Piaggio84 posted on 18-6-2010 05:08 PM

apa erti NAFKAH?

Salam semua.

Saya nak tanya pada kawan2 di sini mengenai isu nafkah. Kalau nafkah batin tu mungkin semua faham kot :$. yg saya nak tanya mengenai nafkah zahir.

sebenarnya soalan ni opis mate saya tanya, dan saya pun x geti sgt nak jawab.

kwn saya ni bekerja sejak sebelum kawen dan gaji dia besar drpd husband. husband dia krj government dan diorg dpt duduk kuarters. so, bulan2 tolak gaji si suami. bab belanja dapur, pakaian, duit keta semua isteri yg byr. keta tu x kisah la sbb mmg keta si isteri. si suami pun x pernah nak keluar duit utk belanja dapur etc. kalau mkn kat luar pun isteri yg byr. klu balik kg duit minyak, tol isteri jugak yg keluar duit.

si isteri x kisah sgt pun cuma kdg2 dia pelik. nafkah tu wajib. tapi, si suami langsung tak pernah hulur duit. pernah si isteri ckp kat suami dia mengenai hal ni dan dia ckp bagi je la berapa yg u mampu walaupun RM50 utk tunaikan tgjwb yg wajib tu, tapi si suami tak dpt bagi jugak (tak tahu sbb apa, maybe ada hutang bank kot). kawan saya ni risau, disebabkan hal ni takut suami dia menanggung dosa.

soalan:

adakah seorang suami masih perlu byr nafkah walaupun isterinya bekerja? kalau suami dah sediakan tempat tinggal maknanya ia sebahagian daripada nafkah ke?

tq kerana sudi bantu.

tenteramsuci posted on 18-6-2010 05:15 PM

Seorang suami WAJIB memberi nafkah kepada isterinya, dlm bentuk wang ringgit, makan minum, pakaian dan tempat tinggal mengikut kemampuan....samada isteri itu bekerja atau tidak.

mymadu113 posted on 18-6-2010 05:43 PM

apa yang aku pahamlah...
nafkah adalah....
mengeluarkan atau membelanjaan sebahagian harta untuk keperluan...
keperluan itu adalah makanan, minumam, pakaian & tempat tinggal...
nafkah adalah tanggungjawab kaum lelaki kerana....
kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal terhadap kaum perempuan...

mymadu113 posted on 18-6-2010 05:53 PM

setahu akulah...nafkah nie tak de jumlah dia...
nafkah adalah setakat ikut kemampuan....
tp biasanyer...ramai yang ambik kesempatan..
kata tak mampu nak bagi nafkah...

mozz posted on 18-6-2010 06:00 PM

Post Last Edit by mozz at 18-6-2010 18:01

nafkah dari suami penting kalau kite pikir2kan...makanan itu akan jadi darah daging isteri dan anak2...kalau suami x provide nie, isteri je yg kluar duit belanja makan....mayb ade effect dekat kasih sayang serta hormat dari isteri dan anak2 terhadap ayah die...sbb ayah die x menjalankan tanggung jawab sebagai ketua keluarga...

takut2 lama kelamaan isteri kate buat ape aku jadi isteri die dan anak2 pun bile dah besar lansung x endahkan ayah sbb kasih syg utk ayah tu dah mmg x de...kite x nampak secara zahir benda2 mcm nie....

faraway1 posted on 18-6-2010 07:09 PM

Salam semua.

Saya nak tanya pada kawan2 di sini mengenai isu nafkah. Kalau nafkah batin tu mungki ...
Piaggio84 Post at 18-6-2010 04:08 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

me rasa dah alang alang nak bini aje tanggung..
dah sampai masa si laki tu pakai skirt dan baju kurung jugak...

kenapa lelaki lelaki sekarang, dah tak ada rasa bangga
bagi makan anak bini dr duit sendiri?

pengecatbintang posted on 19-6-2010 10:33 AM

nafkah dari suami penting kalau kite pikir2kan...makanan itu akan jadi darah daging isteri dan anak2 ...

mayb ade effect dekat kasih sayang serta hormat dari isteri dan anak2 terhadap ayah die...

takut2 lama kelamaan isteri kate buat ape aku jadi isteri die dan anak2 pun bile dah besar lansung x endahkan ayah sbb kasih syg utk ayah tu dah mmg x de...kite x nampak secara zahir benda2 mcm nie....
mozz Post at 18-6-2010 18:00 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

aku setuju...

jika hak atau nafkah isteri n anak2 tak ditunaikan oleh somi...

akan memungkinkan somi tak terdaya nak tuntut supaya isteri penuhi 100% hak somi terhadap isteri  

btw... naper sblm kawin dulu tak pikir atau bincang...

luv was blind?!

