MetalFire posted on 30-9-2010 11:12 AM

minyak masak "recon" pon dah ada yang haram....

MINYAK masak ¡®recon¡¯ diproses semula sebelum dijual.
Kegiatan syarikat kutip dari restoran bukan Islam untuk dijual semula dibongkar

SEREMBAN: Beberapa syarikat yang terbabit dalam pelupusan minyak masak terpakai dikesan terbabit dalam kegiatan memproses semula bahan itu termasuk yang dikutip dari restoran bukan Islam untuk dijual semula dalam pasaran.

Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman (YASTSR) yang terbabit secara langsung dalam bidang pemuliharaan alam sekitar mendakwa mereka sudah menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan mempunyai bukti mengenainya. Pengarah YASTSR, Hassahari Johari Mawi, berkata modus operandi syarikat terbabit yang mendakwa bergerak atas dasar membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) mencegah pencemaran tetapi mengambil kesempatan tanpa disedari. "Syarikat terbabit dipercayai menggunakan alasan membantu menyelesaikan masalah pencemaran tetapi sebaliknya membentuk bidang perniagaan baru iaitu mengumpulkan minyak masak terpakai daripada restoran atau kedai makan sebelum dibungkus semula dan dijual di pasaran.

"Yayasan sudah membuat siasatan dan mendapati mereka menyalahgunakan kebenaran PBT untuk mendapatkan minyak masak terpakai itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas menyampaikan taklimat kepada beberapa agensi kerajaan dan PBT mengenai peranan yang boleh dimainkan YASTSR dalam membantu menangani masalah itu.

Program berkenaan dirasmikan Penasihat YASTSR, Tunku Mohsinuddin Tunku Mohd Jamil yang juga seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah YASTSR.
Hassahari berkata, pihaknya juga mempunyai bukti syarikat terbabit turut memaparkan logo PBT pada kenderaan yang mengumpul minyak masak dipercayai bagi melindungi kegiatan mereka.

"Malah, siasatan kami juga mendapati ada kakitangan PBT yang turut membantu dengan mengarahkan pengusaha restoran menjual minyak masak terpakai itu kepada wakil syarikat terbabit," dakwanya.

Beliau mendakwa, pihaknya difahamkan minyak masak terpakai itu dibeli pada harga antara RM1.30 hingga RM1.50 sekilogram.

Dakwanya, syarikat terbabit turut dikesan bekerjasama dengan kilang memproses minyak masak atau kilang yang memproses bahan mandian seperti syampu, sabun serta bahan kosmetik untuk menjalankan kegiatan itu.

"Kita kesal kerana minyak masak ¡®recon¡¯ ini turut mempunyai logo halal pada pek plastiknya dan dijual pada harga lebih murah kepada peniaga restoran, kedai makan dan peniaga pasar malam.

"Walaupun kegiatan ini belum berleluasa, ramai pengguna tidak menyedarinya dan apa yang membimbangkan ialah tahap ketulenan dan kesucian minyak berkenaan termasuk dari segi hukum syarak," katanya.

Hassahari berkata, YASTSR bercadang menjayakan kempen antiminyak masak terpakai ini dalam tempoh terdekat dan berharap mendapat sokongan padu daripada semua PBT serta jabatan yang berkaitan untuk bersama-sama menyekat kegiatan itu.

Sementara itu, pekerja swasta, Nur Ain Karim, 24, berkata tindakan syarikat terbabit tidak wajar kerana membabitkan isu halal yang sangat sensitif bagi masyarakat Islam.

"Tindakan syarikat itu mencampurkan minyak terpakai dari restoran bukan Islam jelas menjadikan bahan itu sudah tidak halal untuk digunakan orang Islam dan pengguna yang tidak mengetahui terus menggunakannya," katanya.

Peniaga, Chong Chee Weng, 28, pula berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kegiatan tidak bertanggungjawab syarikat terbabit.

"Kegiatan ini tidak boleh dipandang ringan kerana minyak terpakai itu juga membahayakan kesihatan dan meningkatkan risiko penyakit.

