jaa139 Publish time 11-10-2010 10:01 AM

kat Kg aku ade 1 jalan namanya Jalan Batang Besar...sape la agaknya yang bagi nama jalan tu:curse:

ctaz Publish time 11-10-2010 10:07 AM

Ipoh

Asalnye bandaraye ni dari kawasan perkampungan..
kg ni lak dpt name sebab kaw kg ni banyak...
ejensemit Post at 11-10-2010 08:28 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

memang takder mitos....
tapi pokok ipoh tu getah dia teramat beracun......

ejensemit Publish time 11-10-2010 11:29 AM

memang takder mitos....
tapi pokok ipoh tu getah dia teramat beracun......
ctaz Post at 11-10-2010 10:07 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

oh.. beracun eh.. tak tau lak aku sal tu..
cume tau cerite je..

ice98 Publish time 11-10-2010 02:30 PM

Post Last Edit by ice98 at 11-10-2010 14:31

ASAL USUL NAME NEGERI PAHANG :loveliness:
Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.

Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.

INFO DR WEBSITE...

mertzxx Publish time 11-10-2010 03:17 PM

Bandar Merlimau,Melaka.

Cerita ini aku dengar masa aku kat sekolah ada seorang ustaz citer kat aku. Masa dulu-dulu orang kampung ini sgt handal bersilat dan bermain senjata. Jadi nama "Merlimau" berasal daripada "melimaukan keris". Lama kelamaan jadilah nama "Merlimau".

ice98 Publish time 11-10-2010 03:46 PM

ASAL USUL PEKAN, PAHANG
Mengikut pendapat orang tua-tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil bunga pekan yang banyak tumbuh di tebingnya. Namun begitu ada juga yang berpendapat bahawa Pekan mendapat namanya dari pengertian perkataan bandar, pasar atau tempat orang berjual beli.

ice98 Publish time 11-10-2010 03:50 PM

BUKIT SETONGKOL, KUANTAN, PAHANG

Kedudukan bukit ini agak ganjil kerana ianya hanya setongkol sahaja jika dibandingkan dengan bukit-bukit yang lain di persekitarannya. Bersesuaian dengan keadaan fizikalnya ini, kawasan ini dinamakan Bukit Setongkol.

ice98 Publish time 11-10-2010 03:51 PM

BUKIT UBI, KUANTAN
Sebelum dijadikan kawasan pecah batu, bukit ini telah dijadikan kawasan penanaman ubi kayu oleh penduduk-penduduk tempatan. Maka kekallah namanya Bukit Ubi.

ice98 Publish time 11-10-2010 03:52 PM

PADANG LALANG, KUANTAN
Kawasan ini dahulunya adalah sebuah padang yang dipenuhi dengan lalang.

ice98 Publish time 11-10-2010 03:57 PM

GAMBANG
Di sini, suatu ketika dahulu terkenal dengan permainan gambang (cak lempung) di kalangan masyarakatnya. Oleh yang demikian tempat ini terus dinamakan Gambang.

ice98 Publish time 11-10-2010 04:00 PM

Gemenceh NS

Menurut ceritanya asal nama Gemenceh ialah Sungai Sipuit kerana di situ terdapat sebatang sungai yang banyak siput. Kenapa Sungai Siput bertukar jadi Gemenceh?. Begini kisahnya.

Suatu ketika dahulu ada sepasang suami isteri dari Minangkabau datang ke Melaka untuk mencari kehidupan baru. Namun setelah beberapa tahun tinggal di Melaka nasib mereka masih juga tidak berubah. Maka suami isteri itu mengambil keputusan untuk meninggalkan Melaka dan mencuba nasib di kampung tengah tidak yang letaknya tidak jauh dari Melaka.

Setelah beberapa tahun tinggal di kampung Tengah, nasib pasangan suami isteri itu masih juga tidak berubah. Tanaman yang mereka usahakan tidak menjadi, dagangan yang mereka jual tidak laku. Maka akhirnya mereka memutuskan untuk meninggalkan kampung Tengah untuk berhijrah ke tempat lain.

Setelah lama berjalan akhirnya mereka sampai ke satu tempat yang didiami oleh beberapa orang kaum asli. Mereka menjumpai sebuah pondok usang yang telah lama ditinggalkan. Kerana sudah penat berjalan dan hari sudah hampir malam maka mereka mengambil keputusan untuk bermalam di pondok usang tersebut.