PeminatSiti posted on 20-6-2010 06:04 AM

kekadang apa yg PS nampak trend hidup pasangan suami isteri sekarang
dah ramai sgt suami ambik kesempatan hanya menumpang senang
sbb ramai isteri yg gaji lebih besar dr suami

betul la kata salah satu benang diatas
nafkah wajib ni takda nilai tetap
isteri pun sebenarnya tak pernah nak berkira mengeluarkan belanja
asalkan suami menjaga keluarga dengan rasa penuh tanggungjawab
tapi bukanlah hanya jadi JAGA semata
yg nyata itulah trend yang berlaku sekarang
rasanya para isteri yang jadi penyumbang kewangan sekarang ni
bukan tak pernah saoun atau mintak duit belanja dr suami
namun alasan duit dier tak cukup..itu lah yg paling popular
PS percaya isteri2 yg terus berbelanja guna duit sendiri tu
adalah yang redha dlm terpaksa kerana tak mau bergaduh panjang
suami2 ni tak penah sedar ke
yg duit2 nya tak akan pernah cukup kerana tak berkat
sbb hak isteri dan hak anak tidak ditunaikan
itu ler pasal sampai ke sudah duitnya tak pernah cukup

tangent_talker posted on 20-6-2010 02:23 PM

standard ar...macam tu...
lelaki pemalas...janji perut dia lepas...orang lain tak kesah...
tak kesah hidup susah...janji dia takyah keje lebih boleh goyang kaki...

zi_trone22 posted on 20-6-2010 04:45 PM

Reply 2# tenteramsuci

seratus peratus sokong

akoknorma posted on 21-6-2010 10:13 AM

suami wajib bagi nafkah zahir pd isteri...nak tahu lbih lnjut buka web ustaz azhar idrus...just taip jer ustaz azhar idrus...jwapan ada disana...mcam2 lgi kemusykilan agama yg akan terjawab

hakass009 posted on 21-6-2010 10:17 AM

kalo rase x mampu kasik nafkah...tak yah kawen...

ade gak jantan bengong...kata kalu minik keje wat per nak kasik duit kat minik....kesah benar hoke...idup lagik minik dia...ni hah kat sebelah hakass je nih..sian kat dia...dh le duit ngasuh anak..susu anak...klinik sume minik tanggung...alasan...minik yg nak keje...so dia lah kena cover bab tu....tah ape2 tah...
luv is blind..kata member hakass..kalau masa leh diputarkan balik...konpom dia tak pandang lakik dia nih dolu...muahahahahaaaa

kudajantan77 posted on 21-6-2010 11:32 AM

pada aku .. nafkah zahir terdiri drp 3 keperluan asas iaitu:-

1) makanan asasi yg mengenyangkan ...
2) pakaian yg menutup aurat ...
3) kediaman yg selamat ...

kadar di mana ketiga-tiga keperluan ini disediakan adalah bergantung sepenuhnya kepada kemampuan suami. Kalo suami cuma mampu bagi makan nasi kosong, beli baju baru 10 tahun sekali dan duduk dalam khemah .. dah dikira menunaikan nafkah jika itu jer yg die mampu .. tapi jika kemampuan dia bagi makan lauk ayam tapi dia sengaja bagi telur rebus jer tiap2 hari sedangkan anak isteri tak redha dengan lauk telur rebus tuh, maka berdosa la .. camtu la contohnya kalo ikut pemahaman aku .. the keyword here is mengikut kemampuan ..  

tanggungjawab memberi nafkah tidak berkurang sedikit pun jika isteri bekerja. tapi kalo suami gaji RM800, bini gaji RM8,000 .. isteri kena la redha hidup cara org gaji RM800 kalo dah dia berkira sangat .. kalo dia sanggup upgrade ke cara hidup RM8,000 jgn la dok mengungkit .. tanda2 isteri musyrik ialah selalu meminta sesuatu yg suami tak mampu berikan ..

