mlsnklyn Publish time 30-4-2010 08:47 AM

Kena pindah duk Madinah la pulak gamaknya...
bintang Post at 29-4-2010 20:28 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
ha...kan...tu yg best

always_typo Publish time 30-4-2010 08:51 AM

berdoa tu pun zikir gak, yg standard di baca orang kita banyak terdiri dari pujian-pujian kepada Allah dan Rasulnya, salawat, taubat, frasa2 doa yang diambil dari ayat quran, di samping kalimat2 doa yang sedap-sedap karangan ulamak2.Zikir la tu..

Yang penting hadir hati ketika berzikir dan berdoa... tak kira bila dan di mana.. Kalau berzikir tak hadir hati, bukan berzikir namanya tapi membaca zikir.

Tak yahla nak dibid'ahkan.. bid'ah tu haram kan? Takkan haram berdoa/berzikir?

mlsnklyn Publish time 30-4-2010 09:00 AM

Yang penting hadir hati ketika berzikir dan berdoa... tak kira bila dan di mana.. Kalau berzikir tak hadir hati, bukan berzikir namanya tapi membaca zikir.
always_typo Post at 30-4-2010 08:51 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
ada petua/tips utk lebih senang hadir hati?

always_typo Publish time 30-4-2010 09:17 AM

Post Last Edit by always_typo at 30-4-2010 09:18

ada petua/tips utk lebih senang hadir hati?
mlsnklyn Post at 30-4-2010 09:00 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

Hmm...jauh perjalanan tu!

Kalau ikut laluan Imam Ghazali, kena lepasi aqobah (bukit) 2tertentu - ilmu, taubat, etc. etc. Selagi tak lepas at least aqobah ilmu dan aqobah taubat (masih jahil dan tak taubat), dok susah situ la nak hadir hati...

Tak leh nak bohong benda2 mcm ni. Diri sendiri tahu...

mlsnklyn Publish time 30-4-2010 09:25 AM

Post Last Edit by mlsnklyn at 30-4-2010 09:28

di mana ada kemahuan
di situ ada higway
tp jgn sampai accident
kalao accident...highway jammed...org lain pun susah

always_typo Publish time 30-4-2010 09:29 AM

di mana ada jalan
di situ ada higway
tp jgn sampai accident
kalao accident highway jammed...org...
mlsnklyn Post at 30-4-2010 09:25 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

Kalau memburu biar di pendalaman,
Sabar menghendap jangan menyerbu;
Kalau berguru buanglah ketakburan,
Bagaikanbayi di hadapan ibu.

mejik Publish time 30-4-2010 04:26 PM

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

pinkzara Publish time 30-4-2010 06:51 PM

Reply 5# mejik


boleh ke kalo x baca doani?
tak tahu pulak...rupanya boleh skip baca doa ni..

mix_chinese Publish time 30-4-2010 10:34 PM

masa sujud antara masa kita paling dekat dgn Allah.
time tu la sy doa.

kalo pening pun boleh ilang kalo sujud nih.

always_typo Publish time 3-5-2010 08:57 AM

Nak baca zikir /doapanjang-panjang dalam solat, bagi kaum lelaki yang kerap solat fardhu jemaah (terutama kalau imam) adalah tidak digalakkan sangat. Contohnya, tok imam tasbih sunat tu setakat 3 x saja, kalau lebih makruh. Makmum pun kalau baca panjang2, boleh mengganggu keseragaman solat berjemaah tu sendiri...

Jadi kalau nak baca doa dan zikir panjang, sepatutnya kita lakukanlah semasa kita mengerjakan solat sunat (terutama sunat ba'diah) yang kita buat sorang-sorang.

Kebanyakkankita kalau solat sunat laju betul, sehingga doa iftitah pun tak sempat nak baca dah, apatahlagi surah. Padahal solat sunat adalah masa sesuai untuk amalkan baca doa panjang2 waktu sujud, tahiyat dsbgnya lagi.. jadi, panjangkanlah solat sunat anda...

mejik Publish time 3-5-2010 09:32 AM

ramai org ertikan sunat = buat berpahala, tak buat tak apa.

apa kata jika erti sunat jadi begini; buat berpahala, tak buat rugi.

lalau ditanam ke dalam benak kanak2 sekarang. nescaya besar sok, mereka akan rasa rugi bila tak wat perkara sunat.
Pages: 1 [2]
View full version: Waktu berdoa dalam solat yang kita selalu tinggalkan


ADVERTISEMENT