princezz posted on 26-9-2010 07:02 PM

Niat puasa sunnat 6 hari

Assalamualaikum..
nak tanya mcmna bacaan niat puasa sunnat 6 hari di bulan syawal? nak yg jawi dan ertinya sekali..
terima kasih :loveliness:

kucingblue posted on 26-9-2010 07:51 PM

tak yah bace pon takpe kan?

mbhcsf posted on 26-9-2010 08:13 PM

actually  lafaz tu well secondary, yang penting niat ..tu lintaskan dalam  hati. may be ada yang arif lebih tahu.

bintang posted on 26-9-2010 08:34 PM

Da ada lintasan nak pose esok tu.. niat ar tuh... tak perlu lafaz skema ayat skrip drama usop haslam..

tabasco posted on 26-9-2010 08:39 PM

mungkin dia nak ajar anak dia cara niat posa..

nickname posted on 26-9-2010 10:36 PM

niat jer nak puasa sunat dalam hati,tak payah lafaz,sah puasa...sy tak pernah pulak allert dgn niat puasa 6 ni dalm bahasa arab,kalau yg puasa wajib tu tau la..

zamnie posted on 27-9-2010 04:46 PM

takde siapa yg tahu niat eks?

bintang posted on 27-9-2010 06:56 PM

takde siapa yg tahu niat eks?
zamnie Post at 27-9-2010 16:46 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    Bukan tak tau kak... cuma semua tu tak perlu. Lintasan kat ati ingat nak pose esok sudah lebih dari cukup.

Kalo nak gak, inilah skrip skemanya:  Sahaja saya berpose enam di bulan syawal, esok hari kerana Allah Taala.

salimrock posted on 27-9-2010 07:05 PM

wa ada tertinggal 1 hari ms bulan ramdhan hari tu...perlu ganti dulu tak sebelum posa 6, ke 1 hari dlm posa 6 tu wa niat puasa 6 + ganti puasa ramdhan?

atau wa puasa 6 dulu, lepas syawal wa puasa ganti balik...?

sekian terima kasih

nickname posted on 27-9-2010 08:04 PM

puasa 6 dgn puasa ganti kena asing,,elok buat yg wajib dulu lah,kemudian teruskan puasa sunat..

kakiza posted on 28-9-2010 10:12 AM

wa ada tertinggal 1 hari ms bulan ramdhan hari tu...perlu ganti dulu tak sebelum posa 6, ke 1 hari d ...
salimrock Post at 27-9-2010 19:05 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

pose ganti wajib..
pose 6 sunat....

so..dulukan yg wajib...maknenye sedare kene pose hari petame tuh dgn niat pose ganti lah...
pastu baru diikuti dgn pose 6....wallahua'lam.

sitihawa posted on 28-9-2010 12:16 PM

Reply 8# bintang


    ada sedikit tambahan kot,

" sahaja aku puasa sunat bulan syawal esok hari kerana Allah taala "

macm ramai yg kata: niat dlm hati atau sebut nak puasa sunat esok pun dah sah puasa sunat esok tuh.

salimrock posted on 28-9-2010 03:09 PM

dulu2 aku selalu posa 6 di bulan ramadhan..wakakakak

posa 6 hr jer....

kalo org tnya ko posa penuh ke salim...
wa: aku? siap posa 6 tau..( dlm hati aku posa 6 hari jer...)

skrg wa dh tobat, tak buat lagi...

sitihawa posted on 28-9-2010 03:27 PM

Reply 13# salimrock


    taubat nasuha le limrok? alhamdulillah :)

emmo posted on 28-9-2010 03:29 PM

Post Last Edit by emmo at 28-9-2010 15:40

lafaz bagi yg meng 'qada' puasa Ramadhan seterusnya berniat utk mengerjakan puasa sunat Syawal (puasa enam)..

(Nawaitu shawma ghodin 'an qadho-i Ramadhana ma`a sittati Syawwal lillahi Ta'ala)
Sahaja aku puasa esok hari daripada qada' Ramadhan serta 6 Syawal kerana Allah Ta'ala..


bagi yg berniat cume utk puasa Syawal (puasa enam) saja..

(Nawaitu shawma ghodin 'an sittati Syawwal lillahi Ta'ala)
Sahaja aku puasa esok hari 6 Syawwa kerana Allah Ta'ala..

emmo posted on 28-9-2010 03:36 PM

Post Last Edit by emmo at 28-9-2010 15:43

Menyatukan Puasa Qada Dengan Puasa Enam...

Bagi orang yang hendak melakukan qada puasa Ramadan (meninggalkannya kerana keuzuran yang dibolehkan oleh syarak), ia boleh dilakukan sekaligus dengan puasa enam dalam bulan Syawal. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qada dan puasa sunat tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-dua sekali (iaitu ganjaran puasa qada dan ganjaran puasa sunat).

Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qada atau puasa nazar atau puasa kafarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada hari Isnin dan Khamis atau pada hari ˇ®Ayura dan puasa-puasa sunat yang lain seumpamanya.

Dalam menunaikan puasa tersebut, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qada dan puasa sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa-puasa sunat yang lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan puasa wajib tersebut. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat sahaja atau puasa wajib sahaja, maka dia hanya akan mendapat gambaran bagi puasa yang diniatkannya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :

"Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya." (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

Walaupun menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, namun ganjaran tersebut tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang disebut dalam hadis di atas. Walau bagaimanapun sikap menyegarakan qada puasa itu sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak kerana ganjaran dan pahala ibadat puasa itu hanya Allah Subhanahu Wataala sahaja yang menilai dan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

sumber:
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ic2_2000.htm

zamnie posted on 28-9-2010 05:00 PM

Reply 15# emmo

tq for the info....

emmo posted on 28-9-2010 05:49 PM

Reply 17# zamnie

u are welcome zam..
dh mula pose enam blum..:lol:;P

nickname posted on 29-9-2010 10:15 PM

Reply 15# emmo


ooo boleh niat bersama ya...ada sy baca kena asingkan,tapi lupa kat mana sumber tu..

yg penting kena niat qadha dulu lah yer..

emmo posted on 30-9-2010 12:13 AM

Reply 19# nickname
btul tu.. mane2 ibadat wajib yg perlu di qadha.. kena 'dibayar' dulu pastu barulah kerjakan yg sunat..

princezz posted on 30-9-2010 08:18 PM

Reply 15# emmo

Nice one.. Thank you

ussopp posted on 1-10-2010 12:54 AM

Reply 1# princezz


    tak payah lafaz niat saudari.

ambil contoh, tiada kes bunuh(DGN NIAT) yg mana pembunuh didapati tidak bersalah kerana dia tidak lafaz niat.

dan kita jugak tidak pernah berhenti utk berniat terlebih dahulu sekiranya kita tumbuk muka seseorang dgn sengaja.

yg kita rancang, itulah niat kita.

DARSITA posted on 1-10-2010 01:50 AM

lafaz bagi yg meng 'qada' puasa Ramadhan seterusnya berniat utk mengerjakan puasa sunat Syawal (puas ...
emmo Post at 27-9-2010 23:29 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    Terimakasih banyak banyak ..moga Allah memberkati mu

emmo posted on 1-10-2010 04:34 PM

Reply 21# princezz

u are welcome..{:1_138:}

emmo posted on 1-10-2010 04:36 PM

Terimakasih banyak banyak ..moga Allah memberkati mu
DARSITA Post at 1-10-2010 01:50 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

same to u kak DAR.. semoga Allah memberkati kamu jugak..
Page: [1]
View full: Niat puasa sunnat 6 hari