anaz87 posted on 3-6-2010 06:09 PM

Kaitan penyakit anxiety..tanda kematian dan bisikan syaitan

Saya nak tahu tentang adakah kaitan antara penyakit anxiety atau panic disorder dengan was2 ataupun bisikan syaitan. Sebulan lepas tiba2 saya merasakan nafas tidak cukup, nafas turun naik, berpeluh2 dan bagaikan hendak pecah jantung dan rasa seolah2 kena serangan jantung dan lebih teruk akan mati.

Seluruh badan berdenyut2 fikiran tidak tenang. Balik rumah saya melihat tanda2 kematian di internet dan apabila melihat ada tanda2 kematian yang sama dengan apa yang saya alami tadi terus saya jadi panik, takut dan perasaan tidak menentu. Rasa hendak menangis pun ada bila tahu. Dalam sebulan saya tidak berputus asa. Pelbagai rawatan saya cuba dan ada ustaz mengatakan saya terkena gangguan, bisikan atau was2 syaitan. Lebih teruk ada yang mengatakan saka sedangkan dalam sejarah keluarga saya tiada saka langsung...!

Disebabkan tidak pulih akhirnya saya berjumpa penjelasan dari sudut sains..apa yang saya alami adalah sindrom panik dan disusuli pula dengan anxiety disorder. Kesudahannya emosi saya tidak stabil, prestasi kerja menurun, pergaulan terbatas disebabkan terlalu takut dengan tanda2 kematian. Saya berjumpa ramai orang dan berdiskus mengenai perkara ini di internet. Kebanyakannya panik disebabkan tanda kematian yang datang. Simptom anxiety dan panik adalah seperti berikut :

jantung berdebar, suhu bdan turun dan naik, badan berdenyut, ketakutan terhadap persekitaran, jadi lebih sensitif dan berulang2 memikir perkara yang sama. (LINK)

Mengenai tanda sebelum kematian 100, 40, 7 dan 3 hari pula selepas bertanya sana sini dan merujuk banyak pihak, ternyata apa yang tersebar luas di blog2 dan internet datang dari sumber yang mergukan dan tidak sahih kerana tiada nas dari al-quran dan hadis. Tapi saya tidak lah menolak mentah perkara tersebut cuma hairan semua bahan tentang tanda2 kematian ini seolah2 di copy paste sahaja dari sumber yang diragui. Malah tidak berjumpa bahan sama dalam ruangan bahasa Inggeris dan Indonesia..yang ada cuma penulisan tanda kematian dalam Bhasa Melayu. Adakah ia satu fitnah untuk menimbulkan kekacauan dan ketakutan pada umat Islam di Malaysia..? Bukankah kematian itu rahsia Allah..?

Walaupun Allah SWT telah membuka banyak perkara tentang perkara ini..tetapi saya tetap merasa tidak tenang dan sentiasa berdebar2 kerana emosi asyik memikirkan tentang kematian. ada sesiapa boleh berkongsi..? Mudah2an Allah tabahkan saya untuk melalui ujian ini. Dan kerana ujian ini lah saya banyak mencari dan seterusnya berkongsi maslah ini dengan anda semua

kucingblue posted on 3-6-2010 09:23 PM

don't try to diagnose yourself. see a psychiatrist.

ussopp posted on 4-6-2010 03:27 AM

Post Last Edit by ussopp at 4-6-2010 04:50

semua penyakit expecially jiwa, boleh utk dikait dgn syaiton, atau boleh juga kalo nak dikait dgn alasan sains...

contohnya  nafsu boleh dikait dgn hormon,
unsur2 atau cas-cas tertentu  pula boleh dikait dgn syaitan....(yg mana masih dlm kajian, entah betul entah tidak)
kecelaruan fikiran, boleh dikait dgn gangguan syaitan, boleh juga  dikait dgn sains seperti ketidak seimbangan hormon....

yg penting, kalau nak berubat dgn teknologi sains, silalah....

tetapi kalau mahu buat rawatan tradisional atau berfikir tentang alam ghaib, adalah lebih baik HIDUP DGN SUNNAH RASUL...carik sunnah rasul...yg biasanya simple dan banyak berkait dgn kesabaran sahaja....

mengaitkan sains dgn alam ghaib ada bahayanya.....ia akan menyebabkan kita perlahan2 lari dari kehidupan sunnah....


kajian2 ghaib, sy tidak berhak mengatakan ianya semua salah....
cuma sila percaya kata sy, sunnah nabi adalah sgt simple....