aku punya prinsip .. cemane susah pun .. jangan biar bini yg beli beras .. sbb itu makanan asasi .. aku akan make sure sentiasa ada beras kat rumah selagi tiada darurat .. aku takkan bagi bini keluar beli beras selagi aku ada .. beli lauk kat pasar takpe, itupun selalunya aku ikut dan jadi tukang bayar .. ansuran rumah aku bayar .. pakaian aku rasa takyah pikir sangat sbb aku rase dah sediakan lebih drp cukup .. tak penah lagi anak bini aku terdesak sampai telanjang .. sengaja telanjang tuh mmg tiap2 hari la aku nampak ..

kudajantan77 posted on 21-6-2010 11:35 AM

kalo rase x mampu kasik nafkah...tak yah kawen...

ade gak jantan bengong...kata kalu minik keje w ...
hakass009 Post at 21-6-2010 10:17 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

duit mengasuh anak tuh mmg logik la dia pass kat bini dgn alasan bini yg nak sangat keje ... tapi duit susu ngan duit klinik tuh aku rase tergalas atas bahu suami .. tak kira bini keje ke tidak ..

hakass009 posted on 21-6-2010 11:40 AM

duit mengasuh anak tuh mmg logik la dia pass kat bini dgn alasan bini yg nak sangat keje ... tap ...
kudajantan77 Post at 21-6-2010 11:35 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    minik dia TERRRRpakse keje...bukan NAKKKK sgt keje....wokeh...

btw..hakass pong kerja...but duit ngasuh lakik yg bayar hoke....ini kewajipan dia...

my-alja posted on 21-6-2010 11:46 AM

nafkah zahir?...

X3,iphone,ipac,amex CC,reload smart tag, feragamo, prada, etc:laugh3:

kudajantan77 posted on 21-6-2010 11:50 AM

Reply 15# hakass009

adakah laki die paksa die keje?
adakah die memaksa diri bekerja sbb takmo dok rumah flat kos rendah?
adakah laki die paksa bini keje sbb takmo dok rumah flat kos rendah?
adakah dua2 sama2 nak keje sbb takmo dok rumah flat kos rendah?
adakah die memaksa diri bekerja sbb takmo naik kancil jer?
adakah laki die paksa bini bekerja sbb takmo naik kancil jer?
siapa sebenarnya yg memaksa die bekerja? laki die atau nafsu die?

hakass009 posted on 21-6-2010 11:54 AM

hakass tolon copy n paste...sharing is caring maaaaaaaaaaaa

JANGAN ABAIKAN NAFKAH ISTERI
Oleh : Khairun Nisa¡¯ bte Abdullah
Majalah Sinar Rohani, Jun2006
Mengenang kembali peristiwa di Arafah, pada tanggal 9 Dzulhijjah tahun 10
Hijrah iaitu sebelum kewafatan Rasulullah SAW salah satu wasiat baginda yang
disampaikan melalui khutbah Wida¡¯ kepada sekalian umat Islam, iaitu agar kita
mengawasi dan memelihara kaum wanita sebagai satu amanah. Tugas dan
tanggungjawab ini, ditujukan khusus kepada kaum lelaki yang berperanan
sebagai suami di dalam sesebuah rumahtangga. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: ¡°Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana
sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah.¡± (Muslim)
Asas kejadian kaum lelaki, dikurniakan oleh Allah dengan kekuatan fizikal,
mempunyai pemikiran yang luas dan beberapa kelebihan lain. Sebaliknya kaum
wanita diciptakan dengan sifat yang lemah lembut, penyayang dan kurang
agresif. Mereka lebih banyak dipengaruhi oleh emosi. Oleh itu sewajarnya kaum
lelaki diberi tugas dan tanggungjawab memikul amanah menjadi ketua atau
pemimpin yang mengawal serta memberi perlindungan kepada kaum wanita.
Firman Allah SWT maksudnya: ¡°Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal
yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan
orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga
kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada
harta mereka.¡± (an-Nisa¡¯: 34)
Amanah yang dipertanggungjawabkan
Setiap pasangan harus berasa bertanggungjawab sepenuhnya menjalankan
tugas masing-masing demi membangunkan keluarga. Bagi lelaki, sebagai ketua
dalam negara, pemimpin dalam masyarakat, suami kepada isteri, bapa kepada
anak-anak atau sebagainya. Mereka seharusnya memahami hak-hak serta
tuntutan kaum wanita yang menjadi kewajipan bagi mereka
memperjuangkannya serta membela nasib kaum wanita ini apabila mereka
teraniaya. Sirah Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa baginda merupakan
pembela kaum wanita yang terulung. Baginda bukan sahaja membawa risalah
Islam yang sempurna, bahkan telah berjaya membebaskan kaum wanita dari
cengkaman adat jahiliah serta meletakkan kedudukan mereka ke suatu taraf
yang begitu mulia.
Namun paling mengecewakan apabila terdapatnya kaum lelaki yang suka
mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita dan memandang rendah
terhadap mereka serta menjadikan mereka mangsa mereka serta menjadikan
mereka mangsa penganiayaan. Pandangan kaum wanita tidak begitu diambil
perhatian menyebabkan hak atau kepentingan mereka terhakis. Keadaan ini
terjadi disebabkan wujudnya perasaan ego yang tinggi di dalam diri lelaki dan
tiadanya kesedaran dalam memikul amanah dan tanggungjawab terutamanya
sebagai ketua rumahtangga. Banyak kes-kes seumpama ini berlaku dalam
masyarakat, contohnya:
(i) Mengabaikan nafkah (perbelanjaan) isteri.
(ii) Tidak menyediakan tempat tinggal yang sepatutnya.
(iii) Bersikap kasar terhadap isteri.
(iv) Memberi tugas di luar kemampuan isteri.
(v) Menganiaya (mendera) isteri.
(vi) Melimpahkan tanggungjawab dirinya (seorang suami) ke bahu isteri.