Keesokan harinya apabila terjaga dari tidur, si suami mengajak isterinya meneruskan perjalanan namun di bantah oleh isterinya.

" Elok Kita menetap di sini saja," kata isterinya mencadangkan.

" Tempat ini kawasan orang asli. Takut nanti timbul permusuhan dengan mereka," kata si suami pula.

Akhirnya terjadi pertengkaran antara kedua suami isteri tersebut. Semasa mereka sedang bertengkar itulah datang sepasang suami isteri orang asli. Si Suami bernama Supai manakala isteri bernama Gemenceh. Mereka adalah kaum asli dari suku Biduanda.

" Suami isteri jangan bertengkar nanti hidup tidak aman," kata Gemenceh.

Kata-kata itu dapat memadamkan pertengkaran suami isteri tersebut lalu mereka bermaafan. Kemudian Gemenceh mengajak mereka bertandang ke rumahnya dan mereka dilayan dengan baik sebagai tetamu. Suami isteri orang Minangkabau itu diberi makan dan minum secukupnya.

" Pondok buruk itu milik kami. Kalau kamu nak tinggal di situ kami benarkan," kata Gemenceh.

" Tapi dengan satu syarat. Kamu mesti hidup berbaik-baik dengan kami di tempat ini," kata suami Gemenceh pula.

Pasangan suami isteri orang Minangkabau itu bersetuju dan mereka mendirikan sebuah pondok baru bersebelahan dengan pondok usang kepunyaan orang asli tersebut. Mereka hidup dengan aman damai saling bekerjasama antara satu sama lain.

Pada suatu hari sedang mereka berkumpul maka orang Minangkabau itu mencadangkan supaya perkampungan tersebut diberi nama supaya mudah dikenali ramai. Orang-orang asli menyerahkan saja kepada pasangan Minangkabau itu untuk memberikan namanya. Akhirnya mereka mencadangkan nama "Gemenceh" sempena nama wanita kaum asli yang baik hati itu. Masing-masing bersetuju dan sejak itulah tempat tersebut bernama Gemenceh.

Gemenceh semakin dikenali ramai apabila terjumpa emas di kawasan tersebut. Semakin hari semakin ramai orang yang datang untuk mencari emas. Datuk Saeto yang berkuasa di Johol cuba menjajah Gemenceh tetapi ditentang oleh penduduk Gemenceh yang dipimpin oleh Raja Hussain.

Maka pada tahun 1901, terjadi peperangan antara orang-orang Datuk Saeto dengan penduduk Gemenceh. Pertempuran itu terjadi di Bukit Talang yang kini dikenal sebagai Kampung Pulau. Kerana ramainya orang-orang Datuk Saeto dan bersemangatnya orang-orang Gemenceh untuk mempertahankan kawasan mereka maka peperangan tersebut terjadi amat sengit sekali. Namun akhirnya penduduk Gemenceh terpaksa juga mengaku kalah dan Gemenceh berada dibawah kekuasaan Johol.

Beberapa tahun kemudian penduduk Gemenceh berjaya bersatu dan mengumpul semula kekuatan untuk membebaskan tanah mereka dari kekuasaan Johol. Sebelum melakukan serangan mereka berhenti di suatu tempat untuk berehat dan mengasah senjata masing-masing. Tempat tersebut kini dikenali dengan nama Asahan.

Kerana penduduk Gemenceh cukup persediaan dengan senjata dan sebagainya maka akhirnya orang-orang Johol berjaya di halau keluar dari Gemenceh.

ice98 Publish time 11-10-2010 04:28 PM

Taiping

Bandar Taiping merupakan pusat bandar daerah Larut, Matang dan Selama . Sebelum 1937 , Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Mandarin. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang Negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang bergitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, TAIPING telah dipilih untuk nama baru bagi bandar di daerah Larut.

ice98 Publish time 11-10-2010 04:38 PM

Asal- Usul Nama Tempat Di Melaka

1. Kelebang Kechil , Kelebang Besar
Dulu kat Melaka ada Menara Masjid tempat orang bang ( azan) so ada satu mamak (keling) yang bang kechik je suara diee ada satu lagi bang dia besauu so itu lah namanya keling bang lama2 jadi kelebang

