amazed Publish time 19-9-2010 05:05 PM

dak 2 thn koma TERjatuh dari escalator!!!

Kanak-kanak 2 tahun koma terjatuh


2010/09/19

http://www.bharian.com.my/articles/Kanak-kanak2tahunkomaterjatuh/pix_gal0
Muhammad Irsyad Syahmie




KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki yang bakal menyambut ulang tahun kedua kelahirannya, Jumaat ini, koma selepas terjatuh di tangga bergerak sebuah pasar raya besar di bandar ini, petang kelmarin.

Muhammad Irsyad Syahmie Mohd Suhaimi dari Wakaf Dua, Bukit Payong, Marang mengalami retak di kepala dan otaknya membengkak akibat kejadian kira-kira pada jam 6.30 petang itu dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).


Ibu mangsa, Nurul Izatee Nawi, 25, berkata dia dan suami, Mohd Suhaimi Majid, 29, membawa anak tunggal mereka itu membeli barangan keperluan dapur dan kelengkapan anaknya di pasar raya besar berkenaan sebelum Muhammad Irsyad Syahmie yang diletakkan dalam troli meronta-ronta mahu keluar dari troli.


"Selepas diturunkan, kami menaiki tangga bergerak itu untuk ke bahagian bawah pasar raya. Ketika itu, Muhammad Irsyad Syahmie cuba memaut pemegang tangga bergerak yang naik ke tingkat atas menyebabkan dia turut ditarik dan terjatuh ke tangga bergerak bersebelahan.

"Tangga itu bergerak laju menyebabkan suami saya tidak sempat menggapai anak kami lalu. Kejadian itu menyebabkan anak saya menggelupur kesakitan dan mukanya pucat. Dalam keadaan panik, kami tak ingat untuk guna kenderaan sendiri ke hospital, sebaliknya meminta bantuan orang ramai menghantar Muhammad Irsyad Syahmie ke hospital," katanya.

Nurul Izatee yang bekerja sebagai jurujual kereta di Perodua Gong Kapas, di sini, berkata doktor memaklumkan anaknya dalam keadaan stabil walaupun tidak sedarkan diri dan diberi ubat untuk merehatkan otak serta menghilangkan bengkak pada bahagian otak selain diberi minum susu melalui tiub.

Dia mengakui anaknya itu memang lasak, namun menegaskan pasar raya berkenaan perlu menitikberatkan ciri keselamatan terutama di bahagian tangga bergerak bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa depan.

"Sepatutnya sediakan besi penghadang supaya kejadian seperti ini tidak berlaku. Saya juga kecewa kerana ketika kejadian, pengurusan pasar raya berjanji menghulur bantuan, namun selepas lebih lima kali saya menghubungi mereka, panggilan tidak berjawab dan SMS tidak dibalas," katanya.




makpak yg peka tak leh ler nak panik ke hulu.. panik ke hilir... sampai dok mintak2 bantuan worang hantar ke sepital.... lagi satu... budak2 umur camtu.. jenis yg masih buas tak dengar kata.... kena prihatin dan jaga lebey sket.... sampai boleh pegang escalator yg sebelah sana yg naik ke atas camner tuh....

dia sundrik akui anak dia lasak... bila lasak camtu... hah!! kena bagi extra care ler... jgn nak salahkan pihak pasar raya lak... hah!! {:3_89:}

HaMiZiE Publish time 19-9-2010 05:10 PM

:shakehead3: ...

biler dah accident, pasaraya lak disalahkan...
kalo tak sukses, pengeluar escalator lak yang disalahkan...

rasanya escalator yang ada kat mana mana pasaraya lebey kurang sama jer...
even siap ada notice diletak next to escalator bagi tau apa perbuatan yang tidak dibenarkan semasa menggunakan escalator...

so, ibu bapa yang bawak anak menggunakan trolley semasa menggunakan escalator tu, kena be alert, aware and alarm all the times....

indahkasturi Publish time 19-9-2010 05:15 PM

escalator siap ada warning bagai
the problem is with the parents
kalau anak lasak, pandai2 lah handle
think 2 step ahead of them..

cmf_almondpecan Publish time 19-9-2010 05:18 PM

Diaorg tolak troli yang kat supermarket naik escalator ke? Anak diaorg ni ada dalam troli masa tu ke camne? Kalau ye, sbb tu la shopping centres tak kasik orang ramai tolak troli atau pun pram budak2 naik escalator. Bahaya. Kalaupun budak tu tak dimasukkan dalam troli, mak bapaknya mana nak tahan troli tu lagi, mana nak perati anak dia yang lasak. Malang tak berbau. Sbb tu, elakkan dari menaiki escalator dgn troli atau pram walaupun anda confident boleh handle. Naiklah lif yang disediakan.

cik_kambing Publish time 19-9-2010 05:19 PM

Tuler, geram betul. Sikit sikit salahkan pasaraya. Beranak pandai, jaga tak reti. :@