hakass009 posted on 21-6-2010 11:55 AM

Post Last Edit by hakass009 at 21-6-2010 11:57

sambung lagik.......wakakaka...

Kewajipan Suami Memberi Nafkah (belanja):
Sesungguhnya kewajipan memenuhi keperluan nafkah terhadap isteri tidak
hanya terhenti setakat nafkah batin semata-mata tetapi juga nafkah zahir
termasuk memberi belanja dan keperluan zahir kepada isteri. Perkara ini telah
ditetapkan oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya: ¡°Dan
kewajipan suami memberi makanan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang
baik.¡± (al-Baqarah: 233)

Takrif nafkah harta (belanja) adalah suatu bahagian daripada harta yang
dibelanjakan kepada orang-orang yang dipertanggungjawabkan kepada suami
terhadap isterinya. Manakala yang dikatakan harta itu pula mestilah daripada
sumber yang halal, iaitu bukan hak anak yatim atau bukan hak orang lain yang
disimpan serta ia bukan dari usaha mencuri, rasuah, riba dan sebagainya. Maka
harta yang dijadikan nafkah untuk perbelanjaan isteri dan anak-anak mestilah
harta yang diperolehi dari jalan yang halal. Harta yang haram tidak boleh
dijadikan nafkah. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: ¡°Setiap daging yang
tumbuh dari sesuatu yang haram, nerakalah yang lebih layak baginya.¡±


Hak Isteri Tanggungjawab Suami

Salah satu daripada hikmah mengapa beban nafkah itu terpikul di bahu suami
adalah disebabkan kelebihan lelaki dalam penciptaannya dari segi kekuatan
fizikal dan akal fikirannya yang disifatkan sebagai mampu untuk bekerja keras
mencari nafkah, memberi pelindungan dan mempertahankan maruah keluarga di
mana tidak ada kewajiban bagi isteri untuk mencari nafkah. Tetapi ini bukanlah
bermaksud bahawa Islam telah menggambarkan wanita sebagai orang yang
lemah dan hanya membebani lelaki tetapi ia adalah penghormatan Islam kepada
wanita sehubungan dengan tugas mereka yang amat kompleks di rumah dalam
menguruskan hal anak-anak dan keluarganya.

Oleh itu memberi nafkah ini adalah wajib hukumnya ke atas suami semenjak
mula berlakunya pernikahan, meskipun si isteri itu merupakan seorang yang
kaya di mana perkahwinan itu sekali-kali tidak akan mengubah kedudukannya
bahkan dia tetap mempunyai hak-hak peribadi yang tidak boleh diganggu
walaupun oleh suami. Sedangkan suami tetap bertanggungjawab memberikan
nafkah kepada isterinya itu yang merangkumi penyediaan keperluan asas iaitu
makanan, pakaian, tempat tinggal yang selesa di samping memberikan wang
perbelanjaan untuk menguruskan keperluan diri, anak-anak dan rumah tangga.

