MsQuerida posted on 24-6-2010 11:03 AM

Niat & Cara Qada' Solat wajib 5 waktu yg pernah diabaikan...

Assalamualaikum..

Saya ada persoalan tentang niat qada' solat yg lepas2.

Sebenarnya saya tak tahu nak mula kan cerita tentang persoalan ni mcm mana...hurmm

Baru2 ni saya ade terbaca sebuah novel...dlm novel ni, suami tu ustaz, isteri dia perempuan yg byk kekhilafan.

lebih2 lagi selalu lalai dalam mengerjakan solat..So dlm novel tu, suami dia minta dia qada' solat2 yg telah tertinggal

dari semenjak dia akil baligh...

Then saya tersedar sebenarnya kalau nak ikutkan saya dah akil baligh sejak berusia 11 tahun dan sememangnya

saya rasa saya byk abaikan solat pada umur tu..yg mungkin penuh Subuh, Maghrib & Isya' sbb selalu berjemaah

dgn abah & mama...tu pun belum tentu penuh ...tapi bila Zohor dgn Asar, saya byk berada di sekolah sibuk dgn

aktiviti koir, nasyid, netball, tuisyen etc...dan saya mmg pasti saya ada byk tinggal solat ..

Bila masuk peringkat sek menengah, Alhamdulillah parents saya masukkn saya ke dlm SMKA so Alhamdulillah

sedikit sebanyak sejak saya bersekolah agama, solat 5 waktu terjaga dan ada lah yg sunat juga walau pun kdg2 rela

dalam paksa kan..Namun apabila meningkat dewasa dan dalam lepas PMR kesedaran & keinsafan tentang benar2 wajib menjaga solat 5 tu timbul dan betapa hebatnya solat sunat yg insya Allah dapat memudahkan segala urusan dunia & urusan akhirat..So selama ni, sejak bila saya benar2 diberi hidayah dan kesedaran tentang kewajiban solat lima waktu, seboleh2nya saya akan cuba utk mendirikannya setelah masuk waktu atau sekurang2nya sebelum habis waktu. Namun atas tuntutan kerja mmg selalu juga solat dekat2 akhir waktu & adakalanya terlepas waktu...Seandainya ada yg terlepas, saya akan cuba qada' pd hari yg sama.

tapi saya tak pernah terfikir nak qada' kan solat yg lepas2 ..yakni selepas saya akil baligh & masih dlm pemikiran solat 5 minit itu leceh..mungkin dek kerana hasutan syaitan juga kerana saya yakin ibubapa saya telah memberi didikan agama yg cukup sempurna buat anak2..saya sedar saya ada tinggal solat tapi kerana saya beranggapan pada ketika itu saya masih mentah, saya cuma berharap Allah akan ampunkan dosa2 saya mengabaikan solat pada usia muda itu..

tapi selepas membaca novel tu dan suami dia minta dia qada' solat2 yg lepas, saya rasa wajib bg saya utk berbuat perkara yg sama..kerana saya sgt yakin saya mmg ada tinggal solat beberapa waktu pd waktu dulu...

ok persoalannya.......

1) bagaimana cara utk niat qada' solat pd tahun2 terdahulu....yakni masa saye umur 11 tahun & 12 tahun dan juga pada tahun2 seterusnya yg mungkin ada antara solat saya tuh solat berupa paksaan dari ibubapa & warden2 asrama & tidak khusyu' & bukan sepenuhnya ikhlas kerana Allah

2) bolehkah pada satu2 waktu saya niat tu utk qada' solat subuh jer dulu...katalah saya ambil masa 1 jam utk qada' solat, boleh tak dalam waktu sejam tu, saya ganti solat subuh dulu utk selama mungkin 10 hari subuh..so dua rakaat darab dgn 10 kali..maksud saya, lepas subuh hari pertama ganti hari kedua pula..(harap penjelasan saya jelas) :)

Akhir sekali, terima kasih kpd yg sudi membantu :loveliness:

rikashi posted on 24-6-2010 11:43 AM

Salam Ms.Querida...:loveliness:
saya paling respek org yg suka muhasabah diri camni...