HaMiZiE Publish time 19-9-2010 05:25 PM

Tuler, geram betul. Sikit sikit salahkan pasaraya. Beranak pandai, jaga tak reti.
cik_kambing Post at 19-9-2010 17:19 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

lagi sakit hati kalo parent tu salahkan pengeluar trolley tu lak :lol:

arasham Publish time 19-9-2010 05:25 PM

ada 2 je pasar raya besar kat ganu. giant dan maidin. dua-dua tak de escalator yg
ada "walkalator" betui ka??? yg cam bersilang sikit kat maidin je...

courtney_xo Publish time 19-9-2010 05:26 PM

tak salah cubitkan anak yg nakal..
asalkan tak koma...

anak tunggal ler katakan...

nour2001 Publish time 19-9-2010 05:28 PM

ketuk je kepala bapak budak tu..ada hati nak salahkan pasaraya tu pulak..itu budak dia dukung ka? aku pun ada anak lelaki lasak 2 tahun jugak..naik eskalator pun tak reti diam tapi aku pegang tangan dia kuat2..lagi satu jgn sekali2 dukung anak masa naik eskalator, letak anak kat depan kita atau sebelah kita sambil pegang tangan dia kuat2..mata kena tumpu kat anak tu, jgn borak2, mata melilau tgk sana sini..
sorry to say, bodoh piang punye bapak, sbb dia lalai anak yg kena musibah..:@

kucingTomey Publish time 19-9-2010 05:29 PM

eskeleter tidak menyihatkan tubuh badan ...sekian{:3_89:}

arasham Publish time 19-9-2010 05:31 PM

tak salah cubitkan anak yg nakal..
asalkan tak koma...

anak tunggal ler katakan...
courtney_xo Post at 19-9-2010 17:26 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
org kita ni probnya tak reti nak disiplinkan ank dari kecik.
dpn org baru tau nak ugut-ugut ank. budak tu tak takut pun.
ini pengalaman tengok ank-ank sedara dan cucu-cucu sendiri.

syabee Publish time 19-9-2010 05:33 PM

aku nak turun escalator pakai stroller pun fail lagi....baik aku naik liff....tunggu lame pun takper....ni anak lasak dok marah pasaraya.

matamata Publish time 19-9-2010 05:33 PM

eksiden tpt org...ada chance nak salahkan org lain...kalau kat rumah sendiri...dia salahkan tuhan pulak kot...

Kak_Nor Publish time 19-9-2010 05:36 PM

pasaraya mana ni? mydin ke?

mak pak yg tak reti jaga ank.
dah tau ank tu buas peganglah btul2.
ni smpai leh lepas ank naik ats pemegang escalator amende hal?
mak pak lembab nk mampos! smpai dang ank jatuh dulu bru nk bising!

ada ati nk saloh ke pasaraya.
kalu pasaraya mydinlah, tadoknya dok slamat bagai dikata.
bukan jenis bertangga, jnie khas utk troli. luas pulok tu.

indahkasturi Publish time 19-9-2010 05:37 PM

org kita ni probnya tak reti nak disiplinkan ank dari kecik.
dpn org baru tau nak ugut-ugut ank....
arasham Post at 19-9-2010 17:31 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
betul tu sham
kadang2 tu sayang tak bertempat
selalu dengar alasan
"ala budak tu kecik lagi, biarlah, esok besar tau lah dia"
nasib lah ibu bapak yg leka
esok dah liat baru nak disiplin...

pinklollipop Publish time 19-9-2010 05:37 PM

Kes macam ni banyak dah berlaku...
Sayangnya, banyak parents yang masih tak alert dengan kes2 yang keluar dekat paper.

Kalau tengok dekat shopping malls....
Parents siap tolak anak dalam stroller naik atas escalator tu.
Walhal, bukannya takde lift kat shopping mall tu.

Kalau dekat pasar raya lak...perlu ke tolak troli naik atas or turun bawah?
Come on la...ape salahnya angkat je la anak tu and pegang/dukung anak tu baik2.
Barang2 tu boleh je pegang kat tangan kan?
Keselamatan diri lagi penting. :re:

RosesAre_Red Publish time 19-9-2010 05:50 PM

Reply 5# cik_kambing


tu la kalo dh tau anak tu hyperaktif jaga la baik2, bg la extra care.. jgn mudah nk tunding jari kt org, nsb baik dorg x saman escalator tu.. kdg2 aku naik geram gak tgk parent yg leka jaga anak2 yg nakal kt supermarket/pasar atau tempat awam.. kalo jd ape2 mula la nk tunding org :@:L

alfrina Publish time 19-9-2010 06:02 PM

eskalator tak salah.. ygsalah mak pak budak tuh, dah tau anak lasak, lg tak jaga elok2..


tp kalo dah ajal anak dia takat tuh, apa nak buat. maybe eskalator penyebab saja

FlowerGirl Publish time 19-9-2010 06:23 PM

Mak bapak yg bongok.anak sorang pun x leh jaga!bkn anak ramai pun.anak aku yg drjh 3 pun masih aku pegang tangan dia time naik eskalator..

cik.panda Publish time 19-9-2010 06:24 PM

alang2 dah salahkan pihak pasaraya tuh, taknak saman terus ke? :re:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: dak 2 thn koma TERjatuh dari escalator!!!


ADVERTISEMENT