Ini adalah berdasarkan kepada keadaan dan kemampuan si suami tersebut di
mana isteri yang baik tidak akan ¡®merengek-rengek¡¯ meminta sesuatu yang tidak
mampu dibeli atau disediakan oleh suaminya sebagaimana yang tersebut di
dalam al-Quran yang maksudnya: ¡°Hendaklah orang yang mampu memberi
nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka
hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar
yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekara kemampuan)
yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan
hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah
berlakunya kesusahan.¡± (at-Thalaq: 6-7)

hakass009 posted on 21-6-2010 11:58 AM

Post Last Edit by hakass009 at 21-6-2010 12:00

jap ekk abg kuda...hakass ngah gegeh nak sambung paste...muahahahaha

Sedekah Yang Diwajibkan

Sesungguhnya Islam menganggap bahawa pemberian nafkah suami kepada
isteri itu sebagai satu sedekah di mana Rasulullah SAW menerangkan dalam
sebuah hadis baginda bahawa sedekah yang paling baik adalah yang melebihi
keperluan.
Walhal sedekah ini pula elok didahulukan kepada orang yang di
bawah tanggungan si suami itu sendiri yang membawa maksud kepada isteri
masing-masing. Sa¡¯ad bin Abu Waqqash berkata bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda maksudnya, ¡°Setiap belanja yang engkau berikan demi mencari redha
Allah, pasti diberikan pahala, sekalipun yang engkau suapkan ke dalam mulut
isterimu.¡± (Bukhari & Muslim). Malahan nilai memberi nafkah kepada isteri dan
anak itu sebenarnya adalah lebih utama daripada menyumbangkan harta demi
perjuangan Islam di mana Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
¡°Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah dan satu dinar
yang engkau belanjakan untuk isterimu, yang paling besar pahalanya ialah apa
yang engkau berikan kepada isterimu.¡± (Bukhari & Muslim)

Fenomena Masyarakat:

Jika ditinjau tentang kehidupan berumah tangga sekarang kebanyakan lelaki
lebih gemar memilih perempuan yang berkerjaya sebagai isteri, bukan kerana
dia tidak mampu, tetapi pada pandangan mereka jika isteri bekerja, bayaran
nafkah termasuk wang belanja dapur dan perbelanjaan¨Cperbelanjaan asas
keluarga boleh dikongsi dalam erti kata lain boleh digunakan wang gaji isteri dan
diharap boleh melepaskan banyak beban yang sepatutnya menjadi
tanggungjawab dirinya. Dalam hal ini sekalipun masyarakat sudah menganggap
perkara tersebut sebagai lumrah kehidupan berumah tangga iaitu berkongsi
susah dan senang, namun sebenarnya ia adalah menjadi tanggungjawab suami
di mana isteri hanya perlu membantu sekiranya suami didapati tidak mampu dan
hal ini telah dijelaskan oleh Islam sebagai satu ibadah yang akan mendapat
ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T.

Hal ini telah disebutkan oleh Rasulullah SAW di mana terdapat sepasang suami
isteri, Zainab dan Abdullah bin Mas¡¯ud. Si suami tersebut tergolong dalam
golongan fakir, sementara isterinya memiliki harta yang sungguh banyak yang
ingin disedekahkan. Maka mereka pun datang menemui Rasulullah SAW dengan
ditemani oleh seorang wanita yang juga mempunyai niat yang sama. Ketika
sampai di hadapan rumah Rasulullah mereka bertemu Bilal. Zainab pun berkata,
¡°Katakanlah kepada baginda bahawa ada dua orang perempuan yang akan
bertanya apakah cukup kalau harta mereka diberikan kepada suami mereka dan
kepada anak yatim di rumah-rumah mereka? Tolong jangan kau katakan siapa
kami.¡± Bilal pun masuk dan menanyakan hal tersebut kepada Rasulullah SAW.
Terlebih dahulu baginda bertanya siapakah wanita itu. Bilal pun berkata,
¡°Seorang wanita Ansar dan Zainab. ¡°Zainab yang mana? Tanya Rasulullah.
¡°Isteri Abdullah bin Mas¡¯ud.¡± Jawab baginda: ¡°Mereka berdua akan
mendapatkan dua pahala. Satu pahala ibadah dan satu pahala sedekah.¡±
(Bukhari & Muslim)