IKUT YANG TUE.....ikut betul2.....

benar jika dikaji bab2 ghaib ini, luas amat ilmunya, namun kebolehannya utk membantu dlm menghadapi ujian dunia, tidak ada siapa dapat pastikan....
malahan setiap jalan yg tidak mencontohi nabi, walopun berdasarkan ilmu, sudah diberitahu nabi melalui hadis soheh bahawa ada syaitan yg ready menunggu....

sy sendiri amat meminati perkara2 yg anda sebutkan , namun, di dalam keasyikkan ilmu tue, termasuk ilmu sains itu sendiri, ada syaitan yg tunggu....
sy nie amat berfikiran sains, dan meng-elementkan alam ghaib kepada sains amatlah sesuatu yg sy minati dulu, dan ianya berkait   secara harmoni....yakni sains , dan alam ghaib , tiada percanggahan....
namun, yg sy kecewa, pengetahuan ini tidak membantu sy utk menambah taqwa....
mungkin kekurangan sy sy tidak pasti....
yg sy pasti,
utk menambah taqwa, sistem yg sesuai ialah 'pemahaman nabi' tentang agama Islam itu sendiri
pemahaman nabi= sunnah nabi

maka berpada-pada dlm hal yg bukan sunnah......

dan tumpu pada bagaimana nabi hidup di dunia yg sama dgn kita serta agama yg diajarkan...
sebab tu hadis2 sahih tentang kehidupan nabi, sepatutnya setiap org islam kena hafal......
sehingga seolah2 orang yg menghafal hadis itu seolah2 nampak nabi itu hidup kerana setiap situasi /masalah asasi di dunia, semuanya telah nabi terangkan.......tidak ada yg tertinggal....

wallahua'lam....

ussopp posted on 4-6-2010 03:44 AM

Post Last Edit by ussopp at 4-6-2010 04:51

oh lupa nak bagitau, apa2 sahaja urusan yg ada kaitan dgn agama yg tidak ada dalil soheh,
silalah tolak. walopun mcm betul. dan ada rasa2 seolah2 mcm betul.

tolak saja.

nabi melarang dalam hadis soheh jika berkata2 atau menambah2 sesuatu dlm urusan agama .
contohnya berkata2 sesuatu tentang hal ghaib tanpa dalil soheh.

e-mail2 tentang tanda2 kematian itu benar2 tidak ada dalil soheh.

adapun kalau perkara yg bukan berkait dgn urusan agama, maka tidak ada larangan utk kita tambah2 utk kebaikan yg tidak menyalahi agama. contoh= cipta sistem solar.

cubalah carik amalan2 nabi tentang bagaimana mengelak gangguan syaitan....kebanyakkan amalan2 nya biasa saja.....tetapi itulah yg sunnah....

mungkin boleh banyak bergaul dgn org yg ikut sunnah yg sahih dan berhati baik...mungkin ia akan menenangkan....

wallahua'lam...

cikguranggi posted on 4-6-2010 05:41 AM

saudara patutnya bersyukur sbb selalu ingatkan kematian.......
dgn mengingati mati kita akan rasa bersalah melakukan dosa......

BTW...saya mmg pernah alami perkara ni juga........sampai skrg...tapi syukur saya still boleh control......

blastoff posted on 4-6-2010 09:02 AM

Post Last Edit by blastoff at 4-6-2010 09:23

Sebulan lepas tiba2 saya merasakan nafas tidak cukup, nafas turun naik, berpeluh2 dan bagaikan hendak pecah jantung dan rasa seolah2 kena serangan jantung dan lebih teruk akan mati.
anaz87 Post at 3-6-2010 18:09 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Simptom yang kau alami ni sama seperti simptom sensitive pada kafein . Nak hilangkan kesan kafein dalam badan ambil masa yang lama . Kena amalkan minum madu selalu sebab madu boleh neutralkan  toxic dalam badan .


http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/002445.htm
Side Effects
Excessive caffeine intake can lead to a fast heart rate, excessive urination, nausea, vomiting, restlessness, anxiety, depression, tremors, and difficulty sleeping.

============================================

Surah 16:Ayat 69 kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

blastoff posted on 4-6-2010 09:12 AM

Nak tahu apa food yang ada kandungan caffein dan jumlah kafein , click link ni : http://www.nutritiondata.com/foods-000131000000000000000.html

zamnie posted on 4-6-2010 10:18 AM

arwah adik sy pun ada mengalami masalah ini sblm dia meninggal dunia... bukan nak menakutkan atau apa tp ini kesah benar!!!!