2. Batu Berendam
Memang ada Batu yang terendam tapi gua cari tak jumpa sampai sekarang
3. Bukit Katil
Memang bukitnya ada macam shape katil
4. Semabok
Dulu ada Mat salleh @ Sir yang selalu mabok kat situ lama2 jadi SEMABOK
5. Tehel
Nama tempatni org tanam pokok Teh dalam Inggerisnya Tea Hill tapi tukar jadi melayu Tehel
6. Bukit Piatu
Dulu ada 2 bukit tapi satu kerajaan telah ratakan tinggal satu je...
7. Ayer Molek - air sungai kat sini bersih dan jernih tapi bila sampai kat satu tempat tu jadi tak elok ( Ayer Keroh)

jeffrey4848 Publish time 11-10-2010 05:29 PM

Reply 20# ejensemit


dipetik dr buku sejarah bt gajah, tempat nie dinamakan sempena penemuan bijih timah oleh penduduk yg mengunakan gajah sebagai "jentera" sebelum kapal korek di perkenalkan di malaysia,,,:)

LLM Publish time 12-10-2010 02:31 AM

Sugut, Sabah

Pada zaman pemerintahan Kompeni Borneo Utara, seorang pegawai Inggeris yang berada di kawasan tu. Dia memetik buah kat satu pokok dan dia mula makan. Dia suka sangat kat buah tu sebab sedap. Dia pun berkata 'Oh, it's SO GOOD!'

Penduduk tempatan dengar dia cakap macam tu, last-last diorang pun panggil tempat tu Sugut. Benar ke tak cerita ni, aku pun tak taulah!

ejensemit Publish time 2-11-2010 03:47 PM

Replyejensemit


dipetik dr buku sejarah bt gajah, tempat nie dinamakan sempena penemuan bij ...
jeffrey4848 Post at 11-10-2010 05:29 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    oh.. camtu lak..
jd crite aku dgr ni xla betui ek..

moteto Publish time 8-11-2010 08:56 AM

Asal nama Gemas, Negeri Sembilan.

Pertikaian antara orang putih dengan org Nogori tentang sebutan emas. Gemas dulu sebuah kawasan yang kaya dgn galian emas. Org putih panggil emas 'Gold' tapi org nogori cakap salah...bukan Gold tapi Omeh.

Akhirnya kedua-dua puak nie bertelagah nak gunakan bahasa yg mane satu...org putih tetap berkeras dgn Gold dan Org Nogori dgn omehnye.

Lama2 satu keputusan dibuat utk camtumkan kedua-dua ayat tersebut utk merujuk kepada galian emas di kawasan tuh maka jadilah Gomeh....lama kelamaan pastu perkataan Gomeh tuh ditukar kepada Gemas.

Sekian.

Dunhill. Publish time 8-11-2010 05:38 PM

Sumatera = Tempat yang kosong.. takda penghuni.. apabila raja India tiba di pulau yang tiada penghuni tuh, dia amat takajut dan baginda memberi nama 'Suma Tarak'..

wallahualam :lol:

life_love Publish time 9-11-2010 01:14 AM

Batu Pahat - peristiwa angkatan tentera Siam memahat batu sewaktu singgah di sini...
Kg Sg Lurus - dulu sungai ni memang digali lurus hingga ke pantai kat hujung kg......tapi   
                      sekarang da x lurus dah
Senggarang - sempena nama seekor buaya yang ganas di Sungai Senggaramg..jadila nama tempat tu Senggarang..

DarkRabbit Publish time 21-11-2010 03:47 PM

Kg. Serkai Jadi, Tronoh Perak (Berdekatan UTP)

Bekas kg orang asli Kaum Sakai...diorng ni ad adat yg mana klu ahli keluarga mati, mereka sekeluarga kene pindah sbb nk mengelak badi si mati....nk dijadikan cite time tu Ketua Kampung yg mati...so seluruh kampung pindah...

Peneroka melayu minang (dari Sumatra Barat) telah ambil alih kampung tinggal ni n namakan Kg Sakai Jadi sebab Kaum Sakai yg menjadikan tempat tu kampung daripada hutan/semak tebal....sebabkan mkna dier x elok so ditukar Sakai kepada Serkai....Jadila Kg. Serkai Jadi...

Anak-anak muda Kg ni telah pon wat blog kampung diorang...hehe promosi sket...

http://tronohksj.blogspot.com/
Pages: 1 [2] 3
View full version: Asal usul nama tempat/daerah di Malaysia


ADVERTISEMENT