Namun kesilapan yang sering dibiarkan berlaku ialah tentang terdapatnya suami
yang alpa dan sengaja mengambil kesempatan terhadap isterinya yang bekerja
sehingga ada yang hidup dengan hasil pendapatan isteri semata-mata, tanpa
melakukan apa-apa kerja. Sedangkan Islam telah mengingatkan bahawa dalam
hal pendapatan isteri, adalah menjadi hak mutlaknya sendiri di mana dia berhak
berbuat apa saja terhadap harta pencariannya dan suami tidak berhak untuk
mengawal, mengatur, mengambil atau membelanjakan harta tersebut tanpa
persetujuannya terlebih dahulu apalagi memaksanya memikul tanggungjawab
menanggung keluarga.

hakass009 posted on 21-6-2010 12:02 PM

Post Last Edit by hakass009 at 21-6-2010 12:04

dan lagi..............

Kelayakan Isteri Mendapat Nafkah:

Isteri yang layak mendapat nafkah mestilah isteri yang sah atau isteri dalam
¡®iddah raj¡¯i atau ¡®iddah yang boleh dirujuk kembali, ertinya ialah ¡®iddah dari talak
satu atau dari talak dua di mana ¡®iddah talak tiga tidak berhak diberi nafkah
kerana ia adalah talak yang tidak boleh dirujuk kembali. Oleh itu seandainya
isteri tersebut tidak mendapat nafkah yang adil dan mencukupi daripada suami
atau dia dikasari oleh suami, maka dia boleh mengemukakan tuntutan atau
saman di Mahkamah Syariah kecuali seseorang isteri itu nusyuz (derhaka)
kepada suaminya, curang dan sebagainya atau tamat tempoh iddah maka dia
tidak berhak untuk mendapat nafkah.

Contoh Pengabaian Nafkah:

Terdapat sebilangan suami yang mengabaikan tanggungjawab kerana:

i) Mempunyai isteri yang berpendapatan lebih atau sama dengannya dan
suami tersebut menganggap bahawa sudah mencukupi untuk isteri
menanggung sendiri perbelanjaan rumah tangga dan dirinya.

ii) Bertujuan untuk mendidik isteri agar tidak menjadi boros.
Menuntut Hak

Apabila isteri menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh suaminya maka si
isteri hendaklah:

1. Menasihati suami secara lemah-lembut dan bersopan tentang
tanggungjawabnya atas dasar tidak mahu menderhaka kepadanya.

2. Mencari orang ketiga yang boleh dipercayai dan dihormati untuk
menyedarkan kesalahan suami.

3. Merujuk kepada mahkamah syariah.

Begitupun Islam mengharuskan si isteri mengambil haknya meskipun tanpa
pengetahuan suami (sekiranya keadaan sudah terdesak) kerana pernah
diriwayatkan oleh Aisyah r.a. bahawa Abu Sufyan iaitu seorang sahabat
Rasulullah SAW yang cukup kaya, bersifat terlalu kedekut dalam memberikan
nafkah (belanja) kepada isterinya sehingga isterinya nekad mencuri wang
suaminya. Hindun, isteri Abu Sufyan itu mengkhabarkan halnya ini kepada
Rasulullah SAW. ¡°Sungguh Abu Sufyan adalah orang yang kikir (kedekut). Ia
tidak memberiku belanja yang mencukupi bagi diriku dan anaknya, sehingga aku
terpaksa mengambil hartanya tanpa pengetahuannya. ¡° Rasululah menjawab,
¡°Ambillah sebanyak mana yang mencukupi dirimu dan anakmu dengan wajar.¡±
(Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan

Sebuah hadis mengatakan yang di antara maksudnya: ¡°Rasulullah SAW
bersabda¡­ seorang lelaki adalah pemimpin atas keluarganya. Dia akan ditanya
tentang kepimpinannya¡­¡± (Muslim). Maka di sini seorang suami akan diminta
bertanggung jawab tentang ahli keluarga yang di bawah tanggungannya
termasuklah urusan pemberian nafkah.

Oleh itu, sebagai ketua keluarga, sama ada isteri meminta atau tidak, memberi
nafkah tetap menjadi tanggungjawab seorang suami kerana sesungguhnya
Rasulullah SAW amat membenci umatnya yang bersifat bakhil terutama kepada
pasangan yang telah melahirkan zuriatnya malah sifat bakhil ini juga adalah
termasuk bagi orang yang tidak menggunakan tenaganya untuk berusaha
mencari nafkah untuk diri dan keluarganya.

