along3746 posted on 3-9-2010 03:44 PM

Edisi Berbalas Pantun Raya-Elak jalan raya jadi sungai maut: PM

Post Last Edit by along3746 at 3-9-2010 16:42

Elak jalan raya jadi sungai maut: PM


2010/09/03

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengelakkan lebuh raya dan jalan raya daripada menjadi "sungai maut".

Dalam mesej bersempena Hari Raya Aidilfitri itu juga, Perdana Menteri meminta semua rakyat Malaysia sentiasa mementingkan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Ingatan Perdana Menteri itu disuarakan menerusi rakaman video khas "Mesej Perdana Menteri Bersempena Musim Perayaan Aidilfiri 2010" yang dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, di Serdang hari ini.
Najib turut berharap semoga semua pengguna jalan raya khususnya pemandu kenderaan dapat mengutamakan keselamatan sewaktu musim perayaan baik semasa pergi mahu pun pulang ke destinasi masing-masing.

"Displinkan diri kita dengan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan, sesungguhnya sikap berhati-hati dapat megurangkan risiko kemalangan.

"Pulanglah ke kampung halaman masing-masing dengan rasa syukur dan gembira agar kita semua dapat merayakan Aidilfitri dengan gembira tanpa ada kemalangan yang mengorbankan nyawa berlaku dalam keluarga," katanya.

Najib turut mengingatkan generasi muda, supaya mengutamakan keselamatan dengan memberi perhatian sepenuhnya ketika di jalan raya kerana mereka adalah aset penting negara.
Kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, Najib meminta mereka bersama-sama merayakan hari raya dengan suasana penuh muhibbah, harmoni dan bersatu padu ke arah kemantapan 1Malaysia.

Akhir sekali, Perdana Menteri bersama anggota keluarga serta mewakili jemaah menteri mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada suluruh umat Islam semoga dapat merayakannya dengan penuh kegembiraan.

Dalam mesej itu Najib turut menyampaikan serangkap pantun:

Satu Malaysia Bersatu-padu,
Bersatu-padu penuh semangat,
Pesanan buat para pemandu,
Pandu cermat jiwa selamat.

- BERNAMA

voizze posted on 3-9-2010 03:47 PM

ni nak kena jual beli pantun ke... tak reti lor

kecimpret posted on 3-9-2010 03:48 PM

ni mesti bik mama yg karangkan pantun nihhh:lol::lol:

tabasco posted on 3-9-2010 04:17 PM

pantun kat bod gosip tu 10 kali lebih baik dari ni...

TanSriJess posted on 3-9-2010 04:20 PM

kais pagi makan pagi
kais petang makan petang
bertolak malam smpai pagi
bertolak pg akn smpai ptg

;P

daun_hijau posted on 3-9-2010 04:41 PM

berpantun lar pulak :ohmy3:

along3746 posted on 3-9-2010 04:41 PM

Tangan dihias gelang suasa
Gadis manis bernama Mariah
Di bulan Ramadhan kita berpuasa
Syawal di sambut dengan meriah

Panjang mengurai rambut si puteri
Menjadi idaman sering dipuji
Kunjung mengunjung di aidil fitri
ketupat dan rendang turut disaji

malam kelam kerana gerhana
sehingga pagi juga ke senja
sambutlah syawal dengan sederhana
jangan membazir dalam berbelanja

Sungguh gagah Indera Pura
Putera Kayangan empunya kisah
syawal di sambut dengan gembira
jangan dilupa mereka yang susah

along3746 posted on 3-9-2010 04:45 PM

Pisang emas dalam peti
dimautkan pula dalam sampan
selalu ceria hiburkan hati
kata mengata kita hindarkan.