"Kementerian dan jabatan yang berkaitan perlu menyiasat dan menghentikan aktiviti syarikat itu sebelum ia berleluasa," katanya.



minyak "recon" banyak jual dalam plastik kat pasar malam.....tak kire la mahal ke murah...minyak ni memang tak elok untuk kesihatan. Sebab minyak yang digunakan kali kedua akan jadi minyak tak tepu.... minyak tu kalau korang gune banyak kali, pastu korang biar bawah room temperature die akan jadi beku... so imagine the same thing masuk dalam badan korang...camne die beku kat situ, macam tu laa die beku dalam perut hangpa... haihhh:I

simply_me posted on 30-9-2010 11:13 AM

ingatkan keta jer recon
minyak pun ada recon gak
susahlah camni
nampaknya iouls guna kaedah
steam, panggang dalam oven

MetalFire posted on 30-9-2010 11:24 AM

ingatkan keta jer recon
minyak pun ada recon gak
susahlah camni
nampaknya iouls guna kaedah
stea ...
simply_me Post at 30-9-2010 11:13 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    da lama wujud dah minyak recon

kucingTomey posted on 30-9-2010 11:26 AM

ekjuastebel recon,minyak masak recon,,pasni ape??taik idong pon leh recon ke??:lol:

simply_me posted on 30-9-2010 11:29 AM

Reply 3# MetalFire


    iouls tak tau pun
    kena kurangkan makanan bergoreng
    nak masuk sumer lam oven

arasham posted on 30-9-2010 11:34 AM

kalau yg minyak masak biasa mmg dah tulis kat situ berapa kali boleh guna.
saya biasa kalau guna tuk goreng ikan lepas tu tumiskan sayur atau sambal.
tiada kali ke tiganya..

hBk posted on 30-9-2010 11:35 AM

cemane dorg recycle minyak masak yg dah hitam melekit wat goreng ayam tuh? :o :o

simply_me posted on 30-9-2010 11:37 AM

boleh jatuh hukum haram kalo minyak masak
memudaratkan kesehatan
hingga boleh menyebabkan penderitaan dan kematian
it's very clear

MetalFire posted on 30-9-2010 12:04 PM

kalau yg minyak masak biasa mmg dah tulis kat situ berapa kali boleh guna.
saya biasa kalau guna tuk goreng ikan lepas tu tumiskan sayur atau sambal.
tiada kali ke tiganya..
arasham Post at 30-9-2010 11:34 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    erkkk.. bekas goreng ikan kan berbau? boleh plak uolss gune nak tumis sayur....


tapi still, sebenarnya tak elok gune minyak utk goreng 2 kali.... yang diorang tulis brapa kali boleh guna tu pon propa jah... apatah lagi minyak sawit....

mbhcsf posted on 30-9-2010 12:07 PM

isk isk

kalau makanan ni biarlah kot cari yang asli dan kita tak ragui kehalalannya.

voizze posted on 30-9-2010 12:08 PM

mesti ade demand... sebab tu ade supply

arasham posted on 30-9-2010 12:08 PM

erkkk.. bekas goreng ikan kan berbau? boleh plak uolss gune nak tumis sayur....


tapi  ...
MetalFire Post at 30-9-2010 12:04 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
nak berjiamt kekdahnya..ini thesis ank teruan ku sekarang dia tgh
kaji ttg menda ni semlm submit proposal:D
hari tu dia gi Mc D dan KFC tengok minyak diorang yg nak hantar tuk recycle
tu. nantilah tanya dia lagi ttg ni:D

MetalFire posted on 30-9-2010 12:08 PM

boleh jatuh hukum haram kalo minyak masak
memudaratkan kesehatan
hingga boleh menyebabkan penderit ...
simply_me Post at 30-9-2010 11:37 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    masalahnya ramai orang tak tau.. mereka ingat minyak tu cantik je..maknanya minyak tu boleh je guna....


