bintang Publish time 5-9-2010 09:28 PM

Post Last Edit by bintang at 5-9-2010 21:41

Seperti janjiNya yang benar
Ramadhan bulan ampunan
kerana menghitung dosa yang tak pernah usai
kerana banyaknya atau sering merasa selalu benar

Ramadhan bulan ibadah, bulan taqwa
dalam menghitung pahala dengan cepat
Kerana sedikitnya atau tanpa merasa adanya salah

Ramadhan yang datang dan Ramadhan yang pergi
bagai dosa yang datang dan pergi
bagai mimpi yang selalu mengisi
bagai pagi mencampakan malam
bagai saya yang merasa selalu benar.

Ramadhan kini dan Ramadhan yang lalu
diri saya kini dan diri saya yang dulu
yang tetap selalu merasa benar
Di dalam dosa dan kebaikan.

Tuhan, diriMu yang Pengasih
Ampuni saya.

sampobo Publish time 5-9-2010 10:39 PM

Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

HOTlips Publish time 6-9-2010 10:07 AM

Reply 20# sunsuria3

Sebening fiber optic,
setinggi tower antena radio,
secepat broadband access,
mohon dibukakan bandwith maaf selebar-lebarnya,
selamat Idul Fitri 1 Syawal

Wah! berteknologi tingginya ucapan ini :P


1 2 3 4
Raya nanti chek nak makan ketupat




5 6 7 8
Mohon maaf atas segala kesilapan!


SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI buat semua! {:1_152:}{:1_152:}

zamnie Publish time 6-9-2010 11:18 AM

Jadikan perhubungan kita umpama untaian tasbih,
ada awal tetapi tiada penghujungnya,
semoga jalinan ini kekal abadi & diRahmati Allah jua hendaknya
Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin...

minta izin pd empunya koleksi diatas, boleh cut n paste tak????:)

sunsuria3 Publish time 6-9-2010 02:30 PM

semua pantun ni pnjg lebar hbs credit weih! reka yg pendek tp dlm maksudnya muat 1 pg SMS je amacam blh? akak ni bukn org berpantun x reti sgt

zamkumis Publish time 6-9-2010 03:08 PM

Jadikan perhubungan kita umpama untaian tasbih,
ada awal tetapi tiada penghujungnya,
semoga jalina ...
zamnie Post at 6-9-2010 11:18 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Silakan, bagi yang nak modified dan rojak-rojakkan pun boleh...

zamnie Publish time 6-9-2010 03:35 PM

Reply 26# zamkumis

trm ksh tt...

bintang Publish time 8-9-2010 05:21 AM

Post Last Edit by bintang at 8-9-2010 05:22

Ramadhan datang dan pergi dengan barakah yang dijulang
Menyambut lebaran dalam senyum berbaur sayu meninggal Ramadhan
Dengan rahmatNya lebaran datang dan Ramadhan kian menjauh dan pulang
Dengan jejari sepuluh hamba pohon ampun dan maaf andai tercalar penulisan.




http://www.coolfreeimages.net/images/eid/eid_mubarak_46.jpg

eastbourne13 Publish time 8-9-2010 01:44 PM

dapat dari sms:

Kambing tua naik LRT,
katak pisang tercekik tulang,
walau sms saja yang diberi,
itu tandanya ingatan tak hilang.

Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir & batin.
Pages: 1 [2]
View full version: Koleksi pantun/sajak/ucapan SMS raya !!


ADVERTISEMENT