Gunung tinggi cuba di daki
tapi kudrat tak terdaya kini
jauhkan diri hasad dan dengki
ikhlaskan diri diberkati ilahi

bawa lori penuh muatan
muatan di bawa ke Pekan Manaci
terlerai kini ikatan persahabatan
akibat fitnah caci mencaci.......

dragger posted on 3-9-2010 04:48 PM

kajang Pak Malau,
kajang berlipat,
nenek kat dapur,
tgh buat lepat...

ikanbilis posted on 3-9-2010 05:12 PM

satu mesia shit kehulu
satu mesia shit ke hilir
satu mesia hati berbulu
najib cerita berbuka patin tempoyak

TanSriJess posted on 3-9-2010 05:14 PM

satu mesia shit kehulu
satu mesia shit ke hilir
satu mesia hati berbulu
najib cerita berbuka pati ...
ikanbilis Post at 3-9-2010 05:12 PM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

pantun bilis memang besstttt :lol:{:1_149:}

moskau12 posted on 3-9-2010 07:05 PM

ni mesti bik mama yg karangkan pantun nihhh
kecimpret Post at 3-9-2010 15:48 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    nampak begitu educated dan profesional baris2 ayat2nya itteww

kucingTomey posted on 3-9-2010 07:07 PM

dua tiga kucen berlari,
dua tiga tupai terbang,
belilah barangan tempatan,
kenapa ingin menampal tayar?

tq:)

ajinomotonosuga posted on 3-9-2010 07:42 PM

anak dolah anak pak mat
meke dua kuat merempit
pandu cermat belum tentu selamat
paling selamat bila tak dak duit

ok dak?

ajinomotonosuga posted on 3-9-2010 07:43 PM

dua tiga kucen berlari,
dua tiga tupai terbang,
belilah barangan tempatan,
kenapa ingin menampal  ...
kucingTomey Post at 3-9-2010 19:07 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif


ko ni sure puak pro mansuhkan maths sains dalam bahasa kebangsaan kan? tu pasal ko tak reti berpantun cam akuk haaa...:lol:

wes_12 posted on 3-9-2010 08:17 PM

Reply 14# ajinomotonosuga

xbesy nyer pantung ;P ;P

YeOpInDiE posted on 4-9-2010 10:56 AM

Hujan lebat banjir jalan,
Jalan Raya bermandi air,
Kaum kerabat handai tolan,
Taun ni raya dalam air


http://a.imageshack.us/img689/8550/hujanlebat.gif

mysara posted on 4-9-2010 11:01 AM

pat pat siku lipat
buat lepat ngan ketupat
jangan asyik nak sampai cepat
pengguna jln raya merempit tak hengat! :laugh3:

ikanbilis posted on 4-9-2010 11:56 AM

semalam berbuka patin tempoyak
buat press statemenk baju melayu pink
keselamatan pengguna toksah la nak ghoyak
bg diskaun saja tol dan kopi free

atira posted on 4-9-2010 11:59 AM

satu mesia shit kehulu
satu mesia shit ke hilir
satu mesia hati berbulu
najib cerita berbuka pati ...
ikanbilis Post at 3-9-2010 17:12 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    pantun 1mesia :lol:

mysara posted on 4-9-2010 12:04 PM

berhati-hati ke Pokok sena
polis wat spot check nanti kena cekup,
dah byk lebuh raya terbina
time raya jer, mesti tak cukup!

iza_yuss posted on 4-9-2010 12:45 PM

semalam berbuka patin tempoyak
buat press statemenk baju melayu pink
keselamatan pengguna toksah l ...
ikanbilis Post at 4-9-2010 11:56 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

bes bes

;P

crvluvs posted on 4-9-2010 12:54 PM

baju melayu kaler pink sudah diolah
khamis raya ka jumaat raya ka aku tak kisah
lori bas dan mat rempit jangan bagi aku susah
aku nak balik beraya kat kedah

ikanbilis posted on 4-9-2010 01:04 PM

Penting ka nak tau siapa bangun dahulu, najib ka rosmah?
juadah bersahur bibik jugak yang sediakan
kalau nak kurangkan jumlah musibah
kurangkan tambang tiket pengangkutan

mysara posted on 4-9-2010 01:07 PM

tak jumpa kawan bertahun-tahun,
buat gathering kat bkt beruntung,
bila ke plus nak bagi diskaun,
kasi ler 70%, kan dah untung?
Page: [1]
View full: Edisi Berbalas Pantun Raya-Elak jalan raya jadi sungai maut: PM