Arwah adik x pernah ada sakit sblm dia meninggal dunia tp 3 thn sblm meninggal dia kena masalah anxiety, hilang kewarasan, bermcm2 benda yg terjadi sehingga akhirnya dia pulih kembali tp slps itu x lama kemudian dia meninggal.. sedey sgt sbb ingatkan dia dah pulih sepenuhnya tp rupanya Allah nak bg hapuskan sedikit demi sedikit dosa seseorg sblm dorang meninggal dunia dgn bermcm2 dugaan & kesakitan...

fedorae posted on 4-6-2010 10:52 AM

ini pula pandangan aku.

Kembali pada apa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW macam yg sedara usop ckp kat atas.

Tidak ada obat yg lebih mujarab dlm merawat penyakit mcm sdr ni, melainkan kembali kpd
ISlam dan ajaran yg dibawa oleh Rasulullah dlm kehidupan.

Dahulu, aku jauh dari agama Allah. Hanya mengejar kehidupan duniawi sahaja.
Solat tak jaga, quran tak baca. Kuliah ilmu jauh sekali. Takmo berkawan ngan org berilmu...

Hidup habis dgn perkara yg tak membawa untung ke dunia akhirat yg kekal abadi.

Sehinggalah satu hari petang Jumaat malam sabtu aku didatangi penyakit sesak nafas (nafas pendek), dan badan menjadi seram sejuk, dada berdebar mcm rasa dah nak mati.

Aku jadi mcm kamu (tuan pembuka tajuk). Menacari-cari dan tercari-cari apa punca.
Pergi hospital, jawapan yang aku terima, tiada penyakit. Semua test aku buat.

Akhirnya......

Alhamdulillah, setelah ALLAH bagi hidayah dan petunjuk, aku kembali kepada-Nya.

Sekarang jiwa aku dah semakin kuat dan kuat dengan amalan sunnah beragama. Naik kenderaan baca doa, masuk tandas baca doa, sodaqah diamalkan selalu, carik ilmu islam setiap masa, tutup aurat, jaga mulut, tak tengok perkara maksiat dlm tv (org terkijne-kinje melompat mcm perangai jin pun aku tak tengok),  muzik aku tak benar masuk dkm umah aku, kecuali nasyiddan lagu2 memuji Allah dll.........

Semua kenalan aku yang aku kenal sudah semua aku mintak maaf. Seolah-olah aku akan mati esok hari. Sebelum tido, aku maafkan semua org. Yang ada salah, takde salah, semuanya aku redho....begitulah setiap hari.

Dari segi makanan juga, aku jaga, semua makanan sunnah aku amalkan, dari madu, kismis, habbatus sawda', talbinah, buah teen, kurma makan harian aku....dan mcm2 lah tak larat naik taip...


BERAT?


Tidak bagi aku sbb aku nak cari keredhaan Allah sebenarnya.

Kalau perlu pergi berjihad di Palestin, insya-Allah akan aku pergi selepas langsai segala hutang piutang aku kat sini.....dan yg penting syahid dlm hidup menjadi idaman aku sekarang.

Aku nak jumpa kekasihku, dalam keadaan Dia redho kepadaku, aku redha kepada-Nya....


TAK SUSAH MANA KAN?....

~

anaz87 posted on 4-6-2010 01:12 PM

ini pula pandangan aku.

Kembali pada apa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW macam yg sedara usop ck ...
fedorae Post at 4-6-2010 10:52 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

itulah yang saya harapkan juga.. mati di dalam keredhaannya. Memang banyak perubahan yang saya dah lakukan..sakit ni menjadikan kita dekat dengan Allah SWt. Mungkin ada hikmah.. dan syahid itu memang apa yang saya inginkan. Mati sebagai seorang kekasihnya.. Mungkin jiwa saya terganggu dengan dosa2 silam. Biasalah saya anak muda..baru berumur 23 tahun..memang banyak dugaannya..

anaz87 posted on 4-6-2010 01:13 PM

arwah adik sy pun ada mengalami masalah ini sblm dia meninggal dunia... bukan nak menakutkan atau ap ...
zamnie Post at 4-6-2010 10:18 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

Mungkin juga..tapi ramai yang menghidap anxiety ni.. lain2 pengalamannya.