Setau saya niat qada solat yg lama2 atau yang terkini, sama je niat nya iaitu tukarkan 'adaan' kepada 'qadaan'. dan sebaik-baiknya qadakan solat tersebut pada waktu solatnya..zohor pada waktu zohor.asar pada waktu asar.cuma saya sendiri tertanya-tanya bolehkah qada solat pada waktu haram bersolat seperti selepas solat subuh dan selepas solat asar:o
Tapi sebenarnya qada solat ni juga boleh buat anytime,katakan selepas tahajud sementara tunggu waktu subuh.
Sebab tu jika kita pergi umrah atau haji,lagi senang la nak qada solat ni sebab di mekah tiada waktu yang diharamkan bersolat,dan menurut ceramah yang saya pernah dengar lebih afdhal qada solat daripada mengerjakan solat sunat.:)

jzzz posted on 24-6-2010 02:05 PM

Sya bru mengikuti majlis ilmu ttg  qada' solat.Ikut kta ustaz,x perlu qada' solat yg lama2 tu sbb kita dh x ingat bila masanya.Maksudnya jika kita dh ttgl solat zohor & kita nk qada' tp kita dh x ingat solat zohor yg mna satu.Jika nk qada' solat,kita kna bt secepat mungkin.Jika ttgl solat subuh ari ni kita kna qada' pd ari jugak sbb kita tau kita ttgl solat subuh td.Kita cuma perlu taubat nasuha & taubat sungguh2 sbb ttgl solat yg lama2 tu.Moga2 ALLAH mengampunkan kita.

always_typo posted on 24-6-2010 04:42 PM

Post Last Edit by always_typo at 24-6-2010 16:49

Salam Ms.Querida...
saya paling respek org yg suka muhasabah diri camni...

Setau say ...
rikashi Post at 24-6-2010 11:43 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

saya juga respek.

Cuma nak tambah sikit.

Kalau timbul  rasa tak larat sangat nak solat qadha ni kerana terlalu banyak nak diqadha (biasalah syaitan menggoda), ada ustaz cadangkan buat yang wajib sahaja dalam solat2 qadha tu . Contoh, takbir, baca fatihah (tanpa surah/doa iftitah) , ruku' dan sujud baca tasbih setakat sekali cukup (atau sekadar diam sebentar memenuhi tuntutan toma'ninah), tak perlu tahiyat awal kalau solat yang 3/4 rakaat terus tahiyat akhir pada rakaat keempat.

Dengan cara itu lebih segera dapat menamatkan bebanan yang tertanggung di batu jemala puan.

Semoga Allah menerima taubat puan, menambah takwa puan dan memasukkan puan dalam golongan orang2 yang berusaha gigih menuju ketakwaan.

always_typo posted on 24-6-2010 04:48 PM

Assalamualaikum..
1) bagaimana cara utk niat qada' solat pd tahun2 terdahulu....yakni masa saye umur 11 tahun & 12 tahun dan juga pada tahun2 seterusnya yg mungkin ada antara solat saya tuh solat berupa paksaan dari ibubapa & warden2 asrama & tidak khusyu' & bukan sepenuhnya ikhlas kerana Allah
MsQuerida Post at 24-6-2010 11:03 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

Kalau syarat2 sah solat sudah dipenuhi dan solat tu diketahui secara umum tak batal, tak perlu qadha. Sepanjang masa kushu' bukan kemestian yang mensahkan solat.

MsQuerida posted on 24-6-2010 05:08 PM

Salam Ms.Querida...
saya paling respek org yg suka muhasabah diri camni...

Setau say ...
rikashi Post at 24-6-2010 11:43 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif


    Salam Rikashi..

pembacaan novel tu yg menyedarkan saya..bila dah tahu wajib lah lakukan.. saya jadi takut sbb tak tahu cara nak sempurnakannya...tapi tadi saya bertanya mama saya, pada awalnya saya malu nak berterus terang dgn dia sbb terang2an lah mengaku pernah tidak jujur dlm melengkapkan solat wajib.. tapi ternyata mama saya lebih memahami ..dan dia rupa2nya ada pengetahuan ttg penyelesaiannya kerana dia dahulu seorang mualaf..jadi mama pun pernah ada persoalan tentang bagaimana solat2 wajib yg tak pernah dilakukan sebelum memeluk Islam...Alhamdulillah beliau tidak pernah meninggalkan solat semenjak memeluk Islam...cuma kdg2 terlepas waktu atas sbb2 tertentu & akan mengqada' dlm hari yg sama..

mama cakap kena bertaubat..dan cuba utk membuat perkiraan sendiri dan menolak waktu dtg haid...dan kita mmg tak boleh lakukan selepas Subuh & Asar, so qada' lah sebelum Subuh & Asar masuk...hope ia membantu u :loveliness:

tapi Mama i cakap lagi,  dalam Islam mmg tak boleh tinggal solat wajib, tapi bisikan syaitan yg sering mengganggu tu kdg2 mmg melalaikan kita makhluk yg lemah ni...