Sebaliknya mengharap isteri bekerja
untuk menyara kehidupan rumah tangga mereka. Golongan ini akan dibalas
dengan berbagai-bagai ancaman di akhirat kelak di mana baginda ada bersabda
dalam sebuah hadisnya bahawa orang bakhil itu jauh daripada Allah, jauh
daripada syurga, dan pergaulan manusia, sebaliknya dekat dengan api neraka.
Manakala orang yang dermawan itu dekat kepada Allah, dekat kepada syurga,
dekat dengan manusia dan jauh dari api neraka. Maka sewajarnya seorang
suami yang benar-benar bertanggungjawab pasti akan dapat melahirkan
suasana damai dan harmoni dalam rumah tangga. Tidak akan berlaku masalah
ketidakadilan, penganiayaan dan sebagainya.

cubajaya posted on 21-6-2010 12:06 PM

kawan aku selalu citer yg MIL dia selalu tepon anak dia mintak duit dapur sbb xde lauk nak masak tapi yg ada kat kampung tu FIL dia, adik lelaki dia. FIL dia ada pencen dlm 2k jugak tp x penah bg MIL. yg dia tahu cukup masa, makannnn....:mad: kawan aku hangin sbb laki dia selalu suruh dia terkejar2 bank-in kan duit, masa tu jugak hehehe....
so aku musykil jugak, kalau dah tua mmg laki x payah bg duit kat bini ekkk, sbb anak2 dah boleh bagi duit. tp kawan aku kata, laki dia mmg bagi tetiap bulan, bayar duit keta mak dia lagi tp mak dia selalu lah mintak dr masa ke semasa, esp bila ramai2 kat kampung huhu...

Hana posted on 21-6-2010 12:18 PM

btw... naper sblm kawin dulu tak pikir atau bincang...

luv was blind?!pengecatbintang Post at 19-6-2010 10:33 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

yehaa...love is blind..
seblum kawen, mmg tak nampak pasal duit2 nie. DUIT itu tak penting. yang penting, dapat kawen. :lol:

selepas kawen, baru tau DUIT tu penting.

;P

hakass009 posted on 21-6-2010 12:23 PM

Reply  hakass009

adakah laki die paksa die keje?
adakah die memaksa diri bekerja sbb takmo dok  ...
kudajantan77 Post at 21-6-2010 11:50 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   si minik ni dh berkerja lama seblm dia kenal lakik dia yg skang nih...dlm mase berkerja tuh walaupon dia hanya lah seowng admin asisstant yg bergaji kire2 1K++...dpt lah dia membeli sebuah rumah...dan sebuah kereta...mase bercheta semua nya indah..walaupon bunga2 "ketidaksempurnaan" tu ade....

lakik nih berjawatan dan bergaji lebeh besar dr minik dia...pas kawen br tahuk yg lakik dia mmg ske mengambil kesempatan keatas minik..dh lah dok umah pree minik punya...bile minik sakit minik kena bayar duit kinik sendrik...walaupon leh kelim balik...dh lah bayo sendrik...nak soh teman kan pong takmo....

bile preggy beli kelengkapan..check-up..duit bersalin...sume duit minik...duit tak cukup minik kena pinjam ngan mak pak minik..
baju raya minik ngan anak...minik kena pike sendrik...sbb lakik wat2 lupa ingatan...makan kat umah hari bekerja kena kungsi bayar...sbb minik yg salah x sempat nak masak...kerja jauh...minik kerja kat USJ...umah kat kajang...

bila turn nak balik raya kat kg lakik...lakik takmo kalah ngan adek badek lain..nk kasik duit raya kat sedara mara mak pak lakik jumlah beso2...so minik kena top- up...klalau tak kasik perang dingin..kena pulau...kalau belah minik nye sedara lakik tak pernah nak kasik sedekah duit raya....

tu antara luahan ati member hakass nih...dh puas nasehat dia gi ngadu kat pejabat ugama...tapi dia takott lakik dia wat larik anak dia...

so abg kuda...agak2lah kan...sapalah gerangan yg memaksa member hakass nih untuk berkerja...:sweat3:

mder posted on 21-6-2010 12:24 PM

pada aku .. nafkah zahir terdiri drp 3 keperluan asas iaitu:-

1) makanan asasi yg mengenyangkan . ...
kudajantan77 Post at 21-6-2010 11:32 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

aku punya pendapat pun sama macam hang.........
Page: [1] 2 3
View full: apa erti NAFKAH?