tapi betol laa berita neh... banyak gak aku dengar minyak recon ni diamek dari hotel2.. sebab diorang kat hotel tu gune sekali je minyak tu...

pulak tu kita bukan tau diorang goreng apa kat dalam hotel tu.. ntah goreng ba alif ba ya....ntah goreng apa2 pastu dah campur wain kaaa....

jAck666 posted on 30-9-2010 12:11 PM

tp org kata guna minyak recon ni buat goreng2 sedap....mcm goreng pisang...

arasham posted on 30-9-2010 12:13 PM

masalahnya ramai orang tak tau.. mereka ingat minyak tu cantik je..maknanya minyak tu bole ...
MetalFire Post at 30-9-2010 12:08 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
tak de badan yg memantau langsung ke?

cikebum posted on 30-9-2010 12:16 PM

mesti ade demand... sebab tu ade supply
voizze Post at 30-9-2010 12:08 PM http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

pasar malam guna minyak recon untuk goreng ayam + pisang + keropok lekor + .......

arasham posted on 30-9-2010 12:18 PM

pasar malam guna minyak recon untuk goreng ayam + pisang + keropok lekor + .......
cikebum Post at 30-9-2010 12:16 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
mcm brand pasaraya tu minyak recon jugak ke? yelah kan pasaraya besar cam tesco, giant dia
buat repacking tu minyak recon ke?

voizze posted on 30-9-2010 12:18 PM

Reply 16# cikebum


    :L  maknenye sudah berpaket-paket gak ar diconsume tanpa sedar.. esp masa bulan posa

MetalFire posted on 30-9-2010 12:19 PM

tp org kata guna minyak recon ni buat goreng2 sedap....mcm goreng pisang...
jAck666 Post at 30-9-2010 12:11 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    dah la guna minyak recon.... pastu letak straw pulak tu:sweat3:

arasham posted on 30-9-2010 12:20 PM

agak-agak hukum haram minyak masak ni sama tak hukum haram rokok?
waaaaaa...takutnya kena lahar:funk:

tom5190 posted on 30-9-2010 12:22 PM

Kat pasar malam....minyak recon....ayam recon....kueh rekon....janda rekon semuanya ada

alovera posted on 30-9-2010 12:22 PM

Agaknya yang guna minyak recon ni kebanyakan para peniaga memang tak baiklah bukan dari segi kehalalannya saja tapi dari segi kesihatan.  Kalau utk guna diri sendiri tak tergamak rasanya nak guna minyak recon tapi kalau indon, bangla boleh kut untuk jimat tapi peliknya mereka sihat sihat je.

Login_ID posted on 30-9-2010 12:22 PM

Reply 11# voizze


    demand dr golongan berpendapatan rendah
kat kampung-kampung selalu jumpa
sian diorang.. tapi apa nak buat.. takat tu jerlah diorang mampu
takkan kta gigih nak bagi nasihat pasal keburukan minyak masak tu kan
makcik jual goreng pisang dan restoran2 pun pakai minyak masak nih
yg sedihnya.. diorang tak kisahpun plastik tuh ada cop HALAL or not..
yg penting murah

sayur posted on 30-9-2010 12:22 PM

xtaw plak mnyk masak pn ade yg recon..xbhya ke ha??

cikebum posted on 30-9-2010 12:26 PM

mcm brand pasaraya tu minyak recon jugak ke? yelah kan pasaraya besar cam tesco, giant dia
buat  ...
arasham Post at 30-9-2010 12:18 PM http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

kalo ikut nasihat doktor untuk goreng2 guna minyak sawit dicampur dengan minyak jagung , untuk tumis2 guna minyak jagung saja . demi kesihatan beli minyak masak dalam botol lebih selamat

IKLAN PERCUMA : belilah keluaran Sim Darby + Minyak masak Aliff :lol:  .....bila rinduuuuuu :lol: ... kaya dengan vitamin E + bebas kolesterol + bersih
Page: [1] 2 3 4
View full: minyak masak "recon" pon dah ada yang haram....