zamkumis posted on 3-9-2010 08:29 AM

Koleksi pantun/sajak/ucapan SMS raya !!

Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara, bila langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
Selamat hari raya AidulFitri 1 Syawal 1431H Minal aidin wal faizin. Mohon maaf lahir dan batin.

Silakan....tambah..

zamkumis posted on 3-9-2010 08:50 AM

Gadis menyulam diatas kain, seindah bunga dlm jambangan.Walau hanya sms yg dikirim, tetap terasa berjabat tangan. MinalAidzinWalFaidzin.Mhnmaaflahir&batin

zamnie posted on 3-9-2010 08:51 AM

best gakkk... nanti jap cari idea dulu!!!

zamkumis posted on 3-9-2010 09:05 AM

SMS sedih..:'(

Hari ditunggu bakal tiba
Makcik dan pakcik bertambah ceria
Hatiku sayu dipagi raya
Mengenang suamiku jauh dimata
Minal Aidil wal faizin
Selamat Hari Raya

zamkumis posted on 3-9-2010 09:30 AM

Post Last Edit by zamkumis at 3-9-2010 09:53

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya.
Daripada:....

zamkumis posted on 3-9-2010 09:35 AM

Post Last Edit by zamkumis at 3-9-2010 09:51

Seiring cahaya dipagi Syawal,
Kuberi maafku setulus lahirmu,
Kupinta maafmu sedalam batinku.
Selamat hari raya Idul Fitri
1 Syawal 1431H Minal aidin wal faizin.
Mohon maaf lahir dan batin.

==================

Seiring cahaya dipagi Syawal,
Kuberi maafku setulus lahirmu,
Kupinta maafmu sedalam batinku,
Putihkan hati, beningkan jiwa,
Ukirkan senyuman seikhlas rasa,
Selamat hari raya Idul Fitri.
Minal aidin wal faizin.
Dari sahabatmu "Nama anda".

zamkumis posted on 3-9-2010 09:57 AM

Mawar berseri dipagi hari
pancaran putihnya menyapa nurani
SMS dikirim pengganti diri
SELAMAT IDUL FITRI
MOHON MAAF LAHIR BATHIN

nickname posted on 3-9-2010 10:12 AM

ni sajak pure ciptaan sendiri ker,ke cilok dari kad?..waah berbakat jugak zamkumis..

ni dari sy pulak..
Ramadhan ku tinggalkan penuh sayu..
syawal menjelma mengubat rindu..


aduh tak dak bakat lah,tak leh sambung ilang idea plak..

zamkumis posted on 3-9-2010 11:06 AM

Ramadhan ku tinggalkan penuh sayu..
syawal menjelma mengubat rindu..
Senyum terukir tangan dihulur
Tanda kemaafan kita sesama.

zamkumis posted on 3-9-2010 11:19 AM

Bunga melati pengharum hati
dipetik sekuntum tercucuk duri
mohon maafku seluruh jiwa
andai ada menguris rasa
SMS dikirim pengganti diri
tanda ingatan tiada luputnya
silaturrahim kekal sehingga mati.

bintang posted on 3-9-2010 11:54 AM

Oh ada tred pantun hari raya... :lol:

Elok gak tuh, hilangkan stres selepas berposting ilmiah...

bintang posted on 3-9-2010 11:56 AM

Makan ketupat di tepi paya
Sambil mengail ikan patin
Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin


:lol:

penyapu posted on 3-9-2010 12:04 PM

masuk paya pakai pelampung
jemput ar singgah ke kampung

:lol:

ana_una posted on 3-9-2010 01:35 PM

masuk paya pakai pelampung
jemput ar singgah ke kampung
penyapu Post at 3-9-2010 12:04 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

pecah kaca pecah gelas..
sudah baca harap balas..


;P

rosemary70 posted on 5-9-2010 12:53 AM

Post Last Edit by rosemary70 at 5-9-2010 01:05

Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.....

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya....

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan....

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakraban.....

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.....

Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di Hari Raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.....