MsQuerida posted on 24-6-2010 05:11 PM

Sya bru mengikuti majlis ilmu ttg  qada' solat.Ikut kta ustaz,x perlu qada' solat yg lama2 tu sbb ki ...
jzzz Post at 24-6-2010 14:05 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif


    Salam jzzz...saya baru bertanya dgn my mom..& my mom pernah merujuk perkara ni kpd seorang ustazah semasa menunaikan fardu haji di Makkah dulu..kita mmg kene bertaubat utk tidak mengulangi lagi & qada' solat wajib yg pernai dilalaikan

MsQuerida posted on 24-6-2010 05:18 PM

saya juga respek.

Cuma nak tambah sikit.

Kalau timbul  rasa tak larat sangat nak solat qadha ni kerana terlalu banyak nak diqadha (biasalah syaitan menggoda), ada ustaz cadangkan buat yang wajib sahaja dalam solat2 qadha tu . Contoh, takbir, baca fatihah (tanpa surah/doa iftitah) , ruku' dan sujud baca tasbih setakat sekali cukup (atau sekadar diam sebentar memenuhi tuntutan toma'ninah), tak perlu tahiyat awal kalau solat yang 3/4 rakaat terus tahiyat akhir pada rakaat keempat.

Dengan cara itu lebih segera dapat menamatkan bebanan yang tertanggung di batu jemala puan.

Semoga Allah menerima taubat puan, menambah takwa puan dan memasukkan puan dalam golongan orang2 yang berusaha gigih menuju ketakwaan.
always_typo Post at 24-6-2010 16:42 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

hi always_typo :loveliness: btw, saye Cik..belum ade jodoh bergelar Puan lgi :rf: hehe

Terima kasih banyak2 sgt atas panduan u tu...:loveliness: betul lah syaitan ni tak penat nak kacau kita..lagi kita cuba nak perbetulkan diri ke arah yg lebih baik, lgi giat dia goda..Terima kasih juga di atas doa anda :loveliness:

cuma satu lah saya nak bertanya...boleh tak kalau dilakukan contoh kita buat perkiraan, oh aku tertinggal 10 kali Subuh, boleh tak sebelum Subuh, kita qada' solat Subuh 10 kali yg tertinggal tu sekaligus sebelum masuknya waktu Subuh...masih jadi kemusykilan

sunsuria3 posted on 25-6-2010 12:49 AM

Reply 3# jzzz

tak perlu qada? ish biar betul ust ni...

puasa tertinggal kena qada, siap fidyah lagi...last yr ramadhan rancangan agama tv9, ada caller tanya dia hutang fidyah lebih 50k boleh tak bayar ansuran? ust tu kata boleh byr lah sikit2...

zakat pun kena qada

solat tak perlu? sedangkan solat itu perkara utama yang akan dinilai kelak....sedangkan orang yg murtad pun bila kembali kepada ajaran islam kena qada semua amalan yg tertinggal masa murtad...lain lah muallaf..taubat memang wajib taubat nasoha..tp yg berhutang mesti dilunaskan..sekurangnya menunjukkan kita benar2 bertaubat...

dalam majalah solusi yg lepas2 ada diajarkan cara qada solat, iaitu waktu zuhur qada subuh, waktu asar qada zuhur and so on.

cite pasal qada posa...lately ni ada ustazah mengadu dia byk hari tinggal posa tak sempat ganti..total 80 hari total..last yr dia bayar fidyah rm900?? i cuma kata...u ni ustazah kan...dia kata ya saya tau tu tapi tah lah...dah dia dok depan saya dlm cubicle tu dia asyik bother me dgn benda ni aja...kejap dia kata..tapi tak apa jugak kan saya usaha nak qada ni dah buat 31 hari..nak posa lagi less than 2 months..boleh habis ke..
hari ni dia ckp lagi...akak nak tau kak R pun tinggal posa 30 hari tak ganti2 lagi..tanya dia fidyah dah bayar? R jawab aku bayar je ikut suka2 aku..??? ustazah ni tanya kalau mati tak sempat qada mcm mana? si R jawab anak2 aku kan ada biar dia org qada kan???
saya terus potong..surah ajnm...lupa dah...tiada manusia menanggong dosa orang lain..ibadat personal kena settle kan sendiri..

kawan2 dah qada posa?:loveliness:

nak harapkan doa anak sgt pun belum tentu lbh baik kita sendiri tingkatkan ibadat...

kenapa manusia ambil ringan bab ni..?? dia tu ustazah tu mengajar pendidikan islam dan bahasa arab...ada master lagi dari UIA..