cikguranggi posted on 4-6-2010 11:48 PM

seriau pulak bila baca kisah adik zamnie tu.......sakit apa pula sampai meninggal setelah pulih dr anxiety tu..???
ajal org lain2.....

setuju dgn fedorae.......aku pun rasa semcm mcm dia rasa...maybe aku byk lakukan dosa2 terdahulu......skrg nih pun aku dekatkan diri dgn Allah tapi still 'ter'buat dosa juga....bila terbuat dosa lekas2 aku solat taubat takut tak sempat pula nanti.......:L

TT cubalah jumpa org yg kuat ilmu agama.....kalau yg pandai berubat tuh suruh 'scan' dulu tubuh badan tu....org2 alim biasanya Allah bagi anugerah terbuka hijabnya tgk mende2 ni.....baerubatlah cara Islam.....InsyaAllah semuanya akan ok.......

anaz87 posted on 5-6-2010 12:44 AM

seriau pulak bila baca kisah adik zamnie tu.......sakit apa pula sampai meninggal setelah pulih dr a ...
cikguranggi Post at 4-6-2010 23:48 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


Hhaha saya pun seriau dengan citer zamnie sebenarnya.. tapi nak buat macam mana pandangan dia. Anxiety tadi kata perawat yang merawat saya tak menyebabkan kematian. Mungkin ada sakit lain kot.

Cikgu ranggi ada tak rasa macam saya..? Kadang2 badan menggigil ( maybe gastrik ) ataupun cemas tiba2. Syukur la saya pun nampaknya dah boleh kawal berbanding mula2.. Tapi takut mati tetap ada. Kata ustaz yang merawat saya.. tak ada manusia melainkan yang dibuka hijabnya tahu waktu kematian dia. Bila saya cakap ustaz saya rasa macam esok lusa nak mati..katanya berdosa pkir mcm tu sebab bukan kita yang tetapkan nak mati bila.

Kacau la emosi.. Tu la saya pun kadang2 ulang gak dosa dulu. Tp syukur dengan ujian ni setiap apa yang saya buat..saya akan terus teringat padaNya. sebab ajal kita siapa tahu..

blastoff posted on 5-6-2010 10:27 AM

Post Last Edit by blastoff at 5-6-2010 10:32

TT cubalah jumpa org yg kuat ilmu agama.....kalau yg pandai berubat tuh suruh 'scan' dulu tubuh badan tu....org2 alim biasanya Allah bagi anugerah terbuka hijabnya tgk mende2 ni.....baerubatlah cara Islam.....InsyaAllah semuanya akan ok.......cikguranggi Post at 4-6-2010 23:48 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Orang alim boleh scan tubuh ?
Macam mana nak kenal orang tu alim atau tidak ? Macam mana nak tahu dengan pasti kebolehan tu betul-betul anugerah Allah atau sekadar pengakuan sembrono aje dari orang yang merasa diri dia alim tapi sebenarnya tidak pun ?

baerubatlah cara Islam.....InsyaAllah semuanya akan ok.......cikguranggi Post at 4-6-2010 23:48 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Islam tak menentang perubatan moden , sebaliknya termasuk dalam rawatan cara Islam apabila kita mengunakan benda-benda halal dan bersih untuk di buat ubat ,  tak kiralah benda tu berbentuk herba atau pill/tablet moden .

Hadis - hadis sahih bawah ni membuktikan Nabi suruh umatnya menggunakan rawatan perubatan apabila sakit tak kiralah sakit fizikal atau mental .


Sunan Abu-Dawud
Book 28, Number 3846:
Narrated Usamah ibn Sharik:
I came to the Prophet (peace_be_upon_him) and his Companions were sitting as if they had birds on their heads. I saluted and sat down. The desert Arabs then came from here and there. They asked: Apostle of Allah, should we make use of medical treatment? He replied: Make use of medical treatment, for Allah has not made a disease without appointing a remedy for it, with the exception of one disease, namely old age.

Book 28, Number 3865:
Narrated AbudDarda:
The Prophet (peace_be_upon_him) said: Allah has sent down both the disease and the cure, and He has appointed a cure for every disease, so treat yourselves medically, but use nothing unlawful.

