubat), dok susah situ la nak hadir hati...

Tak leh nak bohong benda2 mcm ni. Diri sendiri tahu...

mlsnklyn posted on 30-4-2010 09:25 AM

Post Last Edit by mlsnklyn at 30-4-2010 09:28

di mana ada kemahuan
di situ ada higway
tp jgn sampai accident
kalao accident...highway jammed...org lain pun susah
Page: [1] 2
View full: Waktu berdoa dalam solat yang kita selalu tinggalkan