always_typo posted on 25-6-2010 09:26 AM

hi always_typo  btw, saye Cik..belum ade jodoh bergelar Puan lgi  hehe

cuma satu lah saya nak bertanya...boleh tak kalau dilakukan contoh kita buat perkiraan, oh aku tertinggal 10 kali Subuh, boleh tak sebelum Subuh, kita qada' solat Subuh 10 kali yg tertinggal tu sekaligus sebelum masuknya waktu Subuh...masih jadi kemusykilan
MsQuerida Post at 24-6-2010 17:18 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

Cik MsQuerida,
Boleh sangat, samada sekaligus atau asing-asing masanya, tapi setiap satu solat Subuh itu mestilah dibatasi dengan takbir dan salam masing-masing

sunsuria3 posted on 25-6-2010 09:49 AM

tanyalah ust tv9 pagi ni, ust kata ibadah solat dan puasa itu ibadah badan, means tuan punya badan yg kena kerjakan sendiri. walau bagaimana pun waris2nya boleh mendoakan utk si mati ( dlm kes pagi tadi mati tak sempat qada), sedekah on behalf si mati etc etc

jzzz posted on 25-6-2010 10:37 AM

Reply 9# sunsuria3
Puasa setahun sekali sbb tu kna ganti!Solat sepanjang kita hidup.Kalo ttgl kita berdosa & dosa kena minta ampun dgn ALLAH.

sunsuria3 posted on 25-6-2010 11:15 PM

Reply 12# jzzz

saya tak pernah dgr solat tak perlu qada...sepanjang saya mencari ilmu tanpa henti ni..i never stop learning...

tanyalah ust tv9 pagi tadi pun ust tu mention solat dan puasa ibadah badan, tuan punya badan kena kerjakan..tak boleh orang lain walau pun bab puasa tu ada ulama berpendapat kalau tak habis qada waris boleh bayarkan fidyah atau gantikan

tadi pun saya tanya sorang ustazah...terkejut dia..sape kata macam tu? mana belajar?

nanti saya tanya orang lebih berilmu proff madya yg saya jumpa setiap ahad kuliah syariah...

sunsuria3 posted on 27-6-2010 02:14 PM

salam,
tadi saya tanya kan ust pengajian al sunnah. dia ni bidang dia tafsir quran dan hadith..

dgn nada keras dia jwb..nak yg mudah semua nak ikut mazhab lain...dalam mazhab syafie qada solat itu wajib..taubat perkara lain..qada perkara lain..amalan yg wajib mesti di qada..ada dalilnya juga..
cara qada tak boleh buat 10 kali solat dlm satu waktu..mesti ikut waktu solat tertentu..masuk waktu zuhur solat yg qada dulu then yg tunai...

tadi ust ni cerita peranan yahudi nak menjatuhkan kredibiliti nabi saw...terkejut gak..nabi itu sebenarnya bukan buta huruf..dia bagi tiga ayat sebagai bukti..ni semua kerja yahudi katanya ...laknat betul...betul yahudi..ayat qulhuallah pun disalah tafsir..ayat iqra' tu yg pertama turun tu..malaikat suruh nabi bacalah...then nabi kata aku tak tau membaca ( ni yg kita belajar selama ni) tp sebenarnya nabi kata 'apa yg nak aku baca' dia tulis dlm bahasa arab dan terangkan maksud setiap huruf tu dalam tafsir arab....

then wallahualam pun bukan sunnah yg sebetulnya baca?

APAKENAME posted on 2-7-2010 09:10 PM

ini dari pandangan 'layman' saya.  Maaf jika tak tepat.

Kita beribadah untuk mencari keredhaan Allah.  Kalau tertinggal solat, kita dah hutang dgn Allah.  Bila org hutang dgn kita, mana yg kita sayang 1) org yg bayar balik hutang dia atau 2) org yg buat2 lupa dia ada hutang dgn kita?

Rasanya the answer is obvious.  Jadi, kalau kita nak Allah sayang kita, kalau ada hutang, eloklah selesaikan.  ( Pesan kat diri sendiri gak...)

sweeyhoney posted on 5-7-2010 11:09 AM

ooo..macam tu ker? Macam mana kalau memang tak tahu berapa bilangan solat yg kita tinggal? macam mana cara yg paling afdal utk lunaskan semua hutang....utk wanita baligh, setiap bulan, atleast ada 6 @ 7 hari cuti. bersalin dalam 50 hari gitu (secara purata) yg tak tahu bahawa ianya perlu di qada'....
Page: [1]
View full: Niat & Cara Qada' Solat wajib 5 waktu yg pernah diabaikan...