Book 28, Number 3861:
Narrated AbuHurayrah:
The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) prohibited unclean medicine.

cikguranggi posted on 5-6-2010 12:11 PM

Reply 14# blastoff


    sedara blastoff.........bukan semua org alim boleh scan tubuh....cuba tgk astro oasis rancangan as-syifa' tu....tempat saya ni pun ada utz tu boleh scan tubuh seseorg...sampai ramai org beratur nak berubat dgn dia.....

pernah sekali saya sakit2 kat dada nih..ingatkan sakit jantung..ikhtiar cara perubatan Islam..pak utz nih kata angin jek byk dlm badan....saya gi berurut pastu Alhamdulillah lega sikit badan.....Jgn tertipu dgn utz2 bohong ni.....nak duit jek lebih.....Utz tempat saya ni Ikhlas bantu pesakit tanpa minta bayaran...kalau nak bagi dia terima jek....

sedara TT....saya tak le sampai menggigil tubuh...just rasa gundah gulana dalam hati terutama lepas waktu Asar....mcm takut pada waktu malam.....sekarang ada rasa sikit2 tapi still boleh control.......bykkan baca surah Al-Insyirah (Alam Nashrah).....surah2 3 kul dan Ayatul Kursi pun boleh

Nape?Tak caye? posted on 5-6-2010 05:38 PM

Reply 15# cikguranggi
gundah gulana selaepas waktu asar? aku dulu selalu rasa macamtu...
tp aku buat dono...
sekarang ni ok lah tetapi kadang kadang selalu juga rasa terutama waktu nak dekat maghrib....

pengalaman aku dulu... bila keadaan itu brlaku aku baca ayat kursi 7 kali tiup ke telapak tangan kemudian sapu seluruh badan yang tercapai tangan kecuali tempat kemaluan da tapak kai...
alhamdulillah ok ... ( tak tau lah aku buat ni boleh ka x boleh ) aku buat jer bila keadaan itu terjadi...

anaz87 posted on 5-6-2010 09:21 PM

Reply 15# cikguranggi

Boleh rekomen tak berubat kat mana..?

stania83 posted on 6-6-2010 12:28 AM

i salu bace pasal anxiety nih..sbb my mom pon dulu ade penyakit nih..puncenye die terlampau risau pasal penyakit..last last walaupon doktor ckp dah baik pon die kate x baik..bbrp la kali juge ambulans dtg / numerous ER sbb die rase nak kena heart attack.bile check sume sihat aje...2-3 tahun la asek penat aje...mmg asik baring jer..jumpe doktor..doktor mmg ckp anxiety lahh..die kasi ubat yg penenang jiwa tuh...nak dijadikan citer my mom dpt cucu..so mase die lebih fokus pd jaga cucu..skrang terus jadi normal balik..

yg psal tanda tanda kematian, aku dah banyak jumpe org yg terus rase die ade simpton lepas bace..mcm mak aku kalau aku bace kat internet psl simpton penyakit A..esok tu terus die kate die ade simpton penyakit A..ni sume mainan jiwa..bukan snng nak baik..org sekeliling memainkan peranan yg penting..aku suggest ko pegi terapi..jumpe pesakit yg ade masalah yg same and dont think too much it 's common sickness...

anaz87 posted on 6-6-2010 01:54 AM

i salu bace pasal anxiety nih..sbb my mom pon dulu ade penyakit nih..puncenye die terlampau risau pa ...
stania83 Post at 6-6-2010 00:28 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

terima kasih stania..memang berguna nasihat ko ni. aku dah jumpa ustaz..ada yang terus kata ada saka. Ustaz yang best pulak gelak jer bila aku kata rasa nak mati. Dia kata baguslah ingat mati..pastu dia kata ni anugerah tuhan nak suh ingat kematian. Tapi janganlah melampau sampai emosi jadi tertekan. Memang lepas kena anxiety terus xleh minum benda ada kafein mcm blastoff cakap. Minum jer badan dah mula menggigil pastu pikir benda bukan2.

agaknya Allah nak suh kita menyampaikan ilmu berdasarkan pengalaman kot.. supaya manusia saling bantu membantu. wallahualam

dulu memang rasa mcm kena heart attack..bila doc kata semua ok. kita rasa doc tu tipu lak.. lepas tu asyik pikir nak mati..hehe. Semuanya kat tangan tuhan. Alhamdulillah kebelakangan ni jumpa ustaz..makan ubat homepati rasa ok sikit. Tapi nak kena lawan bisikan syaitan pulak..dah memang kerja dia xnak tengok manusia senang.

