FraidyCat Publish time 16-8-2010 10:11 PM

Cari cincin lelaki area Alor Setar

salam semua,

aku ingat nak balik alor setar hujung minggu ni, nak cari cincin nikah untuk lelaki. aku baca fatwa JAKIM kata suasa haram pakai, platinum pun ada yang kata haram. kat mana nak cari cincin selain daripada tu. seperti TITANIUM, ADAMANTIUM dan tadi aku google ada pulak cincin jenis tungsten-carbide yang berkali ganda lebih keras dari besi keluli. kat mana kedai jual nih, kalau ada la.

angketam Publish time 16-8-2010 11:36 PM

cincin manikkoran okjugak kot.....

caensem Publish time 17-8-2010 09:51 AM

p caRi cinciN peraK la kLu camtu.. :P trY la tanYa kat keDai2 emas tgk.. koT2 depa ada cinciN utK lelaKi yG haLal dipakai :D

sayapghaib Publish time 21-8-2010 06:16 PM

Cincin terbaik buat lelaki ialah dari perak ,ikut sunnah Nabi.Kalau perak tulen ada kod kat gelang cincin 925.Batu pula terpulang kat individu minat batu yg mcmana.Kat pasar kampung Berjaya kekadang ada sorang tukang cincin nama Haji Othman dari Bandar Baru Kulim datang meniaga.Beliau org Brunai.Selalu jual diskaun terutama menjelang perayaan.Cincin dan batu yg beliau jual original dan agak murah berbanding yg dijual kat kedai.Kat situ byk peniaga cincin yg lain,tapi Haji Othman ni jual kecil-kecilan pakai beg.Beliau pakai songkok hitam dan bercakap pelat Brunai.Batu cincin yg beliau jual ialah zamrud,nilam,delima dan topaz.Selalu kalau banding harga kat kedai dia diskaun dekat seratus ringgit lah juga.Tapi beliau tak selalu datang kat pasar tu.Ada la dalam sebulan 2 kali.

FraidyCat Publish time 21-8-2010 06:47 PM

pasar kampung berjaya kat mana eh? aku tengok gak cincin silver 925 kat bawah Pacific tapi pilihan terhad mostly batu black onyx. last sekali ku beli cincin stainless steel aja kat tesco. 30 hinggit. tulis 'Trust Forever'.

sayapghaib Publish time 23-8-2010 01:45 PM

pasar kampung berjaya kat mana eh? aku tengok gak cincin silver 925 kat bawah Pacific tapi pilihan t ...
FraidyCat Post at 21-8-2010 18:47 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

pasar pagi Jumaat kg Berjaya kat jalan Putera.Time nak raya mcm ni maybe Haji Usman tu kerap datang berniaga kat itu.Kalau beli kat pacific saya rasa harganya tak berbaloi kerana harga kat situ mahal.Yg menyebabkan cincin jadi menarik ialah permatanya kemudian baru silver nya.Semua cincin yg beliau jual ialah cincin silver bertatah permata emerald(zamrud) Ruby(Delima),Nilam dan Topaz.Hari tu ada satu bentuk cincin bertatah Aquamarine.Sangat cantik berharga 2 ratus.Kalau kat kedai mungkin mencecah 3 ke empat ratus.

Ni no telefon Haji othman tu

0125011395

sayapghaib Publish time 23-8-2010 01:54 PM

Menurut sesetengah orang yg ahli tentang logam,memakai cincin yg diperbuat dari besi dan tembaga boleh menyebabkan kesakitan pada saraf saraf badan ketika usia semakin meningkat.Malah dalam Islam pun hukum memakai cincin besi(steel) dan tembaga ialah makruh.Memakai cincin silver(perak) ialah sunnah Nabi dan jari yg diharuskan untuk menyarung cincin ialah Kelinking dan telunjuk .Memakai cicncin dijari hantu ialah perbuatan kaum Luth .

FraidyCat Publish time 23-8-2010 02:07 PM

ok terima kasih, nanti bila balik pulak aku cari kat jalan putra tu.

sayapghaib Publish time 24-8-2010 03:20 PM

Reply 8# FraidyCat

Seeloknya saudara tefon nombor tu dulu sebelum pergi kat pasar jumaat tu.

putrisalju Publish time 26-1-2011 07:50 AM

Reply 7# sayapghaib


   bukan jari telunjuk mcm firaun k..... yg saya tau org islam sunat pakai kat jari kelingking n jari manis

FraidyCat Publish time 30-1-2011 02:22 PM

aku beli cincin kat Langkawi jah, cincin yang batunya nampak cam bercahaya time malam tu. nampak cool jer. ada yang kata batu seri bulan @ mata dewa. penjual yang jual tu pulak kata batu geliga ular.

joeyss Publish time 30-1-2011 03:28 PM

dulu aku beli batu cincin.. so lepas tu cincin perak aku suruh tukang buat.. kedai redanna.. kalau ada sample cincin yang nak buat tu lagi bagus. tapi sekarang ni tak tau la berapa harga tempah cincin tu

sayapghaib Publish time 30-1-2011 06:18 PM

Replysayapghaib


   bukan jari telunjuk mcm firaun k..... yg saya tau org islam sunat pakai k ...
putrisalju Post at 26-1-2011 07:50 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

Terimasih saudara.Baru perasan saya silap taip.Nak taip jari manis tertaip telunjuk.Yup pakai jari telunjuk ikut kaum Firaun.Ada yg kata ikut Jewish.Tak pasti pula saya.

sayapghaib Publish time 30-1-2011 06:33 PM

aku beli cincin kat Langkawi jah, cincin yang batunya nampak cam bercahaya time malam tu. nampak coo ...
FraidyCat Post at 30-1-2011 14:22 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

Setahu sayakalau batu geliga ular ialah sejenis batu hablur yg simpan cahaya yg kaler kehijauan tu.Kat nombor jam tangan selalu ada benda ni.Batu ni ialah sejenis permata sintetik.Beza permata sintetik dan permata semulajadi ialah permata sintetik lebih murah dari yg semulajadi.Namun begitu permata sintetik turut mempunyai mutu yg tinggi jika peroses membuatnya dijalankan dengan teliti dan tepat.Kos sebiji permata geliga ular ialah Rm200 sebesar sebiji bola golf.Namun kos untuk memotongnya bagi dijadikan cincin akan menjadikan harganya lebih tinggi.
Pages: [1]
View full version: Cari cincin lelaki area Alor Setar


ADVERTISEMENT