B.K posted on 5-9-2010 11:19 AM

Mohon maaf jika ada langkah yang menoreh luka,
jika ada kata yang merangkai dusta,
jika ada tingkah yang membuat kecewa.
Selamat Idul fitri. Minal Aidzin Wal Faidzin. Taqabalallahu minna wa minkum

nickname posted on 5-9-2010 11:56 AM

syawal bakal menjelang tiba
lambang kemenangan umat Islam
menunaikan ibadat penuh kesabaran
ampun dan maaf saya  pinta
andai ada luka lama yg terpendam
sy hanya manusia biasa,tidak terlepas dari kesilapan.

selamat menyambut hari raya...

sunsuria3 posted on 5-9-2010 08:57 PM

ucapan Islamic xde ke? tunggu mlm raya nanti ramailah yg hntr sampi jam maxis n Celcom n digi tu

tahun ni tiba2 lak ank kecik ni nk bli card raya? Kami gelakkan dia, org email je la or SMS mlm raya mana Ada org post card raya lg
she insisted nk bli juga, then last week dia soh Abg no 2 postkan. dia tulis kat envelope

buat abangku tersayang! alamak Mak pun terkedu Adik ingt kat abng kat Australia .

bintang posted on 5-9-2010 09:03 PM

Reply 18# sunsuria3


    Kad raya ni kan memang ada sentimental valuenya la kak sun... memang tak sama dengan ecard, sms bagai tu... alahai, bagus tul adik tuh...

sunsuria3 posted on 5-9-2010 09:06 PM

Dari pak google

Potato chip without salt is on the table. Relationship without fault is impossible. Minal aidin wal faizin. Maafkan segala salah ˇ°MET LEBARANˇ± yee..

Indahnya Ramadhan dapat berpuasa dengan penuh ketaatan,Indahnya Idul Fitri dapat saling memaafkan. Minal aidin wal faizin. Mohon maaf lahir dan batin.

A time for reflection & a time for forgiving.
"Selamat Hari Raya Aidil fitri,
maaf zahir dan batin and Happy Holidays".
Safe journey and driving --

Sebening fiber optic,
setinggi tower antena radio,
secepat broadband access,
mohon dibukakan bandwith maaf selebar-lebarnya,
selamat Idul Fitri 1 Syawal
taqaballahu.minna.wa.minkun

bintang posted on 5-9-2010 09:28 PM

Post Last Edit by bintang at 5-9-2010 21:41

Seperti janjiNya yang benar
Ramadhan bulan ampunan
kerana menghitung dosa yang tak pernah usai
kerana banyaknya atau sering merasa selalu benar

Ramadhan bulan ibadah, bulan taqwa
dalam menghitung pahala dengan cepat
Kerana sedikitnya atau tanpa merasa adanya salah

Ramadhan yang datang dan Ramadhan yang pergi
bagai dosa yang datang dan pergi
bagai mimpi yang selalu mengisi
bagai pagi mencampakan malam
bagai saya yang merasa selalu benar.

Ramadhan kini dan Ramadhan yang lalu
diri saya kini dan diri saya yang dulu
yang tetap selalu merasa benar
Di dalam dosa dan kebaikan.

Tuhan, diriMu yang Pengasih
Ampuni saya.

sampobo posted on 5-9-2010 10:39 PM

Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

HOTlips posted on 6-9-2010 10:07 AM

Reply 20# sunsuria3

Sebening fiber optic,
setinggi tower antena radio,
secepat broadband access,
mohon dibukakan bandwith maaf selebar-lebarnya,
selamat Idul Fitri 1 Syawal

Wah! berteknologi tingginya ucapan ini :P


1 2 3 4
Raya nanti chek nak makan ketupat




5 6 7 8
Mohon maaf atas segala kesilapan!


SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI buat semua! {:1_152:}{:1_152:}

zamnie posted on 6-9-2010 11:18 AM

Jadikan perhubungan kita umpama untaian tasbih,
ada awal tetapi tiada penghujungnya,
semoga jalinan ini kekal abadi & diRahmati Allah jua hendaknya
Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin...

minta izin pd empunya koleksi diatas, boleh cut n paste tak????:)

sunsuria3 posted on 6-9-2010 02:30 PM

semua pantun ni pnjg lebar hbs credit weih! reka yg pendek tp dlm maksudnya muat 1 pg SMS je amacam blh? akak ni bukn org berpantun x reti sgt
Page: [1] 2
View full: Koleksi pantun/sajak/ucapan SMS raya !!