Tapi anxiety pun sebab hormon gak..pastu stress sebab terlampau banyak berfikir.

mrs_jebot posted on 11-10-2010 01:48 PM

aku sedang mengalami ini sekarang..malah semenjak berusia belasan thn dulu..kadang2 ok..kadang2 takut yg amat sgt..mmg ajal tu dah ketentuannya tp aku x dpt lari dr memikirkan apakah nasibku dialam yg satu lagi itu kelak..tgl lagi anakku msh kecil..rs nak meletup dada ni ..YaAllah..ampunkan dosaku..padamu ku berserah..

Neraka Bulan posted on 11-10-2010 02:30 PM

Was was syaitan ini bagi aku lebih sesuai dikaitkan dengan Obsessive Compulsive Disorder. OCB/ was was setan ini kerap berlaku ketika hendak melakukan ibadah, seperti tidak yakin dengan kecukupan air wuduk, terasa niat solat tak betul etc.

Apapun, lebih elok jika kau berjumpa dengan psychiatrist seperti nasihat kucingblue. Itu lebih bijak pada pendapat aku.

anj2208 posted on 17-10-2010 08:21 PM

Saya nak tahu tentang adakah kaitan antara penyakit anxiety atau panic disorder dengan was2 ataupun  ...
anaz87 Post at 3-6-2010 06:09 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   i dah pernah share psl anxiety ni kat sini dulu
lain org lain punca penyebeb anxiety dia
me n my hb, both kena anxiety.. tp puncanya berbeza.....

for me... mkn ubat bknlah penyelesai masalah
sekadar membantu jer,
tp on the other side kena kuatkan semangat jugak
mcm yg lain2 ckp lah.. solat, doa byk2
in my case i mkn ubat bl betul2 perlu jer
tp seblh2nya i xmau mkn ubat
bila rs nak mati tuh.... mmg takut sgt
tp kalau kita redha andainya mmg akan mati.. insyaallah....

cik_ted143 posted on 23-10-2010 02:51 PM

anaz. .
rupa2nye bkn sy sorang je yg mengalami bende yg sama. rupanye ada lg ramai yg merasai apa yg sy rasa.
sy penah mengalami sebijik macam kamu. betul2 macam kamu. bila sy tanya dkt org, dorg ckp maybe sy ada anxiety nie.
bila pertama kali kene, mmg rasa terukkan???tp, bila dh byk kali rasa tanda2 kematian tu, macamane pulakkan?so, sy pikir positif je.
maybe Allah nk bagi sy petunjuk supaya sy berubah menjadi muslimah yg sebenar. mmg sy sorg yg bkn kuat sgt pd agama.
tp, tu la mungkin petunjuk dari Allah. start dr tu, sy berubah skit. solat tepat pada waktunya. jagz aurat.
lbh berminat bacz buku2 agame]z berbanding dulu(giler novel)tp, msh bce la. hihihi
so, kerap ingat kematian ni kan pahala. lbh byk amalan kebaikan akan bertambahkan?:):) Last edited by cik_ted143 on 31-7-2013 03:37 PM

7anan posted on 25-10-2010 11:17 AM

huhu, ramai sgt haku jumpak worang hat ada neurosis nih (generalized anxiety d/o, panic d/o, oc d/o etc)...apa2 pong, kena pi consult ngn psychiatrist laah...bila kata jumpak psychiatrist bohkannya bemakna hang ni gila...neurotic illness nih cabang bwh psychiatry...

aku tak rasa ada kaitan ngn setan2...kalu psychosis tuh, ada kemungkinan laah pasai kalu tgk dr segi lagu mana disease tu develop, perubahan chemical substances dlm otak tuh lg significance dlm psychotic illness bebanding neurosis....neurosis nih tak mcm psychosis, kena byk guna therapy dari medication...prognosis atau chances utk patient jadi baik semula tuh begantung pada motivasi pada diri dia sundrik...layen la kalu psychosis, kena bgantung pada compliance pada meds seumur hidup

zappy_spiker posted on 26-10-2010 02:53 PM

huhu, ramai sgt haku jumpak worang hat ada neurosis nih (generalized anxiety d/o, panic d/o, oc d/o  ...
7anan Post at 25-10-2010 11:17 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    Uhh.. Ive suffered from this for almost 3 years now. I just dont now what to do even to see a psychiatrist  I cant get myself focus on my studies.. It's kinda funny when TT asked whether it has something connected to satans;P Could ya pls me a piece of advice? or be my psychiatrist.

thanks for reading:)
Page: [1] 2 3
View full: Kaitan penyakit anxiety..tanda kematian dan bisikan syaitan